Friday, 20 September 2013

Novel : Kalau Memang Harus Begitu




Tak mungkin musim cinta ini berlalu, seandainya hatimu seperti hatiku…


Judul : Kalau Memang Harus Begitu
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 1031
Harga : RM36

Rumusan Kisah :

Nur Adara bekerja sebagai tea lady di syarikat milik keluarga Zidan Adiputra. Bermula dengan kes tertumpah air, Putra yang tegas, garang dan tak friendly sudah allergic dengan Adara yang dilihatnya sangat selekeh.

Namun di sebalik baju kurung lusuh dan kasut berlubang yang dipakai Adara, ada sesuatu yang menarik pada diri Adara pada pandangan Riyad, cousin Putra. Bantuan secara paksa oleh Riyad untuk make-over Adara menarik perhatian Putra. Putra mula mendekatkan diri dengan Adara dan menjauhkan Adara daripada Riyad.

Dalam diam, Putra hantar rombongan meminang Adara dan Adara hanya tahu tunangnya adalah Putra pada hari pertunangan mereka. Mana tak pengsan Adara! Kelakar!

Bila dah sah jadi suami isteri, mereka diduga pula bila Adara dalam dilemma untuk menggugurkan kandungannya demi untuk mendermakan buah pinggangnya pada atuknya. Keputusan yang sememangnya mendapat bantahan 100% daripada Putra.

Petikan-petikan dari novel :

Zidan Adiputra : Pretty? Kau nampak cara berpakaian dia tak? Kau tak tanya pulak dari planet mana dia tu datang? Aku ingat nak panggil semua staf and buat grooming session. Takdelah sakit sangat mata aku nak memandang. Imej syarikat kena jaga jugak, jangan ikut suka dia nak pakai baju macam nak pergi pasar. – m/s 61

Riyad : Forget it. Tapi apa-apa pun aku tak nak Adara kecewa sebab kau. Jangan mainkan hati dan perasaan dia, Putra. – m/s167

Zidan Adiputra : Saya jugak akan hantar awak ke kelas computer dan pergi kursus kesetiausahaan. Awak akan belajar banyak benda dekat sana, dan lepas tu boleh buat semua kerja tu dengan baik. – m/s 222

Riyad : Kau ni apa hal, Putra? Adara bukan kat ofis kau, so, janganlah nak marah-marah dia kat sini pulak. Afterall she feels safe with me, sebab tu dia keluar dengan aku. – m/s 258

Zidan Adiputra : Awak dah kena booked dengan saya… you’ll be mine. – m/s 446

Zidan Adiputra : I don’t care, kita tetap akan kahwin bulan Sembilan ni. Walau apa terjadi sekalipun, saya nak dalam hati awak tu jangan ada lelaki lain berani nak mencelah. Awak kena belajar cintakan saya, tak kisahlah macam mana awak buat. Yang penting, awak kena belajar cintakan saya. – m/s 456

Zidan Adiputra : Jangan sedih-sedih, Adara. Saya akan jaga awak, layan awak sebaik mungkin dan saya rela memujuk hati awak setiap kali awak bersedih. Just please give me a chance… - m/s 471

Zidan Adiputra : Aku tak kisah apa pun kau nak anggap pasal aku, tapi aku memang tak pernah buat semua tu! But the most important thing now, I want you to leave Adara alone. Berapa kau nak untuk lupakan dia? Just tell me how much and I will give you that damn money! – m/s 495

Iefa : Tuduh kata kau? Aku tak faham kau ni jenis manusia macam mana. Kau dah tahu Putra tu hak aku, tapi yang tu jugaklah kau nak rebut. Apesal? Nak test market kau? Sedarlah diri tu sikit, perempuan kampung! – m/s 560

Zidan Adiputra : Sayang sengaja buat perangai macam nikan? Sebab sayang nak tunjuk dekat Riyad yang sayang tak happy dengan abang, kan? – m/s 625

Zidan Adiputra : Sayang abang, abang janji abang takkan sia-siakan sayang. Sampai mati pun cuma saying dalam hati abang, abang akan setia dan jaga saying selagi abang mampu… - m/s 661

Zidan Adiputra : Are you kidding me? Sayang, you’re pregnant! Orang hamil tak boleh buat pemindahan organ, saying tak tahu ke? – m/s 843

Zidan Adiputra : Bad, when you love someone, you just do. No ‘maybes’, no ‘buts’ and no ‘whys’. You just want to do everything you could. – m/s 865

Adara : Sorry lah, encik silap sebab saya bahagia dengan suami saya. Rumahtangga mana tak ada masalah, tapi sampai bila pun saya akan kekal dengan suami saya sebab saya cintakan dia dunia dan akhirat. Faham? – m/s 876

Zidan Adiputra : Ye, aku tak nak hidup dengan pembunuh macam kau. Hati kau kejam, binatang pun tahu sayangkan anaklah… - m/s 926

Zidan Adiputra : Dia dah tak mengandung pa, dia dah tak mengandung! Dia dah gugurkan anak I, and you still nak I hidup dengan perempuan macam tu? I takkan maafkan dia atas apa yang dia dah buat. – m/s 936

Riyad : Adara, awak sendiri nampak apa yang dia buat pada awak sekarang, kan? Dia dah tak pedulikan awak dan saya tak sanggup tengok dia layan awak macam tu. It hurts me, saya yang rasa pedihnya. – m/s 967

Zidan Adiputra : You listen here Adara, aku dah tak peduli kau nak ada hubungan dengan sesiapa-siapa pun. Aku cuma nak kau tahu yang aku akan berkahwin dengan Melissa tak lama lagi… Pasal hidup kau, kau tentukanlah sendiri. I just don’t care. – m/s 984

Lagu dalam novel :

Romance Band - Ku Ingin Kamu


Kata Ku :

Yg buat aku tertarik ngan citer ni sbb heroin dia upgrade dari tea lady jadi secretary pastu jadi isteri kepada bos yg selalu marah-marah dia masa dia jadi tea lady. Fairytales sgt kan.. aku suke je fairytales ni.. hehehe..

Tapi, plot citer agak slow nak berkembang dari satu level ke level yang lain. Agak mendatar dan meleret sampai la part hubungan Adara dan Putra berantakan baru la aku rasa citer ni ada thrill.

Adara stok perempuan melayu terakhir kot. Dari awal sampai dah kahwin pun terlebih malu nak mengakui perasaan sayang dia pada suami dia. Kesian pula kat putra yang macam terhegeh-hegeh. Part paling kelakar, boleh pula si Adara ni pengsan time bertunang! Hahahah..

Bila hubungan Adara dan Putra dah berantakan, aku mula la tak suka dengan Putra. Sebab bagi aku Putra tak matang. Matang ke kalau sengaja nak sakitkan hati isteri dengan merapatkan diri dengan perempuan lain?! Geram pulak aku.

Satu perkara yang buat aku tertanya-tanya. Putra tu tau tak pasal kes Adara keguguran tu mmg kes kemalangan?


2 comments: