Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts
Showing posts with label Rehan Makhtar. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Novel Wishlist...

OMO OMO... dah setengah tahun tak hapdetttt... Apa nak jadi ni weyy..

Novel pun dah lama tak beli... Ni mmg semua salah K-Drama! Kekekeke...

Konon2 nak borong novel kat PBKL.. tapi, last2 tak pegi pun..



Hahh.. yg ni semua dh ready dlm 'bakul'... nak kena tunggu next book fair.. Bila ek? Hjg tahun ada kann...

Cart :

1. Rehan Makhtar - Hurt, Permata Hati, Dengarkanlah Jeritan Hatiku
2. Acik Lana - Red Velvet
3. Emy Roberto - Ingatkan Dia Tentang Setia
4. Hero Seorang Cinderella
5. Syamnuriezmil - Perempuan Paling Bahagia
6. Farah Husain - Chinta Unlimited



Rasanya, by end of the year.. akan bertambah lagi kot... Kena start menabung ni.. huhuhu..

So, sementara tu.. sambung layan K-Drama.. Hihihi...

Apa2 pun.. Salam penghujung Ramadhan semua...


Tuesday, 29 September 2015

Novel : Seseorang Untuk Aku


 Dia Amanah
Dan, Aku Penjaganya…

Judul : Seseorang Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 620
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Percintaan Lailatul dan Zarul selama beberapa tahun akhirnya diakhiri dengan perkahwinan Zarul dengan Lizahani, adik Lailatul. Atas dasar tanggungjawab dan amanah kedua ibubapanya, Lailatul inginkan kebahagiaan Lizahani terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang dirinya sendiri. Zarul yang kian mendesak, akhirnya meminang Lizahani. Rahsia perhubungan Zarul dan Lailatul diketahui Lizahani pada malam perkahwinannya. Kerana kecewa dan cemburu, Lizahani pada mulanya telah menghalau Lailatul daripada kampung.

Muhamad Al-Qadr (Qadr), sahabat Zarul yang menghadiri majlis perkahwinan Zarul, bercuti di rumah sewa keluarga Zarul, telah ditangkap khalwat bersama Lailatul, ‘tukang kemas’ rumah tersebut.

Demi rasa tanggungjawab, simpati dan risau sekiranya insiden tersebut diketahui umum, Qadr bertindak mengahwini Lailatul. Lailatul yang tidak punya sesiapa hanya mampu berserah kepada nasib. Dan sekali lagi, dirinya diuji apabila harus berjauhan dengan suami. Demi amanah suami, Lailatul tabah menghadapi mak mentua yang belum dapat untuk menerima dirinya.

Tatkala mak mentua sudah mula menerima dirinya, Lailatul terus diuji lagi. Mampukah Lailatul mengecap kebahagiaan?

Kataku :

Simple & typical storyline, tapi penuh dengan penghayatan emosi. Kenapa typical? Sbb citer dia pasangan kena tangkap basah & mak mentua tak boleh terima menantu. Dan typical gadis melayu yang hanya berserah pada nasib.

Lailatul bagai lilin yang berkorban demi adik tersayang tapi dikhianati. Sedih dan kesian sgt dengan nasib Lailatul. Tapi, Lai sangat bernasib baik sebab dapat jumpa ngan Qadr yang sanggup tolong dia even niat asal Qadr pada mulanya tak brp nak betul.

Meleleh airmata bila baca part Lai makan bagai pengemis. Dapat bayangkan bila Lai melutut nak habiskan sisa makanan sambil menangis! (Page 314)

Sangat2 touching juga baca part mama Qadr mula dapat terima Lai sebagai menantu. Lai mula bercerita tentang hal arwah ibunya. Dapat rasa kerinduan seorang anak pada ibunya.

Kalau nak compare Liza ngan Zarul, aku lagi  menyampah ngan Zarul. Adoii la Zarol!


Kredit 4.5/5



Monday, 29 September 2014

Novel : Dia.. Cinta Yang Kucari


 Kerana Engkaulah yang menghidupkan aku, yang menguasai seluruh hati dan jasadku.

Judul : Dia.. Cinta Yang Kucari
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 611
Harga : RM24


Rumusan Kisah :

Fareed Al Fattah aka Payed dan Fadlee Al Fallah aka Palee, adik beradik yang berlainan spesis. Payed kasanova. Palee si budak nerd. Luthfiya dan Luthfina, juga adik beradik yang berlainan spesis. Luth lembut. Fina liar. Ibu bapa kedua-dua pasang adik beradik ini pula bersahabat baik. Keluarga Payed baru kembali ke tanah air.

Kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses temuduga menyebabkan Luth diterima bekerja di bawah Payed, manakala Palee menolak lamaran kerja Fina. Bila menyedari kesilapan teknikal tersebut, Palee mengarahkan agar Luth bekerja di bawahnya. Payed yang sudah mula memasang jerat berasa tidak puas hati dan masih cuba mengganggu Luth. Fina ditemuduga kedua kalinya dah diterima bekerja di bawah Payed.

Demi mengubah kelakuan liar Payed, perkahwinan diatur. Luth yang sepatutnya berkahwin dengan Palee, selamat menjadi isteri sah Payed. Malam pertama merubah hampir kesemuanya. Seperti dijangka, Payed yang mahukan seorang isteri yang cantik, tidak dapat menerima kecacatan isterinya, lalu mengusulkan penceraian.

Sementara menanti proses penceraian, Luth banyak membantu Payed untuk mencari Dia yang Payed cintai.


Kata Ku :

Background citer buat aku teringat kat citer Playboy Itu Suami Aku (PISA) & Bukan Isteri Sempurna (BIS). PISA sbb ada dua org adik-beradik perempuan. BIS sbb ada dua org adik-beradik lelaki. Kedua2 pasangan adik beradik bak langit ngan bumi. Tak sebulu.

Tapi kannn.. aku rasa sgt2 annoying ngan karakter Payed dari awal hingga ke akhir citer, part ending terkecuali la kan. The most annoying hero I think so far. Payed anggap Luth hanya lah tabiat buruknya. Penafian perasaan dia terlalu lama. Ego.

Sedih sgt part malam pertama bila Payed tak boleh terima kecacatan Luth. Isteri monster? Jijik? Grrrr… Diri sendiri tak sempurna mana tapi nak pasangan yang sempurna. Tak pernah tengok diri dalam cermin kot. Haihh.. mula la nak membebel nie.

Luth… alahai!! Ada ke spesis mcm Luth ni? Sesabar wanita ok?!

Tapi kannn… sampai sekarang aku masih confuse tang ‘drama’ Luth kena kawin ngan Palee-Payed ni. Blur bleh?! Tak suke betol bila blur even dah habis baca. Grrr..


Kredit 3.5/5

Monday, 22 September 2014

Novel : Bahasa Hati Kita


Kita bersama demi kasih Dia..

Judul : Bahasa Hati Kita
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 643
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Kisah awek-Gothic-JED dan the-tall-dark-handsome-QUE!

Dian Jehanna Puteri aka Jed membesar dalam limpahan kemewahan hidup namun hatinya memberontak kerana kurang kasih sayang kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan masing-masing. Qalam Azad aka Que, abang sulung yang taat dan menjadi tunggak keluarga bila ayahnya meninggal dunia.

Pertemuan pertama Jed & Que sudah bercakar. Jed pantang ditegur. Que pula menegur dengan sinis. Walaupun bercakaran, pertemuan demi pertemuan dengan Que menjadikan Que sebagai Quantity Controller dalam hidup Jed. Que selalu ada menjadi penyelamat kepada Jed.  Sedikit demi sedikit Jed mula berubah dengan sindiran halus Que.

Hati mula berbahasa menuju destinasi. J


Kata Ku :

Teringat citer author sebelum ni.. Suami Tak Kuhadap (STK). Kisah suami yang membentuk semula jati diri isterinya. Bezanya dalam STK, heroin dia penuh dengan dendam dan amarah. Dlm BHK, Jed lebih kepada memberontak dek kerana berasa sunyi dan tidak dipedulikan oleh kedua ibubapanya yang sibuk dengan perniagaan.

I love Que’s character. Dia tak romantic tapi sifat caring dan sinis dia buat Que punya aura yang tersendiri. Sinis pun sebab nak coverline perasaan dia terhadap Jed. Jed yang dalam proses menjadi srikandi wanita besi pula tidak dapat menghidu perasaan Que. Suka dengan chemistry yang kuat antara mereka. Buat aku tersengih2.

Paling suka part ni.. m/s 313.

“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu.” – Jed
“Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi.” – Que

See.. Que tak perlu ayat2 bergula pun tapi cukup buat aku melting. Besides, aku mmg suke kot ngan couple yang mcm kawan. I mean.. xyah nak declare bagai.. xyah nak ayat2 bunga & bergula bagai.. yet, the chemistry is there..

Overall, tema citer yang biasa tapi diolah dengan baik sekali… enjoying reading this piece of RM..


Kredit 4.5/5

Friday, 8 August 2014

Novel : Suami Tak Kuhadap


 Namun takdir tetap membawa kamu dekat dalam hati…

Judul : Suami Tak Kuhadap
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 743
Harga : RM28

Dah lama baca citer ni dalam blog penulis tapi tak tau kenapa dibiarkan mcm tu jer. Mungkin sebab menyampah ngan Syai yg penuh dengan dendam. Bila member beli novel 2nd hand, bleh la tumpang sekaki. Hihihi…

Oye, Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..

Rumusan Kisah :

Nur Syaima (Syai) seorang gadis yang penuh dengan rasa dendam, benci dan amarah pada ayah dan keluarga tirinya. Dia meletakkan segala kesalahan terhadap ayahnya yang meninggalkan ibunya yang sakit dan berkahwin lain. Dirinya terasa terasing walaupun ayah dan keluarga tirinya sentiasa cuba untuk mendekatinya.

Budriz, anak kepada isteri ayahnya, sentiasa bersabar dengan kebencian Syai terhadapnya. Kasihnya pada Syai akhirnya membawa kepada perkahwinan tanpa rela oleh Syai. Budriz mendidik Syai agar menerima segala yang berlaku dalam hidup sebagai ketentuan Ilahi. Kasih sayang Budriz akhirnya membuka hati Syai untuk menerima Budriz sebagai suami. Pada masa yang sama juga cuba menerima kembali ayah dan ibu tirinya.

Rumahtangga mereka bahagia walaupun tidak direstui oleh nenda Budriz yang terlalu mementingkan keturunan. Kemunculan semula bekas teman lelaki Syai, Faez juga mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh.

Kata Ku :

1st part citer ni mmg berjaya buat aku rasa semput sgt.. semput sgt2 ngan Syaima yg penuh dengan dendam kesumat.. Pelik betul mcmana la si Budriz bleh jatuh hati pastu konfiden plak yang si Syaima ni pun sebenarnya ada rasa kat dia. Hmm..

2nd part bila Syaima dah mula terima Budriz. Banyak pula cabaran dalam rumahtangga mereka berdua. Mula2 ingatkan Nurina yang akan jadi racun dalam hubungan mereka. Sangkaan aku meleset la plak. Faez??!! Mamat pshyco! Tang nenda Budriz mmg tak yah ckp la kan.. huh!! Mula la aku nak emo ni…
Overall, bacaan yang agat berat dan stress. Serabut otak aku!

Kredit 4/5

Thursday, 26 December 2013

Novel : Tiba-Tiba Dia Ada


Seandai dirinya tercipta untukku, relaku menjadi miliknya.


Judul : Tiba-Tiba Dia Ada
Penulis : Rehan Makhtar
Terbitan : Penulisan2u
Muka Surat : 647
Harga : RM24

Novel ni akan mula dipasarkan Januari 2014, tapi sape2 yang ada serbu Pesta Buku kat PWTC baru-baru ni dah selamat la peluk novel ni. Hihihihi…

Rumusan Kisah :

Cadangan tiba-tiba kedua ibubapa Aryana menyebabkan Aryana memaksa diri untuk menerima Ayie yang lebih muda darinya. Kemunculan Ayie yang tiba-tiba dalam hidup Aryana membuatkan Aryana ter-bau hanyir dengan cadangan ibubapanya.

Setelah bernikah, Aryana menemani Ayie kembali semula ke Berlin untuk meneruskan pengajiaannya. Bau-hanyir terjawab sudah. Kematangan dan kenakalan Ayie mengusik hati Aryana dan mereka bahagia bersama.

Kebahagiaan mereka teruji bilamana Aryana terpaksa kembali semula ke Malaysia dan meninggalkan Ayie di Berlin.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Aryana : Kalau betul awak nak diikat, kenapa dengan kakak? Kan awak ada awen sendiri? Tak sayang awek? Atau saja nak main-mainkan hati perempuan lain? Awak tak berani nak tolak kehendak parents awak, biar kakak cakap dengan dia orang. Okey macam tu? – m/s 46

Aryana : Ayie tersilap panggil nama Khai sekali dalam tidur. Dengan gambar segala, bohong kalau Arya tak curiga. Arya bukan tak percaya tapi Arya curiga. Itu mungkin membawa maksud yang sama tapi tetap perkataan berbeza. Sungguh ke Ayie tak ada rasa dekat perempuan? – m/s 168

Ayie : Try me tonight kalau Arya tak percaya yang Ayie ni bukan gay. – m/s 229

Ayie : Tak ada terkeluarnya dan kalau terkeluar pun, yang ada dalam dada Arya tu jantung Ayie punya. Kita dah sistem barterkan jantung masing-masing kan? Jadi toksah nak risaulah. Ayie tak bagi jantung tu keluar merata-rata. Musim luruh nak masuk musim sejuk ni, biar duduk situ. Nyaman sikit. – m/s 255

Ayie : Mesti tak biasa. Adanya Arya sekarang macam panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. Bagaikan pantai kematian ombak. – m/s 304

Ayie : Ayie kagum sungguh ni. Tak tipu. Bangga Arya cakap Ayie ni ialah lelaki dalam hati Arya. Of course I’m a man in your heart. Tak ada siapa boleh diami hati Arya melainkan Ayie aje. Ayie dah buat pagar karan dalam hati Arya tu. High voltage. Orang nak sentuh kena renjatan. Terus kojol… - m/s 323

Aryana : Sekarang di mana saja ada Zakhri Adha, itulah  tempat paling seronok buat seorang Aryana… - m/s 370

Aryana : Ayie is the best thing that happened to me, ma… and I thank you for bringing him to this world. – m/s 402

Iman Firdaus : You pun macam tu, Aryana. Sesuatu yang tak mampu I  miliki… Tapi, you jangan risau. I ni bukan jenis lelaki yang akan merampas hak orang lain, awek orang sekalipun. Ini apatah lagi isteri orang. I tahu dosa pahala and I think you both look good together… - m/s 476

Ayie : Setiap ada Arya, di situlah ada rasa Ayie nak bercinta… - m/s 534

Umur itu angka tapi jodoh itu ialah hadiah daripada Allah Yang Esa. – m/s 644


Kata Ku :

Kisah AraYie!

Haiiih… Ayie ni memang born with sweet talker and I’m melting! Ahaksss… Yes, he is young but he is mature enough and the most important is Arya and Ayie complete each other. Part Ayie prosopagnosia tu a bit tak sampai di hati. Not to say tak ok tapi macam takde struggle sangat kot.

Tak puas hati sebab tak tau kejadian Aryan & Julita. Ermm… I presume Auni and Iman Firdaus is a couple.

Anyway, sangat2 enjoy baca 1st part of the story and the airport scene where Aryana nak kena balik semula ke Malaysia sangat touching.


Kredit 4/5

Karya Rehan Makhtar yang lain :

Thursday, 7 November 2013

Mini Novel Rehan Makhtar


Marathon mini novel Rehan Makhtar. Kalau nak marathon sama… Baca ikut sekuel tau!

Ku Ingin Milikimu - Kerana Sekali Cinta - Untuk Dia  - Subhanallah, Aku Mencintainya


Ku Ingin Milikimu



Kisah Mukhlis, salah seorang peminat penulis Ann Rahana yang mencintai penulis itu biarpun tidak pernah bertentang mata.  Kerana cinta, Ann terima Mukhlis dan keluarga Mukhlis seadanya. Mukhlis terpaksa meneruskan rancangan perkahwinannya dengan Jeslina. Ann pasrah.

Macam mana aku terkesan sgt dengan citer Pelukan Cinta, begitu juga aku sangat-sangat terkesan dengan kisah cinta Ann Rahana dan Mukhlis nie.

Giler punya terbuai dan terharu  layan setiap bait patah perkataan ungkapan perasaan mereka berdua. Bahagia milik mereka setelah melalui pelbagai onak duri. Tapi, aku tak berapa setuju dengan tindakan Mukhlis psl Zahran tu! Hmm..

Kredit 5/5

Kerana Sekali Cinta


Keberanian akan datang setelah kita alami kekecewaan.

Tekad hendak ‘membuang’ Ann Rahana dari hidupnya, Zafran melamar Anaresa yang baru ditemuinya 2 kali, walaupun Anaresa muda 11 tahun darinya. Kerana Zafran yakin hatinya telah terpaut dengan kekalutan Anaresa.

Sangat-sangat terhibur dengan citer ni. Sengih memanjang aku ngan kisah Zafran dan Anaresa. Banyak part kelakar…  Zafran bertemu dgn Haqmi! Kena tangkap khalwat dalam bas…  Hahahhaa… Seriously, Zafran memang sweet! Anaresa sempoi dengan snickers merahnya! Hahahaha…

Kredit 5/5

Untuk Dia


Tercuit hati dengan kisah cinta adik Zafran, Zafrin dan Haqimah. Bertekak-bertekak tapi sebenarnya dalam hati ada taman! Demi ilmu, mereka sanggup menanti bertahun-tahun untuk disatukan.

Sempoi la citer ni. Paling kelakar masa kat airport. Zafrin hantar Haqimah. Bagai nak rak luahkan perasaan dia pada Haqimah padahal Haqimah tu nak gi Alor Setar jer pun! Hahahahaah…

Kredit 4/5

Subhanallah, Aku Mencintainya



Ni kisah adik Zafran, Zafrina. Kisah doktor2. Haruslah aku nak tengkiu kat Ziyad sbb kalau bukan Ziyad, Zayed  lambat lagi kot nak take action. Makin hampir waktu nikah makin naughty pula c Zayed ni. Padahal mula2 tu kaku gak! Zayed romantic dgn cara dia tersendiri.

Kredit 4/5


Kalau nak compare semua mini novel, aku paling jatuh hati kat Zafran! J

Lepas ni nak layan Tiba-Tiba Dia Ada, kisah anak Anahara & Mukhlis. Versi cetak bakal publish bln dpn. 

Wednesday, 28 August 2013

Novel : Bila Nak Saksi




Selepas semua yang aku lalui tanpa dirimu, akhirnya kini kau datang menyerah.


Judul : Bila Nak Saksi
Penulis : Rehan Makhtar
Muka Surat : 623
Harga : RM23

Rumusan Kisah :

Pertemuan demi pertemuan di antara Jelita dan Yusuff aka Usop membuatkan Jelita mula menerima kehadiran Usop, walaupun sering menafikan hatinya telah tertarik dengan usikan-usikan Usop. Tanpa diketahui Jelita, semua pertemuan itu telah dirancang.

Status dirinya yang telah bernikah dengan Usop diragui. Terperangkap dalam sandiwara keluarganya, membuatkan Jelita turut sama bersandiwara demi mengetahui kebenaran di sebalik pernikahan tersebut.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Hari ni, selendang awak terjatuh, saya kutipkan tapi awak tak nak. Satu hari nanti, kalau hati awak terjatuh, dan saya kutip… saya tak pulang macam ni dah, tau! Saya bawa lari aje,” ucap dia lembut. Ada nada gurauan pada hujung suaranya. – m/s 19

“Kalau macam tu, Lit izinkan mama dan abah carikan calon untuk Lit. Tak kiralah siapa. Janji mama dan abah yakin dia boleh jaga Lit. Lit tak kenal pun tak apa. Janji abah dan mama kenal, sudah.” Jawabku hendak menyedapkan hati mama. – m/s 23

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak!” tegas aku dan aku terus berlalu. Tapi telinga ini sempat lagi menangkap tawa halusnya. – m/s 39

“Tapi betul ke Lit jumpa dia macam tu aje? Berkali-kali pula tu. Kalau sekali boleh dikatakan kebetulan tapi kalau dah berkali-kali macam ni, rasa macam dirancang pula. Lit tak rasa dia rancang ke semua ni untuk berjumpa Lit? Jatuh cinta masa kali pertama bersua muka mungkin?” duga Abang Jeff tiba-tiba. – m/s 88

Usop menggeleng. “Yang ni saya dengan Tuhan aje yang tahu. Awak tak tahu tak apa. Cuma saya nak awak tahu hati saya ada pada awak dan sebagai system barternya, saya nak awak bagi hati awak pada saya.” – m/s 186

“Cakap ajelah Lit kau suka dia. Telefon atau SMS dia bagi tahu kau dah jatuh cinta kat dia. Tak ada ruginya nak mengaku ni. Tak ada istilah perigi cari timba, sebab kau bukan perigi dan Usop bukan timba,” ucap Kak Shima loyar buruk. – m/s 211

“Jangan panggil mak cik. Yusuff dan kahwin dengan Jelita, kan? Yusuff  dah jadi sebahagian keluarga kami. Panggil mama. Mama tak benci kamu tapi mama terkejut aje. Kenapa kamu bawa lari anak mama macam tu, Yusuff? Kan elok kamu datan minta cara baik,” luah mama lirih. – m/s 227

Mama mengeluh. “Kenapa nak percaya, sedangkan dah terbukti, kan? Sijil nikah tu. Mama yakin Usop tu baik dan dia tak akan mengaku dan palsukan sijil nikah sesuka hati kalau Lit tak ada kaitan dengan dia,” ujar mama membuatkan aku mengeluh sendiri. – m/s 279

“Ni bukan beg Lit. ni beg Usop. Dia bukan suami Lit. dia menyamar aje selama ni. Lit tak pernah kahwin dengan dia dan tak pernah memalukan mama dan abah. Lit dah tak tahan lagi. Lit nak suruh dia keluar daripada bilik Lit dan rumah ni sekarang juga,” jawabku bersama sendu. – m/s 346

“Dah berkali-kali abang katakan sayang. Dah berkali-kali abang berkias dan jujur juga abang akui abang cintakan Lit tapi Lit tak pernah nak mengaku. Sekali ni aje sayang, abang minta… bagi tahulah abang yang Lit cinta abang. Abang perlu dengar dari bibir Lit sendiri,” rayunya lagi. – m/s 361

“Okey. Selagi I tak dengar dari mulut Yusuff sendiri, I tak percaya. Dan kalau betul pun you dengan dia dah kahwin, I akan pastikan you pun tak akan bahagia kalau anak I tak bahagia,” tekan dia dengan bibir yang terjuih lantas dia keluar melalui pintu kaca itu. – m/s 433

“Tahniah Shila, awak dah berjaya runtuhkan rumahtangga kami. Awak dah buktikan yang saya bukan sesiapa pada dia biarpun saya lagi berhak daripada awak,” ucapku kepada mereka berdua. – m/s 465

Aku merengus bersama tangisan. “Benci Usop. Sampai mati dia betul-betul tinggalkan aku padahal aku dah minta maaf. Aku dah pujuk dia dah. Sampai hati dia sanggup batalkan majlis ni.” – m/s 524

Aku ketawa. “ Memang unik, kan. Tapi ini memang ada dalam Islam. Agama kita berikan hak sepenuhnya kepada wali mujbir kita, iaitu bapa kandung dan datuk kandung untuk nikahkan anak dara mereka dengan mana-mana lelaki yang dia berkenan. Tanpa pengetahuan perempuan tu sekalipun dah pernikahan itu tetap sah,” jawabku. – m/s 554

Kata Ku :

Usop Sontorian!! Hahahahaa…

Pernikahan unik yang aku tak pernah baca kat novel lain, so far.

Ada elemen 13PG! Oppss..

First half part citer ni, agak saspen juga. Tertanya-tanya juga apa, kenapa, macam mana dan siapa.

Second part citer, alahaii… bab tarik-tarik tali panjang buat aku lemas. Caring dan loving sesangat Usop ni dan amat la penyabar sungguh nak menundukkan isteri dia yang banyak pe’el. Pe’el Jelita ni mmg boleh tahan bikin geram! Huhh… Nak je aku ckp kat Jelita “Sudah, sudah la Jelita ooiiii…”. Emm… Expectation aku terhadap Usop meleset la pula. Aku dah bayangkan dia anak orang kaya bagai…

Lagi satu, anak-anak Usop dan Jelita sama la macam anak-anak aku. Si adik perempuan suka nak membuli si abang yang manja. Oh anak-anak!!

Oh yee… Aku ingat apa la nak disaksikan sangat.. rupa-rupanya… hehehehhe…


Kredit 3.5/5

Karya Rehan Makhtar yang lain :