Judul : Hikayat Cinta Si Pematah
Hati
Penulis : E-man Sufi
Muka Surat : 1050
Harga : RM35
Novel kedua E-man Sufi dalam pelukan aku selepas Suami Yang Kubenci.. Sape-sape yang rindu kan Uwais, Hannah dan Makcik Sari, boleh 'jumpe' diaorang balik dalam citer Hikayat ni. :)
Rumusan Kisah :
Rumusan Kisah :
Rayyan Raiqarl dan Warfeen Wardah
bertemu semula selepas beberapa tahun. Masing-masing tidak mengecam wajah
masing-masing kerana mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja zaman remaja
mereka. Nama pun tak tahu!
Mengetahui kekasih Warfeen adalah
adik tirinya sendiri, Daniel Elhan, Rayyan nekad untuk memikat Warfeen kerana
ingin membalas dendam perbuatan mak tirinya yang merampas kebahagiaan keluarga
dia dulu. Misi Rayyan dibantu oleh Tengku Zarynn, teman baik yang dianggap adiknya.
Daniel terpaksa bertunang dengan Zarynn yang menjadi pilihan mamanya. Dalam
masa yang sama, Daniel merancang untuk meminang Warfeen. Zarynn tampil bertemu
dengan Warfeen untuk menjelaskan status Daniel. Warfeen kecewa dan mula
menerima Rayyan yang sentiasa di sisinya.
Perkahwinan mereka akhirnya diuji
hebat bermula dari kemalangan yang meragut nyawa papa dan adik Rayyan. Rayyan
pula cedera parah pada tulang belakang dan buah pinggang. Kerana dendam, Daniel
hanya akan mendermakan buah pinggangnya kepada Rayyan, dengan syarat Warfeen
harus meninggalkan Rayyan!
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Saya tahu hati awak dah dimiliki
orang lain. Saya tak paksa awak cintakan saya, Wafeen. Tapi awak juga tak boleh
halang saya dari terus mencintai awak. Ini hati saya hak saya untuk memilih
siapa yang berhak berada di sini… dan saya pilih awak sebagai penjaga hati
saya. Tolong jangan bertindak zalim dengan menghalang saya dari terus merasakan
indahnya perasaan ni.” – m/s 197
“Kalau saya jadi kekasih awak,
saya takkan tinggalkan awak macam ni, apatah lagi kalau saya jadi suami awak.
Saya takkan sekali-kali benarkan ada ruang lelaki lain dekat dengan awak. Macam
sekarang ni, nampak sangat kekasih awak tu tak pandai nak jaga awak.” Rayyan
sempat menyindir dengan penuh makna. Siap sedialah kau, Daniel. Tahulah aku
macam mana nak kantoikan kau nanti. Tapi aku akan mendengar penjelasan Zarynn
dulu lepas tu aku nak hentam kau cukup-cukup. – m/s 243
“You ingat ni perlawanan bola
sepak ke apa, hah?! I bukan pom-pom girl tahu tak? I buat semua ni untuk you
juga. Kalau I tak nikah dengan Daniel, macam mana you nak dapat Wafeen?” Zarynn
bersuara lebih lantang darinya. Rayyan menelan liur. Zarynn kalau melenting,
dia pun kalah. Memang dia tak pernah menang kalau bertekak dengan Zarynn. – m/s
250
“Dalam mimpi pun awak takkan
dapat. Saya dah beritahu banyak kali yang saya akan kahwin dengan kekasih saya
dan kekasih saya bukan awak, Rayyan. Jangan salahkan saya kalau awak kecewa
nanti sebab saya dah ingatkan awak pasal ni.” Segera Wafeen keluar kerana dia
sudah tidak sanggup untuk melawan pandangan Rayyan yang selalu membuatkan dia
rasa berdebar-debar. – m/s 259
“Kalau awak perlukan saya untuk apa
sebab sekalipun, saya sentiasa ada untuk awak. Sayang saya pada awak takkan
hilang, Wafeen. Saya masih berharap satu hari, awak akan cari saya dan masa tu,
awak akan cakap, sayalah calon suami awak. Walaupun harapan tu mungkin datang
dalam mimpi aje. ” – m/s 337
“Perempuan lain? Maksud awak,
saya ni perampaslah? Saya kenal dia sejak empat tahun lepas dan saya tak pernah
tahu yang dia bertunang. Kalau saya tahu, saya pun tak rela nak biarkan diri
saya diperbodohkan macam ni!” Wafeen mencampakkan gambar-gambar majlis
pertunangan Daniel dan Zarynn di atas meja. – m/s 342
“Suka hatilah! Jangan nak panggil
sayang lagi dah! Menyampah tahu tak! Penipu! Abang dengan Elhan sama aje kan?
Kalau dari awal Feen tahu kau orang berdua ada pertalian, terus terang, Feen
takkan pilih abang jadi calon suami. Dua-dua penipu! Sesuai sangat jadi
adik-beradik!” – m/s 449
“Pleaselah! Saya bersyukur tak
kahwin dengan dia. Cuma kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak sanggup kahwin
dengan dia semata-mata untuk Rayyan? Berbaloi ke pengorbanan awak ni? Saya tak
faham kenapa awak sanggup buat macam tu? Sebab tu saya curiga hubungan awak
dengan Rayyan. Itu aje.” Wafeen cepat-cepat menafikan tuduhan Zarynn. – m/s 514
“Abang… Feen simpan semua
benda-benda tu sebab dari kecil Feen memang sukakan abang. Sampai sekarang pun
Feen masih juga simpan sampah abang ni. Sebab… emmm… Feen sayang sangat kata
bang. So, abang tak payahlah marah-marah ya?” Suara Wafeen lembut memujuk. –
m/s 548
“Abang sayang isteri abang ni
sorang aje. Sampai bila-bila. Abang takkan tinggalkan Feen walau macam mana
keadaan sekalipun. Susah, senang… kita akan tetap bersama. Feen pun, takkan
tinggalkan abang, kan?” Rayyan merapatkan wajahnya hingga dahi mereka bertemu.
– m/s 593
“Buat air untuk dia satu hal.
Sayang tak dengar ke apa dia cakap tadi? Lain kali tanya dulu, jangan main
ambil aje tak hak orang! Dia sindir abang, sayang. Bukannya bodoh sangat abang
nak faham yang dia maksudkan abang kahwin dengan kekasih dia!” – m/s 622
“Cukup Daniel! Saya tak nak! Saya
dah taka da perasaan pada awak. Tolonglah faham! Saya nak hidup dengan Rayyan.
Saya cuma nak jadi isteri dia! Bukan lelaki lain. Dan bukan awak sekalipun!”
Wafeen dah tak sanggup nak berdepan dengan Daniel yang dah semakin tak tentu
arah itu. – m/s 638
“Sebab sial suami kau la, Valqis
dan papa Daniel meninggal! Hei, perempuan kampung kau ingat… dengan tayang muka
simpati kau ni, aku akan terima aje. Sepatutnya, anak tak guna tu yang mati,
bukan suami aku!” marah Datin Ann. Wanita itu sudah seperti hilang akal bila
memekik di hadapan Wafeen. – m/s 712
“Wafeen, terima syarat aku atau
kau akan tengok Rayyan mati lebih cepat dari jangkaan. Masa berjalan, Wafeen.
Jangan sampai aku ubah keputusan… call aku bila kau dah sedia.” Daniel berlalu
pergi. Wafeen tak tahu apa perlu dilakukannya. Terima tawaran Daniel dan
tinggalkan Rayyan? Apa bezanya kalau Rayyan sembuh tapi hidup tanpa dia di
sisi? Rayyan tentu akan bersedih! Tapi kalau dia menolak, sampai bila dia perlu
menunggu penderma yang sesuai untuk Rayyan hidup normal seperti orang lain? –
m/s 742
“Tak ada siapa yang nafikan dia
isteri you. Tapi you yang tak sedar-sedar. Dia dah tak perlukan you lagi. Dia
dah tak sanggup jaga you. Dia tak nak bersuamikan lelaki lumpuh macam you,
Rayyan…” balas Zarynn. Walaupun kata-katanya itu menyakitkan hati, namun dia
hanya mahu Rayyan sedar. – m/s 755
“Wafeen, abang takkan merayu Feen
balik pada abang… Abang tahu, keadaan abang macam ni menyusahkan Feen. Abang
takkan mengadu apa-apa tapi Feen ingat baik-baik apa yang abang cakap ni.
Selagi abang masih bernafas atas muka bumi Allah ni, selagi itu abang takkan
ceraikan Feen. Dalam keadaan apapun alasannya, takkan, Wafeen… Kalau betul Feen
nak berpisah secara sah, Feen kena dating jumpa abang sendiri.” – m/s 789
“Feen tahu yang abang dengar
suara Feen. Mana Firdaus? Tolonglah abang jangan buat macam ni. Kalau abang
marahkan Feen sekalipun, tolong jangan ambil Firdaus…” Wafeen menangis. Dia
terlalu takut ketika itu. – m/s 876
“Sampai bila-bila. Tinggalkan
abang, memang Feen bersalah tapi mencintai abang, itu perkara paling terbaik
pernah Feen buat. Feen tinggalkan abang dulu sebab…” – m/s 945
“Jangan cakap macam tu, Rynn.
Abang dah biasa hidup dengan kehadiran Rynn di sisi abang… Tolonglah jangan
cakap macam tu. Abang janji Rynn, abang akan mengaku semuanya. Abang akan minta
maaf pada Wafeen dan Abang Rayyan…” – m/s 1021
Kata Ku :
Pheww… macam-macam perasaan aku
baca citer ni. 1st part, citer ringan dan santai jer. Buat aku sengih-sengih.
Rayyan dan Wafeen ni dua-dua jenis sempoi dan selamba. So, jangan expect
ayat-ayat yang jiwang-karat atau romantic-extreme k. Bila dah masuk 2nd
part, citer ni makin buat aku sesak nafas. Tragis! Geram sangat kat Daniel.
Kesian kat Warfeen dan Rayyan. Touching betul part Warfeen terpaksa tinggalkan
Rayyan. Overall, citer ni diseimbangkan di antara kisah percintaan dan
kekeluargaan.
Rindu karipap pusing... :D
ReplyDelete