OMO OMO... dah setengah tahun tak hapdetttt... Apa nak jadi ni weyy..
Novel pun dah lama tak beli... Ni mmg semua salah K-Drama! Kekekeke...
Konon2 nak borong novel kat PBKL.. tapi, last2 tak pegi pun..
Hahh.. yg ni semua dh ready dlm 'bakul'... nak kena tunggu next book fair.. Bila ek? Hjg tahun ada kann...
Cart :
1. Rehan Makhtar - Hurt, Permata Hati, Dengarkanlah Jeritan Hatiku
2. Acik Lana - Red Velvet
3. Emy Roberto - Ingatkan Dia Tentang Setia
4. Hero Seorang Cinderella
5. Syamnuriezmil - Perempuan Paling Bahagia
6. Farah Husain - Chinta Unlimited
Rasanya, by end of the year.. akan bertambah lagi kot... Kena start menabung ni.. huhuhu..
So, sementara tu.. sambung layan K-Drama.. Hihihi...
Apa2 pun.. Salam penghujung Ramadhan semua...
Showing posts with label Acik Lana. Show all posts
Showing posts with label Acik Lana. Show all posts
Monday, 27 June 2016
Friday, 22 January 2016
Novel : Milik Engkau Saja
Selamanya, sampai bila-bila.
Judul : Milik Engkau Saja
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Booku Enterprise
Muka Surat : 924
Harga : RM38
Rumusan Kisah :
Darlina & Izz Ariff bertemu kali pertama ketika kucing
peliharaan Izz, Coffee sakit & dirawat oleh Darlina dan abangnya, Darwish.
Hubungan mereka menjadi semakin rapat kerana minat yang sama… kucing. Malah,
Izz sanggup menjadi volunteer di pet shop Darwish selepas waktu kerja &
hujung minggu. Idea menjodohkan Coffee dan Queen Ally, kucing peliharaan
Darlina secara tidak langsung menjadikan tuan kucing semakin mesra. Hubungan bestfriend mula dibelai rasa lain.
Irina, artis glamor, tunang 9-tahun Izz mula menuntut janji Izz
untuk berkahwin dek rasa bersalah dan takut kerana telah curang & terlanjur dengan
Qarid. Berasa tewas dengan Darlina, gadis biasa dan punya secara 'hitam' membuatkan Irina memasang pelbagai strategi untuk menguasai Izz semula.
Kataku:
Storyline biasa-biasa je. To me, 1st half agak meleret
sket.
Something bother me. The accident dibayangkan mcm teruk but
kandungan Darlina selamat. Anyway, mata masuk habuk sangat-sangat part accident
tu.
Actually, I doubt wujud ke lelaki sebaik Izz Ariff and family in
reality? Mampu terima Darlina dengan sejarah viral nya?? Sedangkan parent
Darlina sendiri tak mampu. Sedangkan parent Darlina sendiri sepatutnya
memaafkan Darlina. But, it turned out that parent Darlina yang paling last
dapat terima Darlina semula. Hmm..
Typical Irina, artis glamor yg lupa diri. Sebab ego,Irina jadi
semakin agresif & psiko. Tak dpt terima kenyataan dia kalah pada gadis
biasa & perasan bagus. I thought Irina would end up kat rumah sakit jiwa.
Good for her nyway..
Moral of the story... social media is very dangerous nowadays. Everything can be shared to the whole world in just a second. Please think before act. History cannot be changed until you have time travel. Hahaahah..
Kredit 3.5/5
Monday, 10 August 2015
Novel : Chandelier
Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik
dan memukau perhatian...
Tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.
Judul : Chandelier
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Kaki Novel
Muka Surat : 814
Harga
: RM32
Rumusan
Kisah :
Keisha
Edlina, si gold digger, hidup mewah atas tajaan lelaki kaya yang mudah tergoda dengan paras wajah & bentuk tubuhnya yang
sempurna. Walaupun begitu, Keisha masih mampu untuk mempertahankan kesuciannya.
Tatkala sedar dia perlukan sebuah jaminan kehidupan yang mewah, Keisha cuba untuk
megikat Datuk Eusoff dalam sebuah perkahwinan. Namun, niatnya tidak tercapai dek
kerana drama yang dicipta oleh anak Datuk Eusoff.
Tan Sri
Emran muncul menjadi 'hero' penyelamat. Keisha baru berangan hendak memegang
gelaran Puan Sri namun impian berkecai disebabkan insiden yang menimpa Keisha. Keisha
mula berputus asa. Aset yang dia ada sudah tidak sempurna. Keisha terpaksa
meninggalkan Tan Sri Emran kerana tidak mampu berdepan dengan hakikat dirinya
sudah tidak sempurna.
Saat
ini, hanya Kaef dan keluarga Kaef sahaja tempat Keisha bergantung. Kaef sering
muncul menjadi pelindungnya walaupun hubungan mereka sebelum ini tidaklah
serapat mana. Keisha mula berubah. Hati mula menyayangi Kaef. Harapkan panas
hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Keisha memilih untuk mengorbankan
rasa cintanya pada Kaef kerana tidak sanggup melihat kejatuhan Kaef yang
berpunca dari masa silamnya.
Kataku
:
Mmg sesuai sgt judul chandelier ngan storyline citer ni.
Selepas
citer Pelangi Cinta Buat Suami, novel chandelier ni paling terkesan kat hati.
Bukan la kata novel lain Acik Lana x best, tapi ntah la. Maybe sebab plot citer
ni. X meleret sgt. X slow sgt.
The
truth is aku x bc pun sinopsis kat blkg novel. So,apa yg aku expect x betul la
plak. Ingatkan Kaef & Keisha akan berkahwin di pertengahan citer, pastu
rumahtangga mereka akan teruji disebabkan kekhilafan Keisha. Tapi aku salah...
Aku x tau la kalau aku sanggup berkorban mcm Keisha. Hmmm.. You deserve the happiness Keisha!
Kredit 5/5
Tuesday, 5 May 2015
Novel : Kerana Aku Untukmu
![]() |
| Duduklah berlindung dalam hatiku selama mana yang kau mahu, Kerana seluruh jiwa, seluruh raga, dan seluruh cinta ini hanya untukmu. |
Judul
: Kerana Aku Untukmu
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Lovenovel
Muka
Surat : 827
Harga
: RM35
Sebab
pasni nak review Chandelier.. cehh.. padahal x amik pun novel dari member yang
tolong belikan kat bookfair! Hahaah.. kita review dulu citer KAU ni.. Baru
complete set citer Acik Lana..
Rumusan
Kisah :
Perkahwinan
Zenia dengan Fakry selama dua tahun, tidak pernah membahagiakan Zenia, malah
hidupnya terseksa dengan maksiat demi maksiat yang dilakukan Fakry di depan
matanya dan di dalam rumahnya sendiri. Fakry tidak pernah reda dengan
perkahwinan yang diatur oleh ibunya, namun terpaksa mengahwini Zenia disebabkan
wasiat harta ibunya. Sikap Fakry semakin teruk sehingga mengasari Zenia. Zenia
dan Fakry akhirnya bercerai juga.
Zenia
tekad mulakan hidup baru dan kemunculan Darriz Imdad, bekas majikan Zenia yang menaruh
perasaan terhadap Zenia sejak kali pertama bertemu Zenia, mula menagih cinta
Zenia. Ibu Darriz Imdad yang pada mulanya menentang perhubungan mereka akhirnya
bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Fakry
mula sedar akan kehilangan Zenia dan merayu supaya Zenia kembali kepadanya.
Kebahagiaan Zenia membuatkan Fakry hilang pertimbangan.
Kataku
:
Macam
biasa Acik Lana nyer writing mmg agak berat jalan citer dia. A bit slow kat
permulaan citer. Slowly pick up bila Fakry dah jadi psiko! Giler talak!
Part
‘kidnap’ mmg buat aku tak senang duduk. Kesiannya kat Zenia. Rasa nak tembak
jer Fakry masa ni. Tapi ‘kesan’ kidnap yg satu tu mmg tak sangka. Saspen siot!
Goshh…
Cadar
putih for malam pertama??? Seriously umi??!!
Mann!!
Darriz
mmg terbaik! Zenia, I think typical kinda woman! Huhuhu..
Kredit
4/5
Wednesday, 12 November 2014
Novel : Saat Hilang Cintamu
Judul
: Saat Hilang Cintamu
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Booku
Muka
Surat : 845
Harga
: RM35
Acik
Lana’s latest baby from her own publication..
Rumusan
Kisah :
Setelah
7 tahun membawa diri, Izzara Helina kembali semua ke tanah air. Berjiran
sebelah pintu dengan Dayyan Idraqi, tanpa mengetahui bahawa jiran tersebut
merupakan penyanyi yang sangat popular. Perkenalan awal mereka tidak semesra
mana. Perang dingin berlanjutan sampailah hati sudah mula merasai sesuatu.
Impian
untuk mengecapi bahagia musnah pada malam persandingan mereka, walaupun selamat
diijabkabulkan. Raqy yang tidak dapat menerima hakikat kemalangan tersebut mula
menjarakkan diri, kononnya demi kebahagiaan Zara. Zara terluka, tapi memilih
untuk menjadi kuat.
Kata Ku :
Kalau nak compare, I personally
think Pelangi Cinta Buat Suami is Acik Lana’s best piece.
The second part, mmg I tak jangka
langsung. Kesian Zara.. Raqy tak patut buat mcm tu. Luckily, Zara kuat dan tau
apa yang dia patut buat. Zara dah transform dari zero to hero-in! Thumbs up
Zara!
Part ending kat stage tu, dah boleh agak kot.. hihihi..
Overall, layan la jugak..
Kredit 3.5/5
Tuesday, 20 May 2014
Novel : Akadku Yang Terakhir
Kerana
aku mula mengerti betapa indah cintamu, betapa agung dan tulus kasih sayangmu.
Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku…
Judul
: Akadku Yang Terakhir
Penulis
: Acik Lana
Terbitan
: Kaki Novel
Muka
Surat : 957
Harga
: RM37
Rumusan
Kisah :
Kegagalan
Irham Zahri dalam perkahwinan sebanyak 3 kali dalam jangka masa yang pendek telah
menemukannya dengan Rania Baheera, pakar psikoterapi yang merawatnya, setelah
dipaksa oleh ayahnya. Pelbagai helah yang dibuat oleh Irham untuk membuli Rania
kerana tidak ingin menerima rawatan tersebut.
Kekecewaan
Rania terhadap Fazriq, abang angkatnya yang mencintai kakaknya sendiri,
menyebabkan Rania menerima tawaran Irham untuk ‘bertugas’ di JB. Perasaan-perasaan
lain mula hadir tanpa mereka sedari.
Rania
akhirnya menerima lamaran Irham. Perkahwinan yang pada mulanya bahagia akhirnya
mula retak disebabkan rasa cemburu Irham dengan perhatian yang Fazriq berikan
pada Rania. Irham mula mengasari Rania dan akhirnya menceraikan Rania.
Petikan-petikan
dari dalam novel :
Rania
: Having a whole bunch of women doesn’t make you a man, being faithful to one
does. – m/s 69
Irham
bila mengayat :
I
know and I hope so too. Cuma sebab you sentiasa ada bersama I, I bimbang ada
rasa lain dalam hati I. I’m just a man. – m/s 338
No
matter how long it takes, no matter how far, I will get you, Rania. Mark my
words, I will get you. – m/s 352
And
I am taking a chance to tell you that you are special, limited edition. – m/s
366
You
came into my life, Rania… And I plan to make you stay. – m/s 379
I
know there are better guys out there, but I want you. Deal with that, Rania. –
m/s 443
I
akan beri sepenuh kasih sayang I pada you. Kasih sayang yang tak pernah I
berikan kepada mana-mana perempuan yang pernah hadir dalam hidup I. – m/s 526
Tapi
suatu hari nanti, I takkan ucap selamat tinggal lagi kepada you. I cuma akan
ucap good night, Rania. – m/s 541
So,
I want someone who will never leave, no matter how hard it is to stay with me.
Rania, boleh you hidup di sisi I sampai
bila-bila? – m/s 558
Rania
: Encik Irham, perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dicuba-cuba. Saya tak nak
merisikokan hidup saya dengan perkahwinan bersifat sementara yang tak kekal lama.
Saya minta maaf, saya terpaksa tolak lamaran Encik Irham. – m/s 589
Rania
: Percayalah, aunty… saya tak salahkan Encik Irham atas apa yang berlaku.
Sejarah biarlah terus menjadi sejarah, yang penting sekarang adalah masa depan.
Dan saya bersedia untuk menjadi sebahagian dari masa depan Encik Irham. – m/s
633
Irham
: I don’t want to be your whole world, Sayang. I just want to be your favourite
part of it. Kita sama-sama cari jalan untuk hidup bahagia sampai bila-bila.
Insya-Allah , bahagia akan sampai ke syurga. – m/s 730
Kata Ku :
The feeling masa baca citer ni lebih
kurang feeling baca PYPAC. Kinda stress and tense. So, to me.. heavy readings
jugak laa.. Kalau tgh stress tu, not advisable la kot baca citer ni. Heheheh..
Mmg hasil tgn Acik Lana ni mmg penuh
dgn emosi. Tak pyh nak compare ngan Siti Rosmiza sbb masing2 ada cara penulisan
dan penyampaian masing2 pun kann. So, bab penghayatan feeling tu mmg ada.
Ermm.. Irham punya stail romantic
tersendiri. Takde la ayat berbunga sgt tp still bleh buat hati melt kot. Tapi, geram
sgt ngan Irham yg selalu jer buat tuduhan melulu kat Rania. Kesian ngan Rania!
Hhuhuhu… Tang Zahlia mmg drama sgt la kann..
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Friday, 27 September 2013
Novel : Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Judul : Perempuan Yang Paling Aku
Cinta
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 673
Harga : RM33
Novel Limited Edition tau…
Rumusan Kisah :
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah. Kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah. Kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Karl : Sometimes the wrong choice
brings us to the right place. Look at you now, and look at me. Kita dah ada
haluan masing-masing yang lebih baik. just imagine kalau kita masih bersama in
seven years back. You rasa you akan lulus dengan cemerlang? You rasa I boleh
success macam sekarang if I tak pergi England ikut my dad? No, Bunga. No… - m/s
103
Karl : Falling in love with her
is something I hadn’t expected. But being in love with her is something I
couldn’t stop even I tried. I want her back, Alan… - m/s 161
Bunga : Marah? You pun pandai nak
marah? Hei, apa yang you buat pada I memang teruk! You goda I, you buat I jatuh
cinta pada you, you desak I serahkan semuanya pada you. But at the end you
dumped me! You ingat I ni apa? Sampah? – m/s 187
Karl : You akan jatuh cinta
dengan I sekali lagi, Bunga. And trust me, this time round I’ll make it right.
I will love you until the day I stop breathing. I promise you, I will… - m/s
213
Karl : Bunga, please don’t do
this to me. I might not be everything you ever wanted, but I’m always gonna be
more than what you deserve… - m/s 306
Karl : Saya sanggup
memperisterikan Bunga kalau itu boleh menutup malu keluarga pakcik. Dan kali
ini saya mahu mengahwini Bunga seikhlas hati saya, saya cintakan dia. – m/s 345
Karl : No matter what kind of
woman you are, and no matter if you can love me or not in future, after we got
married, I will respect your values. I was prepared to do that much. – m/s 354
Bunga : It’s funny, Karl… no matter how far I run,
I’ll never be able to run away from the memories you left with me. – m/s 448
Karl : Oh, come on, Bunga. Dah
terlalu lama I bazirkan masa kita, and this time I want to make it right. We
are finally starting to walk at the same pace, Bunga, so we can’t always wait
for the perfect time. Semuanya perlu bermula sekarang… - m/s 488
Karl : Selama I pergi dari sini,
rupa-rupanya I hanya bawa separuh hati I, Bunga. Dan separuh lagi, ada pada
you. But I can’t go on like this anymore, I don’t want to lose anymore of the
time that I have to be with you. – m/s 510
Bunga : No Elman, definitely no.
I dah jadi isteri Karl, dan I akal kekal menjadi isteri dia selama yang
mungkin. Dan kalau jodoh I dengan dia ditakdirkan tak panjang, percayalah yang
dalam hati I Cuma ada dia. Sampai bila-bila… - m/s 593
Bunga : It’s not like that, Karl.
I rasa I adalah perempuan paling bertuah sebab ada suami macam you. Orang
selalu kata lelaki macam you ni susah nak dicari dekat dunia ni, kalau ada pun
Cuma watak-watak dalam novel aje. But I’m glad that you’re exist, and I’m
thankful because you’re mine… - m/s 608
Karl : You adalah bunga dalam hati I, I akan jaga you, siram you
dengan penuh kasih dan sayang, baja you dengan rasa cinta, dan I takkan biarkan
you layu walaupun sedikit, I akan pastikan you kembang mekar penuh indah,
cantik berwarna dan ceria. I takkan buat you bersedih lagi… - m/s 671
Lagu dalam novel :
Afgan - Bukan Cinta Biasa
Triad - Ratu Hatiku
Ernie Zakri - Bicara Cinta
Dygta - Cinta Sudah Terlambat
Lagu dalam novel :
Afgan - Bukan Cinta Biasa
Triad - Ratu Hatiku
Ernie Zakri - Bicara Cinta
Dygta - Cinta Sudah Terlambat
Kata Ku :
A touching story. Banyak bermain dengan
emosi!
Aku dapat rasa penderitaan yang
ditanggung oleh Bunga. Aku dapat rasa betapa marah dan kecewanya Bunga pada
Karl and at the same time keliru dengan perasaan dia yang sememangnya mencintai
Karl selama ini.
Maybe ada yang komen part tarik
tali panjang sangat, aku pun kureng juga kalau dok tarik tali je kan, mula la
rasa bosan.. tapi untuk citer ni, aku bagi pengecualian kot sebab berat juga
kes Bunga dan Karl ni. So, aku rasa memang patut la kot Bunga tarik-tarik tali
manja dengan Karl. And I love them after they get married. They never fail to
express their loves to each other, which I think all husband and wife should
do. J
Paling touching bab Eusoff, part
Karl jumpa ayah Bunga, part Bunga balik kampung nak jumpa ayah dia and part
Bunga ngan ayah dia kat hospital. Sedihnya..
Part malam pertama Bunga dan
Karl… hahaha… nakal dan sengal tau Karl! Kesian Bunga!
Oh btw, since novel ni Limited
Edition (LEd)… so agak frust bila novel ni takde cop mohor cik author. Nama pun
LEd, tak dapat kat bookstore kan… So, I think tak salahkan kalau cik author
sign semua novel2 LEd ni… sebagai tanda penghargaan kpd pembaca-baca. J
Pls take note... I takde jual novel ni coz I pun pinjam kawan jer.. huhuhuhu...
Pls take note... I takde jual novel ni coz I pun pinjam kawan jer.. huhuhuhu...
Kredit 4.5/5
Karya-karya Acik Lana yang lain :
1. Aku Bukan Mistress
2. Maaf Jika Aku Tak Sempurna
3. Kalau Memang Harus Begitu
4. Pelangi Cinta Buat Suami
5. Akadku Yang Terakhir
Karya-karya Acik Lana yang lain :
1. Aku Bukan Mistress
2. Maaf Jika Aku Tak Sempurna
3. Kalau Memang Harus Begitu
4. Pelangi Cinta Buat Suami
5. Akadku Yang Terakhir
Thursday, 26 September 2013
Novel : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Biar cinta di antara kita tidak
hadir sekelip mata,
tidak juga bermula dengan seikhlas jiwa,
namun kini kupasti
ia akan kekal ke penghujung nyawa…
Judul : Maaf Jika Aku Tak
Sempurna
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 947
Harga : RM34
Rumusan Kisah :
Kahwin paksa… (lagi!) Dua orang
dari dua dunia yg berbeza yang saling membenci akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali
perkahwinan mereka diuji. Melina diserang. Luqman diperangkap. Melina akhirnya
pergi membawa hati yang kecewa dan marah.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Mel, papa dah suruh Luqman jaga
Mel. Mulai hari ni, Luqman akan jadi driver dan bodyguard Mel. Dia akan ikut
Mel pergi ke mana saja.” Datin Maziah tersenyum cuba memujuk hati anak
gadisnya. Dia yakin Melina akan mengamuk sebentar lagi, dia sudah masak benar
dengan perangai kepala batu Melina. – m/s 40
“Ayah, please. Luqman tak nak
macam ni. Luqman hanya akan mengahwini perempuan yang Luqman cinta, bukan
dengan Melina ni. Dia bukan perempuan yang Luqman nak jadikan isteri, bukan
dia!” – m/s 89
“Kita kahwin untuk setahun dua,
then kita bercerai bawak haluan masing-masing. Kalau parents tanya kita, just
cakap kita tak sehaluan. Habis cerita.” Ujar Luqman perlahan dan Melina
termenung seketika. – m /s 121
Luqman : Awak tak sepatutnya lari
sebab saya akan mengalah dengan awak. – m/s 182
Luqman : This is weird, but I do
feel something when I’m with you. And I have no idea dari mana datangnya
perasaan ni. I think… I think love you… - m/s 358
“They all tu dah hidup macam laki
bini tahu tak? Hariz dulu rajin bawak Melina balik rumah bujang dia sebab dia
memang duduk sorang-sorang dekat kondo tu.” Zieta semakin rancak bercerita.
“Kalau you nak tahu, Melina pernah buat abortion sebab dia dah mengandungkan
anak Hariz.” – m/s 377
Luqman : Saya cuma tak nak orang
pandang isteri saya dengan pandangan berahi. Awak Cuma untuk saya, dan saya tak
nak ada orang lain inginkan awak. – m/s 446
Melina : Luq… I want to be your
real wife… - m/s 491
Luqman : Sayang isteri terbaik untuk
abang dan abang janji lepas ni abang akan jaga sayang dengan lebih baik lagi…
abang mintak maaf sebab abang tak faham perasaan sayang. – m/s 565
Melina : Sebab dari mata, turun
kat hati cik abang oii… Mel tak nak dia tengok renungan mata abang tu. Mel tak
suka. – m/s 645
Melina : Abang… Thanks for
everything… Abang tahu tak abang dah banyak ubah hidup Mel. – m/s 709
Melina : Please… don’t do this to
me… Please… I’m pregnant, please don’t do this! – m/s 732
Luqman : Mak, ayah, Luq takkan
kahwin dengan Sarah. Luq cuma nak jadi suami Mel, cuma Mel! Luq takkan lukakan hati Mel lagi, please jangan
paksa Luq. – m/s 796
Melina : Memang salah abang! Mel
benci abang! Mel benci anak ni jugak! Semua boleh berhambus! Mel tak hairan
hidup sorang-sorang… berhambus! – m/s 802
Melina : Takpe, Mel dah rasa
kesakitan paling pedih dalam dunia ni bila Luq menduakan Mel. Sakit lain Mel
dah boleh handle dah, dah tak rasa apa. – m/s 814
Luqman : Sarah tak faham… Luq
menderita tanpa Mel, I can’t live without her! Rasa cinta Luq hanya untuk Mel,
takkan boleh ada orang lain gantikan tempat dia. – m/s 819
Luqman : Jika getaran di hati
sayang sekuat abang, yakinlah cinta kita adalah sama… I love you Melina… I
always will… - m/s 847
Sarah : Sarah tahu Luq tak
mungkin cintakan Sarah, tapi Sarah nak kekal jadi isteri Luq sampai bila-bila.
Sebab Sarah cintakan Luq! Bukan sehari dua, tapi dah berbelas tahun Sarah
cintakan Luq! Luq tak Nampak-nampak lagi ke? Apa bukti Sarah kena tunjuk untuk
yakinkan Luq? – m/s 856
Luqman : Sayang, kalau sayang tak
bagi peluang pada abang untuk buktikan cinta abang, selagi itulah kita takkan
bahagia sampai bila-bila. Kita sama-sama merana, sayang. – m/s 871
Luqman : Sayang tak bersalah
dengan abang… abang dah ampunkan semua dosa-dosa sayang. Abang sentiasa
ikhlaskan hati abang untuk saying. Abang tahu sayang tak sengaja, sebab kita
sama-sama teraniya, sayang… - m/s 915
Lagu dalam novel :
Ungu – Percaya padaku
Jojo – Never Say Goodbye
Kata Ku :
Typical storyline tapi still
enjoy baca.
Sangat-sangat terbuai-buai dengan
kebahagiaan Luqman dan Melina sebab Luqman sangat-sangat loving, caring dan
romantik. Suka sangat honeymoon trip diorang ke KK. J
Part Melina kena serang tu memang
saspen sangat. Sesak betul dada aku baca part tu. Jantung rasa macam nak
tercabut.
Part Luqman kena perangkap sampai
dia terpaksa berkahwin dengan Sarah pula sangat la buat aku sentap! Aku lebih
rasa penderitaan Luqman banding perasaan kecewa dan marah Melina. Sayu je hati
aku bayangkan keadaan Luqman.
Kredit 4.5/5
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Friday, 20 September 2013
Novel : Kalau Memang Harus Begitu
Tak mungkin musim cinta ini
berlalu, seandainya hatimu seperti hatiku…
Judul : Kalau Memang Harus Begitu
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 1031
Harga : RM36
Rumusan Kisah :
Nur Adara bekerja sebagai tea lady di syarikat
milik keluarga Zidan Adiputra. Bermula dengan kes tertumpah air, Putra yang
tegas, garang dan tak friendly sudah allergic dengan Adara yang dilihatnya
sangat selekeh.
Namun di sebalik baju kurung
lusuh dan kasut berlubang yang dipakai Adara, ada sesuatu yang menarik pada
diri Adara pada pandangan Riyad, cousin Putra. Bantuan secara paksa oleh Riyad
untuk make-over Adara menarik perhatian Putra. Putra mula mendekatkan diri
dengan Adara dan menjauhkan Adara daripada Riyad.
Dalam diam, Putra hantar
rombongan meminang Adara dan Adara hanya tahu tunangnya adalah Putra pada hari
pertunangan mereka. Mana tak pengsan Adara! Kelakar!
Bila dah sah jadi suami isteri,
mereka diduga pula bila Adara dalam dilemma untuk menggugurkan kandungannya
demi untuk mendermakan buah pinggangnya pada atuknya. Keputusan yang
sememangnya mendapat bantahan 100% daripada Putra.
Petikan-petikan dari novel :
Zidan Adiputra : Pretty? Kau
nampak cara berpakaian dia tak? Kau tak tanya pulak dari planet mana dia tu
datang? Aku ingat nak panggil semua staf and buat grooming session. Takdelah
sakit sangat mata aku nak memandang. Imej syarikat kena jaga jugak, jangan ikut
suka dia nak pakai baju macam nak pergi pasar. – m/s 61
Riyad : Forget it. Tapi apa-apa
pun aku tak nak Adara kecewa sebab kau. Jangan mainkan hati dan perasaan dia,
Putra. – m/s167
Zidan Adiputra : Saya jugak akan
hantar awak ke kelas computer dan pergi kursus kesetiausahaan. Awak akan
belajar banyak benda dekat sana, dan lepas tu boleh buat semua kerja tu dengan
baik. – m/s 222
Riyad : Kau ni apa hal, Putra?
Adara bukan kat ofis kau, so, janganlah nak marah-marah dia kat sini pulak.
Afterall she feels safe with me, sebab tu dia keluar dengan aku. – m/s 258
Zidan Adiputra : Awak dah kena
booked dengan saya… you’ll be mine. – m/s 446
Zidan Adiputra : I don’t care,
kita tetap akan kahwin bulan Sembilan ni. Walau apa terjadi sekalipun, saya nak
dalam hati awak tu jangan ada lelaki lain berani nak mencelah. Awak kena
belajar cintakan saya, tak kisahlah macam mana awak buat. Yang penting, awak
kena belajar cintakan saya. – m/s 456
Zidan Adiputra : Jangan
sedih-sedih, Adara. Saya akan jaga awak, layan awak sebaik mungkin dan saya
rela memujuk hati awak setiap kali awak bersedih. Just please give me a chance…
- m/s 471
Zidan Adiputra : Aku tak kisah
apa pun kau nak anggap pasal aku, tapi aku memang tak pernah buat semua tu!
But the most important thing now, I want you to leave Adara alone. Berapa kau
nak untuk lupakan dia? Just tell me how much and I will give you that damn
money! – m/s 495
Iefa : Tuduh kata kau? Aku tak
faham kau ni jenis manusia macam mana. Kau dah tahu Putra tu hak aku, tapi yang
tu jugaklah kau nak rebut. Apesal? Nak test market kau? Sedarlah diri tu sikit,
perempuan kampung! – m/s 560
Zidan Adiputra : Sayang sengaja
buat perangai macam nikan? Sebab sayang nak tunjuk dekat Riyad yang sayang tak
happy dengan abang, kan? – m/s 625
Zidan Adiputra : Sayang abang,
abang janji abang takkan sia-siakan sayang. Sampai mati pun cuma saying dalam
hati abang, abang akan setia dan jaga saying selagi abang mampu… - m/s 661
Zidan Adiputra : Are you kidding
me? Sayang, you’re pregnant! Orang hamil tak boleh buat pemindahan organ,
saying tak tahu ke? – m/s 843
Zidan Adiputra : Bad, when you
love someone, you just do. No ‘maybes’, no ‘buts’ and no ‘whys’. You just want
to do everything you could. – m/s 865
Adara : Sorry lah, encik silap
sebab saya bahagia dengan suami saya. Rumahtangga mana tak ada masalah, tapi
sampai bila pun saya akan kekal dengan suami saya sebab saya cintakan dia dunia
dan akhirat. Faham? – m/s 876
Zidan Adiputra : Ye, aku tak nak
hidup dengan pembunuh macam kau. Hati kau kejam, binatang pun tahu sayangkan
anaklah… - m/s 926
Zidan Adiputra : Dia dah tak
mengandung pa, dia dah tak mengandung! Dia dah gugurkan anak I, and you still
nak I hidup dengan perempuan macam tu? I takkan maafkan dia atas apa yang dia
dah buat. – m/s 936
Riyad : Adara, awak sendiri nampak
apa yang dia buat pada awak sekarang, kan? Dia dah tak pedulikan awak dan saya
tak sanggup tengok dia layan awak macam tu. It hurts me, saya yang rasa
pedihnya. – m/s 967
Zidan Adiputra : You listen here
Adara, aku dah tak peduli kau nak ada hubungan dengan sesiapa-siapa pun. Aku
cuma nak kau tahu yang aku akan berkahwin dengan Melissa tak lama lagi… Pasal
hidup kau, kau tentukanlah sendiri. I just don’t care. – m/s 984
Lagu dalam novel :
Romance Band - Ku Ingin Kamu
Lagu dalam novel :
Romance Band - Ku Ingin Kamu
Kata Ku :
Yg buat aku tertarik ngan citer
ni sbb heroin dia upgrade dari tea lady jadi secretary pastu jadi isteri kepada
bos yg selalu marah-marah dia masa dia jadi tea lady. Fairytales sgt kan.. aku
suke je fairytales ni.. hehehe..
Tapi, plot citer agak slow nak
berkembang dari satu level ke level yang lain. Agak mendatar dan meleret sampai la part
hubungan Adara dan Putra berantakan baru la aku rasa citer ni ada thrill.
Adara stok perempuan melayu
terakhir kot. Dari awal sampai dah kahwin pun terlebih malu nak mengakui
perasaan sayang dia pada suami dia. Kesian pula kat putra yang macam
terhegeh-hegeh. Part paling kelakar, boleh pula si Adara ni pengsan time
bertunang! Hahahah..
Bila hubungan Adara dan Putra dah
berantakan, aku mula la tak suka dengan Putra. Sebab bagi aku Putra tak matang.
Matang ke kalau sengaja nak sakitkan hati isteri dengan merapatkan diri dengan
perempuan lain?! Geram pulak aku.
Satu perkara yang buat aku
tertanya-tanya. Putra tu tau tak pasal kes Adara keguguran tu mmg kes
kemalangan?
Kredit 3.5/5
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Friday, 6 September 2013
Novel : Pelangi Cinta Buat Suami
Judul : Pelangi Cinta Buat Suami
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 823
Harga : RM30
Rumusan Kisah :
Tengku Qalif, bagai jasad
bernyawa setelah kehilangan isterinya. Dirinya berubah 100%. Imanina jatuh
cinta pada Tengku Qalif hanya dengan membaca diari Tengku Qalif, lantas
menyatakan kesanggupannya untuk menjadi isteri kepada Tengku Qalif, demi untuk
memulihkan keadaan Tengku Qalif. Kecekalan dan keikhlasan Nina untuk memikat
hati suaminya, akhirnya membuahkan hasil apabila Tengku Qalif akhirnya jatuh sayang
pada Nina.
Namun, rumahtangga mereka diuji
hebat ketika Tengku Qalif diserang penjenayah semasa outstation dan kejadian itu
disaksikan sendiri oleh Nina. Nina yang tidak dapat menerima kenyataan
pemergian dan kehilangan Tengku Qalif berubah menjadi seperti diri Tengku Qalif
yang dulu, bagai jasad tidak bernyawa.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Awak sendiri bagi suggestion ni
kat Puan Sri, nak sangat tolong keluarga dia. So, apa salahnya kalau Nina
tolong awak jayakan misi awak ni. Tak okey ke? Berbesan dengan Puan Sri lagi.” –
m/s 88
“Jangan nak yakin sangatlah
Tengku, ingat saya nak percaya? Kalau betul Tengku takkan jatuh cinta pada
saya, saya cabar Tengku. Buktikan pada saya!” Cabar Imanina berani. Riak lelaki
itu yang sedikit terusik menambahkan rasa yakin di hatinya. “Kalau berani,
kahwinlah dengan saya, Tengku! Kita tengok mampu atau tidak Tengku jaga hati
Tengku supaya tak jatuh pada saya. I’ll make you regret for all the things you
said to me just now” – m/s 100
“Aku tak boleh terima
perempuan lain dalam hidup aku, it’s
impossible,” keluh Tengku Qalif perlahan. “You have to remember that you are
the other woman, and I wont break my promise to Liyana. She is the only one for
me, and it will last until forever.” – m/s 173
“Nonsense! Perkahwinan ni takkan berjaya. Kau faham tak? Aku takde perasaan pada kau, dan aku tak nak seksa kau
lagi, kau faham tak?” tuturnya bergetar. “Aku tetap akan tamatkan perkahwinan
ni. Kau boleh bebas cari lelaki lain yang boleh sayangkan kau.” – m/s 232
“Habis tu kenapa kau nampak
semacam bila dia rapat dengan aku? Bila dia rancak bersembang dengan
model-model lelaki lain hari tu? Kau jealous, kan? Aku bukan baru kenal kau
Qalif, aku nampak kau dah tak senang
duduk tengok semua tu.” – m/s 312
“Nina nak mintak tolong Tengku
supaya cuba sayangkan Nina, cuba cintakan Nina sebagai seorang isteri, sebagai
seorang perempuan. Tolonglah Tengku. Tolonglah bagi peluang pada Nina untuk
hidup bahagia dengan Tengku.” Rayunya dengan mata berkaca-kaca. Berharap
suaminya mengerti, berdoa agar jiwa keras Tengku Qalif lembut dan akur dengan
perasaan sendiri. – m/s 391
“From now on, I promise you that
I will treat you right. And we will share everything, anything together. Boleh
sayang?” Tengku Qalif memaut lembut dagu Imanina memberi isyarat supaya gadis
itu memandangnya. – m/s 478
“Kenapa sayang cakap macam tu?
Abang takkan tinggalkan sayang kecuali abang pergi kerja,” balas Tengku Qalif
dengan menyelitkan jenaka di hujung ayatnya. “I promise you sayang, abang
takkan lupakan sayang. Sayang dah melekat dalam hati, kepala dan jiwa abang. To
the bitter end, through the thick and thin, I promise I will always be with
you.” – m/s 501
“Abang langsung tak teringat yang
hari ni genap setahun arwah Liyana pergi. Abang tak teringat langsung sayang.”
Sayu suara Tengku Qalif mengadu nasib hatinya. Suaranya kian bergetar melawan
sebak di dada. “Abang memang teruk kan sayang, baru setahun abang dah lupakan
dia. Kalau mak tak telefon tadi, sampai bila-bila pun abang takkan terfikir
pasal ni.” – m/s 550
“Stop it! I said stop it! Please
stop hurting him!” jeritnya umpama diserang histeria. Tangannya menggagau ke
hadapan, menggoncang skrin lap-topnya dengan harapan penjahat-penjahat itu
mendengar jeritannya. Demi Tuhan, kalaulah dia boleh menembusi skrin itu. – m/s
587
“Nina, cukuplah. Tak pernah ada
orang paksa Nina lupakan Qalif. Nina boleh sentiasa ingat dia, kenang dia, tapi
jangan buang seluruh hidup Nina dengan bersedih,” sambungnya lembut. – m/s 616
“I rasa… I rasa I patut buka buku
baru. I patut berhijrah.” Balas Imanina dengan kepala masih menunduk. Demi
Allah, dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi. Kepalanya hanya berfikir
tentang Humaira yang memerlukan kasih sayang seorang ayah, itu sahaja. – m/s
662
“Boleh tak kau jangan panggil aku
dengan nama bodoh tu? Aku bukan suami kau, abang kau pun bukan!” tengkingnya
sekali lagi. Bosan memandang wajah yang sendu itu, dia merengus geram. “Aku nak
keluar dari rumah ni, ini bukan tempat aku. Kau ada duit? Aku nak duit.” – m/s
691
“Kalau you adalah Tengku Qalif
yang pernah menjadi suami I, you akan tahu yang I sanggup lakukan apa saja
untuk you,” luahnya tersekat-sekat. “But, now I give up on this endless game… I
give up.” – m/s 763
“Nina, kau tahu yang ini bukan
aku, kan?” tengku Qalif menunding jari ke dadanya sendiri. “Kau lebih kenal
suami kau, kenapa sekarang kau berhenti tolong aku cari diri aku yang sebenar?
Ini memang Harn… tapi, I nak jadi Tengku Qalif.” – m/s 776
Lagu dalam novel :
Agnes Monica - Teruskanlah
Lagu dalam novel :
Agnes Monica - Teruskanlah
Kata Ku :
Sangat-sangat terharu baca citer
ni dari awal sampai habis.
** Terharu sebab Nina boleh jatuh
cinta hanya dengan membaca diari Qalif, sedangkan Qalif suka tinggikan suara
kat Nina sejak 1st time Nina jumpa Qalif.
** Terharu sebab Nina sanggup
menjadi isteri kepada Qalif hanya kerana nak tolong Qalif supaya bangkit semula
dari kesedihan dan kekecewaan sejak isteri Qalif meninggal.
** Terharu sebab Nina bersungguh-sungguh
cuba untuk memikat hati Qalif walau macam mana teruk sekalipun layanan Qalif
terhadapnya.
** Terharu sebab Qalif akhirnya
dapat buka hatinya untuk jatuh cinta sekali lagi!
** Sedih sangat baca part Nina
tengok sendiri apa yang terjadi kat Qalif.
** Sedih sangat baca betapa Nina
tidak dapat hidup tanpa Qalif.
** Sedih sangat baca bila Qalif
tidak kenal dan tidak dapat terima Nina disebabkan trauma dengan kejadian yang
menimpa dirinya!
It’s all about LOVE. Sebuah kisah
cinta yang sangat-sangat membuai perasaan! Memang la membuai perasaan tapi
jalan citer takde la serius or meleleh-leleh dari awal bab. Awal-awal bab tu,
santai jer. Tak berat sangat.
Kredit 5/5
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Monday, 2 September 2013
Novel : Aku Bukan Mistress
Tapi… kenapa aku tak pernah mampu
untuk membencimu?
Judul : Aku Bukan Mistress
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 671
Harga : RM22
Rumusan Kisah :
Background Mya lebih kurang macam
watak Izzah dalam citer Ombak Rindu. Mya Arlissa ‘dikurung’ dan menghambakan
diri dalam penjara emas Mikail, tanpa ikatan sah. Hanya dosa! Mikail hanya
melayan Mya ada tak ada saja. Malah Mikail juga memberi amaran kepada Mya
supaya tidak jatuh cinta padanya dan jangan menaruh sebarang harapan pada
hubungan mereka.
Menyedari Mya tidak seperti
perempuan-perempuan lain yang materialistic, tanpa sedar, Mikail berubah
menjadi seorang yang over protected terhadap Mya selepas dua tahun. Mikail mula
berubah sedikit demi sedikit dan mula melayan Mya dengan baik dan lebih banyak
bertolak ansur.
Mya nekad untuk berubah apabila
neneknya meninggal dunia. Mya minta supaya Mikail melepaskannya. Sebaliknya,
Mikail meminta Mya untuk menjelaskan hutangnya terlebih dahulu. Padahal itu
hanyalah alasan semata-mata kerana tidak sanggup berpisah dengan Mya
Ditangkap khalwat kerana
berkesedudukan akhirnya menyatukan mereka. Datin Adiba dan Suzanne pula cuba
utk memisahkan mereka.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“You ingat Mika peduli?” Sinis
suara Adam mempersendakannya. “Dia tak peduli, Mya. You bukan sesiapa, you cuma
mistress dia aje. Perempuan simpanan!” – m/s 24
“Well you know, dulu before I
pergi NY, Mika tu boyfriend I tau…! Oh, he’s really good in bed, kan? I
rindukan dia sangat-sangat.” Suzanne ketawa besar sambil membetulkan rambutnya
yang ikal separas bahu. “Jadi, I tak nak you makan sorang. Sharing is caring,
kan?” – m/s 107
“Saya takkan lepaskan awak walau
apa pun terjadi.” Mikail mengulang perkataan itu berkali-kali. – m/s148
“Sudahlah Mil, kisah kita dah
lama berlalu,” tutur Mya perlahan. Dia tidak mahu Shamil terus-menerus membuka
buka silam mereka. Dia sudah pun menutupnya rapat-rapat. “Kita dah ada
kehidupan masing-masing sekarang. Lupakan aje kisah kita tu.” – m/s 171
“Please… lepaskan saya. Saya tak
sanggup menanggung dosa lagi…” rayunya dengan suara tertahan-tahan. Sedih
hatinya bukan kepalang. Apa Mikail fikir dia ini barang dagangan yang boleh
berpindah tangan begitu sahaja? – m/s 201
“Aku tak tahu. Tapi bila aku
sedar yang aku dah separuh gila fikirkan pasal dia, aku rasa yang aku bukan
setakat suka…” Mikail terdiam, cuba mencari ayat paling sesuai untuk dia
sendiri fahami. “Aku rasa… aku rasa aku memang cintakan dia! Oh god, I can’t
believe this!” – m/s 211
“Mya, awak dengar tak? I miss
you…” Lunak sekali suara Mikail saat menuturkan ayat itu. – m/s 282
My rentap tangannya. Nampaknya
Shamil terlalu sukar dipujuk, malah pendekatan secara halus juga menemui
kegagalan. “Cukup Mil! Berapa kali Mya nak cakap, Mya dah ada Mikail. Mya
cintakan Mika dan Mya tak ada apa-apa perasaan pada Mil lagi. Susah sangat ke
nak faham?” – m/s 352
“Mika, please.” Datin Adiba
meraih tangan Mikail. “Please kahwin dengan Suzanne. Mama tak nak perempuan tu
jadi menantu mama.” – m/s 412
“Mya… saya serius ni. Saya dah
fikir masak-masak.” Perlahan Mikail menuturkan ayatnya. Dia tidak mahu Mya
terkejut dengan permintaannya yang satu ini. “Saya tak boleh hidup tanpa awak,
Mya. Kita kahwin ye? Please marry me…” m/s 428
“Kalau mama tak mahu, Mika minta
maaf. Mika tetap akan bersama Mya walaupun mama mungkin tak boleh terima Mika
lagi…” ucap Mika dengan nada bergetar. – m/s 538
“Sayang, abang rasa bahagia
dengan Sayang.” Tangan Mya dikucup lembut. “Abang harap sayang pun rasa yang
sama jugak. Just tell me kalau ada yang saying tak puas hati ye, tak nak
pendam-pendam nanti saying cepat tua.” – m/s 626
Kata Ku :
Nak ckp ringan, tak ringan sgt. Nak ckp berat,
tak berat sgt. Sedang2 la. Tapi, bnyk elemen dalam citer ni. Percintaan,
kekeluargan, persahabatan. mungkin part kelakar takde kot, tp ada la few scenes
buat aku sengih2. Seriously, Mikail versi panas baran, sangat buat aku benci
dan menyampah kat Mikail. Tapi, Mikail versi romantic.. alahai… boleh mimpi aku
kat Mikail ni! Hahahahah..Nak suami mcm Mikail boleh tak? Oppsss… Oh, tapi aku
memang benci sangat kat Adam. Kawan makan kawan! Harapkan pagar, pagar makan
padi! Takde maaf untukmu Adam! Cehhh! Terlebih sudah! Part hubungan dihalang mertua, agak klise la kan.. overall, still best! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



















