Showing posts with label Farah Husain. Show all posts
Showing posts with label Farah Husain. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Novel Wishlist...

OMO OMO... dah setengah tahun tak hapdetttt... Apa nak jadi ni weyy..

Novel pun dah lama tak beli... Ni mmg semua salah K-Drama! Kekekeke...

Konon2 nak borong novel kat PBKL.. tapi, last2 tak pegi pun..



Hahh.. yg ni semua dh ready dlm 'bakul'... nak kena tunggu next book fair.. Bila ek? Hjg tahun ada kann...

Cart :

1. Rehan Makhtar - Hurt, Permata Hati, Dengarkanlah Jeritan Hatiku
2. Acik Lana - Red Velvet
3. Emy Roberto - Ingatkan Dia Tentang Setia
4. Hero Seorang Cinderella
5. Syamnuriezmil - Perempuan Paling Bahagia
6. Farah Husain - Chinta Unlimited



Rasanya, by end of the year.. akan bertambah lagi kot... Kena start menabung ni.. huhuhu..

So, sementara tu.. sambung layan K-Drama.. Hihihi...

Apa2 pun.. Salam penghujung Ramadhan semua...


Thursday, 16 October 2014

Novel : Hanya Dia... Cinta


Hanya Dia yang aku inginkan. Cuma Dia…

Judul : Hanya Dia... Cinta
Penulis : Farah Husain
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 503
Harga : RM23


Rumusan Kisah :

Disebabkan hidup seorang Zara Harlina serba serbi ditentukan oleh ibubapanya, maka Zara sekeras hati menolak rancangan ibubapanya yang mahu menjodohkan dia dengan Adhan Mikhail. Adhan yang sudah lama terpikat dengan Zara cuba menarik perhatian Zara. Semakin lama semakin Zara merasai kupu-kupu dalam perutnya, maka Zara memberikan mereka sebuah peluang.

Setelah berkahwin, ada cemburu yang bersarang, ada rajuk sang suami, ada kecewa sang isteri. Keguguran dan kematian menguji bahtera mereka.

Kata Ku :

Catcy intro. Buat kita rasa nak beli/baca.. Tu yg penting tu… kan kan kan…

1st part, kesian kat Adhan yang sabar menanti Zara. 2nd part, kesian kat Zara plak yang sabar menanti Adhan. Alahai Adhan! Tak macho aarr.. Tapi, rasanya.. 3 mggu mmg tak cukup untuk Adhan recover mentally kot. Tapi, takde lah sampai mcm x redha kan… Hmmm…

Suke citer ni sebab full of Adhan-Zara. Suke intro Adhan-Zara. Walaupun Adhan takde la berayat-gula-manis-sekilo, tapi terjual jugak la jiwa dengan ayat-ayat dia.

“How can someone hati his own heart, Zara?” – page 240.. Buat aku rasa ada kupu-kupu dalam perut ! Ahakk…  I loike sgt2 setiap kali Adhan perform! La la la la…

Anyway, ada improvement compare to Dia Random Guy.


Kredit 4/5

Wednesday, 15 January 2014

Novel : Yang Luar Biasa


Antara hati dan perasaan, ada cinta yang terpendam.
Antara janji dan setia, ada kita yang menyimpulnya.

Judul : Yang Luar Biasa
Penulis : Hani Fazuha / Anna Lee / Syah Shah / Farah Husin
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 636
Harga : RM27

Oh my... dah masuk mggu ketiga tahun baru, ni baru buat 1st review novel... review la sgt kann... huhuhuh... Nak kena catch up balik ni..

Anyway, YLB ni 4 in 1 mini novel… Golden Edition! Member beli kat bookfair last mth.


#1 Yang Luar Biasa – Hani Fazuha

Kisah Arissa yang terjatuh cinta kat Zhariz, bakal abang iparnya. Zhariz yang sejak kecil dianggapnya abang, mula membuat hatinya kacau bilau. Arissa sudah mula cemburu bila melihat kakaknya, Ryana menggedik dengan Zhariz. Nekad dengan hati masing-masing. Arissa bersetuju dengan tindakan Zhariz untuk membelakangkan keluarga mereka.

Sweettt je citer ni. Buat aku sengih2! Bad boys are somehow quite attractive! Bad in terms of notty manja2 gitu. Buat aku rasa macam Zhariz tgh tackle aku! Hihihihihi…

Kredit 4/5

#2 Diary Mrs Ben – Anna Lee

Sofia dan Ben, BFF sejak kecil. Terpisah bila Ben berhijrah ke London. Pertemuan semula menyebabkan mereka terlibat dalam drama dan seterusnya konspirasi yang memaksa mereka untuk tinggal sebumbung.
Friendship-love-story. Predictable, yet having fun baca citer ni. Susah juga kalau ada hati ngan BFF sendiri kan. Kalau luahkan rasa hati pastu BFF tak bleh nak terima, terus dah tak bleh nak jadi BFF plak. Tapi kalau open minded, ok je kot. Pengalaman sendiri! Oppppsss!!

Kredit 4/5

#3 My Slurpee Slurps – Syah Shah

Damien yang hidup dalam kegelapan menemui sinar bila bertemu dengan Vina. Sepupu yang membuat onar menyebabkan Damien untuk bertanggungjawab pada Vina.

Ok la citer ni tapi aku rasa kurang umphh compare to 3 citer yang lain dalam novel ni.. ntah kureng tang mana.. hmm..

Kredit 3.5/5

#4 Dear Cinta – Farah Husin

Setelah 10 tahun bercinta, Tasneem ditinggalkan oleh kekasih hatinya. Kecewa dan nekad untuk mencari semula dirinya yang ‘hilang’, membawa Tasneem untuk mendaftarkan diri di fitness centre. Ariff dipilih untuk menjadi personal trainer nya. Dari personal trainer, Ariff diangkat pula jadi personal adviser Tasneem. Tasneem akhirnya berjaya untuk ‘berdepan’ dgn ex-bf nya.

Karakter Ariff lebih kurang macam Zhariz, buat aku jatuh chenta! Hihihihihi… Citer ni predictable, santai, fun… best la!

Kredit 4/5

Tuesday, 10 September 2013

Novel : Dia… Random Guy



Berdetak cik jantung dan cik hati… tatkala pandangan random menangkap si Sexy Goatee!


Judul : Dia… Random Guy
Penulis : Farah Husain
Muka Surat : 502
Harga : RM23

Novel baru published bulan Jun 2013

Rumusan Kisah :

Demi menyelamatkan airmukanya, Alina Sufiyya, randomly pilih Zariel Amzar sebagai tunangnya yang kebetulan berada di ‘tempat kejadian’. Dipertemukan sekali lagi, Amzar yang mengambil alih syarikat tempat Alina bekerja memecat Alina kerana ingin membalas dendam.

Dengan bantuan abang Amzar, Zafril, Alina diterima bekerja di syarikat milik keluarga Amzar. Outstation ke Port Dickson ‘mengeratkan’ hati masing-masing dalam diam. Kemunculan semua Hairi, bekas kekasih Alina sangat tidak disenangi Amzar. Dia cemburu.  Amzar nekad memperisterikan Alina kerana cinta dan ingin melindungi Alina dari gangguan Hairi.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Tapi, janganlah ekstrem sangat sampai mengaku diri tu dah bertunang. Nanti sampai masa dia orang Tanya bila nak kahwin, kau nak jawab apa? Nak aci pakai tarik aje mana-mana random guy jadi bakal suami?” – m/s 20

“You’re too impulsive. Cepat melatah. Terlalu ikutkan perasaan. Apa yang terjadi malam tu dah cukup membuktikannya. I don’t need an employee with that kind of attitude. God knows what will happen to the company kalau you buat keputusan tanpa fikir panjang.” Amzar serahkan semula surat di tangan kepada Alin. – m/s 46

“Oh Tuhan! What Helena? What? You nak suruh I cakap apa? Ya, I sengaja tak ke syarikat tiga hari ni sebab nak jauhkan diri dari Alin sebab I sakit hati tengok dia dengan lelaki itu. Ya, I tak pernah rasa nak belasah orang macam yang I rasakan tadi masa tengok Alina balik dengan lelaki tu. Ya, jiwa I tengah kacau sebab Alin. Itu yang you nak dengar?” bentak Amzar. – m/s 240

“Or are you that desperate? Kali ini kenapa? Zufa ketawakan you sebab masih lagi single sampai sekarang? Kawan-kawan you gelakkan you sebab you tak hebat macam mereka? Sebab itu you buat keputusan hendak bersama Hairi semula? Dengan harapan mereka akan diam dan tak gelakkan you lagi? Is your pride more important to you than your family? Macam mana kalau isteri Hairi datang serang mak you lagi? She almost didn’t make it last time, Alina. You sanggup ke hilang mak?” Tanya Amzar bertubi-tubi. Rasa macam hendak digoncang sahaja Alin yang sejak tadi hanya tunduk mendiamkan diri. – m/s 267

“Semua rasa serabut yang angah sedang rasakan sekarang boleh selesai, kalau angah mula dengar kata hati. Deep inside your heart, you already know what to do. Otak angah boleh menafikannya berkali-kali, tapi hati angah tak akan pernah berhenti bersuara selagi angah tak mula mengakuinya dan menerimanya.” – m/s 276

“Remember the day, when you randomly grabbed my arm and you told people I’m your fiancé?” Amzar mendekati Alin. – m/s 285

“I want you, you are there, within my reach but you are way out of my league. Macam sos salad tu. Saya boleh capai bila saya nak, tapi saya tahu, saya tak mampu. So I settled for Knorr’s Thousand Island. Affordable. And it is definitely in my league.” – m/s 289

“I’m scared. You’re scared. Let’s just be scared together. The key word Alina, is together. Kita bersama dalam hal ni. Susah, senang, pahit, manis. Kita hadapi bersama. Bila berdua, kita akan jadi lebih kuat. Insya-Allah, bila kita berdua, kita sama-sama boleh hadapi rasa takut tu.” Amzar terus menjawab, seperti dapat membaca apa yang sedang difikirkan oleh Alin. – m/s 300

Amzar menggeleng laju. “Mama, please. This has nothing to do with you. I married her because I love her. I don’t want to lose her. Kalaupun mama tak suruh cepatkan majlis tu, Amz sendiri yang akan minta, ma” – m/s 441

“Alin, kau kena belajar percayakan orang semula Alin. Manusia ni tak sama. Jangan sebab seorang dua yang buat salah, kau anggap yang lain pun macam itu. And babe, when people make mistakes, you correct them. And then you give them a chance to make amends. Don’t shut them out.” Nasihat Wawa panjang lebar. – m/s 451

Kata Ku :

Bacaan ringan dan santai. Dialog agak longgar, sampai aku tak reti nak petik dialog mana nak masuk dalam blog. Tapi, still menghiburkan baca monolog2 cik hati dan cik jantung yang selalu buat mental notes. And yess.. Alina mmg ratu nicknames – sexy goatee, kejung, sos salad..  Konflik tak berat sangat. Moral of the story, TRUST. Paling kelakar, Amzar dan snowball dua-dua  nak tarik perhatian Alina! Hhaahhaa…

Kredit 3.5/5