Wednesday 18 September 2013

Novel : Pergi Tanpa Alasan



Kerana cinta itu racun yang manis dia sanggup untuk diracuni

Judul : Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
Muka Surat : 500
Harga : RM23

Novel ni baru published Julai 2013


Second time beli novel terbitan Idea Kreatif. Tapi, ni first time order novel online dari Idea Kreatif. Dapat diskaun RM2 + free postage. Pastu, first time juga dapat ‘cop mohor’ dari penulis novel! Feeling awesome la pulak. Hehehhe… Kalau tau, novel first, Dia…Random Guy pun beli online je hari tu… Servis pun express, lagi express dari KN and KS! Oppss!!

Rumusan Kisah :

Rihana bekas Social Escort aka GRO yang meletakkan syarat tubuhnya tidak boleh dimiliki, hanya boleh disentuh, pada setiap pelanggannya, termasuk Hakim Mukhriz bin Datuk Adam.

Kehilangan Rihana yang telah menemui hidayah dan pertemuan semula Rihana yang telah berubah penampilan menyakinkan Hakim yang dia mencintai wanita itu, bukan kerana nafsu semata. Hakim nekad untuk memiliki Rihana walau dengan apa cara sekalipun. Perangkap mengena! Rihana akhirnya sah menjadi isteri Hakim.

Campur tangan parent Hakim dan tunang Hakim, Nelly, membuatkan Hakim membawa Rihana pergi meninggalkan semua kemewahan.

Petikan-petikan dari novel :

“Rin.. Itulah satu-satunya permintaan you yang tak mampu I tunaikan. Sebab… I tak pernah mampu nak lupakan you.” Mendengar luahan jujur Hakim, Rihana sudah teresak dalam talian. Sukarnya jalan untuk dia berubah ke arah kebaikan. – m/s 53

“I know I was wrong but I never meant to hurt you. Knowing you is the best thing that happened to me but it’s also hurting me so badly.” – m/s 71

“Even you benci I sebanyak buih di lautan sekalipun, I tetap nak you nikah dengan I. Mana tahu, benih I akan bercambah di Rahim you daripada apa yang berlaku malam tadi?” Hakim cuba psiko Rihana. Memang tiada apa yang berlaku malam tadi tetapi dia akan bereaksi seolah-olah mereka telah terlanjur. – m/s 124

“Walau you bayar I dengan seluruh harta you sekalipun, syaratnya tetap sama. Tanpa restu orang tua, I tak mahu kahwin dengan you dan I tak mahu kahwin secara sembunyi,” tegas Rihana. – m/s 127

“I wish… walau I mati sekalipun, biar Tuhan cipta seorang Rihana itu hanya untuk I, dunia dan akhirat.” – m/s 134

“Then, you tarik diri kalau jijik. Tak perlu jadi my future wife sebab I pun tak berminat untuk jadi your future husband,” bidas Hakim. Rahangnya bergerak menahan geram. Tuduhan Nelly memang melampau. Dia mana pernah tidur dengan perempuan lain selain daripada Rihana. Itupun, masih belum terlanjur lagi. – m/s 139

“I tak mampu nak petik bulan bagi you. I juga tak mampu nak beri dunia yang bulat ni kepada you. Tapi I janji, hati I yang kat dalam ni, walaupun you tak nampak, ia memang milik you,” Ucap Hakim sambil tangan melekat di dada sendiri. – m/s 148

“Tapi I nak you tahu, bila I kata I pilih you, maknanya I pilih you walau sejuta pilihan dihadapkan di depan I. Bila I kata I sanggup mati untuk you, maknanya I serius dengan apa yang I buat.” Lembut suara Hakim mengulangi pendiriannya. – m/s 176

“I tidaklah sempurna seperti Nabi tetapi I akan cuba menyempurnakan diri I untuk jadi suami yang tidak akan menyusahkan isteri sendiri seperti yang Rasulullah SAW lakukan. I tak akan minta you layan I seperti Aisyah melayan Rasulullah SAW. I juga tak akan minta you layan I di ranjang jika you tak bersedia. Yang I nak minta cuma, untuk berada di sisi you buat selamanya.” – m/s 213

“Untuk ayah, Hakim tu lelaki terbaik yang Tuhan hadiahkan buat Hana. Pandang dengan mata hati, jangan pandang dengan rasa hati. Kata orang, kita sering tak Nampak apa yang ada depan kita sehinggalah kita kehilangannya.” Haji Rahim tarik nafas. – m/s 236

“I memang dah hampir terbabas tapi nasib baik I cepat sedar. Percayalah Rin, I memang nak you jadi yang halal untuk I… sejak dulu,” bisik Hakim perlahan. – m/s 309

“Kalau I ni sudah menjadi beban dalam hubungan you dengan Nelly, berterus teranglah Hakim. Jangan layan I macam makhluk bernyawa yang tak ada jiwa.” Rihana memintas kemudian terus berpusing mengatur langkah keluar dari situ.  – m/s 318

“Cinta??? Pergi mati dengan cinta! Kamu ingat dengan cinta tu boleh bagi kamu duit? Kamu ingat cinta boleh bagi kamu kekayaan??” Datuk Adam sudah berdiri. Hangat hatinya mendengar pengakuan Hakim. Cinta? Apa ada pada cinta? – m/s 338

“Rin… you’re all I need beside me and all I need inside my heart. Jadi, tak ada istilah utuk tinggalkan you walau apa pun yang terjadi.” Hakim paut jemari Rihana kemudia digosok perlahan. – m/s 348

“Sekali lagi you sentuh isteri I, jari you takkan cukup sepuluh lagi!” Hakim memberi amaran kepada Nelly. Muka Datin Azura tak usah cakap, dah rupa maca beruang dalam pantang. – m/s 353

“Kalau kamu anggap mama ni mama kamu, ceraikan perempuan tu, Hakim. Mama tak akan terima dia sebagai menantu dalam keluarga kita. Apa pun yang terjadi, mama nak kamu kahwin juga dengan Nelly, hidup atau mati.” Arahan tegas Datin Azura terus meletakkan Hakim di tempat yang sangat-sangat rumit. – m/s 356

“I sayang dia sangat-sangat. Tak ada apa di dunia ni yang dapat menggantikan dia dalam hati I. kalau dia buat apa pun, I tetap kata, dia buat untuk kebaikan kami.” Dua titis air jernih gugur dari tubir mata tanpa perlu mengerdipkan matanya. – m/s 402

“Dunia ni bulat, Rin. Kalau tiba-tiba pusingannya mengharuskan kita berada di bawah bulatan, I juga tak akan lepaskan tangan you. Macam mana susah sekali pun, I akan tetap pimpin you, melangkah bersama I.” Hakim pusing badan mengadap Rin. – m/s 474

Kata Ku :

Sebuah kisah percintaan yang matang bagi aku. Rihana dan Hakim dua-dua pun matang dalam mengekspresikan perasaan mereka walaupun mungkin dengan cara yang tidak patut. Suka sangat dengan kekuatan dan keluhuran cinta Rihana dan Hakim. Kesanggupan Hakim untuk meninggalkan semua kemewahan dan bermula dari bawah demi Rihana yang tidak diterima oleh keluarganya sangat-sangat menyentuh hati!

Btw, thanks Ridzwan sebab tak rebut Rihana daripada Hakim! Tak suka tau rebut-rebut!

Kredit 5/5

4 comments: