Tuesday 20 May 2014

Novel : Akadku Yang Terakhir



Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, betapa agung dan tulus kasih sayangmu. 
Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku…

Judul : Akadku Yang Terakhir
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 957
Harga : RM37

Rumusan Kisah :

Kegagalan Irham Zahri dalam perkahwinan sebanyak 3 kali dalam jangka masa yang pendek telah menemukannya dengan Rania Baheera, pakar psikoterapi yang merawatnya, setelah dipaksa oleh ayahnya. Pelbagai helah yang dibuat oleh Irham untuk membuli Rania kerana tidak ingin menerima rawatan tersebut.

Kekecewaan Rania terhadap Fazriq, abang angkatnya yang mencintai kakaknya sendiri, menyebabkan Rania menerima tawaran Irham untuk ‘bertugas’ di JB. Perasaan-perasaan lain mula hadir tanpa mereka sedari.

Rania akhirnya menerima lamaran Irham. Perkahwinan yang pada mulanya bahagia akhirnya mula retak disebabkan rasa cemburu Irham dengan perhatian yang Fazriq berikan pada Rania. Irham mula mengasari Rania dan akhirnya menceraikan Rania.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Rania : Having a whole bunch of women doesn’t make you a man, being faithful to one does. – m/s 69

Irham bila mengayat :

I know and I hope so too. Cuma sebab you sentiasa ada bersama I, I bimbang ada rasa lain dalam hati I. I’m just a man. – m/s 338

No matter how long it takes, no matter how far, I will get you, Rania. Mark my words, I will get you. – m/s 352

And I am taking a chance to tell you that you are special, limited edition. – m/s 366

You came into my life, Rania… And I plan to make you stay. – m/s 379

I know there are better guys out there, but I want you. Deal with that, Rania. – m/s  443

I akan beri sepenuh kasih sayang I pada you. Kasih sayang yang tak pernah I berikan kepada mana-mana perempuan yang pernah hadir dalam hidup I. – m/s 526

Tapi suatu hari nanti, I takkan ucap selamat tinggal lagi kepada you. I cuma akan ucap good night, Rania. – m/s 541

So, I want someone who will never leave, no matter how hard it is to stay with me. Rania, boleh you hidup  di sisi I sampai bila-bila? – m/s 558

Rania : Encik Irham, perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dicuba-cuba. Saya tak nak merisikokan hidup saya dengan perkahwinan bersifat sementara yang tak kekal lama. Saya minta maaf, saya terpaksa tolak lamaran Encik Irham. – m/s 589

Rania : Percayalah, aunty… saya tak salahkan Encik Irham atas apa yang berlaku. Sejarah biarlah terus menjadi sejarah, yang penting sekarang adalah masa depan. Dan saya bersedia untuk menjadi sebahagian dari masa depan Encik Irham. – m/s 633

Irham : I don’t want to be your whole world, Sayang. I just want to be your favourite part of it. Kita sama-sama cari jalan untuk hidup bahagia sampai bila-bila. Insya-Allah , bahagia akan sampai ke syurga. – m/s 730

Kata Ku :

The feeling masa baca citer ni lebih kurang feeling baca PYPAC. Kinda stress and tense. So, to me.. heavy readings jugak laa.. Kalau tgh stress tu, not advisable la kot baca citer ni. Heheheh..

Mmg hasil tgn Acik Lana ni mmg penuh dgn emosi. Tak pyh nak compare ngan Siti Rosmiza sbb masing2 ada cara penulisan dan penyampaian masing2 pun kann. So, bab penghayatan feeling tu mmg ada.

Ermm.. Irham punya stail romantic tersendiri. Takde la ayat berbunga sgt tp still bleh buat hati melt kot. Tapi, geram sgt ngan Irham yg selalu jer buat tuduhan melulu kat Rania. Kesian ngan Rania! Hhuhuhu… Tang Zahlia mmg drama sgt la kann..

Update 14/1/2016.. Drama to be..

Photo credit here

Kredit 4/5

Karya-karya Acik Lana yang lain :

No comments:

Post a Comment