Cinta itu menyakitkan apabila
mencintai seseorang yang tidak mencintaimu.
Cinta itu lebih menyakitkan
apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!
Judul : Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 422
Harga : RM19
Rumusan Kisah :
Senang cakap… kisah dua beradik,
Adam dan Irfan yang mencintai wanita yang sama, Yang Ayesha. Irfan buat macam-macam semata-mata untuk
menjauhkan Yang Ayesha dengan Adam yang saling mencintai.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Jangan ada feel macam-macam
dengan saya, Adam. Ia hanya akan merosakkan persahabatan kita!” Tiba-tiba
sahaja aku bercakap begitu. Aku pun tidak tahu kenapa aku cakap macam tu,
tetapi sudah terkeluar… aku tidak boleh hendak tarik balik. – m/s 39
“Saya janji Yang, saya akan pikat
awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya berikrar mulai sekarang, hanya
Yang Ayesha untuk Adam Harith.” – m/s 71
“Adam, dengar ni… Kalau kita ada
jodoh, kita akan kahwin… tapi bukan tergesa-gesa macam ni. Selama ini saya
dengan awak, dan selamanya akan begitu juga. Kalau awak yakin dengan saya, saya
yakin dengan awak, we will be okay.” – m/s 110
Irfan : Seksakan rasa bila orang yang
kita sayang, tak ada di sisi? Seksa lagi kalau orang yang kita sayang tak tahu
sebenarnya kita sayang pada dia. – m/s 131
“Orang dekat sini memang macam tu
la Yang… cantik-cantik. Tapi Yang jangan risau… Adam cinta Yang sorang saja.
Tak pernah ada perempuan lain yang Adam cintai cuma Yang Ayesha sorang. Yang
cinta pertama dan terakhir Adam!” – m/s 155
“Walaupun saya tak tahu
kebenarannya, tapi saya janji Sya, saya akan bersaing untuk merebut cinta awak
walaupun Adam itu adik saya. Saya tak kisah! May the best man wins…” tegas
Irfan. – m/s 170
“Awak pernah cakap dekat saya,
Sya… terus terang pada orang itu kalau kita sayang dekat orang itu. Jadi dia
boleh buat pilihan, mana satu yang dia sayang! Saya pegang kata-kata awak dan
saya berdiri di sini, saya mahu katakan saya memang suka dan sayang awak, Yang
Ayesha! Dari mula kita jumpa sampai sekarang, awak memang di dalam hati saya!”
jerit Irfan. – m/s 171
“Tak apa, Yang cerita. Adam
banyak masa nak mendengarnya Yang. Yang percaya Adam, kan? Adam bukan jenis
panas baran. If it can be settled, we settle it properly. Kalau marah-marah pun
tak guna, Abang Irfan tu banyak strategi. Kalau dia pakai cara itu untuk
pisahkan Yang dan Adam, kita pakai cara itu juga. We will see, if our love is
strong, we can’t be separated that easy!” ujar Adam. Dian sudah pun
menyelesaikan makan tengah harinya sehingga licin. – m/s 211
“Adam yakin dengan Yang. Yang
satu-satunya wanita dalam hidup Adam. Jangan sia-siakan cinta kita, ya sayang.
Penat tau Adam mengurat Yang! Tapi cuba cerita dekat Adam, sejak bila Yang
cintakan Adam?” Tanya Adam. – m/s 230
“Sebab awak tak pernah cuba
mengenali saya, Sya. Cuba awak buka sedikit ruang hati awak tu untuk saya,
sekejap pun jadilah. Dua minggu ini contohnya, awak akan tahu betapa ikhlasnya
hati saya untuk awak, Sya,” ujar Irfan bersahaja. – m/s 237
“Saya ni pantang dicabar. Kalau
nak sesuatu, saya akan selalu dapat. Tak perlu bersusah payah. Sekarang ni
untuk mendapatkan awak, puluhan banjaran gunung harus saya tempuh,” ujar Irfan
sedikit sayu. – m/s 259
“Suka hati Adamlah nak kata abang
apa. Sekarang ni kita dah tahu, hati kita memang suka pada perempuan yang sama,
jadi kita bersaing secara adil. Biar Sya buat pilihan, mana satu yang menjadi
bakal suaminya!” putus Irfan. – m/s 277
“I don’t hate you… hate takes a
lot of energy and I am saving mine for all the good thing that’s coming my way,
because I know I am a good person and I deserve good thing in my life. And
please… please leave me alone!” Aku menolak bahu Irfan. – m/s 313
“Adam, abang mintak maaf. Abang
takkan ganggu lagi hubungan kalian. Tapi, sekiranya abang dengar Ayesha mengadu
yang Adam yak jaga dia, sakitkan hati dia, curang atau sebagainya, abang
terpaksa berbuat sesuatu. She is my life, Adam! Ayesha is my life! Kalau Adam
sakiti dia, bermaknya Adam menyakiti abang.” – m/s 347
Kata Ku :
Ketiga-tiga watak utama dalam
citer ni sangat la hampeh aku rasa.
Yang, kononnya mencintai Adam,
tapi ntah kenapa at some parts aku rasa dia meragui perasaan dia sendiri dan
seperti punya perasaan pada Irfan.
Adam, aku suka dia sebab dia
tenang tapi takkan la masih boleh tenang lagi bila abang sendiri nak rampas
kekasih hati sendiri. Lembik pula aku rasa kalau macam tu!
Irfan, gila talak! Psiko! Memang
geram sangat aku kat mamat ni!
Jalan citer biasa-biasa jer kot.
Kredit 3/5
Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :
1. Suamiku Encik Perfect 10!
2. Bukan Kahwin Paksa
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya
1. Suamiku Encik Perfect 10!
2. Bukan Kahwin Paksa
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya
No comments:
Post a Comment