Wednesday 2 October 2013

Novel : Terukir Cinta



Benarkah masa pengukur utuhnya sebuah cinta?


Judul : Terukir Cinta
Penulis : Anna Lee
Muka Surat : 615
Harga : RM24


Novel baru published Sept 2013. Siap ada cop mohor author lagi! Suke!

Rumusan Kisah :

Menyahut cabaran Imran, kekasih-hati-5-tahun yang tidak pernah hendak melamar Nadia, menyebabkan Nadia nekad ‘melamar’ Khalif Aufa yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Walaupun berpenampilan selekeh dan disangka mat gian dan pencuri kereta, Khalif Aufa bertindak sebagai penyelamat kepada Nadia dalam beberapa kejadian.

Oleh kerana Khalif Aufa yang sudah ‘make-over’, menyebabkan Nadia tidak cam dengan Khalif sehingga la Khalif sendiri memberikan hint. Namun, Nadia hanya mengenali Khalif sebagai driver bos Emas Holdings dan menerima Khalif seadanya. Identiti Khalif terbongkar ketika mesyuarat di antara Emas Holdings dan syarikat Nadia.

Nadia yang ternampak Khalif dan Maisara, kekasih baru Imran, memasuki sebuah hotel dengan mesra, berasa kecewa dan tertipu, lalu menerima Imran kembali dalam hidupnya.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Life isn’t about finding yourself, life is about creating yourself. – George Bernard Shaw – m/s 3

“Lagipun… sebelum umur 35 tahun aku akan pastikan aku ada kerjaya yang stabil dan gaji yang besar. Sekarang ni aku dah ada Imran, jadi soal teman lelaki dan jodoh aku dah tak payah fikir Cuma aku perlu fikir macam mana nak cari kerja yang gaji  lebih besar dari sekarang.” – m/s 97

Aku menarik nafas kecewa. “Awak, jangan pandang saya sebelah mata. Kalau saya tak tahan dengan desakan dia orang, saya terima saha siapa pun yang datang pinang saya. Nak tunggu awak mahu berkarat badan saya ni!” Hati aku mula berangin panas . – m/s 115

Aku memandang Yatie. “Dah lima tahun aku fikir… mungkin malam ni malam untuk aku buat keputusan. Aku yakin dah aku tak akan menyesal. Kalau dia betul cintakan aku, dia akan cari aku dan pujuk aku lepas dapat pesanan ni. Kalau dia terus terima keputusan aku ni tanpa banyak soal, maknanya memang dia dah lama mahu berpisah cuma tak berani.” – m/s 148

“Sudahlah Imran, awak nak bercinta atau nak berkahwin dengan Maisara sekali pun I really don’t care! But please… stop acting konon kau tu baik sangat. Dan tolonglah jangan nak tunding jari salahkan saya sebab sememangnya awak tak sayangkan saya dan awak penakut untuk berterus terang selama ni!” jerit aku. – m/s 173

“Jangan ajak aku pergi terjah semua chalet dekat pulau ni, aku malas!” Aku membantah, sudah penat berlari sana sini mencari Khalif. “Kalau memang ada jodoh aku dengan Khalif untuk bertemu… kami akan bertemu,” ujar aku perlahan. “If you love something let if go, if it comes back to you it’s yours, if it doesn’t, it never was,” tambah aku lagi. – m/s 257

The greater the love, the greater the tragedy when it’s over. – Nicholas Sparks – m/s 259

“Bayangkan. Kau orang berdua jumpa dekat hentian bas. Siap berdrama segala. Bergambar segala. Lepas tu terserempak pula dekat taman. Dekat warung. Lepas tu terserempak pula dengan Emas Holding dan sekarang dekat sini. Siap bergambar bagai. Memang kau orang berdua ada jodohlah.” Hujah Hara bersungguh-sungguh. – m/s 290

“Tak, hati saya tak tenangnak keluar dari pejabat bila dapat tahu awak pun berada di bawah satu bumbung dengan saya,” balas Khalif masih dengan suara romantiknya. – m/s 338

“Sejak pertama kali jumpa awak saya memang tak dapat lupakan awak,” kata Khalif. – m/s 401

“Saya akan makan sampai habis supaya hati awak tak berbelah bahagi untuk terima saya.” Lantas dia mengambil sudu dan menyuap kek tersebut ke dalam mulut. – m/s 404

“Perasaan saya pada Maisara tak sama dengan awak. Bila, seminggu awak tak ada di pejabat baru saya sedar yang saya rindukan awak.” – m/s 435

Dahi Maisara berkerut. “If you love someone, you really don’t care who he is. You just love him.” Dia memandang sinis. – m/s 442

“Moving on in life is about letting go of the past and embracing the future,” bisik aku perlahan. – m/s 454

“Saya minta maaf banyak-banyak pada awak…” tambah Khalif lagi perlahan mencapai tangan aku. “Saya tak boleh bagi tahu awak kenapa saya cintakan awak, sebab… semuanya bermula di sini dan jatuh ke sini.” Jari telunjuknya menuding ke mata kemudian ke dadanya. “Saya tak tahu kenapa mata ni terpikat dengan awak dan hati ni sering rindukan awak. Saya memang tak tahu kenapa. Atau mungkin awak tahu?” soal Khalif memandang sinis. – m/s 469

“Kalau itu keputusan awak, awak pergilah. tapi saya tetap tunggu awak. Selagi awak tak jadi hak milik sesiapa, selagi itu saya akan tunggu awak.” Imran menggenggam erat kedua-dua belah bahu aku. – m/s 479

Life is about finding and creating yourself. Then you will found someone to love till the end. – Julia Esqa – m/s 615

Lagu dalam novel :

What Makes You Beautiful – One Direction
Terukir Di Bintang - Yuna

Kata Ku :

Jalan citer yang santai, ringan dan boleh dijangka.

Actually, aku tertarik ngan intro citer ni… tapi bila dah pertengahan bab, rasa macam dah slow down kot. Lebih bnyak citer Nadia ngan Hara dan Yatie. Buat tak puas baca psl hero + heroin! Nadia ni blur giler sampai dah brp bnyk hint pun msh tak leh nak agak Khalif tu siapa. Haishhh… Khalif mmg sweet! J

Klisenya bila ending isteri pregnant, suami yg dpt morning sickness. J

Kredit 3.5/5


No comments:

Post a Comment