Wednesday, 16 October 2013

Novel : Dan Sepi Pun Berlalu


Judul : Dan Sepi Pun Berlalu
Penulis : Fauziah Ashari
Muka Surat : 607
Harga : RM24
Rumusan Kisah :

Afiqah kecewa dengan lelaki kerana Zikri, kekasih zaman sekolahnya berkahwin dengan kawan baiknya sendiri. Kerana kecewa, Afiqah memutuskan hubungan dengan kawan-kawan baiknya. Tinggal serumah dengan Azi yang sering bertukar-tukar pasangan. Kejadian yang paling ingin dielakkan berlaku bilamana Afiqah ditangkap khalwat dengan Syafiq yang berada dalam rumah Afiqah, kerana menyangka bahawa Azi juga berada dalam rumah tersebut.

Afiqah dan Syafiq dipaksa berkahwin. Afiqah yang tidak boleh terima keadaan tersebut selalu sahaja buat hal dengan Syafiq. Hubungan mereka bertambah mesra dek kesabaran Syafiq melayani semua karenah Iqa. Namun, Syafiq meragui perasaan cinta Iqa terhadapnya kerana Syafiq pernah terdengar Iqa, yang sedang bermimpi, menyebut nama Zikri, tambahan pula Iqa tidak pernah menyatakan perasaan dia terhadap Syafiq.

Kerana cemburu dan salah sangka, Syafiq menlafazkan talak pada Afiqah. Afiqah yang kecewa tidak menjawab semua panggilan telefon. Iqa dikejutkan dengan berita kemalangan bapa mertuanya yang meragut bukan sahaja bapa mertuanya, tapi juga anak mereka, Ashman.

Demi ibu Syafiq, Afiqah tetap tinggal sebumbung dengan Syafiq walaupun mereka sebenarnya sudah bercerai. Tiada siapa yang tahu. Walaupun sudah dirujuk di pejabat agama, Syafiq tidak mengaku telah menjatuhkan talak. Iqa terus dalam dilemma.


Kemunculan Ammar, anak Syafiq dan Azi, membuatkan Iqa rasa kecewa dan marah. Lebih-lebih lagi bila semua orang menyambut baik kedatangan Ammar dalam keluarga tersebut. Syafiq melafazkan rujuknya pada Iqa, saat Iqa ingin pergi dari situ.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan lebat. Walaupun lebat atau lama sekali pun, pasti akan reda juga. – m/s 99

Cinta… susah nak kita jangka bila datangnya, bila perginya sebab cinta ni bersifat subjektif juga. Kalau hodoh bagaimanapun, kalau dah jatuh cinta, maka itulah cinta hati kita. Kalau cantik bagaimanapun, kalau hati ini tiada getaran, maka biasa-biasa saja akhirnya. – m/s 134

Untuk bahagia, kita boleh membinanya sendiri. Cinta dan kebahagiaan tidak datang sendiri. Ia perlu dicipta sedikit-sedikit. – m/s 294

Tanpa cinta boleh bahagia dan mencintai bukanlah bermakna memang bahagia bersama. Kadang-kala ada rasa cinta tetapi tidak ada keserasian. Bererti, jika ada keserasian, boleh bahagia dan cunta boleh berbunga dan mekar. – m/s 511

Kita harus pilih kegembiraan untuk hidup kita. Hidup kita bukan selamanya. Esok lusa, kita akan mati. Gembira atau sedih di tangan kita. Kita tak boleh kawal sepenuhnya manusia-manusia yang berada di sekeliling kita walaupun suami kita. – m/s 660

Terima atau tolak. Guna akal untuk bekerjasama dengan hati. Jangan biarkan diri lama-lama kehilangan identity, kelak memakan diri. – m/s 687

Kata Ku :

Sempit dada aku baca citer ni. Citer ni penuh dengan konflik dan pergolakan rumahtangga. Walaupun intro dia agak membosankan, tapi ending sangat suspen. Ending yang tak dijangkakan langsung. Yang buat aku geram, banyak benda yang tak diluahkan oleh Syafiq dan Afiqah. Kalau tak luah, mana pasangan aku nak tau! Adoii.. sakit otak aku la!

Moral of the story, sila percaya pasangan anda. Jangan biarkan cemburu menguasai diri.

Kredit 4.5/5

Karya-karya lain Fauziah Ashari :

1. Bisik-Bisik Gelora
2. Cinta... Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)
3. Rindu Cintaku (Ombak Rindu 3)

1 comment:

  1. Dan sepi berlalu dan pergilah sepi adalah novel yang sama ke ?

    ReplyDelete