Wednesday 30 October 2013

Novel : Pelukan Cinta


Jika cinta tidak kesampaian, akan aku usung jiwa pasrah hingga ke akhir perjalanan.
Jika jodoh kita ada, akan aku junjung cinta kita hingga ke akhir kehidupan.


Judul : Pelukan Cinta
Penulis : Amisha Dania
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 401
Harga : RM17

Beli novel ni sebab promo RM10 je kat Kaki Novel.

Rumusan Kisah :

Zulaika Husna dan Armand Danial memadu kasih sejak di U lagi. Hubungan mereka direstui oleh keluarga Zulaika, namun keluarga Armand tidak tahu tentang hubungan tersebut.

Mummy Armand ingin menjodohkan Armand dengan sepupunya, Asilah. Armand yang pada mulanya membantah akhirnya bersetuju demi maruah Asilah yang sedang mengandung anak luar nikah tanpa pengetahuan keluarganya. Zulaika akur dan membawa diri.

Asilah pergi meninggalkan Aliff Danial. Aliff Danial dibesarkan oleh Armand. Armand masih berhubungan dengan keluarga Zulaika tanpa pengetahuan Zulaika. Penculikan Armand akhirnya membongkar segala rahsia.

Kata Ku :

Sangat-sangat terkesan dengan kisah cinta Armand Danial dan Zulaika Husna. Dapat info dari google, kisah ni 90% based on true story. Novel ni nipis je tapi padat. Tak meleret-leret tapi still sampai ke hati!

Hubungan mereka diuji berkali-kali, tapi jodoh mereka kuat. Suka dengan keluarga Zulaika Husna. Sporting dan rapat! Geram dengan mummy Armand. Tak serik-serik! Semuanya pasal mummy Armand, padahal antara Armand dan Zulaika okey jer... takde apa2 masalah pun...

Kredit 5/5


Monday 28 October 2013

Novel : Jurutera Hati Saya


Judul : Jurutera Hati Saya
Penulis : Normaslina Masri
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat :
Harga : RM22

Novel ni pakej sekali ngan novel Sungguh, Aku Jatuh Hati.

Rumusan Kisah :

Melissa mengimpikan seorang Jurutera dalam hidupnya. Huluran cinta Taufik Daniyal disambut tanpa Melissa mengenali siapa sebenarnya Taufik Daniyal. Hubungan mereka berjalan lancar.

Di pejabat, Melissa terpaksa berhadapan semula dengan Irfan Suhaili, bosnya, yang juga kawan kepada Taufik. Melissa sebenarnya pernah meluahkan perasaannya kepada Irfan zaman sekolah dulu, namun surat cinta itu sampai ke tangan pengetua. Melissa yang menyangka Irfan sengaja hendak mengenakannya terus sahaja berpindah sekolah sejak itu.

Tanpa disedari, Irfan juga sudah mula menaruh perasaan pada Melissa. Sikapnya terhadap Melissa juga berubah. Melissa yang sudah ‘terperangkap’ dengan mama Irfan, kadangkala tidak dapat mengelakkan diri dari Irfan.

Pertemuan Melissa dengan bonda Taufik akhirnya memusnahkan harapan Melissa untuk bersatu dengan Taufik.

Kata Ku :

Jalan citer yang sangat-sangat ringan. Lenggok bahasa yang digunakan pun sangat ringan dan mudah difahami. Pengolahan citer yang longgar sampai tak tau nak wat petikan-petikan novel. Walaupun diseimbangi dengan 2 watak hero tapi aku dah jangka ending citer ni. J

Kredit 3/5

Friday 25 October 2013

Novel : Sisa Sebuah Cinta



Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yang tidak lagi dihargai.

Judul : Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 916
Harga : RM30

Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.

Rumusan Kisah :

Renda Ghazali dijual utk dijadikan pelacur oleh ayah tirinya. Ala-ala Ombak Rindu kan! Renda dijadikan ‘hadiah’ sempena harijadi ke-21 Ahmad Firasz oleh kawan-kawannya. Takdir menyelamatkan Renda dari menjadi habuan Ahmad Firasz.

Selepas dua tahun, mereka bertemu semula. Renda yang ketika itu teman serumah Ria, kakak kepada Ahmad Firasz, menerima ajakan Ria untuk ke rumahnya.

Mereka dipaksa kahwin setelah rahsia terbongkar, namun mereka tetap dengan kehidupan mereka masing-masing. Tindakan Ahmad Firasz yang cuba untuk ‘menodai’ isterinya menyebabkan dia dihalau keluar dari rumah dan syarikat oleh mama dan abang longnya.

Di saat hatinya sdh mula mahu menerima kehadiran Ahmad Firasz, Renda diceraikan kerana Ahmad Firasz ingin memberikan kebahagiaan kepada Renda dan Airel.

Renda membawa diri ke Perancis dan berkenalan dengan Raihan Hasyri yang cuba menawan hatinya. Kebahagiaan bercambah dengan hadirnya Aisy.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Ahmad Firasz : Tak payah nak beri salam segala. Kau dengar sini perempuan, kau dengan aku tak mungkin dan tak akan mungkin boleh serasi, walaupun atas nama pernikahan. Aku tetap cintakan Shafina, bukan pelacur murahan macam kau? – m/s 132

Renda : Kau nampak jijik di pandangan mata aku, aku tak akan pernah lupa dan maafkan kau sehinggalah jasad aku bercerai daripada badan! – m/s 255

Renda : Terima kasih, Airel. Hari ini, awak pahatkan satu kenangan manis dalam perjalanan hidup saya dengan nama awak terukir di atasnya. Di suatu sudut di dalam hati saya. Terima kasih banyak-banyak. – m/s 242

Fazreen : Perempuan tu? Aik, bukan kamu kata Renda tadi isteri kamu? Sekarang dengan senang hati kamu panggil dia perempuan tu? Kamu memang tak layak nak menjadi suami dia Firz. Memang kamu tidak layak! Sekarang kamu keluar. Keluar! – m/s 264

Ahmad Firasz : Tidak! Aku tidak akan berbuat begitu. Kalau sampai mati pun kau tidak mahu memaafkan aku, sampai mati juga aku tidak akan pernah melafazkan kata-kata itu. Biar kita sama-sama menderita! – m/s 355

Ahmad Firasz : Kadangkala aku rasa penat sangat nak mengejar kau, tapi kadangkala aku rasa ada juga manisnya pengorbanan itu. Aku harap, kau dapat buka sedikit hati kau untuk aku melangkah masuk, kita mencuba. Tapi, andai kebahagiaan itu tidak tertulis untuk kita langsung, aku akan izinkan kau keluar dari penjara hidup aku dengan kerelaan aku. – m/s 389

Ahmad Firasz : Kebahagiaan dan senyuman kau tidak pernah jadi milik aku, malah bukan dihadiahkan dari aku. Reda sahajalah Renda. Kita bukan diciptakan untuk bersama. Kau bukan terhasil daripada rusuk aku yang hilang. – m/s 457

Raihan Hasyri : Sudi tak awak jadi sebahagian daripada kehidupan saya? Sayap di jiwa saya… - m/s 657

Ahmad Firasz : Cinta Renda masih banyak yang tertinggal, tidak dikutip balik namun tidak dibiarkan  tanpa perasaan bertepuk sebelah tangan. Ianya telah Firz simpan dalam hati yang penuh dengan cinta. Di situ sentiasa sahaja  hidup suburnya, menjadi pemangkin jiwa. – m/s 911

Lagu-lagu dalam novel :

Where You Are – Jessica Simpson
Segenggam Tabah – Inteam
Mimpi Yang Pulang - Iklim

Kata Ku :

4 hari juga aku usung novel ni dari ofis ke rumah, rumah ke ofis.. Cuma baca masa tggu tren & dlm tren, time rehat kat ofis jer… tepaksa kurangkan baca novel kat rumah sbb anak nak exam. J

Lebih berkisarkan tentang kekeluargaan. Intro dan ending sangat dramatic walaupun agak mendatar kat bahagian tengah novel. Meleret sikit. Rasanya, kalau watak Airel ngan Irene tu takde pun takpe kot. Bertahun-tahun lamanya Ahmad Firasz nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Hmmm…


Kredit 3.5/5

Wednesday 23 October 2013

Novel : Sungguh, Aku Jatuh Hati


Judul : Sungguh, Aku Jatuh Hati
Penulis : Zarra Zuyyin
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 749
Harga : RM26
Novel baru published Oct 2013.

First time order novel dari Jemari Seni. Member berkenan ngan novel Jurutera Hati Saya, so, kite order pakej Promo October. Save RM16 untuk 3 buah novel. Oh! Jemari Seni guna kurier KTM tau, bukan Pos Laju. Tapi, utk area KL, 1 hari dah bleh sampai.

Rumusan Kisah :

Kehadiran tiga orang lelaki dalam hidup Nuradelia Hanani sangat mengharu-birukan hidup gadis itu. Dua tahun Nani cuba untuk melupakan Hafez Nubhan aka Yeop Apez, bakal suami tak jadi yang meninggalkannya kerana mengahwini wanita lain.

Saat Nani cuba untuk menerima Naufal Ikram aka Dr Am, doctor-jiran sebelah rumah, kehadiran Yeop Apez yang ingin kembali semula pada Nani, terlebih dahulu menabur fitnah dan membuatkan Dr Am berpaling tadah.

Semua kekusutan terlerai pada hari pernikahan Nani dan Yeop Apez. Sekali lagi Dr Am menagih cinta daripada Nani.

Dalam beberapa kejadian, Izz Harriz, tuan insinyur aka tuan bos yang tidak pernah sebulu dengan Nani, muncul sebagai hero penyelamat keadaan.

Nani akhirnya berkahwin dengan Inche suami. Rumahtangga mereka bak cuaca. Bila dilanda rebut taufan, keadaan memisahkan mereka.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Izz Harriz : Beribu orang malah berjuta sanggup mengejar sebiji bola. Macam tu juga, berjuta pasangan mencari satu cinta, iaitu cinta sejati. Dan bukan semuanya berjaya dapat cinta sejati. Sebab tu ada try and error. – m/s 19

Izz Harriz : It’s better to be hated for what you are than to be loved for what you are not. – m/s 76

Hafez Nubhan : Apez takkan lepaskan Nani ke tangan orang lain. – m/s 194

Izz Harriz :  You are the one who should be responsible because everything comes from you! – m/s 227

Naufal Ikram  : Tapi Am akan tetap kacau hidup Nani sampai Nani sendiri akan mengalah! – m/s 277

Izz Harriz :  Hidup hanya sekali, mati juga sekali. Kahwin hanya sekali dan jatuh cinta juga hanya sekali. – m/s 284

Yeop Adwa : Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi, usah dirindu pada yang tak mengerti. – m/s 339

Naufal Ikram : Orang yang kita cintai takkan pernah jadi kawan apabila dia pergi meninggalkan orang yang mencintainya. – m/s 407

Izz Harriz : Nani, saya tak mampu nak petik bintang nak kait bulan pun tak tercapai. Tapi, saya janjikan kasih sayang kerana sekali saya jatuh cinta, selamanya saya akan setia. – m/s 415

Nuradelia Hanani : Abang, rindu itukan buah cinta. Kalau abang tak rindu, maknanya tak adalah buah cinta. Kalau cinta itu tidak berbuah, maknanya cinta kita cinta yang layu. – m/s 462

Inche suami : Sesuatu perasaan takkan hadir tanpa pertemuan, takkan tulus tanpa kejujuran, takkan abadi tanpa satu ikatan yang sah, dan takkan indah tanpa kasih sayang dan kerinduan. – m/s 479

Nuradelia Hanani : Belajar untuk mencintai apa yang ada, jangan mencintai apa yang tiada. Keluar daripada kenangan lalu. Kenyataan hidup sekarang yang harus awak hadapi. – m/s 676

Inche suami : Tanpa Tuhan, takkan ada kenangan… tanpa ketenangan, takkan ada kebahagiaan. – m/s 729

Kata Ku :

Citer yang ringan dan diselitkan dengan babak saspen sikit. Banyak juga diselitkan panduan-panduan rumahtangga. Inche suami Nuradelia Hanani ni mmg cool je masa mula-mula, tapi bila dah kahwin, merajuk dia sangat-sangat tak berpada-pada. Oh mungkin juga pasal pembawaan baby si isteri. Tapi, macam over pula sampai bawa diri bagai padahal yang buat salah, dia sendiri kot!

Oh btw, saiz buku Jemari Seni kecik sikit dari novel2 dari publisher lain.

Kredit 3.5/5

Monday 21 October 2013

Novel : Rindu Dalam Sepi




Menjauh bukanlah keputusan yang terbaik untuk hubungan kita. 
Tapi apabila kau merinduku dalam sepi, 
kau akan mengerti perasaanku terhadapmu selama ini. – Ainur Mardiyah


Judul : Rindu Dalam Sepi
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 553
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Tangkap basah – kahwin paksa – benci – sayang!

Kejadian tertangkap basah dan dipaksa berkahwin membuatkan Ammar Mukhriz benci pada Ainur Mardiyah. Mardiyah berjanji akan meninggalkan Ammar Mukriz selepas 3 bulan. Semakin Ammar membenci Mardiyah, semakin sayang dia pada Mardiyah. Disimpannya perasaan itu kerana egonya. Kemunculan Nizam dan Raqeem menyalakan api cemburu dalam hati Ammar. Ammar tekad untuk menawan hati isterinya.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Ammar Mukhriz : Keputusan Am muktamad, mama. Mama boleh terima perempuan ni, tapi tidak Am. Am akan ceraikan dia tapi itu tidak bermakna Am akan terima dia sebagai isteri Am. Dia dah hancurkan hidup Am dan Am takkan sesekali memaafkan dia. Am harap mama rahsiakan perkahwinan ni terutama Lydia. Kalau ada siapa yang tahu, mama tahulah nasib perempuan tak guna ni. – m/s 53

Quraisya : Kita selalu menghabiskan masa dengan meratapi kesedihan sampaikan kita terlupa bahawa pintu kebahagiaan selalu terbuka pada sesiapa yang mencarinya. Walau apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan. – m/s 69

Datin Zarina : Kadangkala dalam hidup kita, kita tak akan dapat apa yang kita suka. Tetapi kita dapat apa yang kita benci kerana kadang-kadang apa yang kita benci itu adalah yang terbaik buat kita.  – m/s 118

Ainur Mardiyah : Saya tahu kehadiran saya hanya menyusahkan hidup Datin dan encik. Tapi saya tak minta semua itu. Saya tak minta untuk jadi isteri encik, sebab saya sedar siapa saya di mata encik. Tapi percayalah, saya akan pergi daripada hidup encik tiga bulan dari sekarang. Saya janji. Saya tak nak susahkan hidup sesiapa lagi. – m/s 119

Datin Zarina : Isteri yang solehah amat sukar diperolehi, ibarat mencari permata dalam lautan. Kalau jumpa dengan permata itu, jaga dan peliharalah baik-baik. sebab kalau hilang, tak mungkin akan bertemu lagi dengan permata yang sama. – m/s 140

Ammar Mukhriz : Aku akan pastikan yang perkara itu hanya akan berlaku antara kau dengan aku sahaja. Larilah kalau kau nak berlari sebab aku akan jadi bayang-bayang kau. Jangan harap ada lelaki lain yang boleh sentuh atau miliki kau selain aku. – m/s 378

Raqeem : Walau apa yang berlaku, saya tetapkan akan cintakan awak, Diya. Biarpun cinta saya bertepuk sebelah tangan. Saya akan tunggu sampai awak bersedia untuk terima cinta saya, malah saya akan tunggu sampai Am lepaskan awak. Saya akan tunggu, Diya. Saya akan tunggu waktu itu. – m/s 407

Ammar Mukhriz : Memang pada mulanya Am nak lepaskan dia. Tapi jika dia nak Am tamatkan pernikahan ini biar dia sendiri yang datang jumpa Am dan minta Am putuskan hubungan ini. Selagi dia tidak datang sendiri jumpa Am, selama itulah dia tetap jadi isteri Am. – m/s 411

Ainur Mardiyah : Tak. Saya takkan bagi awak peluang sebab awak akan gunakan peluang itu hanya untuk melukakan hati saya saja. Saya takkan benarkan awak terus mempermainkan perasaan saya. – m/s 451

Kita boleh memilih dengan siapa untuk kita bercinta tetapi kita tidak tahu dengan siapa kita ditakdirkan dan dijodohkan kerana kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi haruslah diingat, perancangan Allah adalah yang lebih baik. – m/s 553

Lagu dalam novel :

Romance – Ku Ingin Kamu
Hoobastank – The Reason
Lena AF – Bicara Hati

Kata Ku :

Typical storyline! Boleh dijangka.. Tarik tali panjang sangat. Ammar Mukhriz yang ego nak mengakui perasaan dia sendiri buat aku bosan. Tapi, bab ‘culik & ikat’ memang tak pernah aku baca kat mana-mana kot. Aku rasa ada banyak lagi cara nak tunjuk dan buktikan yang kita sayang dan cinta kat seseorang tu. Hmmm…

Kredit 3/5

Karya-karya Siti Khadijah yang lain :
1. Rasa Yang Tertinggal

Friday 18 October 2013

Novel : Sesuci Kasih Seorang Isteri




Judul : Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis : Dzie Tyea
Muka Surat : 598
Harga : RM19

Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel. Sebelum tu google review dulu.

Rumusan Kisah :

Ammar Zikri, berkahwin dengan Alisha, pilihan mamanya. Walaupun begitu, Zikri dan Alisha bahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran Asha, anak mereka.

Rumahtangga mereka diuji apabila along Zikri meminta bantuan daripada Zikri. Zikri dipaksa untuk berkahwin dengan Zarith Sofea demi untuk menyelamatkan along dan keluarganya.

Zikri tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada Sofea, sehinggalah dia diugut sekali lagi untuk bersama dengan Sofea. Zikri meminta bantuan Sofea untuk menjaga Asha, membuatkan dia semakin boleh menerima Sofea. Perasaan cemburu dia terhadap Alisha juga membuatkan Zikri mencari Sofea. Zikri sudah terlanjur menyayangi Sofea apa lagi bila dapat tahu yang Sofea mengandung.

Zikri akhirnya membuka rahsia tentang isteri mudanya. Alisha pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan tersebut, namun lama-kelamaan redha juga dan berkeras mahukan Zikri berlaku adil kepada mereka berdua.


Kata Ku :

First time baca novel ni, aku kena biasakan yang aku ni membaca sebagai seorang lelaki, si suami! Pelik pula rasanya. Gaya penceritaan cool jer.. ye la.. luahan hati seorang lelaki la katakan..

Geramnya kat along Zikri tu. Kenapa la sanggup buat macam tu kat adik dia. Sesak nafas aku baca citer nie. Si Zikri sanggup jer berkorban demi along dia tu. Kesian kat Alisha. Tak boleh bayangkan kalau aku di tempat Alisha. Mau aku lari terus. Alisha oh Alisha.. kenapa la kau mulia sangat, walaupun terpaksa. Dalam masa yang sama, marah juga kat Sofea. Hmmm… Dalam pada Zikri tak boleh nak terima Sofea, tapi kucing mana nak tolak ikan kalau ikan ada kat depan mata kan… hmmm… tak suke!!

Apa-apa pun first time baca kisah poligami macam ni..

Kredit 4/5


Wednesday 16 October 2013

Novel : Dan Sepi Pun Berlalu


Judul : Dan Sepi Pun Berlalu
Penulis : Fauziah Ashari
Muka Surat : 607
Harga : RM24
Rumusan Kisah :

Afiqah kecewa dengan lelaki kerana Zikri, kekasih zaman sekolahnya berkahwin dengan kawan baiknya sendiri. Kerana kecewa, Afiqah memutuskan hubungan dengan kawan-kawan baiknya. Tinggal serumah dengan Azi yang sering bertukar-tukar pasangan. Kejadian yang paling ingin dielakkan berlaku bilamana Afiqah ditangkap khalwat dengan Syafiq yang berada dalam rumah Afiqah, kerana menyangka bahawa Azi juga berada dalam rumah tersebut.

Afiqah dan Syafiq dipaksa berkahwin. Afiqah yang tidak boleh terima keadaan tersebut selalu sahaja buat hal dengan Syafiq. Hubungan mereka bertambah mesra dek kesabaran Syafiq melayani semua karenah Iqa. Namun, Syafiq meragui perasaan cinta Iqa terhadapnya kerana Syafiq pernah terdengar Iqa, yang sedang bermimpi, menyebut nama Zikri, tambahan pula Iqa tidak pernah menyatakan perasaan dia terhadap Syafiq.

Kerana cemburu dan salah sangka, Syafiq menlafazkan talak pada Afiqah. Afiqah yang kecewa tidak menjawab semua panggilan telefon. Iqa dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuanya yang meragut bukan sahaja bapa mertuanya, tapi juga anak mereka, Ashman.

Demi ibu Syafiq, Afiqah tetap tinggal sebumbung dengan Syafiq walaupun mereka sebenarnya sudah bercerai. Tiada siapa yang tahu. Walaupun sudah dirujuk di pejabat agama, Syafiq tidak mengaku telah menjatuhkan talak. Iqa terus dalam dilemma.


Kemunculan Ammar, anak Syafiq dan Azi, membuatkan Iqa rasa kecewa dan marah. Lebih-lebih lagi bila semua orang menyambut baik kedatangan Ammar dalam keluarga tersebut. Syafiq melafazkan rujuknya pada Iqa, saat Iqa ingin pergi dari situ.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan lebat. Walaupun lebat atau lama sekali pun, pasti akan reda juga. – m/s 99

Cinta… susah nak kita jangka bila datangnya, bila perginya sebab cinta ni bersifat subjektif juga. Kalau hodoh bagaimanapun, kalau dah jatuh cinta, maka itulah cinta hati kita. Kalau cantik bagaimanapun, kalau hati ini tiada getaran, maka biasa-biasa saja akhirnya. – m/s 134

Untuk bahagia, kita boleh membinanya sendiri. Cinta dan kebahagiaan tidak datang sendiri. Ia perlu dicipta sedikit-sedikit. – m/s 294

Tanpa cinta boleh bahagia dan mencintai bukanlah bermakna memang bahagia bersama. Kadang-kala ada rasa cinta tetapi tidak ada keserasian. Bererti, jika ada keserasian, boleh bahagia dan cunta boleh berbunga dan mekar. – m/s 511

Kita harus pilih kegembiraan untuk hidup kita. Hidup kita bukan selamanya. Esok lusa, kita akan mati. Gembira atau sedih di tangan kita. Kita tak boleh kawal sepenuhnya manusia-manusia yang berada di sekeliling kita walaupun suami kita. – m/s 660

Terima atau tolak. Guna akal untuk bekerjasama dengan hati. Jangan biarkan diri lama-lama kehilangan identity, kelak memakan diri. – m/s 687

Kata Ku :

Sempit dada aku baca citer ni. Citer ni penuh dengan konflik dan pergolakan rumahtangga. Walaupun intro dia agak membosankan, tapi ending sangat suspen. Ending yang tak dijangkakan langsung. Yang buat aku geram, banyak benda yang tak diluahkan oleh Syafiq dan Afiqah. Kalau tak luah, mana pasangan aku nak tau! Adoii.. sakit otak aku la!

Moral of the story, sila percaya pasangan anda. Jangan biarkan cemburu menguasai diri.

Kredit 4.5/5

Karya-karya lain Fauziah Ashari :

1. Bisik-Bisik Gelora
2. Cinta... Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)

Monday 14 October 2013

Novel : Rasa Yang Tertinggal


 Selamilah hatiku dan kau akan tahu rasa yang aku tinggalkan untukmu…


Judul : Rasa Yang Tertinggal
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 607
Harga : RM24

Novel baru publish bln Sept 2013. Dapat cop mohor.. :)


Rumusan Kisah :

Tuan Ryan Zhariff dan Ummu Balqis bestfriend sejak zaman sekolah. Bila Ryan dipaksa berkahwin dengan pilihan hati mamanya, dia menolak lantas meminta Balqis untuk menyamar jadi kekasihnya. Mama Ryan yang berkenan dengan Balqis, bertindak mengahwinkan mereka berdua tanpa mereka ketahui pasangan masing-masing.

Disebabkan janji dan prinsip, hanya kawan... mereka hanya memendam rasa cinta mereka. Kerana percayakan cinta Ryan adalah untuk Zarynn, Balqis biarkan Ryan berdampingan dengan Zarynn, malah setuju Ryan kahwin dengan Zarynn. Kerana takutkan perasaannya sendiri, Balqis membawa diri.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Kalau itu yang kau cakapkan, aku terima dan aku pegang janji kau. Ingat kita hanya kawan dan takkan lebih daripada itu, right?” ulang Balqis lagi. Dia menarik nafas panjang. – m/s 154

“Kau tak cintakan aku dan aku pun sama. Buat apa kita bertahan kalau perasaan itu tiada? Kau pasti ada wanita idaman kau dan aku pasti ada lelaki idaman aku. Walaupun kita banyak persamaan Ryan namun sebenarnya kita jauh berbeza. Perempuan macam aku tak sesuai untuk lelaki macam kau,” balas Balqis serius. Dia menepis tangan sasa Ryan lalu menuju kea rah kuali untuk mencedok sambal tumis yang dimasaknya sebentar tadi. – m/s 170

“Kalis cinta konon. Qis, taka da manusia yang kalis cinta termasuk kau. Cinta itu fitrah dan merupakan keperluan bagi kehidupan manusia. Tanpa cinta, manusia itu nothing. Jadi kau jangan nak menyangkal yang kau tak perlukan cinta.” Ujar Suraya bersungguh-sungguh. – m/s 180

“Alah… Kalau begitu, sampai bila-bila pun  masalah kita ni takkan selesai. Takkan kau nak terus hidup dengan aku aje? Lagi kau bosan. Aku ni tak pandai jaga hati kau. Asyik menyakitkan hati kau aje. Silap-silap kau boleh dapat sakit jantung. Biarlah aku cari someone yang boleh jaga kau sampai akhir hayat kau. Yang mampu berikan apa yang kau perlukan,” ujar Balqis bersungguh-sungguh. – m/s 187

“Jodoh itu di tangan Allah, Qis. Selagi Dia tidak mahu mempertemukan aku dengan mana-mana gadis, selagi itulah kau harus bersama aku. Soal jodoh bukan boleh buat main sebab perancangan Allah melebihi perancangan kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Kau boleh aje atur pertemuan aku dengan mana-mana perempuan yang kau nak tetapi kau juga tak boleh menentang kehendak takdir yang mungkin tidak akan berpihak dekat kau. Aku nak kau reda aje dengan apa yang berlaku dekat kita. Jika ditakdirkan kita berpisah, aku akan terima dengan hati yang terbuka. Jika kau dah ada pilihan hati, kau cakap dekat aku. Insya-Allah, aku akan lepaskan kau,” ujar Ryan panjang lebar memujuk isterinya yang sedang merajuk. – m/s 201

“Abang, Qis risau kalau-kalau Qis tak boleh lahirkan zuriat untuk abang. Jadi, jalan yang terbaik ialah abang nikah satu lagi. Qis benarkan. Lagipun umi dah tak sabar menanti anak abang,” balas Balqis tenang. Dia merenung wajah Ryan yang kelihatan tidak puas hati. – m/s 324

“Awak terlalu baik, Qis, Saya tak mahu siapa-siapa pun menyakiti awak apatah lagi mempermainkan awak. Kalau Ryan tidak boleh membahagiakan awak, saya sudi menjadi penggantinya sebab saya sayangkan awak, Qis. Betul, saya sayangkan awak, Qis. Betul, saya sayangkan awak,” luah Daniel berani. – m/s 368

“Kalau aku kisah pun, kau tetap berhubungan, kan? Senang cerita, aku tak nak ganggu cerita cinta kau orang lagi. Cukuplah aku hanya jadi watak sampingan aje. Aku pun dah penat. Penat dengan pelbagai lakonan dan sandiwara.” – m/s 379

“Sekeras kerikil. Pendirian itu sebagai banteng untuk aku supaya tidak terleka dengan helah cinta palsu and let me tell you something, I don’t want a love, I don’t need a love and no time for love. Bila tiba masa yang sesuai, cinta aku pasti ada pemiliknya,” tegas Balqis. – m/s 409

“Cinta memang tidak boleh dipaksa, Ryan. Tapi cinta juga tidak boleh disembunyikan dengan apa sebab sekalipun kerana mata tak pernah menipu walau sekerap mana kau menafikannya. Cinta akan datang dalam keadaan yang kau tak sedar dan bila kau sedar akan kehadiran cinta itu, mungkin ia sudah terlambat. Kau jangan menyesal jika suatu hari nanti kau kehilangan cinta yang kau tak sedar itu,” ucap Khairul penuh makna. – m/s 425

“Aku takkan lepaskan kau sampailah ke hujung nyawa aku!” ucap Ryan lantas berlalu ke tingkat atas. Balqis tergamam. – m/s 495

“Qis, cinta itu bukan yang difikirkan oleh akal tapi cinta adalah yang dirasai oleh hati. Macam itu juga cinta abang dekat Qis. Abang tak perlukan sebab untuk jatuh cinta dekat Qis sebab cinta tu dating tanpa sebab, sayang,” balas Ryan lembut. Dia menggenggam jari-jemari Balqis dengan lembut lalu dibawa ke bibir sebelum dikucup lembut. – m/s 600

Kata Ku :

Aku rasa citer ni agak mendatar dan meleret kot. Tarik tali panjang sgt… naik boring la pulak. Lagi satu, boleh dijangka. Geram jer ngan Ryan dan Balqis. Macam tak redha! Sebab janji, sebab prinsip… sanggup kuburkan perasaan cinta tu… kalau tak luah, mana nak tahu kan! Balqis dah la blur… Ryan dah macam pengecut pula.  Hmmm…

Kredit 3/5

Karya-karya Siti Khadijah yang lain :

Friday 11 October 2013

Novel : Kerana Terpaksa… Aku Relakan


 Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng…
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada di sisi…



Judul : Kerana Dia Cinta
Penulis : Umie Nadzimah
Muka Surat : 772
Harga : RM27

Rumusan Kisah :

Indah Halina : Dibuang oleh bapanya angkara ibu dan kakak tirinya. Takdir menemukan Indah dengan Dato’ Safiya yg telah mengubah nasib Indah. Indah amat disayangi oleh Dato’ Safiya. Indah jadi PA, duduk di rumah Dato’ Safiya dan seterusnya dijadikan anak angkat keluarga itu. 3 tajul,  anak2 lelaki Dato’ Safiya yang berlainan karakter memeningkan kepala Indah.

Tajul Razin : Seorang anti-perempuan disebabkan kisah lampau di antara Dato’ Safiya dan papanya. Kedatangan Indah sangat tidak disenanginya dan meragui keikhlasan Indah. Namun hubungan dingin mereka kemudiannya disulami dgn bunga2 cinta.. En Razin dah jadi Abang Zen! J

Tajul Fahin : Seorang playboy yang juga menaruh hati pada Indah. Boleh pula Fahin ni minta Abang Zen lepaskan Indah untuk dia. Sebagai abang, Abang Zen mengalah demi mengubah perangai Fahin dan demi kegembiraan Dato’ Safiya. Indah terima jua Abang Fahin.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Tajul Razin : Dan satu lagi, jangan perasan yang saya boleh jatuh suka pada awak. Tinggal di sini, kena selalu sedar diri tu siapa. – m/s 79

Indah : Boleh tak, sempena harijadi Indah, encik terima balik cincin ini dan kita berdamai dari kisah lama tu? Indah betul-betul ikhlas dengan Dato’ Safiya. Lagi pun Indah tak pandai buat kerja-kerja keji yang encik pernah sebut dulu tu, tak ada bakat. – m/s 147

Abang Zen : Whatever. Every single cents yang Indah belanja di sini, Abang Zen akan bayar triple, malah kalau Indah tak kisah, lebih dari itu pun abang bagi. – m/s 170

Abang Zen : Indah dengar sini baik-baik. Abang Zen janji akan kembalikan ayah pada Indah semula. Abang akan usahakan. Sementara itu, biar abang yang ambil tanggunjawab untuk jaga Indah, okey? Jadi jangan sedih dan risau lagi. Kali ini Indah bukan sorang-sorang macam di R&R tempoh hari. Abang Zen dan keluarga ada bersama Indah. – m/s 211

Wish – you to be my soulmate
True love – it’s for you
Be mine – Please
Forever yours – My plessure
Hope – to share & care every things
Loving you – with all my heart
Sweet heart – always
Forget me not!!!

Dato’ Safiya : Kalau nak bahagia, kita boleh cipta di mana-mana dan dengan siapa juga. – m/s 303

Tajul Fahin : Yang tu I mengaku salah. Tapi I dah cuba lupakan dia, buang dia dari hati dan fikiran, tapi I tak dapat bro. you tak tahu kenapa I selalu mabuk-mabuk? Sebab I nak lupakan dia, setiap minit I stress ingatkan dia. Sampai kerja pun I tak dapat focus. Pleaselah bro, consider perasaan I. Sekali ni I minta cara baik dengan you. Lepaskan dia untuk I. – m/s 367

Indah : Kalau ada pilihan, Indah pun tak nak lepaskan Abang Zen. Abanglah satu-satunya lelaki yang Indah ada. Sebenarnya Indah pun tak sanggup! Indah sayang abang seorang, tak ada yang lain. – m/s 426

Abang Zen : Syyy, kenapa pula nak sedih-sedih ni? Ingat kata-kata abang tadi, walau apapun yang terjadi, hati abang tetap pada seorang gadis. Indah Halina nama dia. Dan abang tidak pernah dan tidak akan lupa untuk menitipkan doa kebahagiaan untuk dia sebab itulah juga kebahagiaan buat abang… - m/s 448

Indah : Terima kasih atas segalanya. Saya sudah faham sekarang siapa saya dalam hati dan di sisi encik. Dan saya janji tidak akan ganggu hidup Encik Razin lagi. Terima kasih… - m/s 485

Tajul Fahin : Abang serius… perempuan itu adalah Indah and I love you very much. I’m asking you again, will you marry me? Abang akan jaga dan lindungi Indah selama-lamanya. Please give me and yourself a chance. Abang minta satu peluang sahaja, dan janji akan gunakan peluang itu sebaik-baiknya. – m/s 521

Encik Halim : Dan kau anak yang tak kenang budi, jangan kacau suami kakak kau! Aku tak pernah ajar kau jadi jahat! Kalau masih mengaku yang aku ini ayah yang mana darah yang mengalir dalam badan engkau itu juga darah aku, kau kahwin! Aku tak nak tanggung dosa lagi! Kahwin dengan sesiap juga yang kau suka, kecuali dengan Saiful Azam! – m/s 544

Tajul Fahin : Tahu tak, perasaan yang paling pahit untuk kita telan adalah ketika duduk di sebelah seseorang yang sangat bererti pada kita, tetapi kita juga tahu yang kita tidak bererti langsung buatnya. – m/s 558

Abang Zen : Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari-cari di mana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah… - m/s 763

Kata Ku :

Cinderella moden! Kakak tiri jadi dalang untuk segala-gala yang terjadi!

Yang buat aku suke citer ni… bnyk plot. Scene berubah dengan cepat. Dari satu scene ke scene yang lain tanpa tarik tali, ratapan-ratapan penyesalan yang panjang yang kadangkala membosankan sebab pengulangan luahan hati perasaan yang nonstop.

Ending untuk semua yang terlibat. Best! Oh aku suka idea perfume Abang Zen tu! J

Update 4/3/14 : Bakal ditayangkann...



Kredit 4.5/5

Thursday 10 October 2013

Novel : Kerana Dia Cinta


Cinta itu anugerah-Nya...
Jangan ada benci antara kita...


Judul : Kerana Dia Cinta
Penulis : Izza Aripin
Muka Surat : 481
Harga : RM18

Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.

Rumusan Kisah :

Nurjia Amani (Gia) dipaksa untuk bernikah dengan Rayyan Al-Haimi (Ryan) sebaik sahaja dia tamat pengajian di luar negara, demi penyatuan dua buah syarikat korporat.

Ryan yang lebih menyukai duit dan kerja siang malam tidak mampu memberikan sebuah cinta kepada Gia  yang mendambakan sebuah cinta sejati yang tidak boleh dibeli dan ditiru!

Saat Gia pergi membawa rajuk di hati, Ryan sibuk dengan 'meniru cinta' dan menjerat dirinya sendiri. gia kembali setelah redha untuk menerima Ryan sebagai suaminya. Berita gembira yang dibawa Gia sedikit sebanyak mengubah cara layanan Ryan terhadap Gia. Namun, 'kebahagiaan' sementara itu diragut dek kerana 'cinta tiruan' Ryan. Gia membawa diri sekali lagi dan kembali sebagai Amani 3 thn kemudian.

Perkenalan dengan Haziq Hidayat (Zeek) membuahkan rasa cinta yang dicari-carinya selama ini. Dalam masa yang sama, Ryan kembali menagih cinta Gia!

Petikan-petikan dari dalam novel :

Dena : Marriage is a business. There are the co-partners, check and balance, profit and loss. Then, there will be assets and liabilities. Contohnya anak-anak. - m/s 22

Ryan : Gia... I'm a man and you're a woman. We both have the same needs. Tidak perlu ada rasa cinta untuk menjalinkan hubungan intim itu. Kenapa mesti kau menolak? Lagipun, aku suami kau yang sah. Sepatutnya, aku tidak perlu meminta hakku untuk bersama isteriku sendiri. - m/s 175

Zeek : Maaflah kalau saya berikan awak puisi cinta yang pernah popular dahulu. Walaupun itu lagu lama, saya memang menyukai lirik lagu itu yang kebetulannya sama dengan perasaan saya terhadap awak. - m/s 409

Ryan : Gia... Kalaulah kau tak terus lari... Kau akan sempat dengar pengakuan cinta aku pada kau. Cinta yang sebenar yang lahir daripada hati aku buat pertama kalinya terhadap kau. - m/s 453

Kata Ku : 

Biasanya, kita disogokkan dengan arrange marriage, pasangan gaduh-gaduh dan kemudian akan jatuh sayang. Berlainan dengan citer ni. Citer yang tak meleret-leret dan tak boleh dijangka kot! Ending yang sangat2 meleset dari jangkaan aku. Geram sangat kat Ryan. Lebih geram lagi kat Dena!

Kredit 4.5/5

Monday 7 October 2013

Drama : Love You Mr Arrogant



Ramai tak yang follow drama Love You Mr Arrogant ni?? I follow!! Sebabbbb…

** Sebab aku dah baca novel ni…
** Sebab hero dia! Kalau nak compare FK ngan  Azlee Khairi, aku lebih minat AK.

Bila habis baca novel citer ni, aku rasa citer dia biasa2 jer kot. Typical storyline. Tapi, aku layan sgt drama citer nie. Terhibur  sgt tgk lakonan AK dan Zara Zya.

Pemilihan hero + heroin sgt2 mempengaruhi kita kan… Macam citer Jodoh Itu Milik Kita, aku suka novel dia. Tapi, sbb pelakon dia aku tak minat, terus buat aku tak layan sgt citer tu kat tv.. Hhuhuhuh.. Padahal jln citer JIMK lagi umphh banding LYMA…

Tak sabar nak tunggu episode depa balik kg bila kaki Zara terseliuh.. J

Update 16/10 :

Makin terhibur tengok citer ni...

Skrg tak sabar nak tggu episod depa dah pindah masuk rumah baru.. :)

Friday 4 October 2013

Novel : Bukan Kahwin Paksa



Untuk dicintai, haruslah mula mencintai



Judul : Bukan Kahwin Paksa
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 422
Harga : RM28



Novel baru published Sept 2013... 
Order online kat Karystos Creative dapat diskaun RM2. 
Yang best, novel ada cop mohor author! :)

Rumusan Kisah :

Dijodohkan oleh keluarga masing-masing tapi menerima cadangan tersebut dengan rela dan reda semata-mata untuk lari dan menyelamatkan diri masing-masing dari keadaan yang mendesak, makanya Bukan Kahwin Paksa.

Perempuan garang vs penceramah tak bertauliah, Cik kak vs Encik Duck, Uda vs Dara, Izz Rizqin vs Dara Safiya

Mereka dipertemukan dalam pelbagai situasi yang tidak mereka senangi, namun kalau sudah jodoh, yang dibenci dan dipalang itulah jodoh kita!


Petikan-petikan dari dalam novel :

“Kalau I rogol you, you akan lebih pergi jauh dari I. I tak akan buat begitu. Tapi, Dara… I akan buktikan, I yang terbaik untuk you. I akan buktikan, I la lelaki yang boleh jaga you, jadi suami you. Even you dah bersuami pun, I’ll make sure, the man you are married to, is not worthy of you!” – m/s 120

“Follow the flow. Dia mana air itu lalu, di situlah Dara lalu. Kalau ada batu besar yang menghalang, tapi itu merupakan laluan Dara, Dara pilih, Dara tak kisah lagi. Apa yang baik untuk Dara, Dara ikut. Mama dan papa lebih tahu.” Dara bingkas bangun. Dia mahu terus ke biliknya. Tak ada apa yang difikirkannya lagi… Layan sajalah! Bagus juga prinsip Encik Duck tu. Tak payah pening-pening. – m/s 138

“Diakan girlfriend uda?! Takkan uda nak biar dia kahwin dengan along sedangkan… uda dengan Kak Yana couple? Adil ke uda buat macam tu kepada diri sendiri, kepada Kak Yana yang cintakan uda sangat-sangat? Uda tak adil!!!” – m/s 147

Encik Duck : Jom jadi kawan e-mel nak? But the identity remains secret. Kita tak boleh cakap apa-apa yang boleh menyebabkan rahsia tentang diri kita terbongkar. -  m/s 157

“Kalau Yana cintakan Izz, tolong terima along. Tolong lupakan Izz. Janganlah hancurkan hati-hati orang di sekeliling kita. Biarkan hati kita hancur. Mungkin ada hikmah kalau kita reda, akhirnya begini cinta kita. Kalau Izz dah reda, Yana juga harus reda. Cinta tak semestinya memiliki… Mungkin sebenarnya, kita tak pernah boleh disatukan pun.” – m/s 222

“Kita masing-masing punya kisah silam kita sendiri. Kalau boleh, abang nak kita cuba lupakan kisah lama kita dan bina hidup baru. You open your heart and I’ll open mine. Insya-Allah, abang yakin… kita boleh bahagia hidup bersama. Boleh sayang?” – m/s 246

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.” – m/s 305

“Izz selalu ada untuk Yana. Izz tak lari. Izz akan make sure, Yana bahagia. Izz tak salah orang untuk letakkan pengganti Izz dalam hati Yana. Along calon yang terbaik. Terimalah dia, dia akan buat Yana bahagia.” Izz menggenggam tangan Ariyana. Dia mahu Ariyana yakin yang pilihan dan keputusan yang mereka buat adalah tepat. – m/s 315

“Apa yang lepas, biarkan lepas. Itu cerita sayang dengan orang lain. Abang hanya akan peduli, cerita sekarang dan masa depan sebab dalam kisah sekarang dan akan dating, hanya ada kita berdua. Tak ada orang lain. Abang janji, abang akan cuba cipta kisah kita yang lebih baik dan indah, insya-Allah. Abang sendiri pernah terluka, saying pun juga pernah kecewa. So, abang akan terima sayang seadanya, seadanya sayang menerima abang…” – m/s 344

“Esok, kita jumpa lagi. Jangan lupa angkat telefon. Abang tak nak, lepas sayang tahu siapa abang, sayang nak mengelak bercakap dengan abang. I am your husband, you are my wife. Apa yang terjadi between us, bukanlah satu alasan untuk kita tak boleh bersama. Tapi itu menunjukkan kita ini ditakdirkan untuk bersama.” Izz sudah mula… memberi ceramah! – m/s 439

“Betul apa, as accountant, abang audit hati sayang, check tengok, ikut tak polisi dan prosedur. Kalau tak ikut, jatuh sakit, abang jadilah doktor cinta!” – m/s 520

“Abang cintakan sayang… tu pasal abang tak nak patah balik. Lagipun kita akan bahagia kalau kita pilih untuk bahagia, kan? Abang tak rasa menyesal pilih saying dan tak rasa menyesal lepaskan Ariyana kepada along, sebab along memang berhak. Mengorbankan cinta kepada yang lebih berhak… itu namanya cinta sejati tau!” – m/s 607

Kata Ku :

Citer yang ringan, santai dan menghiburkan.

Banyak sgt story watak sampingan buat watak utama agak tenggelam sikit. Aku rasa Uda dan Dara ni dua-dua pun lambat pick up la. Geram pula kat dua-dua diaorang sbb tak perasan diaorang tgh becakap hal yang sama!

Btw, kualiti kertas novel ni yellowish macam buku dolu2! Awat guna kertas ni ek?

Kredit 3.5/5

Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :
1. Pabila Cinta Memanggilku
2. Suamiku Encik Perfect 10!
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya

Thursday 3 October 2013

Novel : Pabila Cinta Memanggilku



Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu.
Cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!

Judul : Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 422
Harga : RM19


Rumusan Kisah :

Senang cakap… kisah dua beradik, Adam dan Irfan yang mencintai wanita yang sama, Yang Ayesha.  Irfan buat macam-macam semata-mata untuk menjauhkan Yang Ayesha dengan Adam yang saling mencintai.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Jangan ada feel macam-macam dengan saya, Adam. Ia hanya akan merosakkan persahabatan kita!” Tiba-tiba sahaja aku bercakap begitu. Aku pun tidak tahu kenapa aku cakap macam tu, tetapi sudah terkeluar… aku tidak boleh hendak tarik balik. – m/s 39

“Saya janji Yang, saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya berikrar mulai sekarang, hanya Yang Ayesha untuk Adam Harith.” – m/s 71

“Adam, dengar ni… Kalau kita ada jodoh, kita akan kahwin… tapi bukan tergesa-gesa macam ni. Selama ini saya dengan awak, dan selamanya akan begitu juga. Kalau awak yakin dengan saya, saya yakin dengan awak, we will be okay.” – m/s 110

Irfan : Seksakan rasa bila orang yang kita sayang, tak ada di sisi? Seksa lagi kalau orang yang kita sayang tak tahu sebenarnya kita sayang pada dia. – m/s 131

“Orang dekat sini memang macam tu la Yang… cantik-cantik. Tapi Yang jangan risau… Adam cinta Yang sorang saja. Tak pernah ada perempuan lain yang Adam cintai cuma Yang Ayesha sorang. Yang cinta pertama dan terakhir Adam!” – m/s 155

“Walaupun saya tak tahu kebenarannya, tapi saya janji Sya, saya akan bersaing untuk merebut cinta awak walaupun Adam itu adik saya. Saya tak kisah! May the best man wins…” tegas Irfan. – m/s 170

“Awak pernah cakap dekat saya, Sya… terus terang pada orang itu kalau kita sayang dekat orang itu. Jadi dia boleh buat pilihan, mana satu yang dia sayang! Saya pegang kata-kata awak dan saya berdiri di sini, saya mahu katakan saya memang suka dan sayang awak, Yang Ayesha! Dari mula kita jumpa sampai sekarang, awak memang di dalam hati saya!” jerit Irfan. – m/s 171

“Tak apa, Yang cerita. Adam banyak masa nak mendengarnya Yang. Yang percaya Adam, kan? Adam bukan jenis panas baran. If it can be settled, we settle it properly. Kalau marah-marah pun tak guna, Abang Irfan tu banyak strategi. Kalau dia pakai cara itu untuk pisahkan Yang dan Adam, kita pakai cara itu juga. We will see, if our love is strong, we can’t be separated that easy!” ujar Adam. Dian sudah pun menyelesaikan makan tengah harinya sehingga licin. – m/s 211

“Adam yakin dengan Yang. Yang satu-satunya wanita dalam hidup Adam. Jangan sia-siakan cinta kita, ya sayang. Penat tau Adam mengurat Yang! Tapi cuba cerita dekat Adam, sejak bila Yang cintakan Adam?” Tanya Adam. – m/s 230

“Sebab awak tak pernah cuba mengenali saya, Sya. Cuba awak buka sedikit ruang hati awak tu untuk saya, sekejap pun jadilah. Dua minggu ini contohnya, awak akan tahu betapa ikhlasnya hati saya untuk awak, Sya,” ujar Irfan bersahaja. – m/s 237

“Saya ni pantang dicabar. Kalau nak sesuatu, saya akan selalu dapat. Tak perlu bersusah payah. Sekarang ni untuk mendapatkan awak, puluhan banjaran gunung harus saya tempuh,” ujar Irfan sedikit sayu. – m/s 259

“Suka hati Adamlah nak kata abang apa. Sekarang ni kita dah tahu, hati kita memang suka pada perempuan yang sama, jadi kita bersaing secara adil. Biar Sya buat pilihan, mana satu yang menjadi bakal suaminya!” putus Irfan. – m/s 277

“I don’t hate you… hate takes a lot of energy and I am saving mine for all the good thing that’s coming my way, because I know I am a good person and I deserve good thing in my life. And please… please leave me alone!” Aku menolak bahu Irfan. – m/s 313

“Adam, abang mintak maaf. Abang takkan ganggu lagi hubungan kalian. Tapi, sekiranya abang dengar Ayesha mengadu yang Adam yak jaga dia, sakitkan hati dia, curang atau sebagainya, abang terpaksa berbuat sesuatu. She is my life, Adam! Ayesha is my life! Kalau Adam sakiti dia, bermaknya Adam menyakiti abang.” – m/s 347

Kata Ku :

Ketiga-tiga watak utama dalam citer ni sangat la hampeh aku rasa.

Yang, kononnya mencintai Adam, tapi ntah kenapa at some parts aku rasa dia meragui perasaan dia sendiri dan seperti punya perasaan pada Irfan.

Adam, aku suka dia sebab dia tenang tapi takkan la masih boleh tenang lagi bila abang sendiri nak rampas kekasih hati sendiri. Lembik pula aku rasa kalau macam tu!

Irfan, gila talak! Psiko! Memang geram sangat aku kat mamat ni!

Jalan citer biasa-biasa jer kot.

Kredit 3/5