Tingkahmu sering membuatku kaku
Bicaramu mampu membuatku kelu
Namun…
Bisakah aku berikan kau bahagia?
Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA…
Judul : Bukan Isteri Sempurna
Penulis : Tulip Ungu
Muka Surat : 584
Harga : RM21
Novel baru published bulan ni
(Sept 2013)
Rumusan Kisah :
(Copy paste je dari kakinovel. 1st
time tau copy paste. huhuhhu)
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.
Lima tahun berlalu. Nina bertemu dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.
Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkna Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Petikan-petikan dari dalam novel :
“Dan yang buat silap, biar dia yang betulkan. Ini bukan perkara main-main. Kahwin perkara yang nak dibawa sampai ke hujung nyawa. Takkan El nak jadi pak sanggup untuk selamatkan malu diorang sekeluarga?” kata Daniel Arman lagi. Kali ini nadanya semakin tinggi. Hilang sabar dengan permintaan Datin Rogayah. – m/s 15

“Bukan ke dulu, kau yang nak
sangat jadi menantu keluarga ni? Kenapa sekarang nak minta cerai pulak? Kau
ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang
beria-ia sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan
ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran
isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau.” – m/s 46
“I know. I want El to divorce her
because I want her.” Danish Arham nekad. Semenjak bertemu semula dengan Nina di
pejabat Daniel Arman, hatinya tidak pernah tenang. Wajah Nina sering terbayang
di ruang matanya. – m/s 129
“Entah la mummy… macam mana El
nak luah kalau Nina selalu sangat mengelak? Mummy pun tahu El jenis yang tak
suka memaksa,” keluh Daniel Arman lagi. Bukan sekali dia cuba menghampiri Nina,
sudah banyak kali. Tetapi setiap kali itu jugalah dia kecewa dengan reaksi
Nina. – m/s 151
“Saya takut tengok muka dia. Saya
takut bila dia sentuh saya. Saya masih lagi rasa sakit bila teringat apa yang
dia buat pada saya dulu,” kata Nina lirih. Pelukannya di tubuh Daniel Arman
masih kukuh. Belum ada tanda-tanda dia akan melepaskan lelaki itu. – m/s 210
“Saya bagi awak cuti hari ni.
Kalau degil jugak nak kerja, saya paksa awak ambil cuti. Mana lebih penting,
jaga suami sakit kea tau kerja? Lagipun say abos cum husband, jadi saya yang
buat keputusan.” Daniel Arman berpura-pura tegas dengan kata-katanya walhal
dalam hatinya sudah tersenyum melihatkan riak muka Nina yang berubah. Sungguh,
dia suka menyakat Nina begitu. – m/s 230
“Saya akan pastikan suatu hari
nanti, awak hanya akan nampak Daniel Arman dalam diri saya dan bukannya Danish
Arham,” ungkap Daniel Arman dengan lembut. – m/s 237
“Nina sayangkan abang, sayang
sangat-sangat. Abang jangan tinggalkan Nina,” luah Nina seraya menentang mata
Daniel Arman. Dia mahu Daniel Arman tahu isi hatinya saat itu. Dia hanya
mahukan Daniel Arman menjadi suaminya dan dia mahu bersama Daniel Arman
sehingga ke akhir hayatnya. – m/s 265
“What past is past. I really
don’t care about what Dan did to you long ago. I accepted you for who you are.
Abang percaya Allah pilih Nina untuk abang,” balas Daniel Arman dalam suara
mengendur. Dia memang tidak kisah dengan masa lalu Nina. Segala yang berlaku
kepadanya itu adalah takdir. Takdir yang menemukan mereka berdua. – m/s 298
“Tinggalkan El, I akan kahwin
dengan you. I akan tebus balik apa yang I dah buat dulu,” kata Danish Arham
dengan tenang, seolah-olah Daniel Arman tidak wujud di situ. – m/s 303
“Memang saya tergila-gilakan
harta Datuk! Memang saya harap dapat bolot harta Datuk melalui anak Datuk! Saya
sengaja ambil kesempatan! Saya goda anak Datuk! Memang saya yang goda dia
sampai dia tunduk pada saya! Anak Datuk memang tak pernah salah sebab saya yang
dengan rela hati tidur dengan anak Datuk! Memang saya rela hati menyerahkan
diri saya pada Dan dulu! Menang saya yang serahkan tubuh…” – m/s 330
“If you step out the door, I’ll
rip off your clothes! I’ll force you to make love with me, right here, right
now!” ugut Daniel Arman. Dia tercabar apabila Nina melawan kata-katanya. – m/s
338
“Oh… I peluk you, you kata I hina
you. Tapi kalau Zach pegang tangan you, tak pulak dia hina you. Bila Dan peluk
you, tak pulak you cakap dia hina you. I yang dah jadi suami you ni pulak yang
hina you atau you memang suka diorang pegang-pegang you, peluk-peluk you?” soal
Daniel Arman dengan sinis. – m/s 352
“Siapa Encik Danish nak buat
keputusan untuk saya!” soal Nina dengan sinis. “Jangan ingat lepas semua yang
berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman
buang saya, tapi saya takkan terima Encik Danish jadi suami! Lelaki macam Encik
Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!” – m/s 374
“Abang balik la. Azzura lebih
sesuai untuk abang. Nina tak layak untuk abang. Nina bukan isteri sempurna
untuk abang.” Kata Nina dalam deraian air mata. – m/s 418
“Kalau you lepaskan peluang kali
ini, I promise you, I’ll do anything in my power to get her back. Kalau
terpaksa buat dia mengandung sekali lagi pun, I akan buat,” ugut Danish Arham.
– m/s 434
“Kalau Nina tak nak ikut abang
balik, terpaksa la abang paksa Nina. Terpaksa la abang buat Nina mengandungkan
anak abang. Kalau macam tu baru la Nina akan kembali pada abang,” usik Daniel
Arman. Namun, wajahnya diseriuskan walhal hatinya sudah tersenyum melihatkan
wajah cuak Nina. Wanita itu sudah kembali kepada sifat asalnya. Naïf dan polos.
– m/s 447
“Nina mungkin bukan pilihan abang
tapi Nina pilihan Allah untuk abang. Dan untuk itu, abang bersyukur
sangat-sangat. Jodoh kita sudah tertulis dan abang tak nak jadi orang yang
kufur, yang tak tahu menghargai nikmat yang Allah kurniakan. Nina kurniaan
terhebat yang pernah abang terima. Nina sudah cukup sempurna bagi abang,
pelengkap hidup abang,” sahut Daniel Arman seraya mengucup kepala Nina. Memang
dia melihat pertemuannya dengan Nina sebagai jodoh yang telah pun tertulis
buatnya. – m/s 489
Kata ku :
Novel ni agak serius kot. Tapi
tulisan yang mudah dan tidak meleret-leret buat citer ni sedikit ringan.
Banyak juga rintangan dan ujian
yang terpaksa dilalui oleh Nina dan Daniel Arman. Aku boleh rasa sengsara yang
ditanggung Nina. Baru sesaat merasa bahagia, diuji pula. Tak suka bila Daniel
Arman meragui Nina. Paling tak suka bila Daniel cuba nak ambil hak dia secara paksa.
Tak suke tak suke! Kesian sangat kat Nina.
Danish, walaupun jahat sebab
perkosa Nina tapi aku suka bila dia mula berubah. Aku suka Danish muncul jadi
hero dalam perbincangan Daniel Arman dan papa Azzura. Rasa ‘man’ sgt! ;p
Update 8/9/2015 - Diadaptasi ke drama. Sdh mula ditayangkan di TV3.
Update 8/9/2015 - Diadaptasi ke drama. Sdh mula ditayangkan di TV3.
Atikah Suhaimie & Dzarin Kamaludin |
Kredit 4/5
Argh! Review ni buat sy makin nak beli novel ni...
ReplyDeleteDrama adaptasinya agak hambar...
aishhh!knp dlm drama adaptasinya mcm tak best.bila baca novel dia baru best!ishhhh,geram aku!
ReplyDelete