Thursday, 5 September 2013

Novel : My Precious Iris


 Demi waktu, di bawah langit-Mu, ku akui nikmat-Mu


Judul : My Precious Iris
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1001
Harga : RM35

Sambungan novel I Love You,Stupid! Better baca ILUS dulu ye sebelum baca novel ni.

Rumusan Kisah :

Berkahwin dengan orang yang dicintai sesungguhnya suatu yang indah. Begitu la indahnya hubungan kasih Firman dan Iris. Firman, walaupun sering sibuk dgn tugasnya sebagai polis, Firman tetap berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Iris, walau dari jauh.

Rumahtangga mereka diuji dengan kehadiran Haris. Iris banyak meluangkan masa dengan Haris dek kerana kesibukan Firman. Iris sering keliru bila dia bagaikan melihat Firman setiap kali bersama Haris. Moodnya terhadap Firman juga on-off. Iris dimandrem, itulah yang sebetulnya!

Cubaan membunuh Iris, menyebabkan Iris buta. Iris tidak dapat menerima kenyataan itu dan menyalahkan Firman yang tidak berada di rumah ketika kejadian untuk melindunginya.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“My precious, I love to hold you for the rest of my life. Tapi ramai sedang menunggu kita di bawah. Kita ada empat puluh lima minit lagi untuk upacaramembatalkan air sembahyang, solat sunat dan solat zohor bersama. Bolehkah saya lepaskan awak sekejap?” – m/s 64

“Abang nak mengulangi saat-saat kita bersama dulu tapi kita tak berpeluang berdua-duaan kerana kita belum bernikah. Maksud abang, abang tak berpeluang nak mendakap Iris seperti sekarang. Sekarang abang ank menghabiskan masa bersama Iris dengan melakukan semua aktiviti itu bersama. Hanya kita berdua.” – m/s 168

“Iris menyesal kahwin dengan abang sebab abang tak sekaya Datuk Tengku Haris Tasman?! Abang hanya kakitangan kerajaan bukan engineer, bukan lawyer yang mampu nak sara hidup Iris?! Abang taka da Audi, taka da Bugatti, taka da Mercs!” Dia pula menengking aku! – m/s 521

“Iris tak tau pasal ilmu hitam ni… Iris tak mahu tau… Rasa ngeri sangat… Dan Iris pun tau apa penghujungnya… Tapi Iris minta abang jangan lepaskan Iris… Jangan sesekali lepaskan Iris.” Firman pantas menarik aku duduk kemudian memeluk aku erat. – m/s 589

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…” Tumbukan tepat ke mukanya sebelum aku yang mengayunkan penumbuk. – m/s 612

“Iris… Berhenti menangis… Cakap dengan abang… Jangan diam begini… Ya Allah… Doktor! Doktor! Air mata isteri saya berdarah!” keadaan kecoh dengan aku yang masih menangis tanpa suara. Terlampau sedih… Sehingga tak terluah. Tiada kata-kata yang mampu menzahirkan apa yang aku rasa sekarang… - m/s 674

“You’re bleeding and you hurt yourself. Puas hati? Puas hati yang Iris memang masih hidup? Puas hati kerana dapat melukakan hati abang? Iris bukan kelar diri Iris tapi Iris kelar diri abang. Sakitnya abang lebih terasa.” Apa bezanya hidup dan mati sekarang untuk aku? Sama saja. Keadaan kelam-kabut dengan suara dan tangan yang memberi rawatan segera kepadaku. – m/s 690

“Awan hadir dan pergi tanpa dipandang. Ia melindungi dan menyayangi tanpa disedari. Begitulah abang dalam hidup Iris. Sentiasa melindungi dan menyayangi Iris. Abang hadir dan pergi tanpa Iris sedari. Bila abang gagal berada di samping Iris, adakah itu kesalahan abang atau takdir yang telah menentukan?” – m/s 731

“Kadangkala, dalam kesedihan terselit keindahan. Dalam ujian, terselit anugerah yang tak ternilai.” – m/s 864

Kata Ku :

Kalau mahukan bacaan santai, novel ini kurang sesuai. Jalan citer tak berat sangat tapi penuh pengisian. Aku rasa citer dia agak slow. Aku cuma rasa teruja kat hujung2 novel. Atau mungkin kebelakangan ni, aku lebih banyak layan citer2 yang santai kot.

First part citer ni, lebih kepada sesi balas-dendam-rindu sebab Firman dan Iris sebelum ini cuma memendamkan perasaan. So, mereka ulangi semula kisah mereka sebelum ni sambil menyingkap satu persatu perasaan di sebalik kisah-kisah itu. Firman yang pedas dah jadi tak pedas sebab dalam hati ada taman. Setiap luahan perasaannya walaupun skema sangat mencairkan aku. Purr… meow!! Aku suka idea berbalas surat antara suami isteri. J

Mereka memang pasangan sengal specially bila mereka gaduh-gaduh manja. Kadang-kadang dari manja boleh jadi sangat ganas macam musuh berapa keturunan! Singa dan naga la katakan tapi yang kelakarnya gabungannya menghasilkan ulat beluncas! Heh!

Ending agak sadis dan saspen dan juga mengelirukan! Aku ni pantang bila terlebih emo. Mula la nak meleleh bagai! Sesuai betul layan part ni time subuh. Memang confirm terlebih touching! Sob sob sob… Yg tak best, sbb ending dia masih buat aku tertanya-tanya. Macam masih ada tanda soal dalam kepala. Hmm..


Kredit 4/5

Karya-karya Melur Jelita yang lain :
1. I Love You, Stupid!

15 comments:

  1. Sealed with a kiss.... ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tetiba rasa rindu kat Firman! Hehehehe

      Delete
    2. sy dh baca ILUS dan skrg tgh dlm proses nk baca MPI...rasa mcm wujud je firman ngan iris ni. heheh....cerita dan kisah hidup dorg tu terkesan betul dlm diri sy....

      Delete
  3. klu rindu bce la lg dok ulang2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Masih x boleh membuang perasaan rindu kat Firman Ebrahim n Iris Nor. X pernah berperasaan begi, selalunya habis membaca terus x ingat. But saya lebih menyayangi ILUS

    ReplyDelete
  5. Betul.. ending dia sgt mengelirukan.. Kehadiran semula firman misteri.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Sis Ryanna . Memang ending agak confusing sikit. U think kubur siapa tu eh.... one of the bodyguard or both? Pasal tak mention dia ulang alik hosp... tu yang terkejut .... but nice ending jugakla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kubur detektif yang jaga Iris sepanjang Iris di bwah pemerhatian pihak polis. Detektif Idris tak silap. Nak tahu pasal Firman boleh bukak m/s 967,969(ASP yg Iris kerap panggil tu Firman-Dah naik pangkat )

      Delete
  7. Best lah novel ni. Part ending memang susah dan confuse sikit sbb nak bikin suspen. Anyway I love this story.

    ReplyDelete
  8. boleh share tak ending dia macam mana?teringin sangat nak tahu

    ReplyDelete