Banyak kali cetak.. cover pun tukar2.. Aku baca yang cover kuning tu.. |
Judul : Cinta… Tiada Akhirnya
Penulis : Fauziah Ashari
Muka Surat : 596
Harga : RM22.90
Rumusan Kisah :
Sekuel dari citer Ombak Rindu.
Hariz yang tidak mengenali Pakcik
Taha telah mengambil Pakcik Taha bekerja sebagai pemandunya. Pakcik Taha yang
menyamar sebagai Pak Mok akhirnya mengakui dirinya di depan Izzah dan meminta
pertolongan daripada Izzah untuk menyelesaikan hutang judinya. Izzah
merahsiakan perkara tersebut daripada Hariz. Hariz mendapat tahu bahawa duit
yang diminta oleh Izzah tidak didermakan seperti yang diberitahu, mula mensyaki
Izzah.
Izzah diculik dan terkorban di
sungai. Kehilangannya sangat-sangat diratapi oleh Hariz. Salleh, adik kandung
Hariz yang iri dengan kejayaan dan kebahagiaan Hariz selama ini, mula mengatur
perancangan jahat.
Mila Amylia, bekas isteri Hariz
masih cuba untuk mendekati Hariz walaupun telah bertunang. Disebabkan kesibukan
Mila, Armand, anak Hariz dan Mila, dijaga oleh Elin, adik Mila. Elin mula
tertarik pada Hariz.
Kemunculan Suri mengundang resah
di hati Hariz. Hariz mula menyiasat perihal diri Suri.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Dia tidak indah di matamu, dia
tidak menggentarkan batinmu tetapi dia ada di hati kecilmu. - m/s 332
Hariz : Cinta I hanya untuk
Izzah. Kalau ditakdirkan I jatuh cinta lagi, mungkin gadis itu ada ciri-ciri seperti Izzah. – m/s 375
Hariz : Cinta misteri yang mudah
diperolehi tapi sukar ditakluki dan payah dilupai. – m/s 524
Mila : Cinta sahaja tidak cukup
untuk membina sebuah rumahtangga bahagia. – m/s 589
Kata Ku :
Sebelum baca novel ni, aku
bayangkan dulu scene terakhir dalam filem Ombak Rindu. Alaa time Mila jumpe
Izzah kat bendang tu. Saja nak ambik feel.
Mmg masa baca 2nd part
ni, aku automatic terbayangkan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihari.
Hehehehe… Banyak watak2 timbul dalam 2nd part nie. Konpius aku
dibuatnya.
Agak slow tapi saspen jugak.
Mula-mula ingatkan jangkaan awal aku meleset, tapi rupanya betul jugak. J
Overall, hubungan
Hariz-Izzah-Salleh-Suri agak komplikated.
Moral of the story :
Suami isteri kena berkomunikasi
dan berterus terang. Kalau ada apa2, terus terang untuk mengelak salah faham.
Ada sekuel lagi citer ni... Rindu Cintaku!
Kredit 3.5/5
Karya-karya Fauziah Ashari yang lain :
1. Dan Sepi Pun Berlalu
2. Bisik-Bisik Gelora
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)
Karya-karya Fauziah Ashari yang lain :
1. Dan Sepi Pun Berlalu
2. Bisik-Bisik Gelora
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)
buku ni pun ada sambungan dia jugak kan .. kalo x silap MLlah.. rasanya... tp ML pun x baca lagi... rasanya ML dan beli tp x pernah baca.. hahhaha.. boleh gitu?
ReplyDeletemmg ada sekuel lg citer nie.. luper nak mention... amboi, dok beli je tp tak baca ekk... hahaha
Deletebelinya dah bertahun.. masa memula novel tu kuar lg... tp x tergerak hati nak baca... hahahah
Delete