Kerana aku Doktor CInta, membuat
dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku
hilang kata-kata…
Judul : Doktor Cinta
Penulis : Dyadila
Muka Surat : 833
Harga : RM26
Rumusan Kisah :
Mazliana Haji Nordin, gadis comel
yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku
Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya.
Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar
menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku
kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi.
Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit
pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun,
sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud
dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah Tengku Iskandar dengan egonya.
Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal
menjadi pilihan Tengku Iskandar kalau itu kerana cinta Tengku Iskandar masih
milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model itu. Julia Hana yang
mula rasa tergugat dengan Mazliana mula mereka-reka cerita untuk memburukkan
Mazliana.
Diperangkap, difitnah, dihina,
hilang kepercayaan dari insan-insan disayanginya membuatkan Mazliana membawa
diri.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Saya jadi calon isteri dia
sehari saja bos. Sampaikan saja terima kasih saya dekat bos besar tu. Lagipun
selama ni saya jalan kaki juga. Tak ada pulak apa-apa,” kata Mazliana kemudian
terus berjalan keluar. – m/s 120
“Macam mana kau make over budak
ni sampai aku pun tak kenal? Bagus betullah. Tak sangka mekap boleh jadikan
awak macam Miss World.” – m/s 173
“Saya tak setuju!!! Ingat
bertunang ni macam main pondok-pondok masa kecik-kecik ke? Ini soal masa depan
saya, saya tak nak kahwin dengan bos besar, faham tak???” jeritnya lagi sambil
melepaskan fail merah ke meja. Bergema satu MM Holding. Itulah kau Maz, dulu
tak nak baca betul-betul, main redah aje! Sekarang siapa dah buta kayu? Kau
juga… - m/s 225
“I nak you ingat, jangan nak
pandai-pandai rapat dengan Iskandar!!! Dia milik I dan akan selamanya jadi
milik I! I takkan biarkan you sesuka hati rampas dia dari I!!!” Amaran daripada
si minah lintah. Ala… ayat copy paste aje… Dah berapa kali nak cakap entah. –
m/s 268
“Perasaan ni pelik sikit.
Kadang-kadang dalam kes-kes terpencil yang memerlukan rawatan pesakit luar,
perasaan kita mengatasi akal tapi sepatutnya akal perlu mendahului perasaan.”
Ringkas dan padat pesanan penaja. Zikri tersenyum. Mazliana memang bijak
berkata-kata. – m/s 332
“Kau tak nak ada cerita
bukan-bukan atau hati kau berbisik sesuatu bila tengok aku bawa dia?
Kadang-kadang kata hati kita pun pandai berlakon,” sindir Zikri. Dia Nampak
kelibat Tengku Iskandar tadi di stesen minyak. – m/s 400
“Kalau bos besar terus terus
layan saya macam ni, saya boleh mati, tahu tak? Saya dah tak sanggup nak
sembunyikan rasa cinta saya, dan bos besar jangan salahkan saya kalau saya jatuh
cinta pada bos besar!” – m/s 422
Julia Hana : Cinta I hidup I
semua untuk dia. I sayangkan dia lebih dari segala-galanya. Kalau cinta itu
untuk I biarlah hanya kita berdua di dunia ini. I akan sentiasa sayangkan dia,
cintakan dia, dan di setiap nafas I hanya pelukan cintanya. – m/s 448
Tengku Iskandar : Saya seorang
lelaki yang percaya dengan cinta… bagi saya cinta pertama adalah
segala-galanya. Mencintai sesorang itu akan membuatkan saya menjadi diri saya
dan saya mahu orang yang saya cintai memahami dan for love, I just can say I
love you. – m/s 449
Mazliana : Cinta bagi saya
gurauan dalam kehidupan. Kadang-kadang buat kita ketawa, kadang-kadang buat
kita terasa dan gurauan yang buat kita memahami macam-macam emosi. Kalau yang
mencantikkan lukisan adalah warna, maka yang mencantikkan kehidupan adalah
cinta… tapi cinta ni macam hantu, semua orang percaya tapi tak semua yang akan
jumpa. Kalau saya cintakan dia… biarlah dia sendiri yang rasa, bukan sebab kata
cinta saya tapi sebab rasa cinta yang datang dari hati dia sendiri. – m/s 450
“Kenapa? Awak nak minta berapa
kalau awak menang dalam pertaruhan awak? Awak akan dapat berapa juta kalau awak
Berjaya memenangi hati saya?” sindir Tengku Iskandar. – m/s 507
Zikri : Kadang-kadang penipuan
lebih manis dari kebenaran. – m/s 531
“Kalau saya bukan taste dia,
kenapa saya yang dipilih untuk menjadi tunangnya, dan kalau dia ditakdirkan
untuk Kak Hana kenapa mesti takut? Tadi saya langsung tak terfikir nak rampas
dia dari Kak Hana.tapi selepas mendengar cadangan bernas dari mulut akak, saya
ubah fikiran. Mulai hari ini siapa cepat dia dapat dan best woman wins!”
Mazliana mengikat janji. – m/s534
“Ni saya nak bagi tahulah ni. Dulu
masa saya kecik saya selalu terfikir yang bila saya dah besar nanti aka nada Superman
yang akan sentiasa selamatkan saya. Bila saya dalam kesusahan dia mesti ada. Hari
ni saya rasa bos macam Supreman yang saya idamkan. Bos selalu ada saat saya
dalam kesusahan, kan?” cerita Mazliana panjang lebar. – m/s 566
“Kalau awak cintakan dia, awak kena
berjuang untuk dapatkan dia. Awak tak boleh diamkan saja apa yang orang buat untuk
patahkan rasa cinta awak,” sambung Zikri lagi. – m/s 567
“Apa lagi papa? Malam ni Is nak
berterus-terang dengan mama dan papa sebenarnya pertunangan Iskandar dengan
Mazliana hanya satu lakonan. Is bayar Mazliana untuk bertunang dengan Is,”
jelas Tengku Iskandar membongkar rahsia. – m/s 569
“You memang sempurna tapi I tak
mencari kesempurnaan tapi I mencari cinta,” kali ini suara Tengku Iskandar
mendatar. – m/s 625
“Kau ingat aku akan sanggup ambik
perempuan yang buat kau gembira? Perempuan yang kau cinta? Aku takkan korbankan
kau semata-mata sebab cinta. Aku lebih sayangkan kau dari dia,” sambung Tengku
Iskandar. – m/s 630
Tengku Iskandar : Aku hanya lepaskan
dia tapi cinta aku hanya pada dia. – m/s 633
Tengku Iskandar : Sebab saya
cintakan awak!!! Saya sayangkan awak!!! Bukan hari ini tapi untuk semalam dan
selamanya!!! – m/s 751
Hadi : Aku tak kisah walau siapa
pun kau, tapi aku nak kau tahu yang aku tidak akan biarkan kau buat sesuka hati
kau pada Mazliana. Kalau dulu dia boleh ikut cakap kau tapi sekarang dia ada
aku! – m/s 777
Tengku Iskandar : Sayang saya cintakan awak dan saya tahu awak
juga cintakan saya. Memang saya akui cinta saya pada awak dulu ada cacatnya
tapi hampir tiga tahun saya cuba rawat cinta saya demi awak. Tanpa awak hati
saya akan luka parah. – m/s 821
Kata Ku :
First part citer ni santai-santai
jer… Brutal pulak Mazliana ni… Tak bekenan pula aku. Tapi, bila masuk 2nd
part… alahai… penuh dgn drama! Sesak nafas baca! Geram dan sakit hati sangat dgn
Julia Hana.
Mmm… part cintan-cintun takde
membuai-buai hati sangat kot. Tapi, aku rasa aku lebih prefer Zikri the
Superman compare to Tengku Iskandar. Tapi nak buat macam mana… hati Mazliana
hanya kat Tengku Iskandar tu. Tapi, aku suka la ketiga-tiga lelaki yang suka
kat Mazliana ni. Semua matang walaupun sempat juga terbakar dapur! Hahahhaah…
Ending bikin saspen betul.. Happy
ending dan klise… Bila happy, pregnant. Yang jahat pula, gila. Heheheh..
No comments:
Post a Comment