Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts
Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts

Wednesday, 13 January 2016

Novel : Magisnya Cinta



Bisa Buat Benci Tinggal Seinci


Judul : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 738
Harga : RM29


Rumusan Kisah :

Kecewa dirinya hanya dianggap adik oleh Adib Haiman, Natasha Erynna membuat rancangan untuk untuk mengenakan dan menakhluki  Adib. Teman baiknya, Rose Khadeeja yang tidak mengetahui rancangan Natasha terlibat dalam rancangan untuk mengenakan Adib; buat Adib jatuh hati dan meninggalkan Rose.

Rose yang mahu tapi hari-hari mau marah membuatkan Adib pelik. Kemunculan Megat Waiz yang ingin melamar Rose membuatkan Adib mengundur diri. Namun, jodoh mendekatkan mereka.

Mengetahui bahawa Natasha mempunyai rancangan jahat, Adib dan Rose bertindak untuk merahsiakan hubungan mereka.


Kataku :

¾ of story dah baca dalam blog. Kuciwa plak sebab ada lagi suku untuk ending. Tp sebab nak amik mood, baca laju² dari awal.

Time baca kat blog, mmg menyampah giler ngan Natasha. Nasib baik la magisnya cinta Megat Razeen buat Natasha insaf. Mmg suspen betul part Natasha ni. Kesian Adib & Rose tak leh nak honeymoon dengan tenang.

Happy ending to all of them. Adib Haiman & Rose Khadeeja, Megat Waiz & Cinta Alana, Megat Razeen & Natasha Erynna, Soraya & Fattah yang patah! Hahahah..

Enjoy the magis very much. Love the sparks between Adib & Rose. Love the coolness between Megat & Cinta.

Magisnya cinta : pi mai pi mai tang tu juga jodoh depa..

Oh… Aleeya & Zarief (Suami, Encik Perfect 10) cameo dalam ni. Zarief dah upgrade jadi papa & kawan perfect 10!


Kredit 4.5/5

Tuesday, 8 September 2015

Novel : Tuan Anas Mikael


Kenapalah saya tersayang Tuan?




Judul : Tuan Anas Mikael
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 564
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Ayu Maisarah terpaksa menggantikan tempat ibunya yang demam untuk bekerja di rumah Tuan Anas Mikael sebagai pembersih rumah. Kesalahan yang dilakukan sewaktu bekerja menyebabkan Ayu terjebak dan terikat dengan ‘kontrak kerja’ Tuan Anas.

Pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan dan memerlukan Ayu untuk menjalani pelbagai latihan antaranya memasak, belajar memandu dan tatarias diri. Ayu mengagak bahawa semua latihan tersebut merupakan persediaan sebagai Pengurus Projek di Krabi. Tanpa Ayu sedari bahawa Tuan Anas sedang mempersiapkan dirinya untuk dijadikan calon isteri.

Perasaan masing-masing mula merindu bila berjauhan. Namun, Ayu nekad letak jawatan dan pulang ke Malaysia setelah kecewa dengan tindakan Tuan Anas memperkenalkan peguamnya sebagai bakal isteri kepada ibunya. Mampukah tindakan Tuan Anas itu menyelamatkan Ayu dari dibunuh? Jom baca…

Kataku :

Mmg tak sabar sgt nk peluk novel ni bila dah follow dlm FB/blog penulis.

CAM + TAM = GAM!! Siap berpassword bagaii blehh… hahahaha..

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

CAM yang selamba dan yakin. TAM yang kekwat tapi sweet mmg sesuai betul. Suka dorang kat Krabi. Part ‘pesan kat bulan’ tu mmg x bleh blah.. hahahahah… malu siot!!

Tapi, geram gak ngan CAM yang tak nak ngaku perasaan dia kat TAM. Ye la.. ada sebab kann…

Sebab dah bleh agak klimax, so kurang sikit bintang. Overall, sgt enjoy this piece. SEP10 & ASN still the best thou’.

Suke bila tau citer ni akan diadaptasikan. Tak sabar nak layan…

Aaron Aziz & Zara Zya

Kredit 4.5/5


Friday, 8 May 2015

Novel : Rindu Kamu Mr Darcy

 
Mungkin untuk mengenal cinta perlukan rindu

Judul : Rindu Kamu Mr Darcy
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 401
Harga : RM18

Yeay.. Dah lengkap akhirnya koleksi novel Syamnuriezmil aku.. kecuali kompilasi cerpen & Tercipta Untukmu... TAM pun dah baca... tp, masih terlalu awal nak review sbb masih ramai tak baca lagi kann... So, simpan dulu laa.. Hehhee..

Rumusan Kisah :

Hayfa Idhar dan Tengku Faris Darwisy bertemu pada hari merisik kakak Hayfa. Faris ketika itu turut serta dalam rombongan merisik selaku penasihat kepada rakannya, Erman. Nasihat Faris yang didengari oleh Hayfa membuatkan Hayfa sakit hati dengan Faris.

Pertemuan seterusnya berlaku di pejabat Hayfa. Faris bertindak sebagai pereka software untuk memudahkan kerja Hayfa, ID di syarikatnya.

Disebabkan ingin membantu masalah yang bakal dihadapi oleh keluarga Hayfa, Hayfa terpaksa meminta bantuan Faris dan Faris dengan berbesar hati menghulurkan bantuan.

Kemunculan Haziz Mukhlis menyebabkan konflik antara Hayfa, Faris dan keluarga Hayfa.


Kataku :

Banyak sangat choih kot!

Love the humble & businessminded Faris. Hehehe..

Suka part sorang demi sorang muncul.. Haziz, Antie Faridah, Rania, Umar, Ben..

Hayfa ni banyak sangat fikir la. Complicated betul otak. Nama pun prejudis kannn… Harus la dia prejudis, gara2 first crush rupanya…

Overall, enjoy the story.


Kredit 4/5

Wednesday, 17 September 2014

Novel : Seteguh Fayqa



Badai datang pergi.. dia teguh berdiri..

Judul : Seteguh Fayqa
Penulis : Hanina Abdullah
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 776
Harga : RM29

Selepas Projek Memikat Suami dan Kisah Naz dan Khaalish, this author mmg tersenarai dalam fav author list aku. So, mmg tertunggu-tunggu jugak dengan her new piece.

Rumusan Kisah :

Menjadi heroin yang menyelamatkan kawan baiknya, Fayqa Lara Lyana (Fayqa) diajak untuk tinggal bersama di rumah keluarga kawan baiknya itu, demi faktor keselamatan. Dzariff, abang kepada kawan baiknya itu dari awal pertemuan sudah berprasangka terhadap Fayqa, ditambah pula dengan latar belakang Fayqa yang kabur.

Dalam pada sindrom-abang-sulung-jeneral-sengal Dzariff, Dzariff sebenarnya sudah jatuh kasih dengan Fayqa. Kurang setuju dengan prinsip Fayqa, tangguh-itu-selesa membuatkan Dzariff melamar Fayqa. Walaupun terkejut, Fayqa menerima lamaran tersebut. Perasaan kekok dibuang jauh dan cuba menjadi seorang isteri terbaik buat suaminya.

Sekembali daripada bulan madu, Dzariff semakin hari semakin sibuk di pejabat. Fayqa mula rasa terabai.  Sehabis mungkin ditolak perasaan negatif dalam diri. Kejadian yang menimpa dirinya membuatkan dia berjauh hati dengan Dzariff yang dirasakan tidak mempercayainya.


Kata Ku :

Honestly, I prefer her previous 2 novels. Yang ni mcm so-so jer bagi aku. Oppss.. Sorry puan author!  Entah kenapa, aku rasa biasa-biasa sgt citer ni. Dah follow citer ni kat blog author. Time tu layan la jugak sbb suka ngan Jeneral Sengal yg suka control gerak geri Pekah!

First part, ‘kemasukan’ Pekah dalam family Jeneral. Sampailah Jeneral dan Pekah disatukan. Dua2 malu tapi mau.. cover line dengan kesengalan! Hahaha.. Suka honeymoon diorang kat Hong Kong. Rasa mcm betul2 kat sana.

Second part, Jeneral yang sudah mula busy di pejabat dari pagi hingga ke tgh malam, mula mengabaikan isterinya di rumah. Kesian kat Pekah time ni.. Ada laki macam takde laki. Huhuhu.

Mushy Pushy.. Menyampah betul dengan minah ni! Dalam diam2 menjalankan misi nak jadi bini kedua! Grrr… Yang paling sengal bila dia g jumpa sendiri ngan Pekah! Adoiii..

A bit rare part, sudden getaway diorang setiap kali ada issue. Haha! Aku suka getaway2 ni. Boleh digunapakai kot… Hahahaah..

Apa2 pun tahniah dengan buah tangan ni Puan Author. Tunggu citer Dia Seadanya plak pasni… J


Kredit 4/5

Friday, 23 May 2014

Novel : PA Untuk Dia Selamanya


Judul : PA Untuk Dia Selamanya
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 448
Harga : RM20

Novel dlm list mesti-beli kat book fair hari tu. Ngeh ngeh..

Rumusan Kisah :

Kemunculan Hanania Widad Wazir menggantikan tempat bapanya, Tan Sri Wazir, iaitu bos kepada Yara Aisya Yazid, menyebabkan hidup Yara tunggang langgang.

Tambah memeningkan kepada bila Onn Andre Othman yang telah setahun cuba mendekatinya mula serius untuk 'upgrade' hubungan mereka. Yara memilih untuk memberi peluang kepada Onn.

Kalimantan, menyaksikan perubahan layanan Han terhadap Yara. Hati Yara semakin hari semakin terusik. Hati mula memilih di antara kopi dan teh.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Onn : Kita ni baru nak mula berkawan. Awak dah nak pergi jauh dari saya. Hati awak tu bukannya stabil lagi. Saya ni tak kisah sangat dengan awak. Tapi, saya kisah dengan orang di sekeliling awak tu. Encik Han tu… hantu ke orang ke… Mana tahu. – m/s 123

Onn : Kadang-kadang, Yara…  Orang yang kita tak expect itu yang unexpected.  - m/s 130

Yara : You don’t need someone to complete you. You only need someone to accept you completely. – m/s 183

“Bila kita antara persimpangan hati dan kita masih tak boleh buat keputusan, itu maknanya pilihan kedua sama baik dengan pilihan pertama. Atau sebenarnya lebih baik tapi saja tak nak berikan perhatian.” – m/s 185

Han : Cinta bukan semudah memilih kopi atau teh pada waktu pagi, Cik Yara. Kalau dah suka kopi, kopilah setiap pagi. Kalau dah sukakan teh, tehlah setiap pagi. Susah untuk orang yang setia, menukar habit minuman kegemarannya. Kecuali… Dia bukan seorang yang suka bangun pagi, tapi terpaksa bangun pagi dan minum apa saja yang ada di hadapannya. – m/s 217

Yara : Love is not about how much you say I love you, but how much you can prove that it’s true. Tak perlu nak cakap, sayang cinta, baby, darling… Asal masing-masing tahu rasa masing-masing. – m/s 224

Han : Saya kalau kena jaga, saya minta jaga awak seumur hidup saya. Bukan hanya ketika awak sakit, tetapi ketika awak sihat juga. – m/s 254

Han : She is not a real keeper, Yara. Someone else is. You will know, when it is the right time to know.  Mungkin dulu saya sedikit buta tentang cinta. Tapi sekarang, saya dah nampak, kenapa dan bagaimana seseorang itu penting dalam hidup saya. Sometimes it’s the little details that are vital. – m/s 329

Han : People who are meant to be together, will always find their way in the end, Yara. Tak kisahlah, kalau awak nak menjauh… if it meant to be, it will be. After all, how far you can go, you’re destined to be my PA, forever. Sain kontrak sampai mati tau… - m/s 329

Han : Sometimes, it takes a lot of heartbreaks to get your heart in the right place. There is no relationship is ever a waste of time. If it didn’t bring you, what you want, it taught you what you don’t want. – m/s 358

Han :  Menerima orang lain dalam hidup kamu kerana mahu menolak dia… itu tindakan yang salah. Kerana itu bakal merosakkan tiga hati. Hati dia, hati orang lain, dan lebih rosak… hati kamu sendiri. Yara, mencintai demi dicintai itu sifat manusia. Tapi, mencintai demi mencintai itu sifat malaikat. – m/s375

Han : Sebab saya pernah berada di situasi kena tolak apabila dilamar, ia sangat menyakitkan, Yara. If we were meant to be together, we will find our way. Please wink wink back. He is waiting. – m/s 405

Kata Ku :

Well, I enjoyed reading this piece. Few pages pun dah buat aku tersengih2. Heheheh. Santai mcm citer2 penulis yang lain. Takde drama2 sgt. Just easy reading.

I think base on the tajuk pun dah bleh agak Yara pilih sape. Kesian la jgk kat Onn tapi soal hati nak buat macamana kan. Haiii laa Onn.. nape lak slow sgt nak take action. Funny part Hann dpt no fon Onn. Hehehehe… But, salute kat Yara sbb bg peluang kat Onn. Takde la reject terus pun kan.

And I like… the idea of asking si penerima surat untuk taip sendiri surat tersebut. Hahahah..

Kredit 3.5/5

Thursday, 26 December 2013

Novel : Tiba-Tiba Dia Ada


Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.


Judul : Tiba-Tiba Dia Ada
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 647
Harga : RM24

Novel ni akan mula dipasarkan Januari 2014, tapi sape2 yang ada serbu Pesta Buku kat PWTC baru-baru ni dah selamat la peluk novel ni. Hihihihi…

Rumusan Kisah :

Cadangan tiba-tiba kedua ibubapa Aryana menyebabkan Aryana memaksa diri untuk menerima Ayie yang lebih muda darinya. Kemunculan Ayie yang tiba-tiba dalam hidup Aryana membuatkan Aryana ter-bau hanyir dengan cadangan ibubapanya.

Setelah bernikah, Aryana menemani Ayie kembali semula ke Berlin untuk meneruskan pengajiaannya. Bau-hanyir terjawab sudah. Kematangan dan kenakalan Ayie mengusik hati Aryana dan mereka bahagia bersama.

Kebahagiaan mereka teruji bilamana Aryana terpaksa kembali semula ke Malaysia dan meninggalkan Ayie di Berlin.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Aryana : Kalau betul awak nak diikat, kenapa dengan kakak? Kan awak ada awen sendiri? Tak sayang awek? Atau saja nak main-mainkan hati perempuan lain? Awak tak berani nak tolak kehendak parents awak, biar kakak cakap dengan dia orang. Okey macam tu? – m/s 46

Aryana : Ayie tersilap panggil nama Khai sekali dalam tidur. Dengan gambar segala, bohong kalau Arya tak curiga. Arya bukan tak percaya tapi Arya curiga. Itu mungkin membawa maksud yang sama tapi tetap perkataan berbeza. Sungguh ke Ayie tak ada rasa dekat perempuan? – m/s 168

Ayie : Try me tonight kalau Arya tak percaya yang Ayie ni bukan gay. – m/s 229

Ayie : Tak ada terkeluarnya dan kalau terkeluar pun, yang ada dalam dada Arya tu jantung Ayie punya. Kita dah sistem barterkan jantung masing-masing kan? Jadi toksah nak risaulah. Ayie tak bagi jantung tu keluar merata-rata. Musim luruh nak masuk musim sejuk ni, biar duduk situ. Nyaman sikit. – m/s 255

Ayie : Mesti tak biasa. Adanya Arya sekarang macam panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Bagaikan pantai kematian ombak. – m/s 304

Ayie : Ayie kagum sungguh ni. Tak tipu. Bangga Arya cakap Ayie ni ialah lelaki dalam hati Arya. Of course I’m a man in your heart. Tak ada siapa boleh diami hati Arya melainkan Ayie aje. Ayie dah buat pagar karan dalam hati Arya tu. High voltage. Orang nak sentuh kena renjatan. Terus kojol… - m/s 323

Aryana : Sekarang di mana saja ada Zakhri Adha, itulah  tempat paling seronok buat seorang Aryana… - m/s 370

Aryana : Ayie is the best thing that happened to me, ma… and I thank you for bringing him to this world. – m/s 402

Iman Firdaus : You pun macam tu, Aryana. Sesuatu yang tak mampu I  miliki… Tapi, you jangan risau. I ni bukan jenis lelaki yang akan merampas hak orang lain, awek orang sekalipun. Ini apatah lagi isteri orang. I tahu dosa pahala and I think you both look good together… - m/s 476

Ayie : Setiap ada Arya, di situlah ada rasa Ayie nak bercinta… - m/s 534

Umur itu angka tapi jodoh itu ialah hadiah daripada Allah Yang Esa. – m/s 644


Kata Ku :

Kisah AraYie!

Haiiih… Ayie ni memang born with sweet talker and I’m melting! Ahaksss… Yes, he is young but he is mature enough and the most important is Arya and Ayie complete each other. Part Ayie prosopagnosia tu a bit tak sampai di hati. Not to say tak ok tapi macam takde struggle sangat kot.

Tak puas hati sebab tak tau kejadian Aryan & Julita. Ermm… I presume Auni and Iman Firdaus is a couple.

Anyway, sangat2 enjoy baca 1st part of the story and the airport scene where Aryana nak kena balik semula ke Malaysia sangat touching.


Kredit 4/5

Karya Rehan Makhtar yang lain :

Friday, 20 December 2013

Novel : Dia Isteri Luar Biasa


Hadirnya dia untuk disayangi, bukan disakiti…


Judul : Dia Isteri Luar Biasa
Penulis : Umie Nadzimah
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 616
Harga : RM24
Published October 2013

Rumusan Kisah :

Dewi Yusra inginkan seorang anak sebagai waris kepada restoran nasi ayamnya. Disebabkan trauma dengan kisah silam, Dewi sangat anti-lelaki. Maka, Dewi hanya mencari seseorang untuk dijadikan suami sementara untuk membolehkan dia mengandung! (Misi dah sama macam novel Sungguh Aku Gilakan Kau!) Walaupun hanya suami sementara, Dewi mahukan benih stok uztaz, bukan tangkap muat punya ok!

Pertemuan Dewi dengan Raden Amzar di dalam pesawat, dan terlihatkan Raden Amzar yang bertayamum membuatkan Dewi melancarkan misi untuk mendekati Raden Amzar. Dewi tidak bertepuk sebelah tangan kerana Raden Amzar juga meminati Dewi yang dianggapnya luar biasa, stok minah bravo!

Mereka berdua berkahwin disebabkan satu insiden yang telah dirancang. Raden Amzar tetap sabar melayani semua karenah Dewi. Mengalah dan bersabar untuk menambat hati isterinya. Dek penangan ‘bomoh’ sang Husband, hidup Dewi kucar kacir. Perkahwinan yang sepatutnya hanya sebuah persinggahan, sudah tidak rela disinggahi lagi. Dewi mahu terus kekalkan perkahwinan tersebut. Suami Sementara telah diupgrade menjadi Suami Ajaib.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Dewi… Nasi Ayam Bonda tu kena ada pewaris, tak boleh terkubur macam tu saja. Resipi ibu kena diturunkan kepada generasi Dewi seterusnya. Ibu tak nak darah orang lain yang mewarisi. Ini pesan dan amanat ibu. Jangan tidak-tidak…” ibu yang memakai baju kurung dan berselendang serba putih menjauh pergi sehabis sahaja berpesan. – m/s 44

“Prinsip boleh diubah, Dewi… Cuma kau saja yang degil tak nak beri peluang. Aku sayangkan kau dari dulu lagi, sebab tu aku sanggup buat apa saja untuk dekatkan diri dengan kau, Dewi. Aku jadi lelaki gitu-gitu pun hanya untuk kau. Tujuh tahun, tapi kau masih tak nampak kasih sayang aku dengan cara tu, sebab itu aku buat perubahan drastic bila  kau dah bersedia untuk mencari suami…” jujur dan bersungguh-sungguh Kamarul berterus-terang. – m/s 68

“Tak sangka ya, di London boleh jumpa, kat dalam hutan pun boleh jumpa. Kuatnya jodoh kita!” Mulut Raden Amzar terlepas sebut perkataan “jodoh”. – m/s 107

Raden Amzar : Dewi, percayalah I. Yang penting sekarang nama buruk kita tak dijaja pihak-pihak tertentu. I rayu pada you. Kita perlu surat nikah. Amat-amat penting bagi I. Bagi you tak penting ke? – m/s 157

“Itulah… ada otak tak guna, tak fikir ke kenapa Amzar nak nikah senyap-senyap? Jauh pulak tu! Kalau perempuan bijak tentu fikir mesti ada yang tak kena, jika dia tak suami orang, mesti tunangan orang. Akal tu cetek! Otak kosong, itu pun tak tahu nak fikir. Ke memang niat merampas? Sebab tu terhegeh-hegeh ikut lelaki. Free pun tak apa…” – m/s 308

“Tolonglah pergi kalau you nak kandungan I selamat. You pilih sama ada untuk tinggal dengan I, atau kandungan ini. Selagi you ada di sini, setiap saat I tertekan…” suara Dewi sudak mengendur. Dia sangat berharap Raden Amzar faham, dan pergi tanpa syarat. – m/s 374

“Kalau Dewi pakai purdah sekalipun, I tetap sukakan dia. Dan I sendiri pun ada duit, tak haraplah harta dia. Tapi tak tahulah pulak niat lelaki lain.” – m/s 384

“I tak nak kongsi-kongsilah! Kalau you nak, you boleh ambik sebab I tak suka rebut-rebut dengan perempuan lain. Tapi tunggulah hingga anak I lahir dan kami berdua sihat. I okey hidup sendiri. Mungkin you lebih perlu dia berbanding I.” – m/s 400

“It’s okay, dear. Kalau you nak kahwin dengan Fatiha, I okey, kahwinlah! Janji you dapat jaga dia dengan baik. jangan disia-siakan. Dan family you aman damai.  Bagi I, cukuplah dengan baby ini.” Tiba-tiba suara Dewi muncul dari satu sudut ruang tamu. Tidak siapa tahu dia pun berada di situ, mendengar perbalahan dan juga kata penghinaan  untuknya. – m/s 417

Lamunan Raden Amzar terhenti. Mata terus diarah ke dada langit. Melihat bintang bergemelapan, mood bercinta tiba-tiba datang. “Di antara bintang-bintang tu… ada you, sebab itulah I love you… very much, you bintang I yang paling istimewa, tak pernah ada yang lain.” – m/s 434

“Siapa kata? Tak ada yang paling berhak untuk I melainkan you dan Amani. You isteri I, sampai akhirat you tetap akan jadi isteri I…” – m/s 525

Dewi Yusra : I sayang you sangat-sangat. Tak boleh elak, bayang you ada kat mana-mana di mata, di hati. You jahat, buat I jadi gila macam ni. Buat I selalu rindukan you… – m/s 589

“H.U.S.B.A.N.D… he understand situation better and never disappears. So setiap kali you sebut husband, I anggap sebagai satu doa la. Kalau boleh I nak jadi suami terbaik untuk you, always…” – m/s 598

Kata Ku :

Kisah Minah urban-baju-zebra vs Mamat stok-Uztaz..

Tinggi jugak bintang yg aku bagi untuk citer ni. Sebab ape?! Sebab aku suke karakter2 dalam citer ni specially Dewi Yusra, yang lari dari typical heroin dalam citer lain. Paling aku suke ngan karakter Dewi Yusra adalah sikap berdikarinya.  Sgt2 independent. Macam aku! Oppss.. prasan! Tapi, aku takde la anti-lelaki macam dia. Huhuhuhu… Kalau tak, memanjang karakter heroin yang nangis2 meratapi nasib hidup… haishhh…

Storyline sgt fresh & progressive. Tak meleret2. And I loike Raden Amzar! Sgt2 la penyabar dan caring. Tak pyh nak romantic bagai tp cukup buat aku melting. Aku dah agak dah, mmg keje dia! Notty betul Amzar ni tau! Tak padan ngan alim dia tu! Hihihihihi…

Kalau biasanya, mak mentua yang tak brape nak trima menantu, tapi citer ni.. kakak ipar yang terlebih ekstrem tak dapat nak terima adik ipar. Tapi, part Eda tu mmg aku tak jangka langsung.

Overall, sgt enjoy layan citer ni.

Tak lama lagi.. May 2015
Hero & heroin : Nur Fathia & Shukri Yahsya .


Lagu2 dalam novel :

1. Selena Gomez - Love You Like A Love Song
2. Ungu - Tercipta Untukku
3. Anuar Zain - Ketulusan Hati


Kredit 4.5/5

Karya Umie Nadzimah yang lain :

Wednesday, 25 September 2013

Novel : Projek Memikat Suami


 Dia suami aku! Meskipun dia tak pernah cintakan aku, aku akan pikat dia sampai dapat!


Judul : Projek Memikat Suami
Penulis : Hanina Abdullah
Muka Surat : 525
Harga : RM21

Akhirnya, baru dapat review novel ni walaupun dah baca 2 bln lps. Sbb lepas baca terus bagi member pinjam.

Oye.. dengar citer, citer ni bakal menjalani penggambaraan untuk didramakan.. J

Kredit Admya


Rumusan Kisah :

Malas nak citer pepanjang…  Storyline senang jer…

Force marriage. Wifey, Nawwal Husna, however, trying hard to tackle her hubby, Zahrain Alimin and win his heart. Adira Sulaiman, the ‘monster’ in their marriage, forcing Husna to leave Zahrain. And thanks to Husna’s friends who had helped Zahrain to get Husna back.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Zahrain : Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today. – m/s 51

Najla : Tapi Una sedarkan, perkahwinan Una ni akan tetap jadi. No escaping it. Nasihat kakak, berusahalah supaya perkahwinan Una ni berjaya, bahagia dan berkat. Masa belajar dulu, kan Una belajar habis-habisan untuk lulus. Ini perkahwinan Una, takkan belum cuba dah nak give up? – m/s 72

Najla : Kita takkan tahu selagi kita tak mencuba. Kalau awal-awal lagi Una sudah give up, Una takkan tahu sama ada Zahrain adalah benda yang paling berharga dalam hidup Una atau tidak. Kalau Una sayangkan dia, berilah dia peluang kedua. Macam akak kata, manusia ini mana ada yang sempurna. – m/s 269

Husna : Saya tidak berminat dengan barang kemas. Saya tidak berminat dengan public display of affections. – m/s 303

Zahrain : It’s my past. Accept me as I am, as what I will be in the future. As for my past,  it’s my past. – m/s 315

Husna : Awak, saya ini perempuan. Walaupun saya yang paksa awak untuk berkahwin dengan saya, luluh hati saya bila  saya sedar cinta awak untuk perempuan lain. Saya tahu poligami itu halal dalam  Islam. Tapi saya perempuan yang lemah, saya tak mampu berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. – m/s 363

Em : Stop, Encik Zahrain, awak takkan faham. Kami sayangkan Una, sayang dia sangat-sangat. Can you say the same? I don’t think so. Kalau awak sayangkan dia, awak takkan buat benda-benda kejam kepada dia. Trust me, mister, you are on your last leg. – m/s 426

Husna : I express my love through my actions, beginning from our first night. – m/s 450

Zahrain : Sayang… abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang. Sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu. – m/s 452

Zahrain : Itu dulu, Zahra. Masa tu aku belum kenal bini aku. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Sekarang aku kenal dia dan aku cinta dia. I don’t want to lose her. Adira is history. – m/s 492

Zahrain : Sayang… tu dulu. Masa abang bencikan sayang. Sekarang abang bahagia sangat dengan sayang. I don’t need anybody else. I just want you and our children. – m/s 505

Kata Ku :

Sangat-sangat enjoy baca citer ni. Mungkin kurang mendebarkan dari segi saspen tapi sangat mencuit hati.

Walaupun kahwin paksa tapi Husna tetap cuba untuk jadi isteri mithali sebaik mungkin. Ada je projek mega dia untuk memikat hati suami dia, si ketulan ais beku yang ego tu. Geram pulak kat Zahrain. Nak NOW tapi hati isteri tak berapa nak jaga.

Moral of the story, communications is important in every marriage.


Kredit 5/5

Karya-karya Hanina Abdullah yang lain :
1. Kisah Naz dan Khaalish

Thursday, 29 August 2013

Novel : Sungguh Aku Gilakan Kau


 Tanpa aku sedar, aku tak mahu kehilangannya. Jika rasa ini bukan cinta… Apa lagi ertinya?


Judul : Sungguh Aku Gilakan Kau
Penulis : Izz Alejandra
Muka Surat : 623
Harga : RM24

Rumusan Kisah :

First part, girl, Adrianna and boy, Danial Lee, are best Friend. Boy fallen in love but girl doesn’t know. Girl wants a baby but never trust marriage. Girl and boy got married and promise not to fall for each other.

Second part, Danial cuba utk menawan hati Intan. Dalam pada tu, salah faham membuatkan mereka bertelingkah. Eventually, Adrianna falls for Danial too and they live happily ever after.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Cuba apanya, Rene? Syarat apa awak nak letak? Kahwin satu malam saja dan lepas tu cerai? Kalau awak tak pregnant, cari lelaki lain pula? Atau dah confirm pregnant baru sibuk nak cerai? Macam tu?” soal Danial bertalu-talu. Terkebil-kebil mata aku mendengarnya. Betul juga tu… - m/s 109

“Selama kita jadi suami isteri nanti, saya nak awak hormat saya sebagai suami awak. Let be real spouse. Saya tak nak awak pura-pura dengan saya dalam apa keadaan sekalipun.” – m/s 158

“Tapi saya tak Nampak dalam mata awak. Your body language. You didn’t feel anything right? Awak tak ready!” - m/s 245

“Rene tau? Ni waktu yang paling indah dalam hidup saya. Thanks sebab jad isteri saya. Saya takkan lupakan detik ini sampai bila-bila.” Ucapnya tiba-tiba. Dia menghela nafas panjang, kemudian mengukir senyum manisnya kepada aku. Aku pula rasa terkedu. Mati kata untuk kesekian kalinya. – m/s 352

“Don’t worry, honey. Takkanlah saya nak biarkan awak jaga anak kita yang lima orang tu sorang-sorang.” Dia memandangku penuh makna. Tapi aku pula macam biasa. Blur. Malas nak fikir makna senyuman dan renungan dia tu. Tiba-tiba rasa malas nak fikirkan soal anak. – m/s391

“I tahu you kenal dia dah lama. Apa yang you tahu tak sama dengan apa yang I tahu, Rene. Dia bukan macam yang you nampak. Dia tu penipu.dia gunakan you.” Tiba-tiba saja telingaku rasa berdesing dengan tuduhan Ziyad kepada Danial. Panas hati bila dia mengatakan Danial menggunakan aku. Aku yang gunakan Danial. Itu yang betul. Dan tuduhannya tentang Danial menipu aku amat menyakitkan hati. – m/s 434

“Awak dah bosan dengan saya, kan? Awak takut sangat saya jatuh cinta kepada awak, kan? Fine. Okay. I’m off! Saya nak awak lepaskan saya! Saya dah mula rasa benci kepada awak, Danial! Kalau boleh, saya nak awak hilang dari hidup saya. Biar saya hilang ingatan asal awak tak pernah wujud dalam kepala saya lagi!” tempikku lagi sebelum membuka pintu kereta. Danial akhirnya Berjaya mencapai tangan aku. Memaksa aku untuk menatap wajah dia. – m/s 479

“Macam-macam Danial. Saya rasa asing. Saya tak ingat apa-apa. Saya tak tahu apa yang terjadi di antara kita sebenarnya. Saya tahu awak suami saya. Makcik, mak saya. Tapi saya rasa… Kosong! I don’t feel connected.” Keluhku perlahan. – m/s 498

“Boleh tak kalau saya terus jadi suami Rene sampai saya hembuskan nafas saya ni? Saya mahu kita jadi suami isteri sampai ke syurga. Insya-Allah dengan rahmat Allah…” – m/s 536

“Nyawa saya ada dengan Rene. Kalau Rene tinggalkan saya, saya tak tahu apa yang akan jadi dengan diri saya ni. I can’t even breathe without you,” balasnya lemah. Aku terkedu. Terus hilang rasa nak main-main tadi. Romantik gila ayatnya. Sikit lagi aku rasa nak pitam. Dia mencapai tangan aku dan mengenggamnya erat. Terasa kasih sayang dia mengalir kepada ku melalui genggamannya. Beserta rasa bahagia yang tiba-tiba mencuit hati. Biar apa pun sebab dia mencintai dan menyayangi diri aku, aku pasti lebih menyayangi dia pada saat ini. – m/s 546

“I love you, Rene. Indeed. But at the same time, I love our friendship. Saya tak sanggup nak hilang awak kalau tiba-tiba saya luahkan perasaan saya dan selepas tu awak reject saya. Saya takut awak langsung tak nak kawan lagi dengan saya.” – m/s 570

“Dengar sini baik-baik, Mister Danial. Awak kena siap sedia lepas ni sebab saya akan selalu susahkan awak, saya akan buat awak pening kepala dengan perangai saya. Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak. Lebih teruk daripada itu, awak dah buat saya gilakan awak! Faham?” – m/s 577

Kata ku :

Betul lah kot lelaki dan perempuan tak boleh berkawan. Sebab kemudian hari hubungan persahabatan tersebut akan berubah kepada fasa hubungan yang lebih serius. Sekiranya takde pertelingkahan, bahagia la mereka. Tapi kalau jodoh tak panjang, silap haribulan, kawan pun tak boleh dah. Ehem ehem… serius pula aku ni! J

Anyway, mungkin Danial tak cukup ‘jantan’ sbb menyembunyikan perasaannya terhadap kawan baiknya, Rene selama bertahun-tahun. Mesti sakit kan. Dekat tapi jauh… Biasanya, lelaki ni jenis straight to the point dan sanggup ambil risiko. Perempuan yang biasanya menyembunyikan perasaan. Tapi, betul lah kot tindakan Danial tu. Sebab dia sayang sangat kat Rene. Dia tak sanggup kalau kena reject. Lebih teruk, kalau Rene tak nak kawan dengan dia lagi. Tapi, aku suka je cara dia nak tackle Rene bila Rene dah jadi isteri dia. Gentlemen kot!

Adrianna.. alahai Rene… napa la kau blur dan ego sangat. Biasanya perempuan ni instinct dia kuat je kot. Nape lak tak leh perasan kawan baik sendiri suka kat kau. Pastu bila dah sayang, cakap je la sayang. Kalau malu, ada banyak cara lain nak bagitau kot.

Overall, best! Konflik tak berat. Takde watak meroyan bagai. Cuma kureng sikit bagi aku sbb tak berjaya buat hati aku berdebar2 sangat nak baca next chapter.


Kredit 4/5

Wednesday, 28 August 2013

Novel : Bila Nak Saksi




Selepas semua yang aku lalui tanpa dirimu, akhirnya kini kau datang menyerah.


Judul : Bila Nak Saksi
Penulis : Rehan Makhtar
Muka Surat : 623
Harga : RM23

Rumusan Kisah :

Pertemuan demi pertemuan di antara Jelita dan Yusuff aka Usop membuatkan Jelita mula menerima kehadiran Usop, walaupun sering menafikan hatinya telah tertarik dengan usikan-usikan Usop. Tanpa diketahui Jelita, semua pertemuan itu telah dirancang.

Status dirinya yang telah bernikah dengan Usop diragui. Terperangkap dalam sandiwara keluarganya, membuatkan Jelita turut sama bersandiwara demi mengetahui kebenaran di sebalik pernikahan tersebut.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hari ni, selendang awak terjatuh, saya kutipkan tapi awak tak nak. Satu hari nanti, kalau hati awak terjatuh, dan saya kutip… saya tak pulang macam ni dah, tau! Saya bawa lari aje,” ucap dia lembut. Ada nada gurauan pada hujung suaranya. – m/s 19

“Kalau macam tu, Lit izinkan mama dan abah carikan calon untuk Lit. Tak kiralah siapa. Janji mama dan abah yakin dia boleh jaga Lit. Lit tak kenal pun tak apa. Janji abah dan mama kenal, sudah.” Jawabku hendak menyedapkan hati mama. – m/s 23

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak!” tegas aku dan aku terus berlalu. Tapi telinga ini sempat lagi menangkap tawa halusnya. – m/s 39

“Tapi betul ke Lit jumpa dia macam tu aje? Berkali-kali pula tu. Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi kalau dah berkali-kali macam ni, rasa macam dirancang pula. Lit tak rasa dia rancang ke semua ni untuk berjumpa Lit? Jatuh cinta masa kali pertama bersua muka mungkin?” duga Abang Jeff tiba-tiba. – m/s 88

Usop menggeleng. “Yang ni saya dengan Tuhan aje yang tahu. Awak tak tahu tak apa. Cuma saya nak awak tahu hati saya ada pada awak dan sebagai system barternya, saya nak awak bagi hati awak pada saya.” – m/s 186

“Cakap ajelah Lit kau suka dia. Telefon atau SMS dia bagi tahu kau dah jatuh cinta kat dia. Tak ada ruginya nak mengaku ni. Tak ada istilah perigi cari timba, sebab kau bukan perigi dan Usop bukan timba,” ucap Kak Shima loyar buruk. – m/s 211

“Jangan panggil mak cik. Yusuff dan kahwin dengan Jelita, kan? Yusuff  dah jadi sebahagian keluarga kami. Panggil mama. Mama tak benci kamu tapi mama terkejut aje. Kenapa kamu bawa lari anak mama macam tu, Yusuff? Kan elok kamu datan minta cara baik,” luah mama lirih. – m/s 227

Mama mengeluh. “Kenapa nak percaya, sedangkan dah terbukti, kan? Sijil nikah tu. Mama yakin Usop tu baik dan dia tak akan mengaku dan palsukan sijil nikah sesuka hati kalau Lit tak ada kaitan dengan dia,” ujar mama membuatkan aku mengeluh sendiri. – m/s 279

“Ni bukan beg Lit. ni beg Usop. Dia bukan suami Lit. dia menyamar aje selama ni. Lit tak pernah kahwin dengan dia dan tak pernah memalukan mama dan abah. Lit dah tak tahan lagi. Lit nak suruh dia keluar daripada bilik Lit dan rumah ni sekarang juga,” jawabku bersama sendu. – m/s 346

“Dah berkali-kali abang katakan sayang. Dah berkali-kali abang berkias dan jujur juga abang akui abang cintakan Lit tapi Lit tak pernah nak mengaku. Sekali ni aje sayang, abang minta… bagi tahulah abang yang Lit cinta abang. Abang perlu dengar dari bibir Lit sendiri,” rayunya lagi. – m/s 361

“Okey. Selagi I tak dengar dari mulut Yusuff sendiri, I tak percaya. Dan kalau betul pun you dengan dia dah kahwin, I akan pastikan you pun tak akan bahagia kalau anak I tak bahagia,” tekan dia dengan bibir yang terjuih lantas dia keluar melalui pintu kaca itu. – m/s 433

“Tahniah Shila, awak dah berjaya runtuhkan rumahtangga kami. Awak dah buktikan yang saya bukan sesiapa pada dia biarpun saya lagi berhak daripada awak,” ucapku kepada mereka berdua. – m/s 465

Aku merengus bersama tangisan. “Benci Usop. Sampai mati dia betul-betul tinggalkan aku padahal aku dah minta maaf. Aku dah pujuk dia dah. Sampai hati dia sanggup batalkan majlis ni.” – m/s 524

Aku ketawa. “ Memang unik, kan. Tapi ini memang ada dalam Islam. Agama kita berikan hak sepenuhnya kepada wali mujbir kita, iaitu bapa kandung dan datuk kandung untuk nikahkan anak dara mereka dengan mana-mana lelaki yang dia berkenan. Tanpa pengetahuan perempuan tu sekalipun dah pernikahan itu tetap sah,” jawabku. – m/s 554

Kata Ku :

Usop Sontorian!! Hahahahaa…

Pernikahan unik yang aku tak pernah baca kat novel lain, so far.

Ada elemen 13PG! Oppss..

First half part citer ni, agak saspen juga. Tertanya-tanya juga apa, kenapa, macam mana dan siapa.

Second part citer, alahaii… bab tarik-tarik tali panjang buat aku lemas. Caring dan loving sesangat Usop ni dan amat la penyabar sungguh nak menundukkan isteri dia yang banyak pe’el. Pe’el Jelita ni mmg boleh tahan bikin geram! Huhh… Nak je aku ckp kat Jelita “Sudah, sudah la Jelita ooiiii…”. Emm… Expectation aku terhadap Usop meleset la pula. Aku dah bayangkan dia anak orang kaya bagai…

Lagi satu, anak-anak Usop dan Jelita sama la macam anak-anak aku. Si adik perempuan suka nak membuli si abang yang manja. Oh anak-anak!!

Oh yee… Aku ingat apa la nak disaksikan sangat.. rupa-rupanya… hehehehhe…


Kredit 3.5/5

Karya Rehan Makhtar yang lain :