Akan kulepaskan jua air mata ini
pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada
hangat titisannya dahulu.
Rumusan kisah :
Sabrina dan Badrul ditangkap
khalwat dalam satu perangkap yang dibuat oleh kawan baik Sabrina sendiri.
Sabrina dan Badrul kemudiannya berkahwin atas desakan ayah Badrul untuk menjaga
air muka keluarga mereka.
Dayana yang mula rasa tergugat
dengan Sabrina, akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Badrul, kekasihnya,
walaupun tidak bersedia pada mulanya, dengan syarat perihal Sabrina tidak
diberitahu kpd keluarganya. Badrul juga berjanji untuk melepaskan Sabrina bila
sdh puas ‘mengajar’ Sabrina yang dituduh cuba memerangkapnya disebabkan harta.
Dalam pada benci-membenci dan
elak-mengelak di antara Sabrina dan Badrul, mereka sebenarnya sudah mula dibuai
dgn perasaan masing-masing. Kesibukan Dayana mendekatkan mereka dan akhirnya
Sabrina dan Badrul ‘menghalalkan’ hubungan mereka.
Badrul yang terlepas cakap ketika
mengejar Dayana yang ternampak kemesraan Badrul dan Sabrina membuatkan Sabrina
kecewa sehingga bertindak untuk keluar dari rumah tersebut. Saat itu, barulah
Badrul sedar yang dia lebih mencintai Sabrina daripada Dayana.
Petikan – petikan dari novel :
“Saya malaslah abah. Kalau ikutkan
hati, memang saya takkan kahwin dengan dia. Nak naik mahkamah pun saya tak
kisah. Nak kena bayar denda pun saya tak kisah. Sebab saya tahu, saya memang
tak bersalah langsung. Tapi, abah beria-ia paksa kami kahwin. Abah yang nak
sangat perempuan yang tak tahu dating dari ceruk mana tu jadi menantu abah!” –
m/s 17
“I tak akan ikat dia dengan
perkahwinan ni. Sampai masanya, I akan lepaskan dia. I cuma nak ajar dia aja. Ajar
biar dia respect maruah diri. Biar dia tahu bukan senang nak tipu orang. Bukan senang
nak senang. Biar dia serik dan taka da lagi lelaki yang jadi mangsa dia.” – m/s
136
“Tak mungkinlah. Badrul tak
sukakan saya. Dia cuma sukakan awak. Saya cuma nak cakap, saya tak kisah kalau
awak kahwin dengan Badrul.” Pantas Sabrina menjawab. Faham akan maksud soalan
Dayana. – m/s 189
“Tapi, sampai bila? Dulu, kamu
kata kamu tak kisah kalau Badrul kahwin dengan Dayana. Kalau kamu betul-betul
tak kisah, kenapa tak nak bertembung? Kenapa kamu perlu lari daripada suami
sendiri?” – m/s 269
Sudah hampir dua minggu Badrul
berpindah. Bermakna sudah hampir dua minggu jugalah dia tidak melihat wajah
Badrul. Tidak mendengar suara marah Badrul. Usikan dan sindiran Badrul. Dan,
semua itu membuat hatinya kini dibelenggu rindu. Dia rindukan Badrul. Satu perasaan
gila yang tidak harus tersangkut pada ranting rasanya. – m/s 510
“Aku nak Ikmal jadi milik aku,
Ina. Dah terlalu lama aku mengharapkan dia. Terlalu lama. Sebelum kau muncul
antara kami…” Maria berbisik perlahan. Memujuk rasa hati yang bersalah. - m/s 547
Dan, senyum insan-insan di
hadapannya, bagai tidak mampu untuk dia hadapi lagi. Sungguh dia segan. Dan,
kenapa dalam rasa segan dan serba salah ini, dia berasa begitu bahagia? Kenapa saat
ini, dia hanya mahu terus berada hamper dengan Badrul? Terus berada dalam
pelukan lelaki ini? Tanpa sedar, dia bersandar mesra di dada lelaki itu. Senang
apabila Badrul semakin mengeratkan rangkulan di pinggangnya. – m/s 570
“Sebab, walaupun buruk layanan
aku pada kau, kau nampak macam tak kisah pun. Tiap-tiap hari, kau menjadi
seorang yang jauh dari apa yang aku sangkakan. Aku tak nak akuinya, tapi hati
aku kuat mengatakan, kau memang seorang perempuan yang baik. Semua tu buat aku
semakin lupa punca yang menyatukan kita. Buat aku rasa semakin hari, semakin dekat
dengan kau,” ucapnya sambil menikam renungan Sabrina padanya. – m/s 577
“Aku tak tahu sejak bila, tapi…
aku memang selalu fikir pasal kau. Sama ada Dayana ada atau tidak… aku memang
selalu fikir tentang kau.” – m/s 647
“Aku tau tahu nak cakap apa
dengan dia. Dah tak boleh nak fikir. Bila aku tengok dia dengan perempuan tu,
aku dah tak sanggup nak bermadu. Aku tak nak kongsi dia dengan orang lain. Aku tak
boleh terima. Aku nak minta cerai, tapi… aku masih sayangkan dia. Aku tak nak
kehilangan dia. Nak suruh dia ceraikan perempuan tu, aku yakin dia tak akan
buat macam tu. Apa yang aku patut buat, Nissa?” - m/s 671
“No, abah. Jangan tipu saya abah…”
dia bersuara resah. Hatinya yakin, dia masih akan dapat melihat wajah Sabrina
apabila dia pulang ke rumah besar itu nanti. Dan saat ini… bapanya membawa
perkhabaran duka. Sungguh dia tidak boleh terima kenyataan ini. Dia tidak lagi
dapat menatap wajah itu! – m/s 685
“Nissa… bukan aku tak cinta. Tapi,
bercinta and berkahwin, dua perkara yang totally different. There’s a lot of
commitment yang aku betul-betul belum ready. Memang silap keputusan aku untuk
berkahwin dulu.” – m/s 702
“Aku tahu selama ni, aku tak adil
pada kau. Tapi, please Sabrina. Beri aku peluang terakhir. Aku tak akan sia-siakan
kau lagi.” - m/s 781
Kata ku :
Aku ingatkan novel ni akan buat
aku menitiskan air mata. Tapi sebaliknya la pulak. Jalan citer yang tak meleret-leret sangat. Moral
of the story, jgn jual mahal sangat! Jangan ego sangat utk mengaku perasaan sayang
terutama pada org yang dah halal! Kehilangan cuma terasa bila org tu dah
tinggalkan kita! Oppss.. emo la pula aku!
Kredit 4/5
No comments:
Post a Comment