Playboy itu suami aku?! Biar betul!
Judul : Playboy Itu Suami Aku?!
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 666
Harga : RM24
Citer ni akan akan mula shooting hujung bln Sept.. Dijangka akan ditayangkan bln Nov selepas drama Love You Mr Arrogant...
Hero & Heroin - Fatah Amin & Nur Risteena |
Kisah silam Raja Adrian Benjamin
telah mengubah dirinya menjadi seorang playboy. Namun, ada sisi lain yang tidak
diketahui ramai. Disebabkan sisi itulah Afina Aulia sanggup menerima
lamaran-paksa oleh mummy Adrian, dengan harapan Afina dapat mengubah Adrian.
Adrian pula terpaksa meneruskan rancangan mummynya semata-mata kerana jawatan
CEO dan saham-saham syarikat daddynya.
Afina terlibat dalam kemalangan
menyebabkan dia Amnesia dan tidak mampu untuk mengingati setiap kejadian yang
berlaku selepas perkahwinannya dengan Adrian.
Dalam pada berperang-perang,
Afina dan Adrian sebenarnya sdh jatuh sayang di antara satu sama lain. Kebahagiaan mereka diuji dengan kepulangan
Fisya, adik kembar Afina, yang cuba merampas Adrian.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Puan Sri melepas pelukan anaknya.
Kemudian, dengan wajah yang serius, dia bersuara. “Tak, Adrian. This time mummy
bukan berlakon untuk selamatkan Ad dari perempuan-perempuan tu. Mummy
betul-betul dah ada calon untuk Ad. You
are getting married soon!” – m/s
“Fina, listen to me. You have
promised to stay with me sampai akhir tahun ni, at least! Kita akan bincang hal
ni semula selepas aku jadi CEO Kiara Emas.” – m/s 115
“Syaf… jasad aku memang Nampak
sempurna. Memang aku Nampak macam tak sakit tapi, aku ada Amnesia, Syaf…” terus
sahaja aku memberitahu tentang penyakitku kepada Syaf. – m/s 142
“You are just not my type too,
Adrian. Kalau kau ingat aku tukar penampilan ni sebab nak miliki kau, kau
silap. Aku tukar penampilan sebab kerjaya ini. Kau sendiri yang cakap, client
pun akan lari kalau tengok aku, kan?” aku membidasnya dengan kasar. Geram betul
hatiku saat ini. – m/s 227
“Berdosa ke untuk seorang playboy
seperti aku berubah menjadi pencinta yang setia?” – m/s 389
“Fina… trust me. I have tried thousand times to deny
this feeling but it kept on hunting me. Ku dah tak boleh tipu diri aku sendiri lagi.”
Kepala digelengkan sedikit ketika meluahkan ayat-ayat itu. Dalam anak matanya
merenung ke arahku saat ini. “Afina Aulia… aku cintakan kau!” – m/s 420
“Kau ingat aku bodoh nak tunggu
kat sini lagi? Tapi, malangnya kau selamat. Kau masih hidup! Jadi, aku terpaksa
upah Fahmi untuk pisahkan kau dengan Adrian. Aku mahu kau difitnah! Aku mahu
Adrian tinggalkan kau. Aku mahu tengok kau menderita dan sengsara tapi kau
bernasib baik sebab Fahmi tak sanggup buat semua itu. Fahmi cintakan kau! Entah
ubat guna-guna apa agaknya yang kau gunakan sehingga semua lelaki boleh kau
tundukkan akhir-akhir ni!” bentak Fisya. – m/s 580
“Kerana cintakan abang, maka Fina
harus pergi jauh dari hidup abang. Fina tak mahu Fisya…” – m/s 658
Kata Ku :
Aku rasa part Afina yang confuse
time dia Amnesia tu agak boring sikit. Tarik-tali panjang sgt la kot. Bila
Afina dah pulih daripada Amnesia, Afina lebih bnyk bermonolog sendiri. Tak banyak dialog. Lebih kepada refresh apa yg berlaku sebelum Afina Amnesia.
Mood aku excited balik bila
Adrian cuba meluahkan perasaan dia pada Fina. And thanks to Fisya yang berjaya
buat aku geram sangat kat dia! Boleh pula aku bayangkan Fisya tu Nabila Huda
dalam citer Teduhan Kasih! Hahah!!
No comments:
Post a Comment