Friday 25 October 2013

Novel : Sisa Sebuah Cinta



Pelangi, harap hadirnya meninggalkan bahagia di hati, bukan sisa cinta yang tidak lagi dihargai.

Judul : Sisa Sebuah Cinta
Penulis : Ian Juliana
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 916
Harga : RM30

Beli novel ni sebab promo RM10 kat Kaki Novel.

Rumusan Kisah :

Renda Ghazali dijual utk dijadikan pelacur oleh ayah tirinya. Ala-ala Ombak Rindu kan! Renda dijadikan ‘hadiah’ sempena harijadi ke-21 Ahmad Firasz oleh kawan-kawannya. Takdir menyelamatkan Renda dari menjadi habuan Ahmad Firasz.

Selepas dua tahun, mereka bertemu semula. Renda yang ketika itu teman serumah Ria, kakak kepada Ahmad Firasz, menerima ajakan Ria untuk ke rumahnya.

Mereka dipaksa kahwin setelah rahsia terbongkar, namun mereka tetap dengan kehidupan mereka masing-masing. Tindakan Ahmad Firasz yang cuba untuk ‘menodai’ isterinya menyebabkan dia dihalau keluar dari rumah dan syarikat oleh mama dan abang longnya.

Di saat hatinya sdh mula mahu menerima kehadiran Ahmad Firasz, Renda diceraikan kerana Ahmad Firasz ingin memberikan kebahagiaan kepada Renda dan Airel.

Renda membawa diri ke Perancis dan berkenalan dengan Raihan Hasyri yang cuba menawan hatinya. Kebahagiaan bercambah dengan hadirnya Aisy.


Petikan-petikan dari dalam novel :

Ahmad Firasz : Tak payah nak beri salam segala. Kau dengar sini perempuan, kau dengan aku tak mungkin dan tak akan mungkin boleh serasi, walaupun atas nama pernikahan. Aku tetap cintakan Shafina, bukan pelacur murahan macam kau? – m/s 132

Renda : Kau nampak jijik di pandangan mata aku, aku tak akan pernah lupa dan maafkan kau sehinggalah jasad aku bercerai daripada badan! – m/s 255

Renda : Terima kasih, Airel. Hari ini, awak pahatkan satu kenangan manis dalam perjalanan hidup saya dengan nama awak terukir di atasnya. Di suatu sudut di dalam hati saya. Terima kasih banyak-banyak. – m/s 242

Fazreen : Perempuan tu? Aik, bukan kamu kata Renda tadi isteri kamu? Sekarang dengan senang hati kamu panggil dia perempuan tu? Kamu memang tak layak nak menjadi suami dia Firz. Memang kamu tidak layak! Sekarang kamu keluar. Keluar! – m/s 264

Ahmad Firasz : Tidak! Aku tidak akan berbuat begitu. Kalau sampai mati pun kau tidak mahu memaafkan aku, sampai mati juga aku tidak akan pernah melafazkan kata-kata itu. Biar kita sama-sama menderita! – m/s 355

Ahmad Firasz : Kadangkala aku rasa penat sangat nak mengejar kau, tapi kadangkala aku rasa ada juga manisnya pengorbanan itu. Aku harap, kau dapat buka sedikit hati kau untuk aku melangkah masuk, kita mencuba. Tapi, andai kebahagiaan itu tidak tertulis untuk kita langsung, aku akan izinkan kau keluar dari penjara hidup aku dengan kerelaan aku. – m/s 389

Ahmad Firasz : Kebahagiaan dan senyuman kau tidak pernah jadi milik aku, malah bukan dihadiahkan dari aku. Reda sahajalah Renda. Kita bukan diciptakan untuk bersama. Kau bukan terhasil daripada rusuk aku yang hilang. – m/s 457

Raihan Hasyri : Sudi tak awak jadi sebahagian daripada kehidupan saya? Sayap di jiwa saya… - m/s 657

Ahmad Firasz : Cinta Renda masih banyak yang tertinggal, tidak dikutip balik namun tidak dibiarkan  tanpa perasaan bertepuk sebelah tangan. Ianya telah Firz simpan dalam hati yang penuh dengan cinta. Di situ sentiasa sahaja  hidup suburnya, menjadi pemangkin jiwa. – m/s 911

Lagu-lagu dalam novel :

Where You Are – Jessica Simpson
Segenggam Tabah – Inteam
Mimpi Yang Pulang - Iklim

Kata Ku :

4 hari juga aku usung novel ni dari ofis ke rumah, rumah ke ofis.. Cuma baca masa tggu tren & dlm tren, time rehat kat ofis jer… tepaksa kurangkan baca novel kat rumah sbb anak nak exam. J

Lebih berkisarkan tentang kekeluargaan. Intro dan ending sangat dramatic walaupun agak mendatar kat bahagian tengah novel. Meleret sikit. Rasanya, kalau watak Airel ngan Irene tu takde pun takpe kot. Bertahun-tahun lamanya Ahmad Firasz nak meluahkan apa yang terbuku di hati. Hmmm…


Kredit 3.5/5

No comments:

Post a Comment