Aku memang gila sebab cintakan
kau yang berlagak gila!
Tapi apa lagi nak dikata, kalau
hati dan cinta…
Penulis : Aliesha Kirana
Muka Surat : 462
Harga : RM18
Rumusan Kisah :
Zafriel Irham diberi pilihan
secara paksa oleh ayahnya untuk mengahwni Zaara Amirah atau Sherry atau
ayahnya tidak akan menyerahkan syarikat kepadanya.
Sherry yang gedik sangat tidak
disukai oleh Irham walaupun menjadi pilihan ibunya. Irham tekad utk memaksa
Zaara utk berkahwin dengannya setelah Zaara tidak dapat melunaskan hutang RM5k
dalam kemalangan kecil yang telah merosakkan bumper keretanya.
Menerima perkahwinan kontrak dengan
hati yang reda membuatkan Zaara menerima Irham seadanya, malah belajar untuk
mencintai Irham. Irham, walaupun berhati kering tapi tetap mengambil berat
tentang Zaara, dalam diam.
Ibu Irham tetap mendesak Irham
untuk mengahwini Sherry. Zaara mengizinkannya dengan berat hati. Irham membawa
Zaara melarikan diri pada hari pernikahannya setelah mendapat tahu hal sebenar daripada
ayahnya.
Anyway, citer ni akan ditayangkan tak lama lagi..
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Sekarang kamu pilihlah sendiri,
Sherry atau gadis tadi. Papa nak kamu kahwin secepat mungkin. Paling lambat pun
papa bagi tempoh sampai hujung tahun ni. Kalau kamu tak mengahwini salah
seorang dari mereka, papa akan wariskan syarikat ni kepada Hadry. Keputusan
papa muktamad.” – m/s 27
“Itu harga yang kau perlu bayar
sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku.
Titik.” Zaara merengus, tidak puas hati dengan kehendak Irham yang tidak masuk
akal itu. – m/s 38
“Perkahwinan dibina tanpa
sebarang syarat Encik Irham. Saya sudi menikahi awak tanpa sebarang bayaran
mahupun ganjaran, jadi tak perlu adakan sebarang perjanjian. Selagi saya boleh
bantu awak, saya akan bantu terdaya saya, dengan ikhlas.” – m/s 85
“Sepatutnya tempat kamu tu, jadi
milik Sherry. Kamu tu apa yang ada. Gadis biasa, tak layak langsung jadi
menantu keluarga ni. Tengoklah nanti Zaara, aku takkan berdiam diri selagi kamu
tak berpisah dengan Irham!” Puan Sri Maryam mengetap bibirnya. – m/s 147
“Ah! Awak bohong, Zaara. Awak
bohong! Saya tak sangka awak jenis perempuan macam ni. Awak curang! Kenapa
mesti awak pergi kepada dia? Kenapa awak tak cari saya saja Zaara? Kalau awak
tak bahagia dengan suami awak, saya boleh bahagiakan awak Zaara, tapi kenapa
mesti awak pilih lelaki lain?” – m/s 166
“Saya pasti akan rindukan awak.”
Zaara menyambung air matanya kian bertakung di tubir mata. Irham tergamam,
dapat mengesan mata Zaara yang kian berkaca. – m/s 227
“Sebab tu, I nak hapuskan you! I
tak perlukan madu! Biar I sorang je jadi isteri Irham!” Tanpa diduga Sherry
menolak tubuh Zaara yang dipeluknya tadi. Zaara terjatuh ke dalam kolam renang
yang berada di belakangnya itu. – m/s 331
‘Walaupun Irham tak cintakan aku,
tapi aku tak sanggup kehilangan dia. Dia kekuatan aku, bila tengok wajah dia
saja, aku dah rasa kuat. Walaupun aku kena berkongsi dia dengan Sherry, tak
apalah… asalkan dia ada di sisi aku. Aku yakin aku boleh hadapi dugaan hidup
bermadu ni. Ya, yakin Zaara!’ – m/s 376
“Walau apapun yang terjadi, kita
akan tempuhi bersama. Aku ada di sisi kau, kau pun ada di sisi aku. Okey?” –
m/s 410
“Mama memang bencikan Zaara, kan?
Baik. Zaara akan pergi dari sini, Zaara akan keluar dari hidup mama dan hidup
Irham. Tapi mama kena sihat dulu, baru Zaara pergi.” Zaara bersuara dalam
linangan air mata. Puan Sri Maryam tergamam. – m/s 430
“Macam mana aku nak uruskan
syarikat ni kalau Zaara tak ada kat sisi aku? Aku tak perlukan syarikat ni
kalau Zaara tak ada. Aku tak nak!” Irham menolak segala fail yang berada di
atas mejanya hingga semuanya jatuh ke lantai. – m/s 444
Kata ku :
Typical storyline. Jalan citer
biasa2 jer. Tak mendebarkan sangat. Tapi aku suke Zaara sbb dia belajar utk
jatuh cinta kat Irham walaupun dia dipaksa kawin oleh Irham.Walaupun tak
sanggup nak bermadu, dia rela jg. Tak sanggup aku! Geram kat Irham sbb hati kering. Sayang tapi
tak tunjuk sgt. Tak suke kat mak Irham tu tau.. nasib baik insaf gak. Haruslah insaf kot kalau nak happy ending!
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment