Monday, 14 October 2013

Novel : Rasa Yang Tertinggal


 Selamilah hatiku dan kau akan tahu rasa yang aku tinggalkan untukmu…


Judul : Rasa Yang Tertinggal
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 607
Harga : RM24

Novel baru publish bln Sept 2013. Dapat cop mohor.. :)


Rumusan Kisah :

Tuan Ryan Zhariff dan Ummu Balqis bestfriend sejak zaman sekolah. Bila Ryan dipaksa berkahwin dengan pilihan hati mamanya, dia menolak lantas meminta Balqis untuk menyamar jadi kekasihnya. Mama Ryan yang berkenan dengan Balqis, bertindak mengahwinkan mereka berdua tanpa mereka ketahui pasangan masing-masing.

Disebabkan janji dan prinsip, hanya kawan... mereka hanya memendam rasa cinta mereka. Kerana percayakan cinta Ryan adalah untuk Zarynn, Balqis biarkan Ryan berdampingan dengan Zarynn, malah setuju Ryan kahwin dengan Zarynn. Kerana takutkan perasaannya sendiri, Balqis membawa diri.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Kalau itu yang kau cakapkan, aku terima dan aku pegang janji kau. Ingat kita hanya kawan dan takkan lebih daripada itu, right?” ulang Balqis lagi. Dia menarik nafas panjang. – m/s 154

“Kau tak cintakan aku dan aku pun sama. Buat apa kita bertahan kalau perasaan itu tiada? Kau pasti ada wanita idaman kau dan aku pasti ada lelaki idaman aku. Walaupun kita banyak persamaan Ryan namun sebenarnya kita jauh berbeza. Perempuan macam aku tak sesuai untuk lelaki macam kau,” balas Balqis serius. Dia menepis tangan sasa Ryan lalu menuju kea rah kuali untuk mencedok sambal tumis yang dimasaknya sebentar tadi. – m/s 170

“Kalis cinta konon. Qis, taka da manusia yang kalis cinta termasuk kau. Cinta itu fitrah dan merupakan keperluan bagi kehidupan manusia. Tanpa cinta, manusia itu nothing. Jadi kau jangan nak menyangkal yang kau tak perlukan cinta.” Ujar Suraya bersungguh-sungguh. – m/s 180

“Alah… Kalau begitu, sampai bila-bila pun  masalah kita ni takkan selesai. Takkan kau nak terus hidup dengan aku aje? Lagi kau bosan. Aku ni tak pandai jaga hati kau. Asyik menyakitkan hati kau aje. Silap-silap kau boleh dapat sakit jantung. Biarlah aku cari someone yang boleh jaga kau sampai akhir hayat kau. Yang mampu berikan apa yang kau perlukan,” ujar Balqis bersungguh-sungguh. – m/s 187

“Jodoh itu di tangan Allah, Qis. Selagi Dia tidak mahu mempertemukan aku dengan mana-mana gadis, selagi itulah kau harus bersama aku. Soal jodoh bukan boleh buat main sebab perancangan Allah melebihi perancangan kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Kau boleh aje atur pertemuan aku dengan mana-mana perempuan yang kau nak tetapi kau juga tak boleh menentang kehendak takdir yang mungkin tidak akan berpihak dekat kau. Aku nak kau reda aje dengan apa yang berlaku dekat kita. Jika ditakdirkan kita berpisah, aku akan terima dengan hati yang terbuka. Jika kau dah ada pilihan hati, kau cakap dekat aku. Insya-Allah, aku akan lepaskan kau,” ujar Ryan panjang lebar memujuk isterinya yang sedang merajuk. – m/s 201

“Abang, Qis risau kalau-kalau Qis tak boleh lahirkan zuriat untuk abang. Jadi, jalan yang terbaik ialah abang nikah satu lagi. Qis benarkan. Lagipun umi dah tak sabar menanti anak abang,” balas Balqis tenang. Dia merenung wajah Ryan yang kelihatan tidak puas hati. – m/s 324

“Awak terlalu baik, Qis, Saya tak mahu siapa-siapa pun menyakiti awak apatah lagi mempermainkan awak. Kalau Ryan tidak boleh membahagiakan awak, saya sudi menjadi penggantinya sebab saya sayangkan awak, Qis. Betul, saya sayangkan awak, Qis. Betul, saya sayangkan awak,” luah Daniel berani. – m/s 368

“Kalau aku kisah pun, kau tetap berhubungan, kan? Senang cerita, aku tak nak ganggu cerita cinta kau orang lagi. Cukuplah aku hanya jadi watak sampingan aje. Aku pun dah penat. Penat dengan pelbagai lakonan dan sandiwara.” – m/s 379

“Sekeras kerikil. Pendirian itu sebagai banteng untuk aku supaya tidak terleka dengan helah cinta palsu and let me tell you something, I don’t want a love, I don’t need a love and no time for love. Bila tiba masa yang sesuai, cinta aku pasti ada pemiliknya,” tegas Balqis. – m/s 409

“Cinta memang tidak boleh dipaksa, Ryan. Tapi cinta juga tidak boleh disembunyikan dengan apa sebab sekalipun kerana mata tak pernah menipu walau sekerap mana kau menafikannya. Cinta akan datang dalam keadaan yang kau tak sedar dan bila kau sedar akan kehadiran cinta itu, mungkin ia sudah terlambat. Kau jangan menyesal jika suatu hari nanti kau kehilangan cinta yang kau tak sedar itu,” ucap Khairul penuh makna. – m/s 425

“Aku takkan lepaskan kau sampailah ke hujung nyawa aku!” ucap Ryan lantas berlalu ke tingkat atas. Balqis tergamam. – m/s 495

“Qis, cinta itu bukan yang difikirkan oleh akal tapi cinta adalah yang dirasai oleh hati. Macam itu juga cinta abang dekat Qis. Abang tak perlukan sebab untuk jatuh cinta dekat Qis sebab cinta tu dating tanpa sebab, sayang,” balas Ryan lembut. Dia menggenggam jari-jemari Balqis dengan lembut lalu dibawa ke bibir sebelum dikucup lembut. – m/s 600

Kata Ku :

Aku rasa citer ni agak mendatar dan meleret kot. Tarik tali panjang sgt… naik boring la pulak. Lagi satu, boleh dijangka. Geram jer ngan Ryan dan Balqis. Macam tak redha! Sebab janji, sebab prinsip… sanggup kuburkan perasaan cinta tu… kalau tak luah, mana nak tahu kan! Balqis dah la blur… Ryan dah macam pengecut pula.  Hmmm…

Kredit 3/5

Karya-karya Siti Khadijah yang lain :

No comments:

Post a Comment