Berdetak cik jantung dan cik
hati… tatkala pandangan random menangkap si Sexy Goatee!
Judul : Dia… Random Guy
Penulis : Farah Husain
Muka Surat : 502
Harga : RM23
Novel baru published bulan Jun 2013
Rumusan Kisah :
Demi menyelamatkan airmukanya, Alina
Sufiyya, randomly pilih Zariel Amzar sebagai tunangnya yang kebetulan berada di
‘tempat kejadian’. Dipertemukan sekali lagi, Amzar yang mengambil alih syarikat
tempat Alina bekerja memecat Alina kerana ingin membalas dendam.
Dengan bantuan abang Amzar,
Zafril, Alina diterima bekerja di syarikat milik keluarga Amzar. Outstation ke
Port Dickson ‘mengeratkan’ hati masing-masing dalam diam. Kemunculan semua
Hairi, bekas kekasih Alina sangat tidak disenangi Amzar. Dia cemburu. Amzar nekad memperisterikan Alina kerana cinta
dan ingin melindungi Alina dari gangguan Hairi.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Tapi, janganlah ekstrem sangat
sampai mengaku diri tu dah bertunang. Nanti sampai masa dia orang Tanya bila
nak kahwin, kau nak jawab apa? Nak aci pakai tarik aje mana-mana random guy
jadi bakal suami?” – m/s 20
“You’re too impulsive. Cepat
melatah. Terlalu ikutkan perasaan. Apa yang terjadi malam tu dah cukup
membuktikannya. I don’t need an employee with that kind of attitude. God knows
what will happen to the company kalau you buat keputusan tanpa fikir panjang.”
Amzar serahkan semula surat di tangan kepada Alin. – m/s 46
“Oh Tuhan! What Helena? What? You
nak suruh I cakap apa? Ya, I sengaja tak ke syarikat tiga hari ni sebab nak
jauhkan diri dari Alin sebab I sakit hati tengok dia dengan lelaki itu. Ya, I
tak pernah rasa nak belasah orang macam yang I rasakan tadi masa tengok Alina
balik dengan lelaki tu. Ya, jiwa I tengah kacau sebab Alin. Itu yang you nak
dengar?” bentak Amzar. – m/s 240
“Or are you that desperate? Kali
ini kenapa? Zufa ketawakan you sebab masih lagi single sampai sekarang?
Kawan-kawan you gelakkan you sebab you tak hebat macam mereka? Sebab itu you
buat keputusan hendak bersama Hairi semula? Dengan harapan mereka akan diam dan
tak gelakkan you lagi? Is your pride more important to you than your family?
Macam mana kalau isteri Hairi datang serang mak you lagi? She almost didn’t
make it last time, Alina. You sanggup ke hilang mak?” Tanya Amzar bertubi-tubi.
Rasa macam hendak digoncang sahaja Alin yang sejak tadi hanya tunduk mendiamkan
diri. – m/s 267
“Semua rasa serabut yang angah
sedang rasakan sekarang boleh selesai, kalau angah mula dengar kata hati. Deep
inside your heart, you already know what to do. Otak angah boleh menafikannya
berkali-kali, tapi hati angah tak akan pernah berhenti bersuara selagi angah
tak mula mengakuinya dan menerimanya.” – m/s 276
“Remember the day, when you
randomly grabbed my arm and you told people I’m your fiancé?” Amzar mendekati
Alin. – m/s 285
“I want you, you are there,
within my reach but you are way out of my league. Macam sos salad tu. Saya
boleh capai bila saya nak, tapi saya tahu, saya tak mampu. So I settled for
Knorr’s Thousand Island. Affordable. And it is definitely in my league.” – m/s
289
“I’m scared. You’re scared. Let’s
just be scared together. The key word Alina, is together. Kita bersama dalam
hal ni. Susah, senang, pahit, manis. Kita hadapi bersama. Bila berdua, kita
akan jadi lebih kuat. Insya-Allah, bila kita berdua, kita sama-sama boleh
hadapi rasa takut tu.” Amzar terus menjawab, seperti dapat membaca apa yang
sedang difikirkan oleh Alin. – m/s 300
Amzar menggeleng laju. “Mama,
please. This has nothing to do with you. I married her because I love her. I
don’t want to lose her. Kalaupun mama tak suruh cepatkan majlis tu, Amz sendiri
yang akan minta, ma” – m/s 441
“Alin, kau kena belajar
percayakan orang semula Alin. Manusia ni tak sama. Jangan sebab seorang dua
yang buat salah, kau anggap yang lain pun macam itu. And babe, when people make
mistakes, you correct them. And then you give them a chance to make amends.
Don’t shut them out.” Nasihat Wawa panjang lebar. – m/s 451
Kata Ku :
Bacaan ringan dan santai. Dialog
agak longgar, sampai aku tak reti nak petik dialog mana nak masuk dalam blog.
Tapi, still menghiburkan baca monolog2 cik hati dan cik jantung yang selalu
buat mental notes. And yess.. Alina mmg ratu nicknames – sexy goatee, kejung,
sos salad.. Konflik tak berat sangat. Moral of the story, TRUST. Paling kelakar, Amzar dan snowball dua-dua
nak tarik perhatian Alina! Hhaahhaa…
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment