Monday 24 November 2014

Novel : Awak Sangat Nakal



Judul : Awak Sangat Nakal
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : October
Muka Surat : TBA
Harga : RM22


Rumusan Kisah :

Dek kerana bosan ditinggalkan mama dan papanya di kampung orang gaji mereka, mak munah, Erine Johanna menjadikan Johan Rizqin sebagai mangsa usikannya. Walaupun sedia maklum bahawa Johan sudah pun bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah, Erine masih teruja dengan rancangan mengusik Johan, bilal kampung yang pemalu. Prinsip Erine, kalau tak boleh, paksa sampai boleh!

Hati Johan terusik dengan kehadiran Erine yang nakal. Kedudukan Ain terancam dengan kehadiran Erine. Fikiran Erine terganggu dengan kemunculan seorang demi seorang di hadapan Mak Munah. Ada teka teki yang perlu dijawab. Ada misteri yang perlu dirungkai. Ada konspirasi sejak bertahun lamanya.

Kata Ku :

Selepas Suamiku Encik Perfect 10!, ini novel kedua author yang saya suka sgt. Tak termasuk citer Terlanjur Mencintaimu & Rindu Kami Mr Darcy, sbb tak baca lagi.

Dah ikut citer ni dari blog lagi, so, mmg sangat2 ternanti kan citer ni. Bila dah start baca, mmg tak sabar nk baca next page. Dan berjaya dihabiskan dalam masa yang singkat. Tak boleh la pulak baca nonstop kan. Anak2 kene layan. Huhuhu..

Paling enjoy citer ni sbb pantun dua kerat dia.. Dok mak munah mak munah… Sampai saya ngan BFF pun berpantun dua kerat selama berminggu2. Hahahah..

Tapi, mmg awesome la! Suspen!! Comel je Johan Rizqin versi nakal!

Update 1/8016

Ayda Jebat sbgi Erinne Johanna & Sharnaaz Ahmad sbgi Johan Rizqin

Kredit 5/5

Monday 17 November 2014

Novel : Hantu Punya Bos


 Walaupun perangai macam hantu, but I love you!

Judul : Hantu Punya Bos
Penulis : Dekna Lee
Terbitan : Lovenovel
Muka Surat : 592
Harga : RM24

Rumusan Kisah :

Walaupun sedia maklum dengan ke-hantu-an bos rakan baiknya, terdesak dengan keadaan, Abby akhirnya bersetuju menggantikan Diela untuk berkerja sebagai PA kepada Arrayan Zainuddin.

Abby sering melatah dek kerana jerkahan Arrayan. Dalam diam, Arrayan sebenarnya sudah tertarik dengan Abby.

Demi menjalankan misi untuk meluahkan perasaan, Abby dipaksa untuk outstation ke Melaka bersama Arrayan selama 3 hari. Dan bermulalah sebuah perhubungan. Cemburu dan salah faham yang bertandang hampir memisahkan mereka.


Kata Ku :

Mula2 start baca, macam terhibur especially part cleaner tertanggal gigi palsu. Tapi lama2 rasa boring pulak. Took me two weeks to finish the book. Rasa mcm nak selak kat ending jer tapi x buat pun. For the first time, in between two weeks tu, sempat saya habiskan baca novel lain. Huhuhuh…

Olahan agak mentah. Some parts, agak annoying. Paling kureng bila bos dah tak berhantu, dah bertukar jadi kucing. Panggilan manja turn me off. Sorry author!

Or maybe sebab citer ni lebih sesuai utk golongan remaja, tak sesuai ngan saya yang dah beranak dua.. Huhuhuhu…

Update 12/1/2016 : Drama coming soon..


Kredit 3/5


Wednesday 12 November 2014

Novel : Saat Hilang Cintamu


  Judul : Saat Hilang Cintamu
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Booku
Muka Surat : 845
Harga : RM35

Acik Lana’s latest baby from her own publication..


Rumusan Kisah :

Setelah 7 tahun membawa diri, Izzara Helina kembali semua ke tanah air. Berjiran sebelah pintu dengan Dayyan Idraqi, tanpa mengetahui bahawa jiran tersebut merupakan penyanyi yang sangat popular. Perkenalan awal mereka tidak semesra mana. Perang dingin berlanjutan sampailah hati sudah mula merasai sesuatu.

Impian untuk mengecapi bahagia musnah pada malam persandingan mereka, walaupun selamat diijabkabulkan. Raqy yang tidak dapat menerima hakikat kemalangan tersebut mula menjarakkan diri, kononnya demi kebahagiaan Zara. Zara terluka, tapi memilih untuk menjadi kuat.


Kata Ku :

Kalau nak compare, I personally think Pelangi Cinta Buat Suami is Acik Lana’s best piece.

The second part, mmg I tak jangka langsung. Kesian Zara.. Raqy tak patut buat mcm tu. Luckily, Zara kuat dan tau apa yang dia patut buat. Zara dah transform dari zero to hero-in! Thumbs up Zara!

Part ending kat stage tu, dah boleh agak kot.. hihihi..

Overall, layan la jugak..


Kredit 3.5/5


Tuesday 21 October 2014

Novel : Biarkan YM Terus Berbicara



Berjuta langkah kita atur bersama… tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu… tidak akan pernah lelah selagi janjimu… cinta ini hanya milik kita berdua.

Judul : Biarkan YM Terus Berbicara
Penulis : Hanni Ramsul
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 624
Harga : RM24


Rumusan Kisah :

Kisah rumahtangga Adiya dan Encik Firdaus. Kebahagiaan mereka sedikit demi sedikit tercemar dek kerana Adiya yang cemburu melihat keakraban persahabatan Encik Firdaus dan Mia. Encik Firdaus sentiasa cuba untuk menyakinkan perasaan dia terhadap Adiya.

Namun, keadaan bertambah buruk bilamana ibu Mia menjadi batu api dalam rumahtangga Adiya. Adiya semakin makan hati. Usaha memenangi hati Encik Firdaus seolah-olah tidak berjaya, malah Encik Firdaus menyalahkan Adiya yang menuduh ibu Mia sebagai dalang dalam satu kejadian. Kecewa dengan Encik Firdaus, Adiya membawa diri mencari ketenangan.


Kata Ku :

Kesinambungan citer Biarlah YMBerbicara.

Sebagai seorang isteri, aku faham dengan apa yang dirasai Adiya. Cemburu dan insecure, apa lagi kalau dibandingkan dengan wanita sesempurna Mia. Makanya, keyakinan yang diberikan Encik Firdaus masih belum cukup untuk menutup rasa hati, apatah lagi bila ada orang lain yang cuba menjadi batu api.

Sejujurnya, aku sendiri rasa Encik Firdaus sepatutnya menjarakkan perhubungan dia dengan Mia. Oppss.. terlupa plak.. Actually, tu semua sbb sindrom yang dihidapi Encik Firdaus. Hmmm..

Bila semuanya sudah jelas, hero seakan tenggelam sekejap dek kerana kesibukan Adiya yang menjadi match maker.

Suke cameo Pergilah Air Mata, Badrul dan Sabrina dalam citer ni. J

Oh btw, mmg la YM terus berbicara sebab Adiya dan Encik Firdaus masih menggunakan medium YM untuk chat sesekali.

Overall, ok jer..

Kredit 3/5


Thursday 16 October 2014

Novel : Hanya Dia... Cinta


Hanya Dia yang aku inginkan. Cuma Dia…

Judul : Hanya Dia... Cinta
Penulis : Farah Husain
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 503
Harga : RM23


Rumusan Kisah :

Disebabkan hidup seorang Zara Harlina serba serbi ditentukan oleh ibubapanya, maka Zara sekeras hati menolak rancangan ibubapanya yang mahu menjodohkan dia dengan Adhan Mikhail. Adhan yang sudah lama terpikat dengan Zara cuba menarik perhatian Zara. Semakin lama semakin Zara merasai kupu-kupu dalam perutnya, maka Zara memberikan mereka sebuah peluang.

Setelah berkahwin, ada cemburu yang bersarang, ada rajuk sang suami, ada kecewa sang isteri. Keguguran dan kematian menguji bahtera mereka.

Kata Ku :

Catcy intro. Buat kita rasa nak beli/baca.. Tu yg penting tu… kan kan kan…

1st part, kesian kat Adhan yang sabar menanti Zara. 2nd part, kesian kat Zara plak yang sabar menanti Adhan. Alahai Adhan! Tak macho aarr.. Tapi, rasanya.. 3 mggu mmg tak cukup untuk Adhan recover mentally kot. Tapi, takde lah sampai mcm x redha kan… Hmmm…

Suke citer ni sebab full of Adhan-Zara. Suke intro Adhan-Zara. Walaupun Adhan takde la berayat-gula-manis-sekilo, tapi terjual jugak la jiwa dengan ayat-ayat dia.

“How can someone hati his own heart, Zara?” – page 240.. Buat aku rasa ada kupu-kupu dalam perut ! Ahakk…  I loike sgt2 setiap kali Adhan perform! La la la la…

Anyway, ada improvement compare to Dia Random Guy.


Kredit 4/5

Wednesday 8 October 2014

Novel : Jujurlah Nikahi Aku


Tuhan… Jadikan dia cinta terakhir ke syurga mu…

Judul : Jujurlah Nikahi Aku
Penulis : Umie Nadzimah
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 640
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Nurin Asyfa dilahirkan dengan kecacatan. Disebabkan kecacatan itu, ibu kandungnya sendiri membenci  Nurin. Zurin the Shollot, adik kandungnya pula menggelarkan Nurin Si Kudung. Bapanya pula hanya membiarkan tindakan isterinya. Malah termakan fitnah isteri dan anaknya, menambahkan derita dalam hidup Nurin.

Dari kecil, Nurin hanya ada Abang Alan dan keluarga tempat mencurahkan kasih. Namun, persahabatan mereka terbatas kerana perbezaan agama. Perhubungan mereka semakin terbatas bilamana Nurin selamat menjadi isteri Zanif, yang sepatutnya berkahwin dengan Zurin.

Kesabaran Nurin melayani karenah suaminya yang ego dibayar dengan kecurangan. Hati yang lara menemukan Nurin dengan Qayyum.


Kata Ku :

Semput gak nak baca citer ni. Maybe sebab baru siap baca citer Dia Cinta Yang Kucari. Isu ‘kecacatan’ wujud dalam kedua-dua citer. Citer yang penuh dengan drama sampai aku rasa macam meleret-leret pulak.

Mak dan adik kandung yang dari awal tak dapat terima kekurangan diri Nurin. Haihhh… penat den!

Hero yang tenggelam dek drama-drama, tapi dah boleh agak bila Qayyum muncul.

Ending, kemunculan Suzira mmg di luar jangkaan.

Malas nak komen tentang Zanif, lebih kurang mcm Payed.


Kredit 3/5


Monday 29 September 2014

Novel : Dia.. Cinta Yang Kucari


 Kerana Engkaulah yang menghidupkan aku, yang menguasai seluruh hati dan jasadku.

Judul : Dia.. Cinta Yang Kucari
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 611
Harga : RM24


Rumusan Kisah :

Fareed Al Fattah aka Payed dan Fadlee Al Fallah aka Palee, adik beradik yang berlainan spesis. Payed kasanova. Palee si budak nerd. Luthfiya dan Luthfina, juga adik beradik yang berlainan spesis. Luth lembut. Fina liar. Ibu bapa kedua-dua pasang adik beradik ini pula bersahabat baik. Keluarga Payed baru kembali ke tanah air.

Kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses temuduga menyebabkan Luth diterima bekerja di bawah Payed, manakala Palee menolak lamaran kerja Fina. Bila menyedari kesilapan teknikal tersebut, Palee mengarahkan agar Luth bekerja di bawahnya. Payed yang sudah mula memasang jerat berasa tidak puas hati dan masih cuba mengganggu Luth. Fina ditemuduga kedua kalinya dah diterima bekerja di bawah Payed.

Demi mengubah kelakuan liar Payed, perkahwinan diatur. Luth yang sepatutnya berkahwin dengan Palee, selamat menjadi isteri sah Payed. Malam pertama merubah hampir kesemuanya. Seperti dijangka, Payed yang mahukan seorang isteri yang cantik, tidak dapat menerima kecacatan isterinya, lalu mengusulkan penceraian.

Sementara menanti proses penceraian, Luth banyak membantu Payed untuk mencari Dia yang Payed cintai.


Kata Ku :

Background citer buat aku teringat kat citer Playboy Itu Suami Aku (PISA) & Bukan Isteri Sempurna (BIS). PISA sbb ada dua org adik-beradik perempuan. BIS sbb ada dua org adik-beradik lelaki. Kedua2 pasangan adik beradik bak langit ngan bumi. Tak sebulu.

Tapi kannn.. aku rasa sgt2 annoying ngan karakter Payed dari awal hingga ke akhir citer, part ending terkecuali la kan. The most annoying hero I think so far. Payed anggap Luth hanya lah tabiat buruknya. Penafian perasaan dia terlalu lama. Ego.

Sedih sgt part malam pertama bila Payed tak boleh terima kecacatan Luth. Isteri monster? Jijik? Grrrr… Diri sendiri tak sempurna mana tapi nak pasangan yang sempurna. Tak pernah tengok diri dalam cermin kot. Haihh.. mula la nak membebel nie.

Luth… alahai!! Ada ke spesis mcm Luth ni? Sesabar wanita ok?!

Tapi kannn… sampai sekarang aku masih confuse tang ‘drama’ Luth kena kawin ngan Palee-Payed ni. Blur bleh?! Tak suke betol bila blur even dah habis baca. Grrr..


Kredit 3.5/5

Monday 22 September 2014

Novel : Bahasa Hati Kita


Kita bersama demi kasih Dia..

Judul : Bahasa Hati Kita
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 643
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Kisah awek-Gothic-JED dan the-tall-dark-handsome-QUE!

Dian Jehanna Puteri aka Jed membesar dalam limpahan kemewahan hidup namun hatinya memberontak kerana kurang kasih sayang kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan masing-masing. Qalam Azad aka Que, abang sulung yang taat dan menjadi tunggak keluarga bila ayahnya meninggal dunia.

Pertemuan pertama Jed & Que sudah bercakar. Jed pantang ditegur. Que pula menegur dengan sinis. Walaupun bercakaran, pertemuan demi pertemuan dengan Que menjadikan Que sebagai Quantity Controller dalam hidup Jed. Que selalu ada menjadi penyelamat kepada Jed.  Sedikit demi sedikit Jed mula berubah dengan sindiran halus Que.

Hati mula berbahasa menuju destinasi. J


Kata Ku :

Teringat citer author sebelum ni.. Suami Tak Kuhadap (STK). Kisah suami yang membentuk semula jati diri isterinya. Bezanya dalam STK, heroin dia penuh dengan dendam dan amarah. Dlm BHK, Jed lebih kepada memberontak dek kerana berasa sunyi dan tidak dipedulikan oleh kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan.

I love Que’s character. Dia tak romantic tapi sifat caring dan sinis dia buat Que punya aura yang tersendiri. Sinis pun sebab nak coverline perasaan dia terhadap Jed. Jed yang dalam proses menjadi srikandi wanita besi pula tidak dapat menghidu perasaan Que. Suka dengan chemistry yang kuat antara mereka. Buat aku tersengih2.

Paling suka part ni.. m/s 313.

“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu.” – Jed
“Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi.” – Que

See.. Que tak perlu ayat2 bergula pun tapi cukup buat aku melting. Besides, aku mmg suke kot ngan couple yang mcm kawan. I mean.. xyah nak declare bagai.. xyah nak ayat2 bunga & bergula bagai.. yet, the chemistry is there..

Overall, tema citer yang biasa tapi diolah dengan baik sekali… enjoying reading this piece of RM..


Kredit 4.5/5

Wednesday 17 September 2014

Novel : Seteguh Fayqa



Badai datang pergi.. dia teguh berdiri..

Judul : Seteguh Fayqa
Penulis : Hanina Abdullah
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 776
Harga : RM29

Selepas Projek Memikat Suami dan Kisah Naz dan Khaalish, this author mmg tersenarai dalam fav author list aku. So, mmg tertunggu-tunggu jugak dengan her new piece.

Rumusan Kisah :

Menjadi heroin yang menyelamatkan kawan baiknya, Fayqa Lara Lyana (Fayqa) diajak untuk tinggal bersama di rumah keluarga kawan baiknya itu, demi faktor keselamatan. Dzariff, abang kepada kawan baiknya itu dari awal pertemuan sudah berprasangka terhadap Fayqa, ditambah pula dengan latar belakang Fayqa yang kabur.

Dalam pada sindrom-abang-sulung-jeneral-sengal Dzariff, Dzariff sebenarnya sudah jatuh kasih dengan Fayqa. Kurang setuju dengan prinsip Fayqa, tangguh-itu-selesa membuatkan Dzariff melamar Fayqa. Walaupun terkejut, Fayqa menerima lamaran tersebut. Perasaan kekok dibuang jauh dan cuba menjadi seorang isteri terbaik buat suaminya.

Sekembali daripada bulan madu, Dzariff semakin hari semakin sibuk di pejabat. Fayqa mula rasa terabai.  Sehabis mungkin ditolak perasaan negatif dalam diri. Kejadian yang menimpa dirinya membuatkan dia berjauh hati dengan Dzariff yang dirasakan tidak mempercayainya.


Kata Ku :

Honestly, I prefer her previous 2 novels. Yang ni mcm so-so jer bagi aku. Oppss.. Sorry puan author!  Entah kenapa, aku rasa biasa-biasa sgt citer ni. Dah follow citer ni kat blog author. Time tu layan la jugak sbb suka ngan Jeneral Sengal yg suka control gerak geri Pekah!

First part, ‘kemasukan’ Pekah dalam family Jeneral. Sampailah Jeneral dan Pekah disatukan. Dua2 malu tapi mau.. cover line dengan kesengalan! Hahaha.. Suka honeymoon diorang kat Hong Kong. Rasa mcm betul2 kat sana.

Second part, Jeneral yang sudah mula busy di pejabat dari pagi hingga ke tgh malam, mula mengabaikan isterinya di rumah. Kesian kat Pekah time ni.. Ada laki macam takde laki. Huhuhu.

Mushy Pushy.. Menyampah betul dengan minah ni! Dalam diam2 menjalankan misi nak jadi bini kedua! Grrr… Yang paling sengal bila dia g jumpa sendiri ngan Pekah! Adoiii..

A bit rare part, sudden getaway diorang setiap kali ada issue. Haha! Aku suka getaway2 ni. Boleh digunapakai kot… Hahahaah..

Apa2 pun tahniah dengan buah tangan ni Puan Author. Tunggu citer Dia Seadanya plak pasni… J


Kredit 4/5

Wednesday 10 September 2014

Novel : Versus



Judul : Versus
Penulis : Hlovate
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 432
Harga : RM19.90

My first piece of Hlovate. Tak pernah perasan sebaris nama author ini sebelum ni. Bila dah aktif baca novel, ramai yang kata author ni punya aura yang tersendiri. And so I keep his/her name in my wish list. 2nd hand pun takpe.. Seriously, Hlovate is he or she?? I did google tapi macam sgt2 low profile author ni. Kan??

Rumusan Kisah :

Minn Edina diminta oleh pensyarahnya untuk bertindak sebagai mentor Ashraff Omar (AO) dalam usaha AO untuk menyiapkan satu tugasan. AO agak tidak berkenan dengan penampilan Minn yang dianggapnya seperti ustazah.

Rahsia sebenar Minn akhirnya diketahui oleh AO secara tidak sengaja. AO yang pernah meminati Minn semasa zaman kegemilangan Minn sangat terkejut dengan perubahan diri Minn. Dalam pada keterujaan untuk mengetahui sebab musabab perubahan Minn, AO mula merasai sesuatu terhadap Minn. Meluahkan perasaannya pada Minn namun ditolak oleh Minn membuatkan AO mula melakukan perubahan ke atas dirinya.

Hubungan AO dan Minn tergantung begitu sahaja apabila AO meneruskan pengajian ke Australia. Masing-masing merindui namun tidak meluahkan. Kepulangan AO ke Malaysia semasa cuti semester menyaksikan perubahan diri yang sangat ketara malah lebih baik daripada diri Minn, membuatkan Minn merasakan dirinya tidak layak untuk AO. Minn mula menjauhkan diri tanpa sebarang khabar berita hingga takdir menemukan mereka sekali lagi.

Kata Ku :

Main point citer ni, how baik is baik? Berubah ke arah yang lebih baik bukan mudah malah memerlukan pengorbanan dan keazaman yang tinggi.

Kalau nak citer yg lovey-dovey, citer ni mmg tak ler. Bg aku, Minn dan AO hanya la watak sampingan. On off on off beberapa tahun sambil mendalami ilmu di dada.

Dah sah2 aku tak paham langsung dengan dunia skates ni. So, mmg certain part ada rasa mcm lost sket.. Huhuhuhu.. Tapi, aku paling suka ending citer ni… Lepas gian! Hahahaa.. comey jer!


Kredit 4/5

Monday 25 August 2014

Novel : Jangan Benci Cintaku


Selagi aku masih mampu, selama itu aku tetap di sisimu..
Kerana tanpa dirimu, aku hanya manusia tanpa cinta

Judul : Jangan Benci Cintaku
Penulis : Emy Roberto
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 500
Harga : RM23

Review kata citer ni best, so novel ni dah masuk dlm my wish list. Beli time kena denggi. Buat bahan bacaan kat rumah. Huhuhu.. No regret at all. Should grab author’s 1st piece, Mama Mia Syaza too.

Rumusan Kisah :

Rafeeqa Huda (Fika) dipaksa berkahwin dengan Shahrizal Hayrat (Shah) ketika usianya masih muda dan mentah. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar Negara, Sunderland, digunakan sebaik-baiknya untuk ‘melarikan diri’. Walaupun berat hati, Shah terpaksa akur dengan keputusan isterinya.

Tahun-tahun awal Fika di Sunderland, Shah selalu ‘ada’ di sisi Fika. Namun, semuanya berubah pada tahun akhir pengajian Fika. Shah yang sudah penat mengejar cinta Fika, sudah menemui pengganti. Kepulangan Fika ke tanah air membongkar kecurangan Shah. Namun, Fika yang diva selalu sahaja bisa untuk berlagak tenang walau hatinya bagai disiat-siat. Satu sahaja yang dipinta oleh Fika, bahagiakan hari-harinya selagi masih bergelar isteri kepada Shah.

Kata Ku :

Sangat2 full of them, I mean the couple, Rafeeqa dan Shahrizal. Very touched my heart. Terkesan dan rasa dekat di hati.

Things happened sebab masing-masing tak confess their own feelings. If only they confess, I think banyak benda boleh avoid. Makanya, no matter how good are you at expressing your love, somehow you still need to admit your feelings, by saying those magic words. Sesekali apa salahnya, kalau tak nak sebut tiap2 hari kann.. Tak nak sebut I love you, then you say, jangan benci cintaku.. kata tak nak mainstream.. hehehe..

I think both of them lucky sebab masing2 ada BFF yang sentiasa support and brainwash them, Damia and Azwan.

I love the bubbly and diva Rafeeqa. Sangat2 cool and steady bila dapat tahu husband ada affair. Marah husband pun tak.. menyerang Husna pun tak.. Sebaliknya Husna pulak yang menyerang. Tak sedar diri betul Husna tu!

Husna… I wonder what happen to her? Tiba2 dah hilang macam tu jer.. bunuh diri ke? Hehehhe… btw, smpai ke sudah Nek Pah x leh trima Rafeeqa. Huhu..

Kredit 4.5/5


Thursday 21 August 2014

Drama ~ Rindu Awak 200%

Seriously, tak pernah minat ngan Zul Arifin sebelum ni.. And that is why tak layan drama Rindu Awak 200% masa mula2 start main kat tv. Tapi, lama2 ter-layan la pulak. Boleh2 pulak melting kat karakter Kapten Zill Faezrul yang sangat2 la sabar-tahap-tak-logik! Haishhh...


Tak pasal2 aku dah feeling2 tgk citer ni... hehehe... Sebagaimana feeling aku masa layan drama Love You Mr Arrogant dulu, feeling yang sama gak ngan citer ni. Cuma aku lagi suke Zara Zya banding Ayda Jebat ni. Aku rasa Ayda agak kaku dan plastik. Huhuhu..

And aku sangat2 layan ngan salah satu OST citer ni.. Maafkan Aku - Asfan...

Novel : Sayangku Casper



Cinta pertama adalah keramat di hati.. Rindu pertama adalah penawar di jiwa..
Is love supposed to last throughout all time.. Or is it like trains changing at random stops.

Judul : Sayangku Casper
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 613
Harga : RM25.90

Beli 2nd hand sebab ramai kata best seller citer ni.. And I’m glad I bought it.. Worth reading.. J

Tips beli novel 2nd hand… harga mesti bawah RM15 termasuk pos. Kalau harga RM20, better beli buku baru jer.. Huhuhu…

Rumusan Kisah :

Tia Adila (Tia), gadis yang sering dibuli oleh emak dan kakak tirinya. Ayahnya pula sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan dan jarang ada di sisinya. Bertemu pula dengan Tengku Rafique dalam beberapa insiden. Tengku Rafique sebenarnya datang ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne iaitu Adelie De Casper. Pada mulanya Tengku Rafique menyangka bahawa Tia adalah Adelie, namun terpaksa kembali semula ke Paris dengan perasaan hampa.

Jodoh mereka panjang. Tia dan Tengku Rafique bertemu semula dalam pesawat yang sama menuju ke Paris. Tia dalam misi melarikan diri dari ibu tirinya yang mahu mengatur jodohnya. Kehilangan bagasi Tia yang dibawa lari oleh pemandu teksi, memaksa Tia untuk menerima budi baik Tengku Rafique. Walaupun keberatan, Tia bersetuju untuk menyamar sebagai Adelie, atas permintaan Tengku Rafique. Mereka mula menyimpan perasaan terhadap sesama sendiri.

Satu per satu rahsia keluarga Madame Marianne mula terbongkar.


Kata Ku :

Citer yang kinda rare. Sangat2 buat aku curious dari awal pembacaan. Lebih kpd family story line. Tia is the modern Cinderella!

I predicted wrongly. Somehow, mmg lega sangat2. Kalau tak, kesian kat Tengku Rafique. Huhuhuh…

Oh.. I wish I am in Paris! Dah terbayang2 Eiffel Tower. Huhuhuh…

I prefer this piece than Street Vendetta. Hehehe..


Kredit 4.5/5



Wednesday 20 August 2014

Novel : Teman Lelaki Upahan


 Bisakah cinta upahan menjadi cinta realiti…

Judul : Teman Lelaki Upahan
Penulis : Azura Rasiddin
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 813
Harga : RM30

Beli novel ni sebab… 1) ada voucher RM10 redeem dari maybank2u.. 2) ketebalan novel.. 3) citer ni diadaptasi ke drama… hehehe..

Rumusan Kisah :

Segalanya bermula apabila Lydia ditinggalkan kekasih hatinya, Haidar. Dalam masa yang sama, ayah Lydia berjanji akan menyerahkan syarikatnya kepada Lydia, hanya sekiranya Lydia berkahwin sebelum bulan Jun. Lydia yang terdesak, terpaksa memaksa Ezwan Lutfi (El) untuk menjadi teman lelaki upahannya. El bersetuju dengan rancangan Lydia dengan syarat Lydia menyerahkan banglo kepunyaannya di Cherating yang sangat diminati El.

Setelah bertemu dengan ayah Lydia, El berasa dia bertanggungjawab untuk memperbaiki hubungan Lydia dan ayahnya. Hubungan mereka bertambah rapat dan dalam diam mereka sebenarnya sudah mula menyimpan perasaan terhadap sesame sendiri.

Tatkala El hendak melamar Lydia, kemalangan menimpa keluarga El di Sarawak, memaksa El untuk meninggalkan Lydia tanpa sebarang berita. Lydia yang mengetahui tentang diri El yang sebenarnya mengambil keputusan untuk berundur diri. El yang menyangka Lydia sengaja mempermainkannya mula berdendam dengan Lydia.

Kata Ku :

1st part of story, agak perlahan dan boring sket. 2nd part, mula rasa best. Straight forward dan tak meleret. Takde drama sgt pun.

A bit weird tang El boleh tak perasan Helen Group adalah supplier kepada Casa Furniture. Takkan dah masuk ofis tapi tak tahu langsung pasal Casa Furniture. Ke aku ada miss mana2 part? Hmmm…

I think, kalau ada elaborate pasal perkahwinan depa pun best jugak. Honeymoon kat Tasmania pun tak digambarkan dengan baik. Anyway, happy ending untuk all of them. Great!

Bakal ditayangkan…


Kredit 3.5/5


Friday 8 August 2014

Novel : Suami Tak Kuhadap


 Namun takdir tetap membawa kamu dekat dalam hati…

Judul : Suami Tak Kuhadap
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 743
Harga : RM28

Dah lama baca citer ni dalam blog penulis tapi tak tau kenapa dibiarkan mcm tu jer. Mungkin sebab menyampah ngan Syai yg penuh dengan dendam. Bila member beli novel 2nd hand, bleh la tumpang sekaki. Hihihi…

Oye, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

Rumusan Kisah :

Nur Syaima (Syai) seorang gadis yang penuh dengan rasa dendam, benci dan amarah pada ayah dan keluarga tirinya. Dia meletakkan segala kesalahan terhadap ayahnya yang meninggalkan ibunya yang sakit dan berkahwin lain. Dirinya terasa terasing walaupun ayah dan keluarga tirinya sentiasa cuba untuk mendekatinya.

Budriz, anak kepada isteri ayahnya, sentiasa bersabar dengan kebencian Syai terhadapnya. Kasihnya pada Syai akhirnya membawa kepada perkahwinan tanpa rela oleh Syai. Budriz mendidik Syai agar menerima segala yang berlaku dalam hidup sebagai ketentuan Ilahi. Kasih sayang Budriz akhirnya membuka hati Syai untuk menerima Budriz sebagai suami. Pada masa yang sama juga cuba menerima kembali ayah dan ibu tirinya.

Rumahtangga mereka bahagia walaupun tidak direstui oleh nenda Budriz yang terlalu mementingkan keturunan. Kemunculan semula bekas teman lelaki Syai, Faez juga mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh.

Kata Ku :

1st part citer ni mmg berjaya buat aku rasa semput sgt.. semput sgt2 ngan Syaima yg penuh dengan dendam kesumat.. Pelik betul mcmana la si Budriz bleh jatuh hati pastu konfiden plak yang si Syaima ni pun sebenarnya ada rasa kat dia. Hmm..

2nd part bila Syaima dah mula terima Budriz. Banyak pula cabaran dalam rumahtangga mereka berdua. Mula2 ingatkan Nurina yang akan jadi racun dalam hubungan mereka. Sangkaan aku meleset la plak. Faez??!! Mamat pshyco! Tang nenda Budriz mmg tak yah ckp la kan.. huh!! Mula la aku nak emo ni…
Overall, bacaan yang agat berat dan stress. Serabut otak aku!

Kredit 4/5

Friday 18 July 2014

Novel : Suami Aku Ustaz


Bila dia jelling aku tanda tak suka, mesti jantung aku melompat bagai nak gila!  - Alisa

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 583
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Nur Alisa dinikahkan dengan Ustaz Hafiz, sepupu dan juga cikgunya sendiri, atas permintaan kedua ibubapa Alisa sebelum keberangkatan mereka ke Mekah. Ibubapa Alisa yakin Ustaz Hafiz boleh menjaga, melindungi dan membimbing Alisa.

Pernikahan mereka tidak dihebohkan sehingga berlangsungnya kenduri mereka selepas SPM Alisa. Bimbang dipandang serong, Alisa sehabis mungkin merahsiakan statusnya sepanjang persekolahan. Ustaz Hafiz seorang yang penyabar melayani karenah isterinya. Semakin hari, Alisa semakin berubah dan dapat menerima Ustaz Hafiz.

Perasaan Alisa diuji apabila dia menyambung pengajian ke universiti tempatan. Kehadiran Naim sedikit sebanyak mengganggu gugat perasaan Alisa.


Kata Ku :

Honestly, first impression terhadap judul novel ni mesti la ada unsur Islamic. A bit reluctant nak baca sebab takut bosan. No offence ok!

But then, I find myself enjoy reading the novel. A very easy reading novel. Tak meleret-leret. Takde drama sgt. Pengolahan citer yang santai.

Mungkin ramai yg tak setuju kahwin time sekolah, tapi dah namanya pun kena paksa kahwin kan.. bukan Alisa yang gedik sgt nak kahwin. Nak blame parent Alisa? Biasa lah orang tua-tua… pemikiran diorang lain sket.

Suka dengan Ustaz Hafiz yang menggunakan pendekatan tersendiri dan analogi-analoginya dalam membantu memperbaiki dan membentuk jati diri Alisa. Suka dengan Alisa yang perlahan-perlahan menerima kehadiran Ustaz Hafiz dalam hidupnya. Sangat terkesan bila Alisa malu-malu apabila diusik suaminya. TAPI… macam x patut jer adegan usik-mengusik di sekolah. And lagi… tak berapa setuju dengan tindakan Alisa menipu status dirinya ketika melanjutkan pengajian.

Dalam diam-diam, ter-compare jgak dgn karya-karya Melur Jelita. I mean dari segi pengisian Islamic. Analogi-analogi Ustax Hafiz lebih santai. Sesuai la nak bagi paham isterinya yang remaja itu. Ehehe…

Oh yee... Citer ni bakal ditayangkan di pawagam tahun ni kot... Gadingan Nora Danish & Adi Putra!



Kredit 3.5/5


Wednesday 9 July 2014

Novel : Curi-Curi Cinta



Kasihku.. Ku amat mencintai kamu.. Kerana kau beri erti hidup.. Ku kan terus mencinta.. 
sedetik lebih.. Selepas selamanya..

Judul : Curi-Curi Cinta
Penulis : Siti Rosmizah
Terbitan : SR Publication
Muka Surat : 1165
Harga : RM37.90


Rumusan Kisah :

Intan Raihana, gadis sombong dan bongkak yang mengaku dirinya berasal daripada keluarga berada padahal merupakan anak org miskin. Setelah mengetahui abangnya berkerja sebagai pemandu kepada Daniel Hakim, sepupu kepada kawannya, Intan nekad untuk memerangkap dan memiliki jejaka kaya tersebut. Pelbagai rancangan jahat diatur namun gagal kerana Daniel sememangnya arif dengan hati busuknya.

Daniel dan Intan yang menjadi mangsa keadaan telah ditemui dalam keadaan yang mengaibkan oleh abang Intan. Abang Intan meminta Daniel untuk bertanggungjawab. Daniel akur mengahwini Intan dalam masa yang sama mempunyai rancangan untuk mengenakan dan menyedarkan Intan. Intan mula berubah dan jatuh hati pada Daniel.

Kebahagiaan yang baru hendak dikecapi dicemari dan membuatkan Daniel membenci Intan sehingga sanggup mengugut Intan untuk bekerja sebagai cleaner di syarikatnya. Apabila semuanya terbongkar, Intan pergi meninggalkan Daniel.

Kata Ku :

Fuhh.. Serabut otak baca citer ni. A bit annoying sbb mcm x konsisten bila ada part yg mcm ada pencerita. Ermm.. bukan x biasa pun cuma.. dlm citer nie.. sgt annoying la..

Banyak sgt EGO dan salah faham.

SMS yang panjang mcm tulis surat la plak.

Lg banyak derita dari bahagia. Baru nak bahagia, dah derita balik. Alahaaiii.. Penat!

Touching2 la jgk at some parts.

Overall, banyak pengajaran.


Kredit 3.5/5

** SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA **