Untuk dicintai, haruslah mula mencintai
Judul : Bukan Kahwin Paksa
Penulis : Syamnuriezmil
Muka Surat : 422
Harga : RM28
Rumusan Kisah :
Dijodohkan oleh keluarga
masing-masing tapi menerima cadangan tersebut dengan rela dan reda semata-mata
untuk lari dan menyelamatkan diri masing-masing dari keadaan yang mendesak,
makanya Bukan Kahwin Paksa.
Perempuan garang vs penceramah
tak bertauliah, Cik kak vs Encik Duck, Uda vs Dara, Izz Rizqin vs Dara Safiya…
Mereka dipertemukan dalam
pelbagai situasi yang tidak mereka senangi, namun kalau sudah jodoh, yang
dibenci dan dipalang itulah jodoh kita!
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Kalau I rogol you, you akan
lebih pergi jauh dari I. I tak akan buat begitu. Tapi, Dara… I akan buktikan, I
yang terbaik untuk you. I akan buktikan, I la lelaki yang boleh jaga you, jadi
suami you. Even you dah bersuami pun, I’ll make sure, the man you are married
to, is not worthy of you!” – m/s 120
“Follow the flow. Dia mana air
itu lalu, di situlah Dara lalu. Kalau ada batu besar yang menghalang, tapi itu
merupakan laluan Dara, Dara pilih, Dara tak kisah lagi. Apa yang baik untuk
Dara, Dara ikut. Mama dan papa lebih tahu.” Dara bingkas bangun. Dia mahu terus
ke biliknya. Tak ada apa yang difikirkannya lagi… Layan sajalah! Bagus juga
prinsip Encik Duck tu. Tak payah pening-pening. – m/s 138
“Diakan girlfriend uda?! Takkan
uda nak biar dia kahwin dengan along sedangkan… uda dengan Kak Yana couple?
Adil ke uda buat macam tu kepada diri sendiri, kepada Kak Yana yang cintakan
uda sangat-sangat? Uda tak adil!!!” – m/s 147
Encik Duck : Jom jadi kawan e-mel
nak? But the identity remains secret. Kita tak boleh cakap apa-apa yang boleh
menyebabkan rahsia tentang diri kita terbongkar. - m/s 157
“Kalau Yana cintakan Izz, tolong
terima along. Tolong lupakan Izz. Janganlah hancurkan hati-hati orang di
sekeliling kita. Biarkan hati kita hancur. Mungkin ada hikmah kalau kita reda,
akhirnya begini cinta kita. Kalau Izz dah reda, Yana juga harus reda. Cinta tak
semestinya memiliki… Mungkin sebenarnya, kita tak pernah boleh disatukan pun.”
– m/s 222
“Kita masing-masing punya kisah
silam kita sendiri. Kalau boleh, abang nak kita cuba lupakan kisah lama kita
dan bina hidup baru. You open your heart and I’ll open mine. Insya-Allah, abang
yakin… kita boleh bahagia hidup bersama. Boleh sayang?” – m/s 246
“Kita tak nampak, kita boleh
jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh
bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi,
cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.” – m/s 305
“Izz selalu ada untuk Yana. Izz
tak lari. Izz akan make sure, Yana bahagia. Izz tak salah orang untuk letakkan
pengganti Izz dalam hati Yana. Along calon yang terbaik. Terimalah dia, dia
akan buat Yana bahagia.” Izz menggenggam tangan Ariyana. Dia mahu Ariyana yakin
yang pilihan dan keputusan yang mereka buat adalah tepat. – m/s 315
“Apa yang lepas, biarkan lepas.
Itu cerita sayang dengan orang lain. Abang hanya akan peduli, cerita sekarang
dan masa depan sebab dalam kisah sekarang dan akan dating, hanya ada kita
berdua. Tak ada orang lain. Abang janji, abang akan cuba cipta kisah kita yang
lebih baik dan indah, insya-Allah. Abang sendiri pernah terluka, saying pun
juga pernah kecewa. So, abang akan terima sayang seadanya, seadanya sayang
menerima abang…” – m/s 344
“Esok, kita jumpa lagi. Jangan
lupa angkat telefon. Abang tak nak, lepas sayang tahu siapa abang, sayang nak
mengelak bercakap dengan abang. I am your husband, you are my wife. Apa yang
terjadi between us, bukanlah satu alasan untuk kita tak boleh bersama. Tapi itu
menunjukkan kita ini ditakdirkan untuk bersama.” Izz sudah mula… memberi
ceramah! – m/s 439
“Betul apa, as accountant, abang
audit hati sayang, check tengok, ikut tak polisi dan prosedur. Kalau tak ikut,
jatuh sakit, abang jadilah doktor cinta!” – m/s 520
“Abang cintakan sayang… tu pasal
abang tak nak patah balik. Lagipun kita akan bahagia kalau kita pilih untuk
bahagia, kan? Abang tak rasa menyesal pilih saying dan tak rasa menyesal lepaskan
Ariyana kepada along, sebab along memang berhak. Mengorbankan cinta kepada yang
lebih berhak… itu namanya cinta sejati tau!” – m/s 607
Kata Ku :
Citer yang ringan, santai dan
menghiburkan.
Banyak sgt story watak sampingan
buat watak utama agak tenggelam sikit. Aku rasa Uda dan Dara ni dua-dua pun
lambat pick up la. Geram pula kat dua-dua diaorang sbb tak perasan diaorang tgh
becakap hal yang sama!
Btw, kualiti kertas novel ni
yellowish macam buku dolu2! Awat guna kertas ni ek?
Kredit 3.5/5
Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :
1. Pabila Cinta Memanggilku
2. Suamiku Encik Perfect 10!
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya
Karya-karya Syamnuriezmil yang lain :
1. Pabila Cinta Memanggilku
2. Suamiku Encik Perfect 10!
3. Isteri Untuk Disewa
4. Suami Tanpa Cinta
5. PA Untuk Dia Selamanya
No comments:
Post a Comment