“Seseorang itu dicintai bukan
kerana kesempurnaanya,
tetapi dia kelihatan sempura kerana dia dicintai…”
Rumusan Kisah :
Hannah Maryam terpaksa berkahwin dengan
Uwais Ukasyah, pilihan Tok ayah nya, setelah kekasihnya, Tengku Muiz ditangkap
khalwat seminggu sebelum hari pernikahan mereka.
Hannah sangat memandang rendah
pada Uwais, si penjual burger. Kesabaran Uwais berjaya mencairkan ego di hati
Hannah yang telah mula menerima Uwais. Kehadiran Batrisya dan Abang Fawaz
mengundang cemburu di hati masing-masing.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Hai… tak habis lagi? Bila nak
insaf kau ni? Belajarlah merendah diri, Hannah. Kalau tak dengan orang lain
pun, dengan suami sendiri cukuplah. Apa masalahnya dengan Uwais tu? Sebab dia
orang kampong? Atau… sebab dia cuma penjual burger? Setidaknya dia berusaha
cari rezeki yang halal, Hannah. Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwi
dengan Tengku Muiz tukan? Hmmmm… kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana,
Hannah. Bukan dapat bawak masuk kubur pun… ” – m/s 6
“Bukan awak… tapi saya sendiri
yang salah! Sebab saya gagal ubah sikap angkuh awak ni.. sebab saya gagal
jadikan awak seorang isteri yang hormat pada suami, yang jadi penyejuk hati
suami… Yang taat pada suami… sekalipun saya terlalu sayang dan cintakan awak,
kenapa Hannah? Cinta saya ni kotor ke? Hina ke? Tak boleh ke awak terima cinta
penjual burger ni dengan rasa ikhlas di hati awak? Saya mesti jadi pegawai tinggi
ke baru awak nak terima saya tanpa rasa malu dengan sesiapa? Awak pun
sebenarnya malu kalau berjalan dengan saya di khalayak ramai… betulkan?” Uwais
menarik nafas dalam-dalam. – m/s 175
“Okey… okey… Abang Fawaz tak
sengaja agaknya. Lain kali Hannah akan pastikan , abang aje yang boleh peluk
Hannah… ” Alamak! Terlepas cakaplah pulak!
- m/s 209
“Penting ke berapa lama? Masa tak
jadi penyebab sama ada seseorang tu boleh dipercayai ataupun tak. Kadang-kadang
orang yang dah lama kita kenal pun boleh tikam kita dari belakang, Abang
Fawaz…” Tegas suara Hannah mempertahankan kepercayaannya kepada Uwais. Bukan
dia hendak kurang ajar dengan Fawaz sebagai lelaki yang dianggap abang itu,
tetapi kalau sudah sampai cuba menanam duri dalam hatinya, sudah tentulah dia
takkan berdiam sahaja. Tak baik betul Abang Fawaz ni, tak suka tau kutuk Abang
Uwais Hanny macam tu… - m/s 231
“Takpe la mak, abangkan kerja
cari duit… bukan dia buat kerja yang bukan-bukan…” chewah! Sejak bila pulak aku
dah jadi penyokong kuat Uwais ni? Bukan aku ke yang tak suka kerja jual burger
tu? Kalau dah cinta tu, boleh tukar jadi apa aje, kan? Batu pun boleh jadi
emas… - m/s 267
“Terima kasih, sayang… terima
kasih sebab menjadi sebahagian daripada hidup abang… terima kasih kerana
menjadi pelengkap dalam kehidupan abang yang banyak kekurangan ni…” Uwais
memaut tubuh Hannah dan dicium dahi isterinya itu. – m/s 543
Kata Ku :
Novel ni best sangatttt… aku dok
sengih + gelak2 je baca novel ni. Gile nak cramp mulut tahan gelak sbb baca kat
ofis! Kalau tak, mau aku guling2 kot. Hahahhaa… serius kelakar specially watak
Makcik Sarimah. Aku dok terbayang la Makcik Mary, mak tiri Zoela dalam citer
Sindarela. Ingat tak citer tu?
Hero citer ni plak, si Uwais,
alahaii… sangat la cool dan caring sesangat kat wife dia yang manja2 anak orang
kaya tu. Sindir-menyindir antara diorang sweet jer bagi aku. Heheheh… Citer ni
tak banyak konflik berat2. Setakat rebut-rebut manja dari Fawaz tu jer.
Hehehehe… Tapi, aku sedih la jg part baby meninggal tu. Huhuhuhu…
'Sambungan' citer ni sila baca Bukan Kerana Aku Tak Cinta. :)
Kredit 5/5
Karya-karya E-Man Sufi yang lain :
Kan best dpt hubby mcm U.W.A.I.S :D
ReplyDelete