Wednesday 31 July 2013

Novel : Jodoh Itu Milik Kita


Jodoh itu rahsia Illahi, dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak.



Judul : Jodoh Itu Milik Kita
Penulis : Sara Aisha
Muka Surat : 766
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Syafiq yang tidak hadir pada hari pernikahannya dengan Dahlia Darius, menyebabkan Dahlia tidak punya pilihan lain selain berkahwin dengan abang Syafiq sendiri, Aariz Danial, itupun setelah didesak dan dipujuk oleh umi Syafiq.

Bila masing-masing sdh mula jatuh sayang antara satu sama lain, masing-masing bertindak untuk memendam rasa.

Kepulangan semula Syafiq dari Wellington setelah kecewa dengan Alya, tidak dapat menerima hakikat bahawwa Dahlia telah berkahwin dengan Aariz. Dendamnya terhadap Aariz semakin meluap-luap dan merancang untuk memusnahkan kebahagiaan Aariz dan Dahlia.

Ok tak leh citer lebih sebab drama adaptasi novel ni bakal ditayangkan pada 19 Ogos 2013 di saluran Astro, Mustika HD.


 Barisan pelakon : Farid Kamil (Aariz), Tiz Zaqyah (Dahlia), Syazwan Zulkifli (Syafiq) dan Nabila Huda (Alya). 


Petikan-petikan dari dalam novel :

“And in my case, lebih teruk lagi! Saya ditinggalkan masa hari perkahwinan saya sendiri, lepas tu saya kahwin dengan abang kepada bakal suami saya, lepas tu… lepas tu… saya mungkin kena cerai.” – m/s 25

“Lagipun… awak ni comel sangat. Buat saya rasa macam nak jaga awak, dan nak protect awak. You know, bila saya kahwin dengan awak ni, saya bukan saja dapat seorang isteri, tapi saya juga dapat kawan baru yang comel sangat-sangat.” – m/s 45

“Huh, saya suami awak, konon! Abang takkan jadi suami Dahlia kalau abang tak rampas dia daripada Fiq!” bentak Syafiq lagi. Perasaan geram, marah dan benci bercampur baur dalam hatinya. – m/s 312

“Saya takut berdepan dengan Syafiq! Saya takut kalau saya tersilap langkah, saya akan kehilangan Aariz!” Tanpa sedar Dahlia menjawab, sedikit menjerit. – m/s 352

“Kalau betul apa yang awak cakap, that there’s some kind of secret di sebalik siapa Aariz yang sebenarnya, then saya akan tunggu dia sendiri yang akan buka mulut. Where and when, I’ll leave him to decide. Saya akan hormati keputusan dia.” – m/s 436

“Jangan, Dahlia. Jangan sukakan saya. Jangan sayangkan saya…” pantas Aariz menyampuk. Setiap bait katanya bagaikan duri yang mencucuk-cucuk hatinya. Pedih! Perit! – m/s 547

“Awak nak saya balik pada Syafiq, awak nak lepaskan saya… dan awak cakap itu yang terbaik untuk saya?” – m/s 558

“Lia tak peduli pasal semua tu, umi. Itu semua tak penting! Apa yang Lia tahu… Aariz suami Lia. Jodoh yang Lia percaya dah ditentukan untuk Lia. Hanya dia untuk Lia. Bukan orang lain!” – m/s 589

“Apa-apa pun yang saya cakap, yang saya buat… semuanya takkan menjadi, kan? They would never reach your heart. Dan awak takkan sekali-kali ubah keputusan awak tu, kan? Okeylah, saya faham. Saya takkan rumitkan lagi keadaan ni. Saya takkan susahkan hati awak lagi.” – m/s 634

“The first day we met? Our wedding day… tapi, Lia… awak betul-betul sayangkan saya ke? Saya takut… saya takut awak akan tinggalkan saya nanti. Hati saya tak cukup kuat.” Aariz menghentikan katanya buat seketika sebelum menyambungkan lagi. “Betul cakap awak. Saya pengecut. Saya tak berani untuk menggenggam kebahagiaan yang dah pun ada depan mata saya. Tapi itu sebab… saya ni… saya ni…” – m/s 665

Kata ku :

Sangat-sangat layan citer ni. Babak2 tarik-tali mmg ada, tp tak buat aku bosan. Mula tu aku suka je ngan si Aariz sbb sweet & sgt protective ngan Dahlia. Tapi kat tengah citer, mula la aku geram kat Aariz. Geram sbb dia give up terhadap perkahwinan dia! Tak suke tak suke! Watak Dahlia mmg aku salute sgt. Suke ngan ‘kekuatan’ dia! Overall, citer ni mmg buat aku excited nak baca sampai habis. Happy ending of coz! J


Kredit 5/5 

Tuesday 30 July 2013

Novel : Cinta Itu Milikku



Pesona cintamu merantai jiwaku.
Lingkari hidupku dengan kasih sayangmu.



Judul : Cinta Itu Milikku
Penulis : Dayana Darwisy
Muka Surat : 671
Harga : RM22
Rumusan Kisah :

Athirah dan Mikhail dijodohkan oleh keluarga mereka, sedangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Malah Mikhail terus membawa diri sebaik akad dilafaz.

Dua tahun kemudian, mereka bertemu di kolej, tanpa mengetahui tentang diri masing-masing. Pertengkaran-pertengkaran kecil di antara Mikhail dan Athirah membuai rasa di hati Mikhail lantas memaksa Athirah untuk menjadi kekasihnya.

Keterlanjuran mereka adalah atas kerelaan Athirah kerana telah mengetahui bahawa Mikhail adalah suaminya. Mikhail pula ingin bertanggungjawab dan mereka bernikah ekspres atas bantuan abang Athirah yang telah ‘menangkap’ mereka dalam perangkap yang dipasang oleh Masyitah.

Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah perkahwinan mereka. Salah faham, cemburu, ego yang membawa kepada perpisahan.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Jangan bagi tahu sesiapa tentang rancangan saya ni. Ingat! Hanya saya saja yang berhak menghentikan lakonan ini. Selagi saya belum beri kata putus, selagi itulah awak kena berpacaran dengan saya dan berada di samping saya. Awak jugak tak dibenarkan membantah setiap apa yang saya cakap sepanjang kita menjadi pasangan kekasih. Jika tidak… saya akan saman awak lebih daripada jumlah yang saya katakana tadi.” Mikhail memberi amaran dan mempamerkan muka seriusnya. Dia yakin Athirah akan bersetuju dengan rancangannya. – m/s 76

Bulat mata Athirah memandang Mikhail. Mulutnya sudah terlopong namun segera ditutup dengan tangannya. Adakah di depan aku ni, Adam suamiku? Adam Mikhail yang selama ini ingin aku berlakon sebagai kekasihnya adalah suamiku? Dia bagaikan tidak percaya dengan berita yang baru didengari itu. Ya Allah… benarkah dia suamiku? Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini, bisik Athirah dalam hati. Air mata kesyukuran yang menitis, membasahi pipi, disekanya dengan jari. – m/s 154

“Abang belum pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. Sayanglah cinta pertama abang. Abang harap… biarlah cinta ini, cinta pertama dan terakhir abang. Cincin ini sebagai tanda pengikat cinta di hati kita. Sudikah sayang menerima cinta abang? Menjadi pendamping abang hingga ke ahir hayat?” Mikhail melamar Athirah. Mikhail nekad, dia akan melepaskan isterinya jika perempuan itu tidak sanggup bermadu. Lagipun apa guna dia menyimpan isterinya jika dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya. – m/s 166

“Sayang jangan bimbang, abang akan bertanggungjawab. Abang akan berbincang dengan umi dan abi abang tentang perkara ini. Kita akan segera menikah.” Mikhail benar-benar menyesal kerana gagal mengekang nafsunya. – m/s 271

“Dua tahun lalu aku dipaksa bernikah dengan seorang gadis. Selesai saja akad nikah tu, aku terus balik ke KL. Aku langsung tak pernah kenal atau berjumpa dengan gadis tu. Selama ni aku tak pernah tahu Athirah ialah gadis yang aku nikahi dua tahun lalu.” Mikhail menceritakan bagaimana dia boleh tahu tentang Athirah. – m/s 339

“Malam tadi. Kami nikah ekspres! Itu pun Masyitah yang membukakan jalan untuk aku memperisterikan Athirah. Konon-kononnya dia nak buat supaya aku kena tangkap basah dengan dia, tapi tak menjadi. Sebaliknya pegawai yang menjalankan tugas pada malam itu suruh aku nikah dengan adik dia ni.” Mikhail menunjukkan isterinya. – m/s 377

“Jangan tuduh abang begitu. Abang tak pernah curang selama ni. Abang juga tak bunuh anak kita. Seandainya sayang rasa sedih, abang turu merasa tempiasnya. Abang juga sedih dengan kehilangan anak kita. Jangan jatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang tak abang lakukan,” ujar Mikhail lirih. Dia merenung belakang Athirah dengan tajam. – m/s 430

“Jangan fikir abang akan ceraikan sayang. Sekiranya sayang ingin juga berpisah dengan abang, doakan semoga umur abang diambil Allah secepat mungkin.” Usai berkata-kata, Mikhail melangkah ke kamar tidurnya. – m/s 433

“Ada sedikit komplikasi dengan suami puan. Saya harap puan banyakkan bersabar dan berdoa semoga suami puan dapat diselamatkan dan melepasi tahap kritikal. Kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya.” – m/s 556

Kata Ku :

Aku rasa biasa-biasa je kot jln citer dia. Salah faham dan cemburu dalam rumahtangga. Tak saspen sgt.


Kredit 3/5

Thursday 25 July 2013

Novel : Biarkan Ia Berlalu


“Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab tu merana! Itu janji Nadia!”



Judul : Biarkan Ia Berlalu
Penulis : Sha Ibrahim
Muka Surat : 1140
Harga : RM37

Rumusan Kisah :

Nadia kembali semua la ke tanah air dengan misi untuk membalas dendam terhadap Johan dan keluarga Johan, yang telah merampas syarikat dan menyebabkan kematian ayahnya 5 tahun lalu.

Nadia telah menubuhkan Friends Corporation yang diterajui oleh dua orang kawannya, tetapi mengambil keputusan hanya bekerja sebagai setiausaha kepada Syafiq, akauntan di syarikatnya sendiri.

Kepulangan Mia, setelah 7 tahun, yang menagih cinta Syafiq sedikit sebanyak menimbulkan perasaan cemburu di hati Nadia. Apabila Mia sedar yang Syafiq sudah mula syok kat Nadia, Mia sengaja tidak mahu meneruskan rawatan yang disyorkan doctor supaya Syafiq tidak meninggalkannya.

Nadia akhirnya memunculkan dirinya sebagai pemilik Friends Corporation setelah kecewa dengan tindakan Syafiq yang ‘menghalaunya’.

Petikan-petikan dari novel :

Nadia tersenyum mengingati kembali peristiwa itu. Namun hatinya masih lagi menahan marah kerana inilah kali pertama dia bertemu dengan lelaki yang menjengkelkan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menolak untuk bekerja dengan lelaki tersebut. Dia risau dia tidak mampu bertahan untuk terus bekerja dengan lelaki yang cukup menyakitkan hatinya. Namun, dia terpaksa. Ini sahaja jalan terbaik untuk dia mengetahui perjalanan syarikatnya. – m/s 40

“Kau ingat aku tak boleh siapkan kerja yang kau suruh? Hei! Ni Nadia la, Lion King. Orang tak akan panggil aku Nad la kalau aku tak mampu buat! Lion King yang sombong, bongkak! Tak ada perasaan! Nasib baik la muka kau tu handsome. Macam mana menyampah pun boleh  diterima lagi!” Nadia bersuara agak kuat. – m/s 66

“Lion King tu nak mintak maaf dengan aku? Nak pujuk aku kembali kerja dengan dia? Jangan harap la Tia… ego dia tu mengalahkan ego aku, tau tak? Korang selalu cakap aku ni degil sedangkan Syafiq tu lebih degil daripada aku!” balas Nadia. – m/s 211

“Kalau saya ni segala-galanya bagi awak, awak ke mana selama ni? Dalam masa lima tahun, saya boleh terima awak langsung tak hantar khabar berita pada saya… tapi selepas lima tahun, awak ke mana? Mana janji awak?” Tanya Syafiq dengan nada marah. Waktu itu dia terasa dirinya ditipu oleh gadis yang amat dicintainya. – m/s 273

“Saya akan terus bersama dengan Encik Syafiq selagi Encik Syafiq perlukan saya, tak kiralah dalam urusan kerja ataupun tak. Kalau Encik Syafiq perlukan saya, just let me know, I’ll be there for you. Saya akan sentiasa dengan Encik Syafiq sehinggalah Encik Syafiq dah tak perlukan saya lagi. Waktu itu saya akan undurkan diri.” Ucap Nadia kemudian dia terus keluar seraya menutup pintu bilik pejabat Syafiq. Tiba-tiba sahaja dia terasa malu dengan apa yang baru dituturkannya. Macamanalah ayat tersebut boleh terluah dari mulutnya? – m/s 392

“Kau jangan salah faham, aku datang sini cuma nak tengok macam mana musuh aku dah kalah sebelum aku balas dendam lagi. Kalau macam nilah kehidupan kau, aku tak balas dendam pun taka pa, sememangnya kau dah tewas sebelum aku bertindak!” Nadia bersuara sambil tersenyum. Geram dia melihat Johan yang seakan-akan sudah hilang pedoman hidup. – m/s 422

“Yalah… awak sendiri yang cakap dengan saya kat pejabat tadi yang awak tak boleh cuti lama-lama takut saya rindukan awak… ni kalau tangan kanan awak pulak yang cedera tak ke cuti awak makin panjang? Lagi la saya rindu kat awak.” Entah dari mana datangnya kekuatan Syafiq mengeluarkan kata-kata tersebut, dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang dia tahu dia cuba untuk menenangkan rasa marah gadis itu. Dia mahu sejukkan hati Nadia yang sedang bergelojak kepanasan. Wajahnya pula sengaja dibuat agar kelihatan cukup sedih. Entah jadi entah tidak dia sendiri tidak pasti. – m/s 562

“Syyy… jangan fikir yang bukan-bukan. Itu hanya perasaan Mia… Fiq tak ada perasaan apa-apa pun pada Nadia.” Walaupun berat untuk dia meluahkan kata-kata tersebut namun dia terpaksa. Dia terpaksa demi menjaga kesihatan Mia. Kejamkah dia? Tidak mungkin untuk dia memberitahu gadis itu bahawa Nadia memang mulai wujud sebagai insan teristimewa dalam hidupnya. Tidak mungkin dalam keadaan kesihatan Mia yang begitu membimbangkan. – m/s 603

“Kenapa Mia tak cakap awal-awal yang Mia nak ikut Fiq balik sekali? Nasib baik Fiq tak bertolak lagi.” Tanya Syafiq. Waktu itu dia mulai menggelabah. Perasaanya bercelaru. Bagaimana dengan Nadia tentu gadis itu tidak akan selesa dengan kehadiran Mia. Dia yakin kalau gadis itu tahu Mia akan ikut sekali sudah tentu setiausahanya itu akan menolak pelawaannya. – m/s 658

“Encik Syafiq dengan Cik Mia pergilah, saya tak lapar. Lagipun saya dah makan sebelum bertolak lagi.” Nadia menolak lembut. Tidak selesa rasanya apabila mereka bertiga makan bersama. Dalam masa yang sama dia risau sekiranya tidak mampu menahan perasaan cemburunya apabila melihat kemesraan Syafiq dan Mia. Dia lebih rela berlapar daripada menahan rasa sakit hati yang cukup menyesakkan dadanya. – m/s 665

“Saya tahu kenapa Cik Mia tak nak buat rawatan tu… sebab Cik Mia takut jika Cik Mia sembuh, kan? Cik Mia tak yakin yang Encik Syafiq tu cintakan Cik Mia sama seperti dulu ataupun sekadar simpati pada Cik Mia sebab Cik Mia sakit. Sebab kalau betullah Encik Syafiq hanya simpati pada Cik Mia, dia akan tinggalkan Cik Mia bila Cik Mia sembuh.” Mia yang memaksa Nadia untuk menunjukkan sifat sebenar gadis itu. – m/s 690

“Shut up! Stop it! I don’t need your opinion! And I don’t need you! You are nothing to me! So, back off!” Jari telunjuk Syafiq hampir-hampir mengenai muka Nadia. – m/s 694

“Bukan niat saya untuk merahsiakan identiti saya sebagai pemilik Friends Corporation tetapi saya ada alasan yang tersendiri kenapa saya bertindak sedemikian. Atau lebih tepat lagi ia boleh dikatakan salah satu strategi perniagaan  saya.” Nadia membuka mulut menjawab soalan wartawan dengan begitu tenang. m/s – 733

“Oh ya, saya tak tahu apa yang berlaku antara Cik Nadia dan Mia semalam. Tapi apa yang saya tahu, pasti ada sesuatu yang Cik Nadia beritahu dia sehinggakan kesihatan dia tiba-tiba sahaja merosot dan dimasukkan ke hospital.” Syafiq menoleh dan memberanikan diri untuk bersuara sebelum dia melangkah keluar. Sememangnya itu tujuan utama mengapa dia bertemu dengan gadis itu. – m/s 822

“Apa yang awak cakap ni Azie? Saya tak faham. Maksud awak, Mia tipu saya yang selama ni rawatan yang doctor tawarkan untuk dia sebenarnya mempunyai peluang yang cerah untuk dia sembuh?” Suara Syafiq bergetar. Dia faham dan jelas dengan apa yang baru diperkatakan oleh Azie, tetapi waktu itu mindanya seakan-akan mahu menafikannya. – m/s 849

“Baguslah kalau kau dah tahu. Aku cuma nak cakap Erin yang merangkap bini kau sekarang ni dah lama perbodohkan kau. Sama jugaklah mummy kau yang kau anggap wanita yang paling hebat dan paling baik dalam dunia. Aku tak sangka la, orang yang bijak pandai macam kau ni perlukan masa yang begitu lama untuk tahu hal yang sebenar! Bodohnya!” Puas hati Nadia kerana dapat melafazkan kata-kata tersebut. Kata-kata yang sudah disimpan lama. – m/s 918

“Awak tak akan tinggalkan saya, kan?” soal Nadia lagi. Kali ini dia pula bertanyakan soalan yang sama yang ditanya oleh Syafiq suatu ketika dulu. Semakin hari, semakin dia merasakan dia tidak mampu untuk kehilangan Syafiq. Walupun dia tahu, dia tidak mungkin memiliki cinta lelaki itu. – m/s 937

“Aku tak boleh terima dia tinggalkan aku, Lan. Aku cintakan dia sepenuh hati aku! Dia tak boleh buat aku macam ni…!” Tangis Mia semakin menjadi-jadi. - m/s 962

“Mia tak salah apa-apa, Fiq faham… walaupun hubungan cinta kita dah putus, tapi sekurang-kurangnya hubungan persahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila, kan?” Syafiq tersenyum pada Mia dan dibalas mesra oleh gadis itu. Timbul perasaan yang lega teramat dalam diri Mia. – m/s 994

“Saya dah putus dengan Syafiq. Saya tak ada apa-apa lagi hubungan istimewa dengan dia selain hubungan persahabatan. Syafiq sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggalkan saya, dan saya rasa awak tahu kenapa Syafiq buat semua tu…” – m/s 1014

“Saya tak tahu awak rasa ke taka pa yang saya rasa selama ni. Dah lama sangat saya pendam perasaan ni. Sekarang ni, saya rasa macam saya dah tak mampu nak simpan benda ni lagi. Saya sendiri langsung tak sangka perasaan ni wujud kembali dalam hati saya walaupun ikhlas saya cakap saya langsung tak bersedia dengan perasaan ni. Nafas saya terasa sesak setiap kali saya pandang wajah awak. Tapi hati saya resah kalau lama saya tak jumpa dengan awak. Saya tak kisah sama ada awak langsung tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni. Saya dah jatuh hati dengan awak. I’m in love with you! No! Jangan toleh! ” pinta Nadia sekali lagi apabila Syafiq kelihatan seperti mahu menoleh memandangnya. Dia tidak mahu Syafiq melihat wajahnya ketika itu. Menipu kalau sekiranya dia beritahu yang dia langsung tidak malu dengan apa yang dia luahkan sebentar tadi. – m/s 1073

Kata Ku :

Banyak elemen dalam citer ni. Percintaan, persahabatan, dendam, saspen, thriller… dari segi plot percintaan, tak berapa romantic sangat. Sesuai la ngan jln citer dia. Nadia ngan Syafiq masing-masing control perasaan masing-masing. Salute dengan jalinan persahabatan Nadia dan dua orang temannya. Saspen la juga bila Nadia upah bodyguard untuk mejaga keselamatan mereka semua. Overall, ok la! Tak membosankan.


Kredit 4/5

Wednesday 24 July 2013

Novel : M.A.I.D.



“Ya Allah Noorul…takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih… habis la kau kalau macam ni. Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul.”

Judul : M.A.I.D.
Penulis : Suri Ryana
Muka Surat : 753
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Noorul yang sudah berbulan-bulan menganggur akhirnya sanggup bekerja sebagai pembantu rumah setelah mendafarkan diri di sebuah agensi pekerjaan. Kerana terdesak, Noorul tetap bersetuju untuk menerima pekerjaan tersebut walaupun bakal berdepan dengan majikan yang cerewet. Tuan Harris diberi gelaran Mr. F, Mr. Fussy oleh Noorul.

Hanya nota-nota kecil dan sekali sekala arahan-arahan melalui dialog ringkas di telefon yang menghubungkan Noorul dan Mr. F. Noorul sebenarnya mengelak daripada bertembung dengan Mr. F disebabkan risau Mr. F akan memecatnya sekiranya mendapat tahu bahawa mereka pernah dua kali terlanggar.

Noorul yang tidak dapat mengelak ajakan Haikal, adik Mr. F, terpaksa juga hadir ke majlis yang dibuat di rumah Mr. F. Identiti Noorul terbongkar jua akhirnya! Mr. F hampir menamatkan kontrak Noorul tetapi berjaya dipujuk oleh Haikal.

Angkara fitnah, Mr. F dan Noorul berdua terpaksa disatukan. Mereka akhirnya mengakui perasaan masing-masing.

Antara cabaran yang harus dihadapi Noorul adalah Puan Sri Kirana yang lebih suka pada Elisa yang gedik untuk dijadikan menantunya, Nurina, bekas kekasih Mr. F yang kembali menagih cinta Mr. F dan Asyraf, sepupunya yang dikhuatiri membalas dendam terhadapnya setelah malu dengan kes tangkap khalwat.

Petikan-Petikan dari dalam novel :

“Bakal majikan cik adalah seorang lelaki bujang berumur dua puluh lapan tahun dan seorang jurutera. Dia mahukan seorang pembantu rumah yang cekap membuat kerja dan tidak malas. Di sini dia ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya melainkan hal-hal penting sahaja. Selain itu, cik juga tidak boleh tiba lambat ke penthousenya. Walaupun sesaat.” – m/s 6

“Huk aloh! Dia  ni la yang aku langgar tadi. Mr. F rupa-rupanya!” – m/s 22

“Dah, jangan sentuh aku! Kau ni memang dasar otak semut. Tadi pagi kan aku dah cakap, jalan pandang depan. Belum sampai dua puluh empat jam kau dah lupa. Otak kau memang tak berfungsilah! Menyusahkan orang aje!” – m/s 33

“Abang harap Noorul dapat beritahu pada mak Noorul dan mak abang, yang Noorul tak mahu berkahwin dengan abang. Cakap saja Noorul dah ada orang lain.” – m/s 108

“Mestilah pernah jumpa. Along ni, cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah Along. Takkan tak kenal kut?” Haikal bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan oleh Mr. F. Matanya tajam menikam wajahku. – m/s 116

Setelah melihat aku tidak memberikan apa-apa respons, dia kemudiannya bersuara, “maaf, saya terpaksa pecat awak. Sebabnya awak ni kelam-kabut, cuai dan lalai. Sudah dua kali awak langgar saya dan hari ini awak cederakan pula jari saya. Kita akan ke Agensi Pekerjaan Maju sekarang untuk menamatkan kontrak.” – m/s 135

“Terima kasih, Noorul. Memang saya kembali ke Malaysia ni pun untuk meraih kemaafan dari Harris dan kemudiannya mencantumkan kembali perhubungan kami.” – m/s 199

“Hmmm… awak tolak saya sebab lelaki yang ada dalam hati awak tu kan? Ingat tak awak pernah cakap dengan saya dulu yang awak single but not available sebab ada seseorang di dalam hati awak?” – m/s 357

“Kamu berdua jangan nak lari pulak dari masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan kami. Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting for the invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti!” bentak Puan Sri Kirana. – m/s 386

“Awak dan saya sama-sama tak setuju dengan perkahwinan ni kan? Jadi, I think, lebih baik kalau kita kekalkan sahaja hubungan kita seperti sebelum ini. I mean…” – m/s 408

Kemudian, lelaki itu memejamkan mata. Macam tahu pula apa yang sedang aku fikirkan. Aku pula masih mentafsirkan kata-katanya itu. Dia tidak akan memaksaku? Paksa aku untuk apa? Aduh, sesungguhnya aku semakin keliru dengan hubungan kami. Susahnya untuk terjemahkan ayat yang baru kudengar ini walaupun dia hanya menggunakan bahasa Melayu, bukan bahasa Jerman, Portugis atau pun Sepanyol! – m/s 538

“Sayang, have I told you before that you are so beautiful? I really think you do since the very first time I met you in front of the lift,” bisiknya perlahan. – m/s 572

“Sayang ingat kalau mama paksa abang kahwin dengan orang lain, abang akan kahwin? Semata-mata untuk selamatkan reputasi? No way! Banyak lagi cara lain untuk selamatkan reputasi… tapi, abang kahwin sebab perempuan tu adalah Noorul,” katanya lagi. – m/s 622

“Tidak mengapalah Tan Sri, Puan Sri, janganlah bergaduh dan bertekak semata-mata kerana saya yang miskin ni. Sebenarnya, saya tak perlu pun dapatkan bukti kerana Allah tahu saya tak bersalah. Tapi, sebab Puan Sri mahukna bukti, tengoklah, kalau ada nanti saya akan longgokkan depan semua,” ujarku dengan geram. – m/s 707

“Sayang, I’m sorry. Abang minta maaf sebab hampir-hampir termakan cakap diaorang sebelum ini. Abang tahu, sayang tak akan buat abang macam tu. I know you are so naïve and true. Abang tak akan ragu-ragu lagi dengan sayang walau apa pun fitnah yang datang lepas ni,” ujar lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. – m/s 711

Kata ku :

Jalan citer yang santai dan tak meleret-leret. Watak Noorul yang kalut mmg terserlah, sampai aku yang membaca pun boleh rasa kalutnya Noorul. Hahaha!! Watak Tuan Harris / Mr. F yang ego, beku dan hensem tu rasanya hampir sama dengan watak-watak hero dalam novel lain, tapi still dengan gaya romantic yang tersendiri. Sweet sangat bila Harris prepare bilik time honeymoon semata-mata untuk meluahkan semua isi hatinya pada Noorul.


Kredit 4/5

Karya-karya Suri Ryana yang lain :
1. Playboy Itu Suami Aku?!

Monday 22 July 2013

Novel : Suamiku, Encik Perfect 10!


Entah dari mana dia datang, aku tidak pasti. Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!



Judul : Suamiku, Encik Perfect 10!
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 597
Harga : RM23

Guess what??!!! Citer ni tengah shooting utk ditelefilemkan. Hero... My fav actor, Aaron Aziz...!!


Hero & Heroin
Photo credits to Aaron Aziz's FB
Photo caption by AA : Filming Suamiku Encik Perfect 10! Harap semua akan tengok! @ 18/9/13

Airing in Jan 2015!

Rumusan kisah :

Aleeya Azmeen yang diragut kesuciannya oleh teman lelakinya sendiri, mengandung dan dibuang U, membuat keputusan untuk kembali semula ke tanah air.

Zarief Danial yang duduk di sebelah Aleeya sepanjang penerbangan bersimpati dengan nasib Aleeya dan menawarkan diri untuk berlakon sebagai suami kepada Aleeya selama seminggu.

Puan Yasmin, ibu Aleeya akhirnya percaya dengan ‘hubungan’ Aleeya dan Zarief setelah melihat sendiri sifat ambil berat dan penyayang Zarief terhadap Aleeya. Dan disebabkan sifat-sifat Zarief itulah yang membuatkan Aleeya tersyok kat Zarief. Zarief pada masa yang sama juga sudah menganggap Aleeya sebahagian daripada dirinya.

Konflik timbul bilamana Syed Muzaffar cuba mencari Aleeya kembali kerana inginkan anak yang dikandung Aleeya, di samping rasa bersalah pada Aleeya.  Azura, tunang Zarief pula cuba untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan  mereka sebaik sahaja tahu bahawa dia mengandungkan anak Akram.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Seminggu, kita pretend to be husband and wife. Lepas tu saya dan awak, kita ikut haluan masing-masing. Awak selamat! Itu yang penting… awak selamat.” – m/s 33

“Cari Aleeya… Aleeya Azmeen! Dia mengandungkan anak Far. Anak Far, mom…” ujar Syed Muzaffar perlahan… kemudian dia pengsan, sekali lagi! – m/s 119

“Jadi kita halalkan, lah? Berapa kali you nak buat abortion, Azura? Kahwin dengan I, tinggalkan Zarief!” pujuk Akram. – m/s 159

“I nak bagi orang tua tu terkejut! I nak bagi orang tua tu sakit jantung. Dia ingat cucu dia baik sangat. I nak tunjuk yang Zarief tu suka berfoya-foya dan sudah hilang teruna!” – m/s 249

“Abang rela. 25 jam Aleeya nak kacau abang pun tak apa! Abang akan rindu Aleeya. Rindu sangat-sangat! Abang tak tahu siapa akan jadi mangsa terkena muntah Aleeya kali ini, tapi abang rela untuk semua tu.” – m/s 271

“I’m in love with you. I think I’ve got everything I ever wanted but nothing I really needed, the one I need is here, with you! Abang sayang Aleeya. Abang jadi tak waras apabila hampir seminggu tak dapat cari Aleeya. Tolonglah Aleeya, janji jangan tinggalkan abang lagi.” – m/s 352

“Bodohnya kau Aleeya! Encik perfect 10 depan mata dah offer, kau pergi turned down, kau ni memang bangang! Aku ada rasa nak bagi kau penumbuk 10 jari aku ni tau!” – m/s 365

“No, I’m not telling you. Tapi abang minta maaf dengan Zura, abang tak boleh nak kahwin dengan Zura. Abang tak boleh lupakan dia. Dia terlalu istimewa dalam hidup abang. Abang minta maaf!” – m/s 423

“Okey sayang, macam ni. Aleeya… kalau sebab hanya nak bernasabkan Syed Muzaffar tu, Aleeya nak pilih dia, abang sanggup tukar nama abang kepada Abdullah kalau itu yang Aleeya mahu!” tekad Zarief. “Ini semua sebab abang cintakan Aleeya and I want to be papa for that baby… I don’t mind changing my name.” – m/s 515

Love is a gamble, sometimes you win, other times you lose. But no matter what your cards are in this gamble, whether club, spade, or diamond, remember, never ever play with the heart. – m/s 587

“Beriman, baik, romantik, sensitive, kelakar, pandai masak, hormati orang tua, pandai memujuk, pandai merajuk dan the most important thing, sabar! Sempurna, sepuluh persepuluh!” – m/s 595

Kata ku :

Suka sangat dengan citer ni. Sweet jer si Encik Perfect 10! Sangat-sangat la caring dan loving. Harus la Aleeya terjatuh cinta kat Zarief! Paling suka part lakonan mereka depan Puan Yasmin. Kelakar! Salute jugak kat Tok Zaharah yg percayakan cucu kesayangannya. Idea dan akal Tok Zaharah banyak membantu Zarief sebenarnya.


Kredit 5/5

Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :
1. Pabila Cinta Memanggilku
2. Bukan Kahwin Paksa
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya

Friday 19 July 2013

Novel : Pergilah Air Mata



Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Judul : Pergilah Air Mata
Penulis : Hanni Ramsul
Muka Surat : 858
Harga : RM28

Rumusan kisah :

Sabrina dan Badrul ditangkap khalwat dalam satu perangkap yang dibuat oleh kawan baik Sabrina sendiri. Sabrina dan Badrul kemudiannya berkahwin atas desakan ayah Badrul untuk menjaga air muka keluarga mereka.

Dayana yang mula rasa tergugat dengan Sabrina, akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Badrul, kekasihnya, walaupun tidak bersedia pada mulanya, dengan syarat perihal Sabrina tidak diberitahu kpd keluarganya. Badrul juga berjanji untuk melepaskan Sabrina bila sdh puas ‘mengajar’ Sabrina yang dituduh cuba memerangkapnya disebabkan harta.

Dalam pada benci-membenci dan elak-mengelak di antara Sabrina dan Badrul, mereka sebenarnya sudah mula dibuai dgn perasaan masing-masing. Kesibukan Dayana mendekatkan mereka dan akhirnya Sabrina dan Badrul ‘menghalalkan’ hubungan mereka.

Badrul yang terlepas cakap ketika mengejar Dayana yang ternampak kemesraan Badrul dan Sabrina membuatkan Sabrina kecewa sehingga bertindak untuk keluar dari rumah tersebut. Saat itu, barulah Badrul sedar yang dia lebih mencintai Sabrina daripada Dayana.

Petikan – petikan dari novel :

“Saya malaslah abah. Kalau ikutkan hati, memang saya takkan kahwin dengan dia. Nak naik mahkamah pun saya tak kisah. Nak kena bayar denda pun saya tak kisah. Sebab saya tahu, saya memang tak bersalah langsung. Tapi, abah beria-ia paksa kami kahwin. Abah yang nak sangat perempuan yang tak tahu dating dari ceruk mana tu jadi menantu abah!” – m/s 17

“I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni. Sampai masanya, I akan lepaskan dia. I cuma nak ajar dia aja. Ajar biar dia respect maruah diri. Biar dia tahu bukan senang nak tipu orang. Bukan senang nak senang. Biar dia serik dan taka da lagi lelaki yang jadi mangsa dia.” – m/s 136

“Tak mungkinlah. Badrul tak sukakan saya. Dia cuma sukakan awak. Saya cuma nak cakap, saya tak kisah kalau awak kahwin dengan Badrul.” Pantas Sabrina menjawab. Faham akan maksud soalan Dayana. – m/s 189

“Tapi, sampai bila? Dulu, kamu kata kamu tak kisah kalau Badrul kahwin dengan Dayana. Kalau kamu betul-betul tak kisah, kenapa tak nak bertembung? Kenapa kamu perlu lari daripada suami sendiri?” – m/s 269

Sudah hampir dua minggu Badrul berpindah. Bermakna sudah hampir dua minggu jugalah dia tidak melihat wajah Badrul. Tidak mendengar suara marah Badrul. Usikan dan sindiran Badrul. Dan, semua itu membuat hatinya kini dibelenggu rindu. Dia rindukan Badrul. Satu perasaan gila yang tidak harus tersangkut pada ranting rasanya. – m/s 510

“Aku nak Ikmal jadi milik aku, Ina. Dah terlalu lama aku mengharapkan dia. Terlalu lama. Sebelum kau muncul antara kami…” Maria berbisik perlahan. Memujuk rasa hati yang bersalah. -  m/s 547

Dan, senyum insan-insan di hadapannya, bagai tidak mampu untuk dia hadapi lagi. Sungguh dia segan. Dan, kenapa dalam rasa segan dan serba salah ini, dia berasa begitu bahagia? Kenapa saat ini, dia hanya mahu terus berada hamper dengan Badrul? Terus berada dalam pelukan lelaki ini? Tanpa sedar, dia bersandar mesra di dada lelaki itu. Senang apabila Badrul semakin mengeratkan rangkulan di pinggangnya. – m/s 570

“Sebab, walaupun buruk layanan aku pada kau, kau nampak macam tak kisah pun. Tiap-tiap hari, kau menjadi seorang yang jauh dari apa yang aku sangkakan. Aku tak nak akuinya, tapi hati aku kuat mengatakan, kau memang seorang perempuan yang baik. Semua tu buat aku semakin lupa punca yang menyatukan kita. Buat aku rasa semakin hari, semakin dekat dengan kau,” ucapnya sambil menikam renungan Sabrina padanya. – m/s 577

“Aku tak tahu sejak bila, tapi… aku memang selalu fikir pasal kau. Sama ada Dayana ada atau tidak… aku memang selalu fikir tentang kau.” – m/s 647

“Aku tau tahu nak cakap apa dengan dia. Dah tak boleh nak fikir. Bila aku tengok dia dengan perempuan tu, aku dah tak sanggup nak bermadu. Aku tak nak kongsi dia dengan orang lain. Aku tak boleh terima. Aku nak minta cerai, tapi… aku masih sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Nak suruh dia ceraikan perempuan tu, aku yakin dia tak akan buat macam tu. Apa yang aku patut buat, Nissa?” - m/s 671

“No, abah. Jangan tipu saya abah…” dia bersuara resah. Hatinya yakin, dia masih akan dapat melihat wajah Sabrina apabila dia pulang ke rumah besar itu nanti. Dan saat ini… bapanya membawa perkhabaran duka. Sungguh dia tidak boleh terima kenyataan ini. Dia tidak lagi dapat menatap wajah itu! – m/s 685

“Nissa… bukan aku tak cinta. Tapi, bercinta and berkahwin, dua perkara yang totally different. There’s a lot of commitment yang aku betul-betul belum ready. Memang silap keputusan aku untuk berkahwin dulu.” – m/s 702

“Aku tahu selama ni, aku tak adil pada kau. Tapi, please Sabrina. Beri aku peluang terakhir. Aku tak akan sia-siakan kau lagi.” -  m/s 781

Kata ku :

Aku ingatkan novel ni akan buat aku menitiskan air mata. Tapi sebaliknya la pulak.  Jalan citer yang tak meleret-leret sangat. Moral of the story, jgn jual mahal sangat! Jangan ego sangat utk mengaku perasaan sayang terutama pada org yang dah halal! Kehilangan cuma terasa bila org tu dah tinggalkan kita! Oppss.. emo la pula aku!

Update 18/8/16

TV1 mulai 10.7.16
Amar Asyraf, Nelydia Senrose & Izreen Azminda


Kredit 4/5


Karya-karya Hanni Ramsul yang lain :
1. Biarlah YM Berbicara

Thursday 18 July 2013

Novel : Biarlah YM Berbicara


Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi. Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati… aku rela menjadi pengganti, menafikan irama indah cinta kita. Biarlah saja YM yang terus berbicara…



Judul : Biarlah YM Berbicara...
Penulis : Hanni Ramsul
Muka Surat : 582
Harga : RM20


Rumusan kisah :

Adiya yang menggunakan nick name Ugly Betty utk chat dengan Charming, sering saja mengelak utk bersua muka. Tidak yakin dan takut ditipu oleh Charming walaupun sebenarnya dia senang berkawan dengan Charming.

Dalam masa yang sama, kawan-kawan ofis semua sudah dapat mengagak bos mereka, En. Firdaus sebenarnya syok kat Adiya. Cuma Adiya saja yang buat tidak peduli. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh En. Firdaus supaya dapat mendekatkan dirinya dengan Adiya membuatkan Adiya serba salah. Dia risau kalau-kalau dia menduakan Charmingnya kerana dia sudah mula menyenangi sifat En. Firdaus yang caring padanya.

Bila tembelang En. Firdaus pecah, Adiya resign dan balik kampung. Dia malu dan rasa ditipu. Salah faham terhadap hubungan En. Firdaus dan Mia, bekas tunang En. Firdaus juga menyebabkan dia ‘tarik diri’.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba. Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpa tidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Aku lebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebih selesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuat aku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki. Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampir menggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa dengan Charming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana aku Cuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu sebabnya? – m/s 35

Charming : I’m the luckiest man in the world! Ini yang I tunggu dari U sekian lama. At last, U mengaku juga U sukakan I! Thanks! – m/s 116

Ugly Betty : I can’t answer that question. No answer actually. Cuma, I rasa selesa n bahagia bila dapat bercakap dengan U. N U? Soalan yang sama I Tanya kat U. kenapa U suka kat I? Padahal U tak kenal I. – m/s 117

“Saya pun rindu sangat kat awak. Nak dengar suara awak. Nak jumpa sangat-sangat. Itupun kalau bolehlah. Tapi, saya tahu, mesti tak boleh, kan?” Charming menyambung bicaranya. – m/s 189

Aku diam. Janganlah sampai kata-kata Sharifah menjadi kenyataan. Aku tidak mahu jatuh cinta pada dua orang lelaki pada satu masa. Aku bukannya jenis yang pandai membuat pilihan. Kang, tak pasal-pasal Encik Firdaus kena bermadu dengan Charming. Tidak! Minta dijauhkan. Dan, yang paling penting, aku mesti setia dengan Charming. Mesti setia dengan Charming – m/s 220

“Saya… saya dah tak boleh nak lupakan awak. Memang, saya rasa saya dah jatuh hati pada awak.” Dengan perasaan malu yang menggunung, aku gagahkan jua untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin sudah sampai masanya aku merungkaikan segala-galanya. Selintas, aku teringat kata-kata Sharifah. Sampai bila aku hendak berhubungan dengan Charming Cuma dengan cara ini? Kalau aku benar-benar serius, suatu hari nanti aku terpaksa berhadapan dengan Charming juga. – m/s 261

Alamak! Sayang la pulak? Lagi lama aku bersama dengan Encik Firdaus, aku balik tapau jantung jawabnya. Sudah berkali-kali rasanya jantungku ini hendak tercabut. Tak pun terus ke ICU. Dapat serangan jantung. Nak balik. Tak nak duduk dengan Encik Firdaus. Nanti aku tergoda pula pada bos kacak aku ni… - m/s 299

Aku terkedu. Encik Firdaus melamar aku di tengah-tengah kesesakan manusia ini? Encik Firdaus! Awak memang tak betul. Cepat-cepat aku mengangkat punggung. Dan cepat pula Encik Firdaus mencapai tanganku. – m/s 386

Langkah aku  mati tiba-tiba. Saat itu memang aku rasa seperti mahu menangis. Encis Firdaus panggil aku Ugly Betty? Dia tahu segala-galanya ke? Aku berpaling, memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat resah. Juga pada wajah Farid yang kehairanan. – m/s 407

“Saya pun tak nak awak stress dengan semua ni. Saya bagi awak masa. I’ll give you some space to think. Saya tak akan terima surat perletakan jawatan ni. Twenty hours notice pula tu! Betul-betul mengarut. Saya anggap saya tak pernah terima surat ni.” – m/s473

“Saya tak sesuai untuk Encis Firdaus. Encik Firdaus sepatutnya mendapat seorang gadis yang jauh lebih baik daripada saya. Kita tak sepadan langsung Encik Firdaus.” – m/s 508

Aku tersenyum segan. Bekas kecil berbentuk hati bewarna merah di tapak tangan Encik Firdaus, membuat aku berasa bahagia. Terlalu bahagia. – m/s 563

Kata ku :

Tengok tajuk novel pun dah tau berkisarkan apa. Semestilah YM chatting. Santai dan straight forward. Tak meleret-leret. Dah agak dah Charming tu En. Firdaus, bos Ugly Betty (Adiya) tu sendiri. Excited la nak tau mcmana tembelang bleh pecah. Hhiihihhi…

Kredit 4/5

Karya-karya Hanni Ramsul yang lain :
1. Pergilah Air Mata

Wednesday 17 July 2013

Novel : I Love You, Stupid!


Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku



Judul : I Love You, Stupid!
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1389
Harga : RM39

Rumusan Kisah :

85% citer ni berlatar belakangkan bumi Kemboja. Kedaifan, kemiskinan dan gaya hidup di bumi Kemboja yang banyak menginsafkan Iris, sukarelawan dari Malaysia yang juga anak kpd seseorang yang dikagumi di Malaysia.

Berselindung di sebalik misi nya, Iris sebenarnya mempunyai misi yang lebih besar lagi, iaitu menculik anak kawan baiknya.

Sepanjang berada di Kemboja, Firman bertindak sebagai bodyguard dan translator yang diupah oleh ayah Iris untuk menjaga Iris. Firman dan Iris yang masing-masing ego membuatkan perhubungan mereka kejap on kejap off. Gaduh dan berbaik semula. Gaduh dan berbaik semula.

Iris akhirnya dapat tahu bahawa Firman adalah Inspector Ebrahim, Abg Pedas, yang merupakan pelatihnya ketika menyertai  kursus SUKSIS setahun yang lalu.

Dalam pada bergaduh2, Firman dan Iris kuat menafikan perasaan masing-masing. Iris hanya mengetahui perasaan Firman terhadapnya saat dia hendak kembali ke Malaysia.  

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” aku bercakap lembut sambil mengenyitkan mata kepadanya. – m/s 4

Perhatian Inspektor Ebrahim terarah kepadaku. Melekat! Aku dah agak dia pasti kenal aku! Aku membuka beret, mencampakkan ke atas riba Lara yang terkulat-kulat menundukkan wajah bersama yang lain. Mengada! Hari tu menggedik tak ingat dunia, bila sudah di depan tahu pula panic! Aku menghadapnya. Mukanya biasa saja, tenang dan relaks. Buka ajelah cermin mata hitam tu, abang pedas. Macam mata lalat pula aku tengok! – m/s 12

I cuma suka cuci mata. Lelaki ni macam eye mo untuk i. siapa tak suka benda cantik? Keindahan ciptaan Tuhan untuk dilihat, dinikmati dan dihayati. Tak semudah itu mana-mana lelaki nak bertakhta dalam hati I. usik-mengusik aje, tak perlu serius sangat. Jangan mudah jatuh hati. Kita masih muda, umur  masih panjang dan ramai lagi lelaki kita nak tengok. Jangan senang terpikat dan terikat.  I just wanna have fun. – m/s 29
“Maruah? Kalau awal bermaruah, awak takkan keluar malam, berpoya-poya dengan lelaki… Awak tak layak  bercakap mengenai maruah.” – m/s 73

“Tuan  tak berani menyentuh saya sebab saya bukan gadis sembarangan. Papa saya bukan orang biasa-biasa. Kalau saya bagi peluang tuan cium saya, I bet tuan takkan berani. Jangankan nak cium saya, sentuh pun tak berani.” – m/s 126

Dia menoleh. Serentak dengan itu, aku menjingkitkan kaki, merangkul lehernya dengan kedua-dua belah tangan. Aku memaut erat dan mengucup pipinya dengan pantas. Masa aku cantik sekali apabila kedengaran auara dan derap kasut yang lain. Aku melepaskan kucupan dan menolaknya sambil menangis. Inspector Ebrahim tergamam sebelum beberapa rakan siswa berlari ke arahku. – m/s 131

 “Elok juga Iris ke sana. Saya sangat menghargainya. Susah nak cari sukarelawan perempuan sedangkan ramai perempuan Champa di sana sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk standing dengan perempuan-perempuan lain di dunia. Sekurang-kurangnya selangkah ke hadapan pun tak apa. kasihan mereka. Jauh ketinggalan dari bangsa lain. Perempuan bangsa Khmer lebih maju dari mereka.” – m/s 149
“Saya dipaksa menjadi translator dan bodyguard awak. Saya diwajibkan menjadi baying awak sama ada awak suka ataupun tidak. Saya diberi arahan yang tegas, jangan seekor nyamuk pun Berjaya menggigit dan menghisap darah awak  yang lemak manis berkrim.” – m/s 181

Aku mengangguk dan mula menurut langkah Fatimah. Dia nak membuatkan hidup aku umpama mimpi ngeri? Aku akan buatkan hidupnya lebih bermimpi ngeri, aku akan huru-harakan kau, Firman! – m/s 221
Aku memejamkan mata, menahan kesakitan dan rasa terkejut yang amat. Kemudian mataku buka, rasa amarah semakin menguasai diri. Hidungku mula terasa pedih. Mata itu! “Selama ini awak menipu! Awak bukan Firman!!” aku menjerit sekuat hati. -  m/s 350

“Hate me? Seems like do I care, poor rich girl. Awak tak tau awak sedang berdepan dengan siapa. Di Malaysia bolehlah awak berlagak. Sekarang awak di Kemboja, berdepan dengan the real Firman Ebrahim. Nyawa dan kehormatan awak dia tangan saya. Jangan nak buat gila seperti di Malaysia dulu. Nak peluk dan cium saya? Di sini kalau awak berani buat macam tu lagi, saya akan kerjakan awak sehingga awak akan menyesal seumur hidup. Sehingga awak terpaksa menukar nama kerana malu. Jangan cabar saya.” -  m/s 478

Aku menoleh ke arahnya. Dalam samar-samar malam, dia kelihatan begitu baik dan… kacak. Kenapa wajah kacak ini suka menyakitkan hatiku? Dan kenapa aku sendiri pun suka menyakitkan hatinya? Tiba-tiba saja aku menjadi tidak faham dengan keadaan kami berdua. Kenapa kami saling menyakiti dan berdendam dari awal hingga sekarang? Akukah yang memulakannya dulu atau dia yang mudah hilang sabra dengan karenahku? Apa-apa pun aku tetap rasa dia sepatutnya beralah dan melayan aku dengan baik sebab aku gadis dan majikan dia. -  m/s 500

“Jadi my precious jangan sombong sangat. Awak tak pernah menang berlawan dengan saya. Sekali awak buat saya, sebelas kali saya boleh balas balik kepada awak. Sekali awak benci saya, sebelas kali saya sayang awak.” – m/s 509

“Saya mohon maaf  di atas segala kata-kata saya tempoh hari. Apa yang saya cakap, saya tarik balik. Apa yang saya ingat, saya hanya ingin menyakitkan awak sesakit-sakitnya. Tetapi rupa-rupanya saya yang lebih sakit dengan kata-kata saya sendiri…” – m/s 546

“Baru nampak clear. Cantikkan… kedua-dua bibir kita bersama. Nampak sangat satu bibir perempuan, satu bibir lelaki, Iris dan Firman. Iris Nur dan Firman Ebrahim. Gabungan Firman dan Iris. Firis? Okey tak Firus? Macam Fairus pun ada… Al Fayruz lagi cantik!” – m/s 551

Aku menoleh kepada Firman apabila terasa seperti Firman tidak mendengarnya. Mata kami saling menatap dan… aku terpegun dengan keindahan mata Firman. Matanya lebih cantik dari apa yang aku lihat di langit. Mata yang bersatu dengan keindahan cahaya matahari, awan dan suasana membentuk satu cahaya mata yang bersinar indah… seorang gadis di anak matanya dan gadis itu kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman. Aku kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman! – m/s 661

Kami sama-sama duduk dan menatap laut yang terbentang luas. Sesekali kami berbalas pandang dan senyum. Kami membisu dalam seribu bahasa. Ada yang nak dibicarakan tetapi tak tahu apa. Ada yang nak diluahkan tetapi lidah kelu. Ada rasa yang ingin dikongsi tetapi hati tidak pasti. Apa yang pasti aku senang sekali bersama Firman ketika ini. – m/s 727

Firman menghiris  dadanya. Mulutku berdesir melihat darah yang mengalir deras. Dia ni memang betul-betul gila. Tak ada cara lain ke nak dapatkan kepercayaan aku? Apa yang aku cakap, dia buat! Rasa marah pula menyerbu ke dada. – m/s 764

“Iris… jangan lari dari saya lagi. Kalau apa-apa berlaku kepada awak saya akan rasa bersalah seumur hidup. Maafkan saya kerana gagal menjadi kawan awak. Saya gagal mendapat kepercayaan awak…” – m/s 767

“A good cry cleanses your heart. Tapi jangan melampau. Saya tak mahu awak terus menangis dan bersedih. Kembalilah menjadi Iris yang seperti dulu. I miss my precious. I miss our fights. I miss my rebellious Iris.” – m/s 917

“Ya, sangat meletops. Kalau tak hati-hati boleh terbunuh di tangannya. Entah kenapa, hati saya terasa satu hari nanti, saya akan mati di tangan awak.” – m/s 1019

“Nite my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love you, stupid.” – m/s 1022

“Iris… I rindukan you. I rindukan Izham. Jangan salahkan diri you dengan apa yang berlaku. Ia salah I kerana tak dengar cakap you. You’re the best friend that I ever have.” – m/s 1166

“Iris nak jumpa Firman. Iris nak bebaskan dia. Dia tak salah. Iris yang culik Izham. Dia jadi blacksheep. Uncle sendiri tau, kan. Kita membuat perancangan bersama. Kenapa uncle tak buat sesuatu?” – m/s 1174

“Firman, tolong bangun. Kalau awak taka da, saya nak mati bersama awak. Bawalah saya bersama awak.” – m/s 1256

Ketukan di pintu menandakan masaku berlalu. Aku mencium jaket Firman buat kali terakhir, mencium beg uncang yang tiba-tiba ia sudah menjadi sebahagian dari diriku dan diri Firman. Kami bersatu dalam rahsia. Tiada siapa yang tahu. Jaket dan uncang aku masukkan semula ke dalam almari. Gambar Firman di tepi katil aku tatap. Aku memberikan satu kucupan pilu di bibirnya dan di matanya. -  m/s 1276

“Dengan nama Allah, saya ingin menjadi sesuatu yang halal untuk awak sentuh. Demi Allah, saya ingin halal bermimpikan awak. Demi mama saya, saya ingin merindui awak. Saya terlalu ingin memiliki awak. Terlalu ingin… sehingga tak berdaya dari tidak memikirkan awak setiap saat…” – m/s 1384

Kata ku :

Best jalan citer ni. Cuma aku ni jenis kureng sket kalau bab nafi-menafi, tarik-tali ni telampau panjang sgt. Aku rasa dah mcm meleret-leret pula. Itu pendapat aku ok. Tapi, overall citer ni best sebenarnya. Happy ending mesti la best. Ada sambungan citer Firman dan Iris ni dalam novel My Precious Iris. Macam nak beli je baca..

Kredit 4/5 

Karya-karya Melur Jelita yang lain :