Showing posts with label E-Man Sufi. Show all posts
Showing posts with label E-Man Sufi. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Novel : Pabila Romeo vs Juliet


Kita berdua jauh berbeza
Langit dan bumi tapi serasi
Kucintaimu kau cintaiku
Itu saja yang perlu kau dan aku tahu



Judul : Pabila Romeo vs Juliet
Penulis : E-man Sufi
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 513
Harga : RM21

Rumusan Kisah :

Ayyad dan Awatif ditunangkan sejak kecil lagi. Ayyad yang telah pun mengetahui status hubungan mereka selalu sahaja menyakat Awatif yang merupakan pengawas sekolah. Kenakalan Ayyad selalu sahaja menaikkan amarah Awatif.

Ayyad yang sememangnya romeo sedang zaman remaja nya tetap dengan keromeoan nya walaupun sudah bergelar peguam beberapa tahun kemudian.

Sekembalinya dari Jordan setelah menamatkan pengajiannya selepas beberapa tahun, Awatif  dikejutkan dengan berita pertunangannya tetapi tetap positif kerana yakin dengan pilihan kedua ibu bapanya.

Walaupun sayangkan Awatif, Ayyad tetap memberontak dalam hati. Banyak sisi negatif dirinya yang cuba disorokkan daripada Awatif. Awatif punya reverse physiology untuk menjinakkan suaminya!

Petikan-petikan dari dalam novel :

Ayyad : Ada… Kan abang tolak troli ni, tak nampak ke? Abang tak usik Atif pun… Errr… Ada rasa macam terusik kat mana ke? Kat hati ke… Ada? – m/s 194

Awatif : Bukan… Err… Maksud saya, mungkin Abang Ayyad nak kahwin dengan orang yang abang cinta sedangkan kita tak… Maksud saya, kita tak pernah bercinta. – m/s 232

Ayyad : Bukan sebab takut okey! Memang aku sengaja. Kalau setakat nak ajar dia main golf bila-bila pun boleh. Syaratnya, cuma dia dengan aku ajalah… Buat apa kau orang nak join sekali kan. Setiap saat aku dengan dia… Aku tak suka kongsikan dengan orang lain… she’s exclusive for me… just for me! – m/s 361

Ayyad : Abang pun… Abang boleh sayang ramai orang termasuklah kucing-kucing abang tapi cinta abang hanya untuk sayang sorang aja… Sayangkan Juliet abang. – m/s 493

Kata Ku :

Serius tak tau E-Man Sufi ada novel baru… nak nak pulak penamat kepada trilogi novel sebelumnya, Suami Yang Kubenci, Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Bukan KeranaAku Tak Cinta.. Harus la baca kannn…

Kisah Ayyad dan Awatif… dan juga intro kepada persahabatan Ayyad, Rayyan dan Uwais. Kalau ikutkan, dah tak berapa minat nak layan kisah2 zaman sekolah nie, tapi Eman Sufi punya pasal… takpe.. Kite layan gak! Simple je story line citer ni. Takde konflik berat bagai. Tapi, still Suami Yang Kubenci the best!

Kredit 3.5/5

Karya-karya E-Man Sufi yang lain :

Monday, 9 September 2013

Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati


 Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku…


Judul : Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis : E-man Sufi
Muka Surat : 1050
Harga : RM35

Novel kedua E-man Sufi dalam pelukan aku selepas Suami Yang Kubenci.. Sape-sape yang rindu kan Uwais, Hannah dan Makcik Sari, boleh 'jumpe' diaorang balik dalam citer Hikayat ni. :)

Rumusan Kisah :

Rayyan Raiqarl dan Warfeen Wardah bertemu semula selepas beberapa tahun. Masing-masing tidak mengecam wajah masing-masing kerana mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja zaman remaja mereka. Nama pun tak tahu!

Mengetahui kekasih Warfeen adalah adik tirinya sendiri, Daniel Elhan, Rayyan nekad untuk memikat Warfeen kerana ingin membalas dendam perbuatan mak tirinya yang merampas kebahagiaan keluarga dia dulu. Misi Rayyan dibantu oleh Tengku Zarynn, teman baik yang dianggap adiknya. Daniel terpaksa bertunang dengan Zarynn yang menjadi pilihan mamanya. Dalam masa yang sama, Daniel merancang untuk meminang Warfeen. Zarynn tampil bertemu dengan Warfeen untuk menjelaskan status Daniel. Warfeen kecewa dan mula menerima Rayyan yang sentiasa di sisinya.

Perkahwinan mereka akhirnya diuji hebat bermula dari kemalangan yang meragut nyawa papa dan adik Rayyan. Rayyan pula cedera parah pada tulang belakang dan buah pinggang. Kerana dendam, Daniel hanya akan mendermakan buah pinggangnya kepada Rayyan, dengan syarat Warfeen harus meninggalkan Rayyan!

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Saya tahu hati awak dah dimiliki orang lain. Saya tak paksa awak cintakan saya, Wafeen. Tapi awak juga tak boleh halang saya dari terus mencintai awak. Ini hati saya hak saya untuk memilih siapa yang berhak berada di sini… dan saya pilih awak sebagai penjaga hati saya. Tolong jangan bertindak zalim dengan menghalang saya dari terus merasakan indahnya perasaan ni.” – m/s 197

“Kalau saya jadi kekasih awak, saya takkan tinggalkan awak macam ni, apatah lagi kalau saya jadi suami awak. Saya takkan sekali-kali benarkan ada ruang lelaki lain dekat dengan awak. Macam sekarang ni, nampak sangat kekasih awak tu tak pandai nak jaga awak.” Rayyan sempat menyindir dengan penuh makna. Siap sedialah kau, Daniel. Tahulah aku macam mana nak kantoikan kau nanti. Tapi aku akan mendengar penjelasan Zarynn dulu lepas tu aku nak hentam kau cukup-cukup. – m/s 243

“You ingat ni perlawanan bola sepak ke apa, hah?! I bukan pom-pom girl tahu tak? I buat semua ni untuk you juga. Kalau I tak nikah dengan Daniel, macam mana you nak dapat Wafeen?” Zarynn bersuara lebih lantang darinya. Rayyan menelan liur. Zarynn kalau melenting, dia pun kalah. Memang dia tak pernah menang kalau bertekak dengan Zarynn. – m/s 250

“Dalam mimpi pun awak takkan dapat. Saya dah beritahu banyak kali yang saya akan kahwin dengan kekasih saya dan kekasih saya bukan awak, Rayyan. Jangan salahkan saya kalau awak kecewa nanti sebab saya dah ingatkan awak pasal ni.” Segera Wafeen keluar kerana dia sudah tidak sanggup untuk melawan pandangan Rayyan yang selalu membuatkan dia rasa berdebar-debar. – m/s 259

“Kalau awak perlukan saya untuk apa sebab sekalipun, saya sentiasa ada untuk awak. Sayang saya pada awak takkan hilang, Wafeen. Saya masih berharap satu hari, awak akan cari saya dan masa tu, awak akan cakap, sayalah calon suami awak. Walaupun harapan tu mungkin datang dalam mimpi aje. ” – m/s 337

“Perempuan lain? Maksud awak, saya ni perampaslah? Saya kenal dia sejak empat tahun lepas dan saya tak pernah tahu yang dia bertunang. Kalau saya tahu, saya pun tak rela nak biarkan diri saya diperbodohkan macam ni!” Wafeen mencampakkan gambar-gambar majlis pertunangan Daniel dan Zarynn di atas meja. – m/s 342

“Suka hatilah! Jangan nak panggil sayang lagi dah! Menyampah tahu tak! Penipu! Abang dengan Elhan sama aje kan? Kalau dari awal Feen tahu kau orang berdua ada pertalian, terus terang, Feen takkan pilih abang jadi calon suami. Dua-dua penipu! Sesuai sangat jadi adik-beradik!” – m/s 449

“Pleaselah! Saya bersyukur tak kahwin dengan dia. Cuma kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak sanggup kahwin dengan dia semata-mata untuk Rayyan? Berbaloi ke pengorbanan awak ni? Saya tak faham kenapa awak sanggup buat macam tu? Sebab tu saya curiga hubungan awak dengan Rayyan. Itu aje.” Wafeen cepat-cepat menafikan tuduhan Zarynn. – m/s 514

“Abang… Feen simpan semua benda-benda tu sebab dari kecil Feen memang sukakan abang. Sampai sekarang pun Feen masih juga simpan sampah abang ni. Sebab… emmm… Feen sayang sangat kata bang. So, abang tak payahlah marah-marah ya?” Suara Wafeen lembut memujuk. – m/s 548

“Abang sayang isteri abang ni sorang aje. Sampai bila-bila. Abang takkan tinggalkan Feen walau macam mana keadaan sekalipun. Susah, senang… kita akan tetap bersama. Feen pun, takkan tinggalkan abang, kan?” Rayyan merapatkan wajahnya hingga dahi mereka bertemu. – m/s 593

“Buat air untuk dia satu hal. Sayang tak dengar ke apa dia cakap tadi? Lain kali tanya dulu, jangan main ambil aje tak hak orang! Dia sindir abang, sayang. Bukannya bodoh sangat abang nak faham yang dia maksudkan abang kahwin dengan kekasih dia!” – m/s 622

“Cukup Daniel! Saya tak nak! Saya dah taka da perasaan pada awak. Tolonglah faham! Saya nak hidup dengan Rayyan. Saya cuma nak jadi isteri dia! Bukan lelaki lain. Dan bukan awak sekalipun!” Wafeen dah tak sanggup nak berdepan dengan Daniel yang dah semakin tak tentu arah itu. – m/s 638

“Sebab sial suami kau la, Valqis dan papa Daniel meninggal! Hei, perempuan kampung kau ingat… dengan tayang muka simpati kau ni, aku akan terima aje. Sepatutnya, anak tak guna tu yang mati, bukan suami aku!” marah Datin Ann. Wanita itu sudah seperti hilang akal bila memekik di hadapan Wafeen. – m/s 712

“Wafeen, terima syarat aku atau kau akan tengok Rayyan mati lebih cepat dari jangkaan. Masa berjalan, Wafeen. Jangan sampai aku ubah keputusan… call aku bila kau dah sedia.” Daniel berlalu pergi. Wafeen tak tahu apa perlu dilakukannya. Terima tawaran Daniel dan tinggalkan Rayyan? Apa bezanya kalau Rayyan sembuh tapi hidup tanpa dia di sisi? Rayyan tentu akan bersedih! Tapi kalau dia menolak, sampai bila dia perlu menunggu penderma yang sesuai untuk Rayyan hidup normal seperti orang lain? – m/s 742

“Tak ada siapa yang nafikan dia isteri you. Tapi you yang tak sedar-sedar. Dia dah tak perlukan you lagi. Dia dah tak sanggup jaga you. Dia tak nak bersuamikan lelaki lumpuh macam you, Rayyan…” balas Zarynn. Walaupun kata-katanya itu menyakitkan hati, namun dia hanya mahu Rayyan sedar. – m/s 755

“Wafeen, abang takkan merayu Feen balik pada abang… Abang tahu, keadaan abang macam ni menyusahkan Feen. Abang takkan mengadu apa-apa tapi Feen ingat baik-baik apa yang abang cakap ni. Selagi abang masih bernafas atas muka bumi Allah ni, selagi itu abang takkan ceraikan Feen. Dalam keadaan apapun alasannya, takkan, Wafeen… Kalau betul Feen nak berpisah secara sah, Feen kena dating jumpa abang sendiri.” – m/s 789

“Feen tahu yang abang dengar suara Feen. Mana Firdaus? Tolonglah abang jangan buat macam ni. Kalau abang marahkan Feen sekalipun, tolong jangan ambil Firdaus…” Wafeen menangis. Dia terlalu takut ketika itu. – m/s 876

“Sampai bila-bila. Tinggalkan abang, memang Feen bersalah tapi mencintai abang, itu perkara paling terbaik pernah Feen buat. Feen tinggalkan abang dulu sebab…” – m/s 945

“Jangan cakap macam tu, Rynn. Abang dah biasa hidup dengan kehadiran Rynn di sisi abang… Tolonglah jangan cakap macam tu. Abang janji Rynn, abang akan mengaku semuanya. Abang akan minta maaf pada Wafeen dan Abang Rayyan…” – m/s 1021

Kata Ku :

Pheww… macam-macam perasaan aku baca citer ni. 1st part, citer ringan dan santai jer. Buat aku sengih-sengih. Rayyan dan Wafeen ni dua-dua jenis sempoi dan selamba. So, jangan expect ayat-ayat yang jiwang-karat atau romantic-extreme k. Bila dah masuk 2nd part, citer ni makin buat aku sesak nafas. Tragis! Geram sangat kat Daniel. Kesian kat Warfeen dan Rayyan. Touching betul part Warfeen terpaksa tinggalkan Rayyan. Overall, citer ni diseimbangkan di antara kisah percintaan dan kekeluargaan.


Kredit 5/5

Karya-karya E-Man Sufi yang lain :
1. Suami Yang Kubenci
2. Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Tuesday, 6 August 2013

Novel : Suami Yang Kubenci


“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaanya, 
tetapi dia kelihatan sempura kerana dia dicintai…”



Judul : Suami Yang Kubenci
Penulis :  E-man Sufi
Muka Surat : 544

Harga : RM20

Rumusan Kisah :

Hannah Maryam terpaksa berkahwin dengan Uwais Ukasyah, pilihan Tok ayah nya, setelah kekasihnya, Tengku Muiz ditangkap khalwat seminggu sebelum hari pernikahan mereka.

Hannah sangat memandang rendah pada Uwais, si penjual burger. Kesabaran Uwais berjaya mencairkan ego di hati Hannah yang telah mula menerima Uwais. Kehadiran Batrisya dan Abang Fawaz mengundang cemburu di hati masing-masing. 

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hai… tak habis lagi? Bila nak insaf kau ni? Belajarlah merendah diri, Hannah. Kalau tak dengan orang lain pun, dengan suami sendiri cukuplah. Apa masalahnya dengan Uwais tu? Sebab dia orang kampong? Atau… sebab dia cuma penjual burger? Setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal, Hannah. Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwi dengan Tengku Muiz tukan? Hmmmm… kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana, Hannah. Bukan dapat bawak masuk kubur pun… ” – m/s 6

“Bukan awak… tapi saya sendiri yang salah! Sebab saya gagal ubah sikap angkuh awak ni.. sebab saya gagal jadikan awak seorang isteri yang hormat pada suami, yang jadi penyejuk hati suami… Yang taat pada suami… sekalipun saya terlalu sayang dan cintakan awak, kenapa Hannah? Cinta saya ni kotor ke? Hina ke? Tak boleh ke awak terima cinta penjual burger ni dengan rasa ikhlas di hati awak? Saya mesti jadi pegawai tinggi ke baru awak nak terima saya tanpa rasa malu dengan sesiapa? Awak pun sebenarnya malu kalau berjalan dengan saya di khalayak ramai… betulkan?” Uwais menarik nafas dalam-dalam. – m/s 175

“Okey… okey… Abang Fawaz tak sengaja agaknya. Lain kali Hannah akan pastikan , abang aje yang boleh peluk Hannah… ” Alamak! Terlepas cakaplah pulak!  - m/s 209

“Penting ke berapa lama? Masa tak jadi penyebab sama ada seseorang tu boleh dipercayai ataupun tak. Kadang-kadang orang yang dah lama kita kenal pun boleh tikam kita dari belakang, Abang Fawaz…” Tegas suara Hannah mempertahankan kepercayaannya kepada Uwais. Bukan dia hendak kurang ajar dengan Fawaz sebagai lelaki yang dianggap abang itu, tetapi kalau sudah sampai cuba menanam duri dalam hatinya, sudah tentulah dia takkan berdiam sahaja. Tak baik betul Abang Fawaz ni, tak suka tau kutuk Abang Uwais Hanny macam tu… - m/s 231

“Takpe la mak, abangkan kerja cari duit… bukan dia buat kerja yang bukan-bukan…” chewah! Sejak bila pulak aku dah jadi penyokong kuat Uwais ni? Bukan aku ke yang tak suka kerja jual burger tu? Kalau dah cinta tu, boleh tukar jadi apa aje, kan? Batu pun boleh jadi emas… - m/s 267

“Terima kasih, sayang… terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada hidup abang… terima kasih kerana menjadi pelengkap dalam kehidupan abang yang banyak kekurangan ni…” Uwais memaut tubuh Hannah dan dicium dahi isterinya itu. – m/s 543

Kata Ku :

Novel ni best sangatttt… aku dok sengih + gelak2 je baca novel ni. Gile nak cramp mulut tahan gelak sbb baca kat ofis! Kalau tak, mau aku guling2 kot. Hahahhaa… serius kelakar specially watak Makcik Sarimah. Aku dok terbayang la Makcik Mary, mak tiri Zoela dalam citer Sindarela. Ingat tak citer tu?

Hero citer ni plak, si Uwais, alahaii… sangat la cool dan caring sesangat kat wife dia yang manja2 anak orang kaya tu. Sindir-menyindir antara diorang sweet jer bagi aku. Heheheh… Citer ni tak banyak konflik berat2. Setakat rebut-rebut manja dari Fawaz tu jer. Hehehehe… Tapi, aku sedih la jg part baby meninggal tu. Huhuhuhu…

'Sambungan' citer ni sila baca Bukan Kerana Aku Tak Cinta. :)

Kredit  5/5

Karya-karya E-Man Sufi yang lain :

Saturday, 3 August 2013

Novel : Bukan Kerana Aku Tak Cinta


Cinta itu hadir kerana perkenalan… bersemi kerana perhatian… bertahan kerana kesetiaan… namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan…



Judul : Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Penulis :  E-man Sufi
Muka Surat : 627


Harga : RM24

Rumusan kisah :

Walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya, Mastura nekad untuk hanya berkahwin dengan Jebat aka Ahmad Ziyad Iskandar Foo aka Long yang sangat dicintainya walaupun Jebat hanya pandang dia dengan sebelah mata sahaja pada mulanya. Jebat merasakan dirinya tidak padan dengan Mastura. Namun, kesungguhan Mastura terkesan di hati Jebat. Lantas, Jebat setuju dengan perkahwinan itu walaupun dengan berat hati disebabkan kisah silamnya.

Jebat akhirnya berterus terang dengan Mastura yang dia adalah bekas gangster dan berjanji untuk membuang tatu yang ada pada badannya. Tok Ayah dan kakaknya, Hannah pula mendapat berita itu daripada Aryan, yang sepatutnya mengahwini Mastura. Tok Ayah mahu supaya Mastura bercerai dengan Jebat.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Kau tak kenal siapa aku Mastura! Aku bukan lelaki yang layak untuk kau… carilah lelaki lain! Yang lebih baik dan sesuai dengan kau.” Suara itu kedengaran begitu lelah. Mungkin penat dengan kedegilan gadis di depannya itu. – m/s 47

“Tak nak! Mas takkan makan selagi tak dengar kata putus tok ayah yang majlis pertunangan tu tak jadi! Kalau nak Mas kahwin cepat pun… okey! Mas tak kisah nak kahwin esok sekalipun tapi dengan Abang Jebat bukan orang lain!” jawab Mastura. Dia tetap dengan keputusannya yang tidak mahu makan. – m/s 190

“Aku takkan benarkan kau kahwinkan adik kau dengan lelaki itu… aku takkan walikan dia! Bukan aku pandang hina kepada budak tu… bukan… tapi aku berpegang kepada janji, Hannah… Mas sendiri yang berjanji untuk berkahwin dengan Aryan…” Tan Sri Idris menyatakan keputusannya. Namun Hannah masih nampak tenang. – m/s 222

“Jadi diri abang sendiri… taka pa kalau sayang tak romantic… tak perlu cakap yang abang cintakan Mas… dari awal lagi Mas dan tahu perangai abang memang macam ni… Kasar tapi Mas tahu… abang baik sebenarnya. Kan?” – m/s 308

“Aha… Salah tu. Kita lebih daripada sepupu… jangan lupa, Long, Ai ada semua gambar-gambar romantic kita… agaknya apa reaksi dia kalau tengok gambar-gambar tu? Tentu dia terkejut apabila tahu suami dia yang alim ni rupa-rupanya gangster dan womanizer.” Airen ketawa galak sambil memintal rambutnya. Merenung batang tubuh Jebat yang tak senang dengan kedatangannya. – m/s 348

“Apa sebenarnya tujuan kau datagn bekerja kat sini? Mula-mula aku fikir kau nak ambil kesempatan kepada Mastura dan kekayaan keluarga aku tapi kau dah ada semua tu… aku betul-betul nak tahu, Jebat. Siapa kau sebenarnya? Kau takkan jawab, kan? Tak apa… aku takkan berhenti siasat selagi aku tak dapat jawapannya!” – m/s 380

“Tatu ni dah lama, Mas. Aku cacah masa aku belasan tahun… tapi sekarang aku dah bertaubat! Cuma tatu ni masih belum dapat dibuang. Aku janji, aku akan berusaha buang tatu ni.” Jebat berusaha meyakinkan Mastura. – m/s 390

“Calm down! It is okay if you are upset with me but you must listen to me now! No matter how many women I have had before, there is only one woman I will ever be with now. I don’t miss a thing about the life that I lived before and I will never go back to it. I only want you! My wife, my first and only lover… do you hear me?” – m/s 430

“Mas akan cuba untuk terima abang seadanya. Mungkin Mas patut mulakan dengan mengenal ahli keluarga abang dan mendengar semua kisah hidup abang… asalkan taka da apa-apa rahsia antara kita, Mas tentu boleh lalui semuanya.” Janji Mastura. Jebat hanya mampu senyum tawar. Masih ada lagi yang belum diceritakan kepada Mastura, bahkan rahsia ini lebih besar dan menakutkan. Bagaimana kalau rahsia yang satu ini mengakhiri hubungan perkahwinan mereka? – m/s 448

“Kau ada bukti? Eh… kalau dia tu gangster ke mafia atau yakuza sekalipun… apa psal dia tak masuk penjara? Kau tu sendiri polis. Apa psal kau tak tangkap aja dia kalau dia tu penjenayah?” –m/s 478

"Kadang-kadang kita tak tahu. mungkin orang yang berbuat jahat kepada kita pun pernah berbuat baik kepada kita. kalau tak sekarang, akan datang... atau mungkin suatu masa dulu tapi kita tak tahu." - m/s 515

“Aku tak mahu dia ada dalam keluarga ni. Aku tak mahu cicit aku lahir nanti, dia berbapakan seorang lelaki yang tak bermoral… orang macam dia, tak ada tempat dalam keluarga kita. Dia tak layak untuk kau sejak dulu lagi tapi aku ikutkan juga kehendak kau sebab kau terlalu buta dengan cinta.” – m/s 536

“Ya… lelaki bejat, hina dan pendosa! Aku la yang menyelamatkan cucu kau waktu itu. Padahal, manusia berhati hitam dan jahat seperti aku ni, memang taka da belas kasihan nak selamatkan cucu kau tu tapi lelaki yang kau hina dan nak halau keluar itulah puncanya aku menolong cucu kau waktu itu… kalau tak disebabkan rayuan dan permintaan Jebat, cucu dan mayat anak menantu kau mungki sudah renting terbakar!” – m/s 578

Kata Ku :

Aku tak brp suke ngan Jebat sbb dia tak romantic! Amboi.. nak yg romantic je kan! Hahaah… Tapi, aku jadi berdebar-debar nak tau ending citer ni selepas Jebat kahwin ngan Mastura. Satu demi satu persoalan terjawab. Saspen sgt! Dan yg paling saspen, si Jebat mati??!!

Btw, novel ni 'adik-beradik' ngan novel Suami Yang Kubenci, alaaa... kisah si Uwais dengan Hannah Maryam tu.

Psstt... citer ni bakal didramakan 60 episod dan ditayangkan di Mustika HD.

Sharnaaz Ahmad sesuai kot ngan watak Jebat.
Nelydia as Mastura... something new la kann.. 


Kredit 4.5/5

Karya-karya E-Man Sufi yang lain :
1. Hikayat Cinta Si Pematah Hati
2. Suami Yang Kubenci