Friday 22 January 2016

Novel : Milik Engkau Saja


 
Selamanya, sampai bila-bila.

Judul : Milik Engkau Saja
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Booku Enterprise
Muka Surat : 924
Harga : RM38

Rumusan Kisah :

Darlina & Izz Ariff bertemu kali pertama ketika kucing peliharaan Izz, Coffee sakit & dirawat oleh Darlina dan abangnya, Darwish. Hubungan mereka menjadi semakin rapat kerana minat yang sama… kucing. Malah, Izz sanggup menjadi volunteer di pet shop Darwish selepas waktu kerja & hujung minggu. Idea menjodohkan Coffee dan Queen Ally, kucing peliharaan Darlina secara tidak langsung menjadikan tuan kucing semakin mesra.  Hubungan bestfriend mula dibelai rasa lain.

Irina, artis glamor, tunang 9-tahun Izz mula menuntut janji Izz untuk berkahwin dek rasa bersalah dan takut kerana telah curang & terlanjur dengan Qarid. Berasa tewas dengan Darlina, gadis biasa dan punya secara 'hitam' membuatkan Irina memasang pelbagai strategi untuk menguasai Izz semula.

Kataku:

Storyline biasa-biasa je. To me, 1st half agak meleret sket.

Something bother me. The accident dibayangkan mcm teruk but kandungan Darlina selamat. Anyway, mata masuk habuk sangat-sangat part accident tu.

Actually, I doubt wujud ke lelaki sebaik Izz Ariff and family in reality? Mampu terima Darlina dengan sejarah viral nya?? Sedangkan parent Darlina sendiri tak mampu. Sedangkan parent Darlina sendiri sepatutnya memaafkan Darlina. But, it turned out that parent Darlina yang paling last dapat terima Darlina semula. Hmm..

Typical Irina, artis glamor yg lupa diri. Sebab ego,Irina jadi semakin agresif & psiko. Tak dpt terima kenyataan dia kalah pada gadis biasa & perasan bagus. I thought Irina would end up kat rumah sakit jiwa. Good for her nyway..

Moral of the story... social media is very dangerous nowadays. Everything can be shared to the whole world in just a second. Please think before act. History cannot be changed until you have time travel. Hahaahah..

Kredit 3.5/5

Wednesday 13 January 2016

Novel : Magisnya Cinta



Bisa Buat Benci Tinggal Seinci


Judul : Magisnya Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 738
Harga : RM29


Rumusan Kisah :

Kecewa dirinya hanya dianggap adik oleh Adib Haiman, Natasha Erynna membuat rancangan untuk untuk mengenakan dan menakhluki  Adib. Teman baiknya, Rose Khadeeja yang tidak mengetahui rancangan Natasha terlibat dalam rancangan untuk mengenakan Adib; buat Adib jatuh hati dan meninggalkan Rose.

Rose yang mahu tapi hari-hari mau marah membuatkan Adib pelik. Kemunculan Megat Waiz yang ingin melamar Rose membuatkan Adib mengundur diri. Namun, jodoh mendekatkan mereka.

Mengetahui bahawa Natasha mempunyai rancangan jahat, Adib dan Rose bertindak untuk merahsiakan hubungan mereka.


Kataku :

¾ of story dah baca dalam blog. Kuciwa plak sebab ada lagi suku untuk ending. Tp sebab nak amik mood, baca laju² dari awal.

Time baca kat blog, mmg menyampah giler ngan Natasha. Nasib baik la magisnya cinta Megat Razeen buat Natasha insaf. Mmg suspen betul part Natasha ni. Kesian Adib & Rose tak leh nak honeymoon dengan tenang.

Happy ending to all of them. Adib Haiman & Rose Khadeeja, Megat Waiz & Cinta Alana, Megat Razeen & Natasha Erynna, Soraya & Fattah yang patah! Hahahah..

Enjoy the magis very much. Love the sparks between Adib & Rose. Love the coolness between Megat & Cinta.

Magisnya cinta : pi mai pi mai tang tu juga jodoh depa..

Oh… Aleeya & Zarief (Suami, Encik Perfect 10) cameo dalam ni. Zarief dah upgrade jadi papa & kawan perfect 10!


Kredit 4.5/5

Monday 11 January 2016

Novel pending katanya..

SELAMAT TAHUN BARU 2016!


Tenggelam dek drama korea.. makanya minggu awal tahun baru ni, aku start ngan novel2 yang pending.. tak bnyk pun.. tp, sepatutnya dah habis baca. Huhuhu..

Kemarin dan semalam dah habiskan novel Magisnya Cinta & Jejaka Edisi Terhad. 3 to go.. Selagi tak habis, kite stop dulu Korea. Ye la tuuu... Hihihihi...

Sepatah dua kata novel2 yang dah khatam akan menyusul selepas ini.. Tungguuuu...

Adiosss..