Judul : Jurutera Hati Saya
Penulis : Normaslina Masri
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat :
Harga : RM22
Novel ni pakej sekali ngan novel
Sungguh, Aku Jatuh Hati.
Rumusan Kisah :
Melissa mengimpikan seorang
Jurutera dalam hidupnya. Huluran cinta Taufik Daniyal disambut tanpa Melissa
mengenali siapa sebenarnya Taufik Daniyal. Hubungan mereka berjalan lancar.
Di pejabat, Melissa terpaksa
berhadapan semula dengan Irfan Suhaili, bosnya, yang juga kawan kepada Taufik.
Melissa sebenarnya pernah meluahkan perasaannya kepada Irfan zaman sekolah
dulu, namun surat cinta itu sampai ke tangan pengetua. Melissa yang menyangka
Irfan sengaja hendak mengenakannya terus sahaja berpindah sekolah sejak itu.
Tanpa disedari, Irfan juga sudah mula
menaruh perasaan pada Melissa. Sikapnya terhadap Melissa juga berubah. Melissa
yang sudah ‘terperangkap’ dengan mama Irfan, kadangkala tidak dapat mengelakkan
diri dari Irfan.
Pertemuan Melissa dengan bonda
Taufik akhirnya memusnahkan harapan Melissa untuk bersatu dengan Taufik.
Kata Ku :
Jalan citer yang sangat-sangat
ringan. Lenggok bahasa yang digunakan pun sangat ringan dan mudah difahami. Pengolahan
citer yang longgar sampai tak tau nak wat petikan-petikan novel. Walaupun
diseimbangi dengan 2 watak hero tapi aku dah jangka ending citer ni. J
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment