Monday 9 September 2013

Novel : Hikayat Cinta Si Pematah Hati


 Saat pandangan kita bertemu, bermulalah hikayat cintaku…


Judul : Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis : E-man Sufi
Muka Surat : 1050
Harga : RM35

Novel kedua E-man Sufi dalam pelukan aku selepas Suami Yang Kubenci.. Sape-sape yang rindu kan Uwais, Hannah dan Makcik Sari, boleh 'jumpe' diaorang balik dalam citer Hikayat ni. :)

Rumusan Kisah :

Rayyan Raiqarl dan Warfeen Wardah bertemu semula selepas beberapa tahun. Masing-masing tidak mengecam wajah masing-masing kerana mereka hanya bertemu beberapa kali sahaja zaman remaja mereka. Nama pun tak tahu!

Mengetahui kekasih Warfeen adalah adik tirinya sendiri, Daniel Elhan, Rayyan nekad untuk memikat Warfeen kerana ingin membalas dendam perbuatan mak tirinya yang merampas kebahagiaan keluarga dia dulu. Misi Rayyan dibantu oleh Tengku Zarynn, teman baik yang dianggap adiknya. Daniel terpaksa bertunang dengan Zarynn yang menjadi pilihan mamanya. Dalam masa yang sama, Daniel merancang untuk meminang Warfeen. Zarynn tampil bertemu dengan Warfeen untuk menjelaskan status Daniel. Warfeen kecewa dan mula menerima Rayyan yang sentiasa di sisinya.

Perkahwinan mereka akhirnya diuji hebat bermula dari kemalangan yang meragut nyawa papa dan adik Rayyan. Rayyan pula cedera parah pada tulang belakang dan buah pinggang. Kerana dendam, Daniel hanya akan mendermakan buah pinggangnya kepada Rayyan, dengan syarat Warfeen harus meninggalkan Rayyan!

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Saya tahu hati awak dah dimiliki orang lain. Saya tak paksa awak cintakan saya, Wafeen. Tapi awak juga tak boleh halang saya dari terus mencintai awak. Ini hati saya hak saya untuk memilih siapa yang berhak berada di sini… dan saya pilih awak sebagai penjaga hati saya. Tolong jangan bertindak zalim dengan menghalang saya dari terus merasakan indahnya perasaan ni.” – m/s 197

“Kalau saya jadi kekasih awak, saya takkan tinggalkan awak macam ni, apatah lagi kalau saya jadi suami awak. Saya takkan sekali-kali benarkan ada ruang lelaki lain dekat dengan awak. Macam sekarang ni, nampak sangat kekasih awak tu tak pandai nak jaga awak.” Rayyan sempat menyindir dengan penuh makna. Siap sedialah kau, Daniel. Tahulah aku macam mana nak kantoikan kau nanti. Tapi aku akan mendengar penjelasan Zarynn dulu lepas tu aku nak hentam kau cukup-cukup. – m/s 243

“You ingat ni perlawanan bola sepak ke apa, hah?! I bukan pom-pom girl tahu tak? I buat semua ni untuk you juga. Kalau I tak nikah dengan Daniel, macam mana you nak dapat Wafeen?” Zarynn bersuara lebih lantang darinya. Rayyan menelan liur. Zarynn kalau melenting, dia pun kalah. Memang dia tak pernah menang kalau bertekak dengan Zarynn. – m/s 250

“Dalam mimpi pun awak takkan dapat. Saya dah beritahu banyak kali yang saya akan kahwin dengan kekasih saya dan kekasih saya bukan awak, Rayyan. Jangan salahkan saya kalau awak kecewa nanti sebab saya dah ingatkan awak pasal ni.” Segera Wafeen keluar kerana dia sudah tidak sanggup untuk melawan pandangan Rayyan yang selalu membuatkan dia rasa berdebar-debar. – m/s 259

“Kalau awak perlukan saya untuk apa sebab sekalipun, saya sentiasa ada untuk awak. Sayang saya pada awak takkan hilang, Wafeen. Saya masih berharap satu hari, awak akan cari saya dan masa tu, awak akan cakap, sayalah calon suami awak. Walaupun harapan tu mungkin datang dalam mimpi aje. ” – m/s 337

“Perempuan lain? Maksud awak, saya ni perampaslah? Saya kenal dia sejak empat tahun lepas dan saya tak pernah tahu yang dia bertunang. Kalau saya tahu, saya pun tak rela nak biarkan diri saya diperbodohkan macam ni!” Wafeen mencampakkan gambar-gambar majlis pertunangan Daniel dan Zarynn di atas meja. – m/s 342

“Suka hatilah! Jangan nak panggil sayang lagi dah! Menyampah tahu tak! Penipu! Abang dengan Elhan sama aje kan? Kalau dari awal Feen tahu kau orang berdua ada pertalian, terus terang, Feen takkan pilih abang jadi calon suami. Dua-dua penipu! Sesuai sangat jadi adik-beradik!” – m/s 449

“Pleaselah! Saya bersyukur tak kahwin dengan dia. Cuma kalau awak tak cintakan dia, kenapa awak sanggup kahwin dengan dia semata-mata untuk Rayyan? Berbaloi ke pengorbanan awak ni? Saya tak faham kenapa awak sanggup buat macam tu? Sebab tu saya curiga hubungan awak dengan Rayyan. Itu aje.” Wafeen cepat-cepat menafikan tuduhan Zarynn. – m/s 514

“Abang… Feen simpan semua benda-benda tu sebab dari kecil Feen memang sukakan abang. Sampai sekarang pun Feen masih juga simpan sampah abang ni. Sebab… emmm… Feen sayang sangat kata bang. So, abang tak payahlah marah-marah ya?” Suara Wafeen lembut memujuk. – m/s 548

“Abang sayang isteri abang ni sorang aje. Sampai bila-bila. Abang takkan tinggalkan Feen walau macam mana keadaan sekalipun. Susah, senang… kita akan tetap bersama. Feen pun, takkan tinggalkan abang, kan?” Rayyan merapatkan wajahnya hingga dahi mereka bertemu. – m/s 593

“Buat air untuk dia satu hal. Sayang tak dengar ke apa dia cakap tadi? Lain kali tanya dulu, jangan main ambil aje tak hak orang! Dia sindir abang, sayang. Bukannya bodoh sangat abang nak faham yang dia maksudkan abang kahwin dengan kekasih dia!” – m/s 622

“Cukup Daniel! Saya tak nak! Saya dah taka da perasaan pada awak. Tolonglah faham! Saya nak hidup dengan Rayyan. Saya cuma nak jadi isteri dia! Bukan lelaki lain. Dan bukan awak sekalipun!” Wafeen dah tak sanggup nak berdepan dengan Daniel yang dah semakin tak tentu arah itu. – m/s 638

“Sebab sial suami kau la, Valqis dan papa Daniel meninggal! Hei, perempuan kampung kau ingat… dengan tayang muka simpati kau ni, aku akan terima aje. Sepatutnya, anak tak guna tu yang mati, bukan suami aku!” marah Datin Ann. Wanita itu sudah seperti hilang akal bila memekik di hadapan Wafeen. – m/s 712

“Wafeen, terima syarat aku atau kau akan tengok Rayyan mati lebih cepat dari jangkaan. Masa berjalan, Wafeen. Jangan sampai aku ubah keputusan… call aku bila kau dah sedia.” Daniel berlalu pergi. Wafeen tak tahu apa perlu dilakukannya. Terima tawaran Daniel dan tinggalkan Rayyan? Apa bezanya kalau Rayyan sembuh tapi hidup tanpa dia di sisi? Rayyan tentu akan bersedih! Tapi kalau dia menolak, sampai bila dia perlu menunggu penderma yang sesuai untuk Rayyan hidup normal seperti orang lain? – m/s 742

“Tak ada siapa yang nafikan dia isteri you. Tapi you yang tak sedar-sedar. Dia dah tak perlukan you lagi. Dia dah tak sanggup jaga you. Dia tak nak bersuamikan lelaki lumpuh macam you, Rayyan…” balas Zarynn. Walaupun kata-katanya itu menyakitkan hati, namun dia hanya mahu Rayyan sedar. – m/s 755

“Wafeen, abang takkan merayu Feen balik pada abang… Abang tahu, keadaan abang macam ni menyusahkan Feen. Abang takkan mengadu apa-apa tapi Feen ingat baik-baik apa yang abang cakap ni. Selagi abang masih bernafas atas muka bumi Allah ni, selagi itu abang takkan ceraikan Feen. Dalam keadaan apapun alasannya, takkan, Wafeen… Kalau betul Feen nak berpisah secara sah, Feen kena dating jumpa abang sendiri.” – m/s 789

“Feen tahu yang abang dengar suara Feen. Mana Firdaus? Tolonglah abang jangan buat macam ni. Kalau abang marahkan Feen sekalipun, tolong jangan ambil Firdaus…” Wafeen menangis. Dia terlalu takut ketika itu. – m/s 876

“Sampai bila-bila. Tinggalkan abang, memang Feen bersalah tapi mencintai abang, itu perkara paling terbaik pernah Feen buat. Feen tinggalkan abang dulu sebab…” – m/s 945

“Jangan cakap macam tu, Rynn. Abang dah biasa hidup dengan kehadiran Rynn di sisi abang… Tolonglah jangan cakap macam tu. Abang janji Rynn, abang akan mengaku semuanya. Abang akan minta maaf pada Wafeen dan Abang Rayyan…” – m/s 1021

Kata Ku :

Pheww… macam-macam perasaan aku baca citer ni. 1st part, citer ringan dan santai jer. Buat aku sengih-sengih. Rayyan dan Wafeen ni dua-dua jenis sempoi dan selamba. So, jangan expect ayat-ayat yang jiwang-karat atau romantic-extreme k. Bila dah masuk 2nd part, citer ni makin buat aku sesak nafas. Tragis! Geram sangat kat Daniel. Kesian kat Warfeen dan Rayyan. Touching betul part Warfeen terpaksa tinggalkan Rayyan. Overall, citer ni diseimbangkan di antara kisah percintaan dan kekeluargaan.


Kredit 5/5

Karya-karya E-Man Sufi yang lain :
1. Suami Yang Kubenci
2. Bukan Kerana Aku Tak Cinta

1 comment: