Judul : Pelangi Cinta Buat Suami
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 823
Harga : RM30
Rumusan Kisah :
Tengku Qalif, bagai jasad
bernyawa setelah kehilangan isterinya. Dirinya berubah 100%. Imanina jatuh
cinta pada Tengku Qalif hanya dengan membaca diari Tengku Qalif, lantas
menyatakan kesanggupannya untuk menjadi isteri kepada Tengku Qalif, demi untuk
memulihkan keadaan Tengku Qalif. Kecekalan dan keikhlasan Nina untuk memikat
hati suaminya, akhirnya membuahkan hasil apabila Tengku Qalif akhirnya jatuh sayang
pada Nina.
Namun, rumahtangga mereka diuji
hebat ketika Tengku Qalif diserang penjenayah semasa outstation dan kejadian itu
disaksikan sendiri oleh Nina. Nina yang tidak dapat menerima kenyataan
pemergian dan kehilangan Tengku Qalif berubah menjadi seperti diri Tengku Qalif
yang dulu, bagai jasad tidak bernyawa.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Awak sendiri bagi suggestion ni
kat Puan Sri, nak sangat tolong keluarga dia. So, apa salahnya kalau Nina
tolong awak jayakan misi awak ni. Tak okey ke? Berbesan dengan Puan Sri lagi.” –
m/s 88
“Jangan nak yakin sangatlah
Tengku, ingat saya nak percaya? Kalau betul Tengku takkan jatuh cinta pada
saya, saya cabar Tengku. Buktikan pada saya!” Cabar Imanina berani. Riak lelaki
itu yang sedikit terusik menambahkan rasa yakin di hatinya. “Kalau berani,
kahwinlah dengan saya, Tengku! Kita tengok mampu atau tidak Tengku jaga hati
Tengku supaya tak jatuh pada saya. I’ll make you regret for all the things you
said to me just now” – m/s 100
“Aku tak boleh terima
perempuan lain dalam hidup aku, it’s
impossible,” keluh Tengku Qalif perlahan. “You have to remember that you are
the other woman, and I wont break my promise to Liyana. She is the only one for
me, and it will last until forever.” – m/s 173
“Nonsense! Perkahwinan ni takkan berjaya. Kau faham tak? Aku takde perasaan pada kau, dan aku tak nak seksa kau
lagi, kau faham tak?” tuturnya bergetar. “Aku tetap akan tamatkan perkahwinan
ni. Kau boleh bebas cari lelaki lain yang boleh sayangkan kau.” – m/s 232
“Habis tu kenapa kau nampak
semacam bila dia rapat dengan aku? Bila dia rancak bersembang dengan
model-model lelaki lain hari tu? Kau jealous, kan? Aku bukan baru kenal kau
Qalif, aku nampak kau dah tak senang
duduk tengok semua tu.” – m/s 312
“Nina nak mintak tolong Tengku
supaya cuba sayangkan Nina, cuba cintakan Nina sebagai seorang isteri, sebagai
seorang perempuan. Tolonglah Tengku. Tolonglah bagi peluang pada Nina untuk
hidup bahagia dengan Tengku.” Rayunya dengan mata berkaca-kaca. Berharap
suaminya mengerti, berdoa agar jiwa keras Tengku Qalif lembut dan akur dengan
perasaan sendiri. – m/s 391
“From now on, I promise you that
I will treat you right. And we will share everything, anything together. Boleh
sayang?” Tengku Qalif memaut lembut dagu Imanina memberi isyarat supaya gadis
itu memandangnya. – m/s 478
“Kenapa sayang cakap macam tu?
Abang takkan tinggalkan sayang kecuali abang pergi kerja,” balas Tengku Qalif
dengan menyelitkan jenaka di hujung ayatnya. “I promise you sayang, abang
takkan lupakan sayang. Sayang dah melekat dalam hati, kepala dan jiwa abang. To
the bitter end, through the thick and thin, I promise I will always be with
you.” – m/s 501
“Abang langsung tak teringat yang
hari ni genap setahun arwah Liyana pergi. Abang tak teringat langsung sayang.”
Sayu suara Tengku Qalif mengadu nasib hatinya. Suaranya kian bergetar melawan
sebak di dada. “Abang memang teruk kan sayang, baru setahun abang dah lupakan
dia. Kalau mak tak telefon tadi, sampai bila-bila pun abang takkan terfikir
pasal ni.” – m/s 550
“Stop it! I said stop it! Please
stop hurting him!” jeritnya umpama diserang histeria. Tangannya menggagau ke
hadapan, menggoncang skrin lap-topnya dengan harapan penjahat-penjahat itu
mendengar jeritannya. Demi Tuhan, kalaulah dia boleh menembusi skrin itu. – m/s
587
“Nina, cukuplah. Tak pernah ada
orang paksa Nina lupakan Qalif. Nina boleh sentiasa ingat dia, kenang dia, tapi
jangan buang seluruh hidup Nina dengan bersedih,” sambungnya lembut. – m/s 616
“I rasa… I rasa I patut buka buku
baru. I patut berhijrah.” Balas Imanina dengan kepala masih menunduk. Demi
Allah, dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan lagi. Kepalanya hanya berfikir
tentang Humaira yang memerlukan kasih sayang seorang ayah, itu sahaja. – m/s
662
“Boleh tak kau jangan panggil aku
dengan nama bodoh tu? Aku bukan suami kau, abang kau pun bukan!” tengkingnya
sekali lagi. Bosan memandang wajah yang sendu itu, dia merengus geram. “Aku nak
keluar dari rumah ni, ini bukan tempat aku. Kau ada duit? Aku nak duit.” – m/s
691
“Kalau you adalah Tengku Qalif
yang pernah menjadi suami I, you akan tahu yang I sanggup lakukan apa saja
untuk you,” luahnya tersekat-sekat. “But, now I give up on this endless game… I
give up.” – m/s 763
“Nina, kau tahu yang ini bukan
aku, kan?” tengku Qalif menunding jari ke dadanya sendiri. “Kau lebih kenal
suami kau, kenapa sekarang kau berhenti tolong aku cari diri aku yang sebenar?
Ini memang Harn… tapi, I nak jadi Tengku Qalif.” – m/s 776
Lagu dalam novel :
Agnes Monica - Teruskanlah
Lagu dalam novel :
Agnes Monica - Teruskanlah
Kata Ku :
Sangat-sangat terharu baca citer
ni dari awal sampai habis.
** Terharu sebab Nina boleh jatuh
cinta hanya dengan membaca diari Qalif, sedangkan Qalif suka tinggikan suara
kat Nina sejak 1st time Nina jumpa Qalif.
** Terharu sebab Nina sanggup
menjadi isteri kepada Qalif hanya kerana nak tolong Qalif supaya bangkit semula
dari kesedihan dan kekecewaan sejak isteri Qalif meninggal.
** Terharu sebab Nina bersungguh-sungguh
cuba untuk memikat hati Qalif walau macam mana teruk sekalipun layanan Qalif
terhadapnya.
** Terharu sebab Qalif akhirnya
dapat buka hatinya untuk jatuh cinta sekali lagi!
** Sedih sangat baca part Nina
tengok sendiri apa yang terjadi kat Qalif.
** Sedih sangat baca betapa Nina
tidak dapat hidup tanpa Qalif.
** Sedih sangat baca bila Qalif
tidak kenal dan tidak dapat terima Nina disebabkan trauma dengan kejadian yang
menimpa dirinya!
It’s all about LOVE. Sebuah kisah
cinta yang sangat-sangat membuai perasaan! Memang la membuai perasaan tapi
jalan citer takde la serius or meleleh-leleh dari awal bab. Awal-awal bab tu,
santai jer. Tak berat sangat.
Kredit 5/5
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Karya-karya Acik Lana yang lain :
Rindu Tengku Qalif hihihihi
ReplyDelete