Monday 28 April 2014

Novel : Dia Imamku


Judul : Dia Imamku
Penulis : Najwa Rahman
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 579
Harga : RM21

Rumusan Kisah :

Mengisahkan percintaan Naufal dan Insyirah. Mereka berkenalan sejak kecil dan Naufal sering dibuli oleh Insyirah. Insiden Insyirah membaling batu sehingga menyebabkan dahi Naufal berparut adalah insiden terakhir sebelum Naufal melanjutkan pengajian kedoktorannya di luar negara.

Setelah terpisah akhirnya mereka bertemu semula apabila Naufal pulang ke tanah air. Atas permintaan atuknya mereka disatukan. Rupanya mereka juga saling meminati dlm diam. Akhirnya mereka berkahwin dan Naufal terpaksa meninggalkan Insyirah sementara bg menamatkan pengajiannya.

Sekembalinya Naufal ke tanah air, kehadiran Zulaikha mengundang pertengkaran yg membawa bencana sehingga Insyirah keguguran.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Bukan sentiasa, tapi memang sudah tersemat nama abang dalam hati Insyirah.” Aku senyum. “Insyirah nak pesan pada abang, jangan menggatal dengan orang Ireland. Jangan lupa janji kita. Jaga diri baik-baik kat sana dan jangan lupakan isteri abang ni.” – m/s 154

“Kalau awak ada perasaan, awak takkan datang merayu seorang isteri untuk ‘sedekahkan’ suaminya hanya kerana sepupunya sedang bertarung dengan nyawa.” Aku berjalan menuju ke pintu lalu aku buka pintu seluas-luasnya. “Silakan keluar dan saya harap, makcik takkan datang lagi ke sini. Awak juga, Mimi.” – m/s 359

“Separuh hati Insyirah dah hilang. Kalau Naufal betul sayangkan Insyirah, dia pasti boleh cari balik separuh hati itu. Itupun, kalau dia mampu cari balik.” Kataku dan terus berlalu tinggalkan ibu. – m/s 424

“Bahagia itu akan kembali andai Insyirah beri abang peluang untuk tebus balik kesalahan abang. Ambiklah masa sebanyak mana Insyirah nak, abang akan tetap di sini tunggu Insyirah kembali pada abang. Abang tak mampu nak bagi apa-apa jaminan pada Insyirah, tapi abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam Insyirah. Tiada lain, Insya-Allah.” – m/s 439

“Oh, no! Saya tak nak awak pergi macam tu aje. Saya nak awak pergi dari hidup dia sebagai seorang janda. Saya nak awak bercerai dengan dia!” – m/s 442

Naufal senyum, tangannya masih mengurut lembut kakiku. “We steal each others’ hearts, that made us partner in crime, no?” – m/s 566

Lagu-lagu dalam novel :

Encik Mimpi – Tidurlah Sayang
EdCoustic – Duhai Pendampingku
EdCoustic – Dia Ditakdirkan Untukmu

Kata Ku :

First half of the book, citer dia agak slow. A bit bored. Second half of the book, baru la rasa momentum citer dia. Sempat gak la bergenang air mata. Touching la tu kann.. Ke aku yg terlebey emo baca. Hihihih..

Ok la citer dia… Kisah perkahwinan jarak jauh.. pastu dua2 masih study.. jeles2.. Pastu ada plak org ketiga yg extreme mcm dlm drama.. I think jln citer yg common la kot..


Kredit 3.5/5