Monday 21 October 2013

Novel : Rindu Dalam Sepi




Menjauh bukanlah keputusan yang terbaik untuk hubungan kita. 
Tapi apabila kau merinduku dalam sepi, 
kau akan mengerti perasaanku terhadapmu selama ini. – Ainur Mardiyah


Judul : Rindu Dalam Sepi
Penulis : Siti Khadijah
Muka Surat : 553
Harga : RM22

Rumusan Kisah :

Tangkap basah – kahwin paksa – benci – sayang!

Kejadian tertangkap basah dan dipaksa berkahwin membuatkan Ammar Mukhriz benci pada Ainur Mardiyah. Mardiyah berjanji akan meninggalkan Ammar Mukriz selepas 3 bulan. Semakin Ammar membenci Mardiyah, semakin sayang dia pada Mardiyah. Disimpannya perasaan itu kerana egonya. Kemunculan Nizam dan Raqeem menyalakan api cemburu dalam hati Ammar. Ammar tekad untuk menawan hati isterinya.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Ammar Mukhriz : Keputusan Am muktamad, mama. Mama boleh terima perempuan ni, tapi tidak Am. Am akan ceraikan dia tapi itu tidak bermakna Am akan terima dia sebagai isteri Am. Dia dah hancurkan hidup Am dan Am takkan sesekali memaafkan dia. Am harap mama rahsiakan perkahwinan ni terutama Lydia. Kalau ada siapa yang tahu, mama tahulah nasib perempuan tak guna ni. – m/s 53

Quraisya : Kita selalu menghabiskan masa dengan meratapi kesedihan sampaikan kita terlupa bahawa pintu kebahagiaan selalu terbuka pada sesiapa yang mencarinya. Walau apa yang terjadi, hidup mesti diteruskan. – m/s 69

Datin Zarina : Kadangkala dalam hidup kita, kita tak akan dapat apa yang kita suka. Tetapi kita dapat apa yang kita benci kerana kadang-kadang apa yang kita benci itu adalah yang terbaik buat kita.  – m/s 118

Ainur Mardiyah : Saya tahu kehadiran saya hanya menyusahkan hidup Datin dan encik. Tapi saya tak minta semua itu. Saya tak minta untuk jadi isteri encik, sebab saya sedar siapa saya di mata encik. Tapi percayalah, saya akan pergi daripada hidup encik tiga bulan dari sekarang. Saya janji. Saya tak nak susahkan hidup sesiapa lagi. – m/s 119

Datin Zarina : Isteri yang solehah amat sukar diperolehi, ibarat mencari permata dalam lautan. Kalau jumpa dengan permata itu, jaga dan peliharalah baik-baik. sebab kalau hilang, tak mungkin akan bertemu lagi dengan permata yang sama. – m/s 140

Ammar Mukhriz : Aku akan pastikan yang perkara itu hanya akan berlaku antara kau dengan aku sahaja. Larilah kalau kau nak berlari sebab aku akan jadi bayang-bayang kau. Jangan harap ada lelaki lain yang boleh sentuh atau miliki kau selain aku. – m/s 378

Raqeem : Walau apa yang berlaku, saya tetapkan akan cintakan awak, Diya. Biarpun cinta saya bertepuk sebelah tangan. Saya akan tunggu sampai awak bersedia untuk terima cinta saya, malah saya akan tunggu sampai Am lepaskan awak. Saya akan tunggu, Diya. Saya akan tunggu waktu itu. – m/s 407

Ammar Mukhriz : Memang pada mulanya Am nak lepaskan dia. Tapi jika dia nak Am tamatkan pernikahan ini biar dia sendiri yang datang jumpa Am dan minta Am putuskan hubungan ini. Selagi dia tidak datang sendiri jumpa Am, selama itulah dia tetap jadi isteri Am. – m/s 411

Ainur Mardiyah : Tak. Saya takkan bagi awak peluang sebab awak akan gunakan peluang itu hanya untuk melukakan hati saya saja. Saya takkan benarkan awak terus mempermainkan perasaan saya. – m/s 451

Kita boleh memilih dengan siapa untuk kita bercinta tetapi kita tidak tahu dengan siapa kita ditakdirkan dan dijodohkan kerana kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi haruslah diingat, perancangan Allah adalah yang lebih baik. – m/s 553

Lagu dalam novel :

Romance – Ku Ingin Kamu
Hoobastank – The Reason
Lena AF – Bicara Hati

Kata Ku :

Typical storyline! Boleh dijangka.. Tarik tali panjang sangat. Ammar Mukhriz yang ego nak mengakui perasaan dia sendiri buat aku bosan. Tapi, bab ‘culik & ikat’ memang tak pernah aku baca kat mana-mana kot. Aku rasa ada banyak lagi cara nak tunjuk dan buktikan yang kita sayang dan cinta kat seseorang tu. Hmmm…

Kredit 3/5

Karya-karya Siti Khadijah yang lain :
1. Rasa Yang Tertinggal

No comments:

Post a Comment