Aku bukan Ratu Balqis dan kau
bukan Raja Sulaiman…
namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip
cinta-cinta yang tersulam…
Judul : Kuli Rumah Untuk Dia
Penulis : Aireen Aryana
Muka Surat : 475
Harga : RM20
Novel baru published bulan ni
(Sept 2013)
Rumusan Kisah :
Minn Alia, anak orang
berada, berpenampilan menarik dan manja.
2 tahun enjoy tanpa buat apa-apa. Walaupun educated, Minn Alia akhirnya
bersetuju menjadi pembantu rumah kerana beranggapan kerja itu amat senang dan
tidak memerlukan dirinya memerah otak.
Minn Alia menyamar sebagai
Syaminah Kadir, orang gajinya sendiri ketika di kediaman Tengku Arshad.
Kehadiran anak bujang Tengku Arshad, Syakirul Hafiz di rumah besar itu
menyebabkan kehidupan Minn Alia menjadi kelam kabut.
Semakin hari, Syak semakin mencurigai
Minn Alia yang kelihatan kekok membuat kerja-kerja rumah. Syak yang sudah syok
kat Minn Alia, meluahkan perasaannya pada Minn Alia, membuatkan Minn Alia tidak
senang hati kerana penyamarannya.
Penyamaran Minn Alia akhirnya
kantoi. Syak sangat terkilan. Tindakan Minn Alia yang mendiamkan diri bila Syak
melamarnya sekali lagi membuatkan mereka semakin menjauh.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Tapi serius, kalah Husna bila
kau dah make over macam ni. Serius, diorang mesti percaya punya kau ni boleh
jadi kuli rumah diorang.” Gelak Syuh masih bersisa. – m/s 31
“It’s up to you. Semua orang kena
ada disiplin bila bekerja. Saya tak suka orang yang curi tulang atau tak amanah
semasa menjalankan tugas. Satu lagi, awak melawan cakap tuan rumah awak, awak
rasa sesuai ke kalau saya simpan orang gaji macam awak?” tegas Syakirul Hafiz.
– m/s 63
“Aku tak pasti jugak la. Mana
pernah aku dapat PR yang standard habis bawak Tab sebiji, handphone gila
canggih, pakai perfume kalah umi aku. Then, tiba-tiba kita orang boleh jadi
kawan. Aku rasa aku pun ada salah jugak la. Terlalu pandang rendah pada orang
lain terutamanya orang gaji. Kak Nur contohnya, bukan tak ada duit aku tengok.
Tapi mungkin dia hantar ke anak dia sebab tu dia tak tunjuk barang-barang
jenama nak melaram bagai. ‘Si hantu cina’ ni lain sikit. Dia tak ada anak.
Entah ada keluarga ke tak, patut aje dia boleh beli barang-barang jenama
terkenal.” – m/s 128
“Tak tau. Aku rasa aku bukan
suka, tertarik tu ada la. Dia tu clumsy, selalu lawan cakap aku, berani tapi
kadang-kadang ada juga banjir dengan air mata. Kadang-kadang tu aku terasa nak
gelak even dia tak buat apa-apa pun. Yang aku suka, cara dia pandang aku.
Entah, mata dia tu beku tapi tajam. Aku rasa macam pernah jumpa dia sebab
jarang ada orang boleh jeling orang lain dengan tenungan tajam macam dia tu.” –
m/s 181
“Do you love me? Ni first time
saya tanya seorang gadis sama ada dia suka saya ataupun tak. Out of control.
Dengan awak, saya tak boleh kawal diri sendiri. Saya bukan lelaki yang boleh
ngan dengan mana-mana perempuan yang tak ada kaitan dengan saya. Tapi, awak
lain. I am out of my mind. Kenapa?” – m/s 240
Syakirul Hafiz tarik nafas
dalam-dalam. Mirr Adriz dipandang sekilas sebelum dia mengeluh perlahan. “Aku
tak marah selagi kau tak usik Minah. Aku nak kau tahu yang aku betul-betul
serius pada dia. Aku tak mahu dia pergi jauh dari hidup aku dan aku nakkan dia
jadi suri aku. Kalau kau sahabat, jangan ganggu dia, hatta kau bercakap dengan
dia pun aku tak suka.” – m/s 295
“I thought she was a nice girl.
Rupa-rupanya anak Tan Sri Ridhuan. Apa sengal pula Minn Alia tiba-tiba buat
lawak jadi pembantu rumah kita? Kalau dia nak jadi menantu abah, awal-awal lagi
abah dah pinangkan untuk Syakirul Hafiz.” – m/s 317
“Awak memang anggap saya ni tak
penting dalam hidup awak sampai awak sanggup tipu status dan identiti awak,
kan?” Syakirul Hafiz terkilan sebab yang tipu tu orang yang dah ada tempat di
hati dia dan sampai sekarang pun hatinya masih lagi menyebut-nyebut nama Minn.
– m/s 353
“Aku fikir dia pilihan terbaik.
Lagipun aku dah cukup tawakal masa mak dan abang terima pinangan entah lelaki
ceruk mana aku tak tau. Bila Syak jadi tuning aku, aku tak nafikan hati aku
seronok. Akhirnya Allah ketemukan aku dengan lelaki yang aku nak.” – m/s 430
“Masa awak menangis tu buat
firasat saya semakin kuat mengatakan bahawa awaklah yang saya nakkan untuk jadi
suri saya. Saya tak boleh kehilangan awak dan saya tak akan kehilangan awak
lagi. Sebab tu saya tak toleh ke belakang lagi untuk melamar awak jadi isteri
saya walaupun saya tak arif tentang perasaan awak terhadap saya. Awak saying ke
benci saya Minn?” – m/s 457
“Saya sayang awak, Syak. Saya
tutup jalan untuk hati saya berzina dan mengingat tentang awak selama bertahun
ini. Awak tidak tahu betapa saya menanggung malu kerana pernah merayu awak demi
sebuah kemaafan sedangkan terang-terang waktu itu awak dah ingat sejarah hitam
Minn Alia sebelum menjadi orang gaji awak dulu.” – m/s 462
Kata Ku :
Sengal! Eh.. bkn nak kata novel
ni sengal tau. Sengal sebab buat aku gelak sorang-sorang baca citer ni… Adoi..
sakit perut! Semua terma ni buat aku gelak… Minah tepung, ikan paus jantan nak
menopaus, ikan pari dikatakan ikan bawal, ikan dudu, hantu cina… Hahaha!!
Saspen sgt part Minn nak kantoi
kat Mirr. Bila dah kantoi kat semua orang, sadis la pula. Kesian pula kat Minn.
Tapi, tak suka pula kat Syak yang versi dingin. Kalau dah suka, cer
terus-terang, ni main propose jer. Tekejut beruk Minn tu. Merajuk bertahun plak
tu! Haiii la Syak. Merajuk diam-diam, mana la si Minn tu nak tau. Mula la
misunderstanding. Tapi, tak puas pula baca part ending. Mmg la happy ending.
Tapi, entah la.. macam boleh dikembangkan sikit lagi kot part ending tu.
Overall, sangat menghiburkan.
Kredit 4/5
Ikan dudu....hantu cina tu yg aku tak blh lupa...hahahaha...mmg sengal!!!
ReplyDeleteTkasih Ryanna atas reviewnya.. :D :D
ReplyDeleteHi Aireen! Welcome and thanks for dropping by! Bangga pula cik author singgah sini.. All da best ya! :)
Delete