Tapi… kenapa aku tak pernah mampu
untuk membencimu?
Judul : Aku Bukan Mistress
Penulis : Acik Lana
Muka Surat : 671
Harga : RM22
Rumusan Kisah :
Background Mya lebih kurang macam
watak Izzah dalam citer Ombak Rindu. Mya Arlissa ‘dikurung’ dan menghambakan
diri dalam penjara emas Mikail, tanpa ikatan sah. Hanya dosa! Mikail hanya
melayan Mya ada tak ada saja. Malah Mikail juga memberi amaran kepada Mya
supaya tidak jatuh cinta padanya dan jangan menaruh sebarang harapan pada
hubungan mereka.
Menyedari Mya tidak seperti
perempuan-perempuan lain yang materialistic, tanpa sedar, Mikail berubah
menjadi seorang yang over protected terhadap Mya selepas dua tahun. Mikail mula
berubah sedikit demi sedikit dan mula melayan Mya dengan baik dan lebih banyak
bertolak ansur.
Mya nekad untuk berubah apabila
neneknya meninggal dunia. Mya minta supaya Mikail melepaskannya. Sebaliknya,
Mikail meminta Mya untuk menjelaskan hutangnya terlebih dahulu. Padahal itu
hanyalah alasan semata-mata kerana tidak sanggup berpisah dengan Mya
Ditangkap khalwat kerana
berkesedudukan akhirnya menyatukan mereka. Datin Adiba dan Suzanne pula cuba
utk memisahkan mereka.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“You ingat Mika peduli?” Sinis
suara Adam mempersendakannya. “Dia tak peduli, Mya. You bukan sesiapa, you cuma
mistress dia aje. Perempuan simpanan!” – m/s 24
“Well you know, dulu before I
pergi NY, Mika tu boyfriend I tau…! Oh, he’s really good in bed, kan? I
rindukan dia sangat-sangat.” Suzanne ketawa besar sambil membetulkan rambutnya
yang ikal separas bahu. “Jadi, I tak nak you makan sorang. Sharing is caring,
kan?” – m/s 107
“Saya takkan lepaskan awak walau
apa pun terjadi.” Mikail mengulang perkataan itu berkali-kali. – m/s148
“Sudahlah Mil, kisah kita dah
lama berlalu,” tutur Mya perlahan. Dia tidak mahu Shamil terus-menerus membuka
buka silam mereka. Dia sudah pun menutupnya rapat-rapat. “Kita dah ada
kehidupan masing-masing sekarang. Lupakan aje kisah kita tu.” – m/s 171
“Please… lepaskan saya. Saya tak
sanggup menanggung dosa lagi…” rayunya dengan suara tertahan-tahan. Sedih
hatinya bukan kepalang. Apa Mikail fikir dia ini barang dagangan yang boleh
berpindah tangan begitu sahaja? – m/s 201
“Aku tak tahu. Tapi bila aku
sedar yang aku dah separuh gila fikirkan pasal dia, aku rasa yang aku bukan
setakat suka…” Mikail terdiam, cuba mencari ayat paling sesuai untuk dia
sendiri fahami. “Aku rasa… aku rasa aku memang cintakan dia! Oh god, I can’t
believe this!” – m/s 211
“Mya, awak dengar tak? I miss
you…” Lunak sekali suara Mikail saat menuturkan ayat itu. – m/s 282
My rentap tangannya. Nampaknya
Shamil terlalu sukar dipujuk, malah pendekatan secara halus juga menemui
kegagalan. “Cukup Mil! Berapa kali Mya nak cakap, Mya dah ada Mikail. Mya
cintakan Mika dan Mya tak ada apa-apa perasaan pada Mil lagi. Susah sangat ke
nak faham?” – m/s 352
“Mika, please.” Datin Adiba
meraih tangan Mikail. “Please kahwin dengan Suzanne. Mama tak nak perempuan tu
jadi menantu mama.” – m/s 412
“Mya… saya serius ni. Saya dah
fikir masak-masak.” Perlahan Mikail menuturkan ayatnya. Dia tidak mahu Mya
terkejut dengan permintaannya yang satu ini. “Saya tak boleh hidup tanpa awak,
Mya. Kita kahwin ye? Please marry me…” m/s 428
“Kalau mama tak mahu, Mika minta
maaf. Mika tetap akan bersama Mya walaupun mama mungkin tak boleh terima Mika
lagi…” ucap Mika dengan nada bergetar. – m/s 538
“Sayang, abang rasa bahagia
dengan Sayang.” Tangan Mya dikucup lembut. “Abang harap sayang pun rasa yang
sama jugak. Just tell me kalau ada yang saying tak puas hati ye, tak nak
pendam-pendam nanti saying cepat tua.” – m/s 626
Kata Ku :
Nak ckp ringan, tak ringan sgt. Nak ckp berat,
tak berat sgt. Sedang2 la. Tapi, bnyk elemen dalam citer ni. Percintaan,
kekeluargan, persahabatan. mungkin part kelakar takde kot, tp ada la few scenes
buat aku sengih2. Seriously, Mikail versi panas baran, sangat buat aku benci
dan menyampah kat Mikail. Tapi, Mikail versi romantic.. alahai… boleh mimpi aku
kat Mikail ni! Hahahahah..Nak suami mcm Mikail boleh tak? Oppsss… Oh, tapi aku
memang benci sangat kat Adam. Kawan makan kawan! Harapkan pagar, pagar makan
padi! Takde maaf untukmu Adam! Cehhh! Terlebih sudah! Part hubungan dihalang mertua, agak klise la kan.. overall, still best! :)
Aku pun nak lelaki macam Mikail! hahahaha...
ReplyDelete