Wednesday, 20 August 2014

Novel : Teman Lelaki Upahan


 Bisakah cinta upahan menjadi cinta realiti…

Judul : Teman Lelaki Upahan
Penulis : Azura Rasiddin
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 813
Harga : RM30

Beli novel ni sebab… 1) ada voucher RM10 redeem dari maybank2u.. 2) ketebalan novel.. 3) citer ni diadaptasi ke drama… hehehe..

Rumusan Kisah :

Segalanya bermula apabila Lydia ditinggalkan kekasih hatinya, Haidar. Dalam masa yang sama, ayah Lydia berjanji akan menyerahkan syarikatnya kepada Lydia, hanya sekiranya Lydia berkahwin sebelum bulan Jun. Lydia yang terdesak, terpaksa memaksa Ezwan Lutfi (El) untuk menjadi teman lelaki upahannya. El bersetuju dengan rancangan Lydia dengan syarat Lydia menyerahkan banglo kepunyaannya di Cherating yang sangat diminati El.

Setelah bertemu dengan ayah Lydia, El berasa dia bertanggungjawab untuk memperbaiki hubungan Lydia dan ayahnya. Hubungan mereka bertambah rapat dan dalam diam mereka sebenarnya sudah mula menyimpan perasaan terhadap sesame sendiri.

Tatkala El hendak melamar Lydia, kemalangan menimpa keluarga El di Sarawak, memaksa El untuk meninggalkan Lydia tanpa sebarang berita. Lydia yang mengetahui tentang diri El yang sebenarnya mengambil keputusan untuk berundur diri. El yang menyangka Lydia sengaja mempermainkannya mula berdendam dengan Lydia.

Kata Ku :

1st part of story, agak perlahan dan boring sket. 2nd part, mula rasa best. Straight forward dan tak meleret. Takde drama sgt pun.

A bit weird tang El boleh tak perasan Helen Group adalah supplier kepada Casa Furniture. Takkan dah masuk ofis tapi tak tahu langsung pasal Casa Furniture. Ke aku ada miss mana2 part? Hmmm…

I think, kalau ada elaborate pasal perkahwinan depa pun best jugak. Honeymoon kat Tasmania pun tak digambarkan dengan baik. Anyway, happy ending untuk all of them. Great!

Bakal ditayangkan…


Kredit 3.5/5


6 comments:

  1. bakal diadaptasi eh?? ok.. kiter x beli...
    citer pun mcm suam2 kuku gitu...
    harap jadi best kat tv...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun rasa citer ni suam2 kuku.. tp kalau drama mantops, boom jgk kot.. hehehe

      Delete
    2. oh mak ai~ novel ni jadi drama?? tak boleh terima kenyataan. harap2 adaptasi lebih baik dari bukunya

      Delete
    3. Yup.. hopefully.. kalau drama better than novel, mmg untung lerrr... Tp kalau novel yg best dijahanamkan oleh drama.. alahaiii...

      Delete
    4. mcm LYMA, ML rasa citer dia suam² kuku jer...
      x sangka jd drama boleh kebabommm... tp x layan sgt pun... hehehhe

      Delete
    5. Betul sis... LYMA mmg biasa sgt citer dia.. tu pun pinjam novel member. Tp bila drama dia kebabomm, terus rasa nak beli novel tu. Hahaha.. Kite layan jer.. hahaha..

      Delete