Friday 27 September 2013

Novel : Perempuan Yang Paling Aku Cinta



Judul : Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 673
Harga : RM33

Novel Limited Edition tau…


Rumusan Kisah :

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah. Kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Karl : Sometimes the wrong choice brings us to the right place. Look at you now, and look at me. Kita dah ada haluan masing-masing yang lebih baik. just imagine kalau kita masih bersama in seven years back. You rasa you akan lulus dengan cemerlang? You rasa I boleh success macam sekarang if I tak pergi England ikut my dad? No, Bunga. No… - m/s 103

Karl : Falling in love with her is something I hadn’t expected. But being in love with her is something I couldn’t stop even I tried. I want her back, Alan… - m/s 161

Bunga : Marah? You pun pandai nak marah? Hei, apa yang you buat pada I memang teruk! You goda I, you buat I jatuh cinta pada you, you desak I serahkan semuanya pada you. But at the end you dumped me! You ingat I ni apa? Sampah? – m/s 187

Karl : You akan jatuh cinta dengan I sekali lagi, Bunga. And trust me, this time round I’ll make it right. I will love you until the day I stop breathing. I promise you, I will… - m/s 213

Karl : Bunga, please don’t do this to me. I might not be everything you ever wanted, but I’m always gonna be more than what you deserve… - m/s 306

Karl : Saya sanggup memperisterikan Bunga kalau itu boleh menutup malu keluarga pakcik. Dan kali ini saya mahu mengahwini Bunga seikhlas hati saya, saya cintakan dia. – m/s 345

Karl : No matter what kind of woman you are, and no matter if you can love me or not in future, after we got married, I will respect your values. I was prepared to do that much. – m/s 354

Bunga :  It’s funny, Karl… no matter how far I run, I’ll never be able to run away from the memories you left with me. – m/s 448

Karl : Oh, come on, Bunga. Dah terlalu lama I bazirkan masa kita, and this time I want to make it right. We are finally starting to walk at the same pace, Bunga, so we can’t always wait for the perfect time. Semuanya perlu bermula sekarang…  - m/s 488

Karl : Selama I pergi dari sini, rupa-rupanya I hanya bawa separuh hati I, Bunga. Dan separuh lagi, ada pada you. But I can’t go on like this anymore, I don’t want to lose anymore of the time that I have to be with you. – m/s 510

Bunga : No Elman, definitely no. I dah jadi isteri Karl, dan I akal kekal menjadi isteri dia selama yang mungkin. Dan kalau jodoh I dengan dia ditakdirkan tak panjang, percayalah yang dalam hati I Cuma ada dia. Sampai bila-bila… - m/s 593

Bunga : It’s not like that, Karl. I rasa I adalah perempuan paling bertuah sebab ada suami macam you. Orang selalu kata lelaki macam you ni susah nak dicari dekat dunia ni, kalau ada pun Cuma watak-watak dalam novel aje. But I’m glad that you’re exist, and I’m thankful because you’re mine… - m/s 608

Karl : You adalah bunga  dalam hati I, I akan jaga you, siram you dengan penuh kasih dan sayang, baja you dengan rasa cinta, dan I takkan biarkan you layu walaupun sedikit, I akan pastikan you kembang mekar penuh indah, cantik berwarna dan ceria. I takkan buat you bersedih lagi… - m/s 671

Lagu dalam novel :

Afgan - Bukan Cinta Biasa
Triad - Ratu Hatiku
Ernie Zakri - Bicara Cinta
Dygta - Cinta Sudah Terlambat


Kata Ku :

A touching story. Banyak bermain dengan emosi!

Aku dapat rasa penderitaan yang ditanggung oleh Bunga. Aku dapat rasa betapa marah dan kecewanya Bunga pada Karl and at the same time keliru dengan perasaan dia yang sememangnya mencintai Karl selama ini.

Maybe ada yang komen part tarik tali panjang sangat, aku pun kureng juga kalau dok tarik tali je kan, mula la rasa bosan.. tapi untuk citer ni, aku bagi pengecualian kot sebab berat juga kes Bunga dan Karl ni. So, aku rasa memang patut la kot Bunga tarik-tarik tali manja dengan Karl. And I love them after they get married. They never fail to express their loves to each other, which I think all husband and wife should do. J

Paling touching bab Eusoff, part Karl jumpa ayah Bunga, part Bunga balik kampung nak jumpa ayah dia and part Bunga ngan ayah dia kat hospital. Sedihnya..

Part malam pertama Bunga dan Karl… hahaha… nakal dan sengal tau Karl! Kesian Bunga!

Oh btw, since novel ni Limited Edition (LEd)… so agak frust bila novel ni takde cop mohor cik author. Nama pun LEd, tak dapat kat bookstore kan… So, I think tak salahkan kalau cik author sign semua novel2 LEd ni… sebagai tanda penghargaan kpd pembaca-baca. J

Pls take note...  I takde jual novel ni coz I pun pinjam kawan jer.. huhuhuhu...


7 comments:

  1. Beli/Barter novel PYPAC Limited Edition
    ~Agree wif you. cuma dari segi pengisian tu kurang sikit. sy rasa kebanyakan novel acik lana begitu agaknya. Acik lana sy kategorikan sbg penulis 'panas'~ Tapi sebab lenggok bhs dan jln ceritanya sy suka, bacalah juga...

    ReplyDelete
  2. Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

    eyna.eryna@gmail.com

    ReplyDelete
  3. sis ada jual ke novel ni? info saya jika ada http://nikainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Ada sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-

    xueling9492@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Nak jual PYPAC TLG BGTAU puteridiamond@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Anyone willing to let go of PYPAC, pleassse email me ye..rozanarazak95@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Anyone yg nak beli PYPAC sila email saya phantomgurlz@gmail.com

    ReplyDelete