Saturday, 21 September 2013

Novel : Untuk Semua Dosaku


Are you in love with the idea of love, or do you love the creator of love?
Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’?


Judul : Untuk Semua Dosaku
Penulis : Rin Ahmad
Muka Surat : 618
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Kisah cinta antara Nur Lisa binti Tajudin dan Syed Azri bin Syed Gilani berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Cinta yang menggunung dan kasih sayng yang melimpah ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya.

Melayani karenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang telah berubah.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Syed Azri : Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship. – m/s 28

Syed Azri : No, I’m not wasting my time but I’m spending my time with you to make you fall for me. So, another day I can go to her and tell her she is my special girl and pointing his finger to you. – m/s 88

Syed Azri : Let’s be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship, then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don’t expect this happening so soon neither do I but I promise you, I can really take care of you. Like it of lump it, just stay here. With me. – m/s 114

Nur Lisa : We are roommate, remember? We will always stick together even after all the true colours shown. – m/s 196

Syed Azri : Love and physical attraction always hurt, never walk together. – m/s 198

Syed Azri : Love and friendship will never walk together. I love you and living together is just not my type especially with someone special. I can’t control myself. I know. So I’ll be right next door but I’ll be here anytime I want. Is it okay with you? – m/s 212

Syed Azri : I am not your friend. I never wanted to be just friends with you. I always wanted to be more than friends with you, but I am probably just one of many stars to you. – m/s 234

Nur Lisa : Kebar kawan saya. Macam garis-garis awan yang tak akan pernah hilang, tak akan pernah putus. Kat mana-mana pun ada. Awak pula macam matahari. Satu aje di dunia. Hakikatnya matahari bersinar tanpa mempedulikan cerahnya awan, nipisnya awan atau tebalnya awan. Matahari cuma satu. Awak kena faham letak duduk awak Azri. – m/s 242

Syed Azri : Boleh tak jangan jadi ‘kampung’ Lisa? Saya dah cukup sabar ni. Kalau awak nak berubah, berubahlah. Saya tak haling. Saya tak hairan setakat awak nak solat, nak mengaji. Saya okey, tapi boleh tak jangan degil? Dengar cakap saya. Salah ke saya nak tengok girlfriend saya cantik-cantik? Dahlah tengah serabut ni. Projek berlambak. Jangan cari pasal boleh tak? – m/s 283

Nur Lisa : Sometimes the bad things that happen in our lives put us DIRECTLY in the path of the BEST things that will ever happen to us. – m/s 289

Nur Lisa : Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousand years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita. – m/s 305

Nur Lisa : Love is much more like a wild rose, beautiful and calm but willing to draw blood in its defence. A relationship is like a rose, how long it lasts, no one knows. Love can erase an awful past, love can be yours, you’ll see at last. To feel that love, it makes you sigh, to have it leave, you’d rather die. You hope you’ve found that special rose, because you love and care for the one you chose. The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart. – m/s 317

Lydia : Have you ever felt so alone and nothing makes sense? Well that’s how I feel right now. I feel like I’m facing everything myself, with nothing but tears and fake smiles. – m/s 358

Nur Lisa : Kenapa Azri terlalu tenang? Selama ini, kalau benar dia sayangkan saya, kenapa tak terdetik pun satu perasaan bersalah? Perasaan berdosa mungkin? Kenapa dia boleh tersenyum memandang saya? Kenapa dia boleh selamba begitu sedangkan hidup saya sering dihambat oleh semua dosa yang pernah kami lakukan bersama? Dia? Dia boleh berjalan megah di bumi Allah tanpa perasaan ingin berubah? – m/s 384

Syed Azri : If you choose prison to avoid this marriage, I’ll be your visitor for life. – m/s 425

Nur Lili : Come on lah Kak Long. Kalau dulu Kak Long boleh berkepit dengan Azri kat sana dah macam suami isteri, kenapa sekarang papa suruh kahwin tak nak? Baru nak belajar jadi alim sikit dah berlagak nak kahwin dengan uztaz? – m/s 428

Nur Lisa : I’m still a great kisser. Plus now, it’s a bonus, a great kisser long time ago is now your wife. – m/s 449

Syed Azri : But here we are. Bind with this marriage and I don’t want to talk about Damia or who else. Nobody in my heart after you. Nobody. It just you. Then, now and forever. If else I won’t marry you. You know me inside out Lisa. – m/s 463

Nur Lisa : Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai dirinya sendiri tapi kalau jatuh cinta berulang kali dengan orang yang sama bagaimana? Saya keliru. – m/s 464

Nur Lisa : First I love him. Always and forever. Second, I want to be forgiven by Allah for the countless wrongs I did and I do every day and yet I am unwilling to forgive others for any wrong done to me? FYI, I’ve forgiven my husband. – m/s 479

Syed Azri : There should be a reason. Jealousy comes from insecurities. It also comes with tag and huge price. Love her more then it will calm her insecurities. – m/s 485

Syed Azri : Teddy bear tu kira sayalah. Kalau awak tak sayangkan saya, awak takkan simpan dan susah-susah nak angkut bawa balik Malaysia. Rindu saya ya selama ni? Kenapa tak cari saya? – m/s 499

Nur Lisa : Sayang, listen. Mencari keredaan Allah, tak ada kena-mengena dengan I am better than you but it’s more like let me show you what is better for you, for us. Islam ways of life is the best for every body. Awak mungkir janji awak dengan saya. Awak teguk jugak minuman haram tu tapi apa hak saya nak halang awak? And I did not sulk neither scold you. – m/s 517

Nur Lisa : Okay, fine! You want Jumeirah Jane? Old Lisa will never care with what rubbish you’re thinking. Old Lisa is one hell woman who will not tolerate with someone who broke his promise. She will just leave. – m/s 518

Tengku Akhbar : saya nak buat apa? I never love your sister. Look Lili, in my life, the only person who I’ve ever be in love is only with Nur Lisa. Only Nur Lisa. – m/s 584

Syed Azri : Mencintai awak tanpa syarat, hanya itu cara yang terbaik untuk saya mencintai awak. – m/s 602

Syed Azri : I remember your fake smile on our wedding day Lisa. If I could turn back time, I want to remarry you and make you proud of being my wife. – m/s 603

Kata Ku :

Sebuah hikayat percintaan Jumeirah Jane dan Jumeirah Jo! Hihihi..

Sebab citer ni tak straight forward sangat, so kena extra focus jg nak baca citer ni. Takde la berbelit sangat tapi scene bertukar-tukar, A ke B, B ke C, C ke B… so agak mengelirukan… mmg sebijik macam baca Gadis Edisi Terhad, walaupun tak sama jln citer. Penulis yang sama la katakan.

Secara kasar, mmg ramai kot tak setuju bila Nur Lisa dan Syed Azri duduk sekali. Memang tak patut pun kan. So yang tu aku tak nak komen lelebih. Bagi aku, Nur Lisa dan Syed Azri sangat la daring dan selamba. Suka cara diorang (abaikan tang dok sekali tu ye). Tak gediks nak belangkas sangat tapi still berbulan dan berbintang and at the same time still ada privacy masing-masing!

Memang aku sokong keputusan Lisa nak berubah tapi aku sedih baca part Lisa nak tinggalkan Azri dan keluar dari apartment diorang. Tanda 'comma' utk Azri dari Lisa untuk hubungan diorang. Aku lebih sedih bila Azri tinggalkan Lisa dan balik semula ke Malaysia. Tanda 'dot' untuk Lisa bagi menamatkan hubungan diorang. Huhuhuh…

Yg plg buat aku geram sekali mesti Nur Lili dan Damia. Nur Lili tak habis-habis nak ‘ayamkan’ Lisa! Semua yg berlaku semua berpunca dari Lili.

Anyway, kalau jodoh tak akan ke mana kan. Hidayah tidak perlu dicari tapi hidayah tidak akan takkan tanpa usaha.


Kredit 4.5/5

Karya-karya Rin Ahmad yang lain :
1. Gadis Edisi Terhad
2. Arluna

No comments:

Post a Comment