Berjuta langkah kita atur bersama…
tidak akan pernah penat selagi jemariku erat di genggamanmu… tidak akan pernah
lelah selagi janjimu… cinta ini hanya milik kita berdua.
Judul
: Biarkan YM Terus Berbicara
Penulis
: Hanni Ramsul
Terbitan
: Kaki Novel
Muka
Surat : 624
Harga
: RM24
Rumusan
Kisah :
Kisah
rumahtangga Adiya dan Encik Firdaus. Kebahagiaan mereka sedikit demi sedikit
tercemar dek kerana Adiya yang cemburu melihat keakraban persahabatan Encik
Firdaus dan Mia. Encik Firdaus sentiasa cuba untuk menyakinkan perasaan dia
terhadap Adiya.
Namun,
keadaan bertambah buruk bilamana ibu Mia menjadi batu api dalam rumahtangga
Adiya. Adiya semakin makan hati. Usaha memenangi hati Encik Firdaus seolah-olah
tidak berjaya, malah Encik Firdaus menyalahkan Adiya yang menuduh ibu Mia
sebagai dalang dalam satu kejadian. Kecewa dengan Encik Firdaus, Adiya membawa
diri mencari ketenangan.
Kata Ku :
Kesinambungan citer Biarlah YMBerbicara.
Sebagai seorang isteri, aku faham
dengan apa yang dirasai Adiya. Cemburu dan insecure, apa lagi kalau
dibandingkan dengan wanita sesempurna Mia. Makanya, keyakinan yang diberikan
Encik Firdaus masih belum cukup untuk menutup rasa hati, apatah lagi bila ada
orang lain yang cuba menjadi batu api.
Sejujurnya, aku sendiri rasa Encik
Firdaus sepatutnya menjarakkan perhubungan dia dengan Mia. Oppss.. terlupa
plak.. Actually, tu semua sbb sindrom yang dihidapi Encik Firdaus. Hmmm..
Bila semuanya sudah jelas, hero
seakan tenggelam sekejap dek kerana kesibukan Adiya yang menjadi match maker.
Oh btw, mmg la YM terus berbicara
sebab Adiya dan Encik Firdaus masih menggunakan medium YM untuk chat sesekali.
Overall, ok jer..
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment