Tuhan… Jadikan dia cinta terakhir ke
syurga mu…
Judul
: Jujurlah Nikahi Aku
Penulis
: Umie Nadzimah
Terbitan
: Karyaseni
Muka
Surat : 640
Harga
: RM25
Rumusan
Kisah :
Nurin
Asyfa dilahirkan dengan kecacatan. Disebabkan kecacatan itu, ibu kandungnya
sendiri membenci Nurin. Zurin the
Shollot, adik kandungnya pula menggelarkan Nurin Si Kudung. Bapanya pula hanya
membiarkan tindakan isterinya. Malah termakan fitnah isteri dan anaknya,
menambahkan derita dalam hidup Nurin.
Dari
kecil, Nurin hanya ada Abang Alan dan keluarga tempat mencurahkan kasih. Namun,
persahabatan mereka terbatas kerana perbezaan agama. Perhubungan mereka semakin
terbatas bilamana Nurin selamat menjadi isteri Zanif, yang sepatutnya berkahwin dengan Zurin.
Kesabaran
Nurin melayani karenah suaminya yang ego dibayar dengan kecurangan. Hati yang
lara menemukan Nurin dengan Qayyum.
Kata Ku :
Semput gak nak baca citer ni. Maybe
sebab baru siap baca citer Dia Cinta Yang Kucari. Isu ‘kecacatan’ wujud dalam
kedua-dua citer. Citer yang penuh dengan drama sampai aku rasa macam
meleret-leret pulak.
Mak dan adik kandung yang dari awal
tak dapat terima kekurangan diri Nurin. Haihhh… penat den!
Hero yang tenggelam dek drama-drama,
tapi dah boleh agak bila Qayyum muncul.
Ending, kemunculan Suzira mmg di luar
jangkaan.
Malas nak komen tentang Zanif, lebih
kurang mcm Payed.
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment