Judul : Sungguh, Aku Jatuh Hati
Penulis : Zarra Zuyyin
Penulis : Zarra Zuyyin
Terbitan : Jemari Seni
Muka Surat : 749
Harga : RM26
Novel baru published Oct 2013.
First time order novel dari
Jemari Seni. Member berkenan ngan novel Jurutera Hati Saya, so, kite order pakej Promo October. Save RM16 untuk 3 buah novel. Oh! Jemari Seni guna kurier
KTM tau, bukan Pos Laju. Tapi, utk area KL, 1 hari dah bleh sampai.
Rumusan Kisah :
Kehadiran tiga orang lelaki dalam
hidup Nuradelia Hanani sangat mengharu-birukan hidup gadis itu. Dua tahun Nani
cuba untuk melupakan Hafez Nubhan aka Yeop Apez, bakal suami tak jadi yang
meninggalkannya kerana mengahwini wanita lain.
Saat Nani cuba untuk menerima
Naufal Ikram aka Dr Am, doctor-jiran sebelah rumah, kehadiran Yeop Apez yang
ingin kembali semula pada Nani, terlebih dahulu menabur fitnah dan membuatkan Dr
Am berpaling tadah.
Semua kekusutan terlerai pada
hari pernikahan Nani dan Yeop Apez. Sekali lagi Dr Am menagih cinta daripada
Nani.
Dalam beberapa kejadian, Izz
Harriz, tuan insinyur aka tuan bos yang tidak pernah sebulu dengan Nani, muncul
sebagai hero penyelamat keadaan.
Nani akhirnya berkahwin dengan
Inche suami. Rumahtangga mereka bak cuaca. Bila dilanda rebut taufan, keadaan
memisahkan mereka.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
Izz Harriz : Beribu orang malah
berjuta sanggup mengejar sebiji bola. Macam tu juga, berjuta pasangan mencari
satu cinta, iaitu cinta sejati. Dan bukan semuanya berjaya dapat cinta sejati.
Sebab tu ada try and error. – m/s 19
Izz Harriz : It’s better to be
hated for what you are than to be loved for what you are not. – m/s 76
Hafez Nubhan : Apez takkan
lepaskan Nani ke tangan orang lain. – m/s 194
Izz Harriz : You are the one who should be responsible
because everything comes from you! – m/s 227
Naufal Ikram : Tapi Am akan tetap kacau hidup Nani sampai
Nani sendiri akan mengalah! – m/s 277
Izz Harriz : Hidup hanya sekali, mati juga sekali. Kahwin
hanya sekali dan jatuh cinta juga hanya sekali. – m/s 284
Yeop Adwa : Usah mengharap pada
yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi, usah dirindu pada yang tak
mengerti. – m/s 339
Naufal Ikram : Orang yang kita
cintai takkan pernah jadi kawan apabila dia pergi meninggalkan orang yang
mencintainya. – m/s 407
Izz Harriz : Nani, saya tak mampu
nak petik bintang nak kait bulan pun tak tercapai. Tapi, saya janjikan kasih
sayang kerana sekali saya jatuh cinta, selamanya saya akan setia. – m/s 415
Nuradelia Hanani : Abang, rindu
itukan buah cinta. Kalau abang tak rindu, maknanya tak adalah buah cinta. Kalau
cinta itu tidak berbuah, maknanya cinta kita cinta yang layu. – m/s 462
Inche suami : Sesuatu perasaan
takkan hadir tanpa pertemuan, takkan tulus tanpa kejujuran, takkan abadi tanpa
satu ikatan yang sah, dan takkan indah tanpa kasih sayang dan kerinduan. – m/s
479
Nuradelia Hanani : Belajar untuk
mencintai apa yang ada, jangan mencintai apa yang tiada. Keluar daripada
kenangan lalu. Kenyataan hidup sekarang yang harus awak hadapi. – m/s 676
Inche suami : Tanpa Tuhan, takkan
ada kenangan… tanpa ketenangan, takkan ada kebahagiaan. – m/s 729
Kata Ku :
Citer yang ringan dan diselitkan
dengan babak saspen sikit. Banyak juga diselitkan panduan-panduan rumahtangga. Inche
suami Nuradelia Hanani ni mmg cool je masa mula-mula, tapi bila dah kahwin,
merajuk dia sangat-sangat tak berpada-pada. Oh mungkin juga pasal pembawaan
baby si isteri. Tapi, macam over pula sampai bawa diri bagai padahal yang buat
salah, dia sendiri kot!
Oh btw, saiz buku Jemari Seni
kecik sikit dari novel2 dari publisher lain.
Kredit 3.5/5
No comments:
Post a Comment