Wednesday, 11 September 2013

Novel : Cinta Kontrak


Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, bila cinta bertemu tuannya.


Judul : Cinta Kontrak
Muka Surat : 596
Harga : RM20

Rumusan Kisah :

Nur Alia Airysha bekerja di butik mama kepada Muhammad Danial Franz, mamat yang melanggarnya ketika baru tiba di KL. Pertemuan pertama mereka yang tidak-berapa-baik menjadi ‘badi’ dalam setiap pertemuan mereka. Ada saja yang hendak digaduhkan.

Namun, dalam diam Danial sebenarnya sudah mula sukakan Airysha. Sebulan menghilang diri, perasaan rindunya pada Airysha berkocak kuat tatkala bertemu semula Airysha. Danial yakin untuk memperisterikan Airysha, tanpa meluahkan rasa hatinya yang sebenar. Kontrak yang dibuatnya sekadar untuk coverline ego dirinya.

Airysha yang berniat untuk melarikan diri pada majlis pernikahannya terpaksa membatalkan hasratnya setelah mama Danial menceritakan kisah silam Danial. Selepas berkahwin, Danial dan Airysha buat hal masing-masing.

Kehadiran Farhan membuatkan Airysha keliru dengan perasaannya sendiri. Danial yang terbaca mesej daripada Farhan, tersalah sangka. Kata-kata marah yang diucapkan kepada Airysha sangat-sangat terkesan di hati Airysha. Airysha terluka padahal dia sudah mula menerima Danial.

Bella yang syok kat Danial makin tertekan dengan penolakan Danial terhadap dirinya. Mama Bella yang simpati pada nasib anaknya merayu agar Danial mengahwini Bella dan Airysha bersetuju!

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Oiii… cicak kubin! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apehal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi, tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya. Matanya tertancap padaku. Pautan lengan masih tidak dilepaskan. – m/s 34

“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu aje yang kau tau nak sebut? Ya la! Ya la..! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia taka da hati, taka da perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. – m/s 106

“Kau ni apa hal? Mandi tengah-tengah hari dalam kolam ikan! Berangan nak jadi mermaid? Panas la sekarang ni. Dah… masuk!” – m/s 132

“Aku tak faham la dengan kau ni Airysha! Kau tak nak dia, tapi kau main tarik tali dengan dia. Kau tak bagitau kau punya status yang sebenar. Kau sengaja nak bagi dia tunggu kau? Macam tunggu  buah yang takkan gugur? Kau jangan bagi harapan la Airysha. Kau tak kesian ke kat dia? Takkan kau nak balas dendam? Kau tak adil… tak baik buat macam ni! ” – m/s 272

“Sebab kau berani tegur aku walaupun kau tak kenal aku. Sebab kau selalu bagi aku marah dengan kau. Sebab kau biar aku melutut depan kau. Selain daripada Nur, aku tak pernah melutut untuk mana-mana perempuan untuk memohon kemaafan. Sebab kau selalu bagi aku berfikir pasal kau saban malam. Sebab kau hilangkan lamunan Nur Syuhada dari kepala aku. Sebab kau dah jentik hati aku untuk jadikan kau suri aku…” Tenang ucapan Danial. – m/s 288

“Penjelasan? Yang ni tak cukup jelas? Kau tak sedar diri, kan? Aku kutip kau dari kampong, bagi kemewahan kat kau, bagi pelajaran kat kau, yang ni kau balas kat aku? Pergi mati la!” jerit Danial tepat ke arah mukaku. – m/s 318

“Aku takkan ceraikan kau. Tapi aku akan gantung kau tak bertali kalau kau melangkah keluar dari rumah ni…” Tenang kata-kata Danial. – m/s 326

“Hate me with all your heart. Aku tak kisah. But, please, don’t ask me to marry her. Don’t ask me to stay away from you.” Danial memegang kuat bahuku. – m/s 383

“Bella… I tak boleh bagi kasih sayang I semua untuk you. One percent pun tak boleh. Zero point zero zero zero one percent pun tidak sama sekali. Hati I memang completely untuk Airysha. Kalau I nikah dengan you, banyak kemungkinan akan berlaku. Either you, I gantung tak bertali. Atau I ceraikan you. Or the worst, I tak adil pada you. You akan jumpa prince charming you, one day.” Danial terus meninggalkan orang ramai yang menyaksikan babak yang Danial lakukan. – m/s 435

“No matter what, it’s enough for me if you stay by my side forever. Sedih, sakit, gembira or anything, kita share sama-sama. Deal?” Aku menyua jari kelingking. Jariku bertaut dengan jari Danial yang tersenyum gembira. – m/s 552

Kata Ku :

Childish lovestory… oppss… tak bermaksud nak merendah-rendahkan kualiti novel ni yer.

Just tak payah expect jiwa dibuai-buai dengan luahan perasaan Danial atau Airysha sebab dua-dua pun brutal tahap gaban. Gurauan kasar. Hubungan Danial dan Airysha bagaikan kawan je walaupun bila masing-masing dah mengakui perasaan mereka. Konflik tak berat.

Satu part yang berjaya buat aku saspen sikit bila Danial nak kena kahwin dengan Bella. Yang kelakar, Danial ni baca novel ok dan… Danial pengsan lepas ‘melahirkan’ baby diaorang! Hahahah… Yang tak kena bagi aku, watak Airysha yang bertudung labuh tapi sangat kasar. Mulut pun boleh tahan longkang specially bila period. Ego tak payah cakap. Rasa tak patut pula layanan Airsyha kat Danial. Kesian pula aku rasa Danial dapat wife macam ni. Kontrak? Rasa kontrak tu tak berfungsi langsung pun.

Kredit 3/5



3 comments:

  1. Tu yg susah nak feel nie hahahah

    ReplyDelete
  2. terus terang sangat tak masuk nak baca novel ni
    baca kat blog dh rase out of my list
    bahasa kurang
    tak best
    ku bagi 1 star je
    apa hal boleh di kategorikan best seller
    tapi ramai kawan aku menyesal beli novel ni - beli sbb terpengaruh dgn label best seller.

    ReplyDelete
  3. nak tanya you jual ke novel nye?if you jual this novel i want to buy this novel

    ReplyDelete