Wednesday, 17 July 2013

Novel : I Love You, Stupid!


Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku



Judul : I Love You, Stupid!
Penulis : Melur Jelita
Muka Surat : 1389
Harga : RM39

Rumusan Kisah :

85% citer ni berlatar belakangkan bumi Kemboja. Kedaifan, kemiskinan dan gaya hidup di bumi Kemboja yang banyak menginsafkan Iris, sukarelawan dari Malaysia yang juga anak kpd seseorang yang dikagumi di Malaysia.

Berselindung di sebalik misi nya, Iris sebenarnya mempunyai misi yang lebih besar lagi, iaitu menculik anak kawan baiknya.

Sepanjang berada di Kemboja, Firman bertindak sebagai bodyguard dan translator yang diupah oleh ayah Iris untuk menjaga Iris. Firman dan Iris yang masing-masing ego membuatkan perhubungan mereka kejap on kejap off. Gaduh dan berbaik semula. Gaduh dan berbaik semula.

Iris akhirnya dapat tahu bahawa Firman adalah Inspector Ebrahim, Abg Pedas, yang merupakan pelatihnya ketika menyertai  kursus SUKSIS setahun yang lalu.

Dalam pada bergaduh2, Firman dan Iris kuat menafikan perasaan masing-masing. Iris hanya mengetahui perasaan Firman terhadapnya saat dia hendak kembali ke Malaysia.  

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni. Handsome dan pedasss!” aku bercakap lembut sambil mengenyitkan mata kepadanya. – m/s 4

Perhatian Inspektor Ebrahim terarah kepadaku. Melekat! Aku dah agak dia pasti kenal aku! Aku membuka beret, mencampakkan ke atas riba Lara yang terkulat-kulat menundukkan wajah bersama yang lain. Mengada! Hari tu menggedik tak ingat dunia, bila sudah di depan tahu pula panic! Aku menghadapnya. Mukanya biasa saja, tenang dan relaks. Buka ajelah cermin mata hitam tu, abang pedas. Macam mata lalat pula aku tengok! – m/s 12

I cuma suka cuci mata. Lelaki ni macam eye mo untuk i. siapa tak suka benda cantik? Keindahan ciptaan Tuhan untuk dilihat, dinikmati dan dihayati. Tak semudah itu mana-mana lelaki nak bertakhta dalam hati I. usik-mengusik aje, tak perlu serius sangat. Jangan mudah jatuh hati. Kita masih muda, umur  masih panjang dan ramai lagi lelaki kita nak tengok. Jangan senang terpikat dan terikat.  I just wanna have fun. – m/s 29
“Maruah? Kalau awal bermaruah, awak takkan keluar malam, berpoya-poya dengan lelaki… Awak tak layak  bercakap mengenai maruah.” – m/s 73

“Tuan  tak berani menyentuh saya sebab saya bukan gadis sembarangan. Papa saya bukan orang biasa-biasa. Kalau saya bagi peluang tuan cium saya, I bet tuan takkan berani. Jangankan nak cium saya, sentuh pun tak berani.” – m/s 126

Dia menoleh. Serentak dengan itu, aku menjingkitkan kaki, merangkul lehernya dengan kedua-dua belah tangan. Aku memaut erat dan mengucup pipinya dengan pantas. Masa aku cantik sekali apabila kedengaran auara dan derap kasut yang lain. Aku melepaskan kucupan dan menolaknya sambil menangis. Inspector Ebrahim tergamam sebelum beberapa rakan siswa berlari ke arahku. – m/s 131

 “Elok juga Iris ke sana. Saya sangat menghargainya. Susah nak cari sukarelawan perempuan sedangkan ramai perempuan Champa di sana sangat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk standing dengan perempuan-perempuan lain di dunia. Sekurang-kurangnya selangkah ke hadapan pun tak apa. kasihan mereka. Jauh ketinggalan dari bangsa lain. Perempuan bangsa Khmer lebih maju dari mereka.” – m/s 149
“Saya dipaksa menjadi translator dan bodyguard awak. Saya diwajibkan menjadi baying awak sama ada awak suka ataupun tidak. Saya diberi arahan yang tegas, jangan seekor nyamuk pun Berjaya menggigit dan menghisap darah awak  yang lemak manis berkrim.” – m/s 181

Aku mengangguk dan mula menurut langkah Fatimah. Dia nak membuatkan hidup aku umpama mimpi ngeri? Aku akan buatkan hidupnya lebih bermimpi ngeri, aku akan huru-harakan kau, Firman! – m/s 221
Aku memejamkan mata, menahan kesakitan dan rasa terkejut yang amat. Kemudian mataku buka, rasa amarah semakin menguasai diri. Hidungku mula terasa pedih. Mata itu! “Selama ini awak menipu! Awak bukan Firman!!” aku menjerit sekuat hati. -  m/s 350

“Hate me? Seems like do I care, poor rich girl. Awak tak tau awak sedang berdepan dengan siapa. Di Malaysia bolehlah awak berlagak. Sekarang awak di Kemboja, berdepan dengan the real Firman Ebrahim. Nyawa dan kehormatan awak dia tangan saya. Jangan nak buat gila seperti di Malaysia dulu. Nak peluk dan cium saya? Di sini kalau awak berani buat macam tu lagi, saya akan kerjakan awak sehingga awak akan menyesal seumur hidup. Sehingga awak terpaksa menukar nama kerana malu. Jangan cabar saya.” -  m/s 478

Aku menoleh ke arahnya. Dalam samar-samar malam, dia kelihatan begitu baik dan… kacak. Kenapa wajah kacak ini suka menyakitkan hatiku? Dan kenapa aku sendiri pun suka menyakitkan hatinya? Tiba-tiba saja aku menjadi tidak faham dengan keadaan kami berdua. Kenapa kami saling menyakiti dan berdendam dari awal hingga sekarang? Akukah yang memulakannya dulu atau dia yang mudah hilang sabra dengan karenahku? Apa-apa pun aku tetap rasa dia sepatutnya beralah dan melayan aku dengan baik sebab aku gadis dan majikan dia. -  m/s 500

“Jadi my precious jangan sombong sangat. Awak tak pernah menang berlawan dengan saya. Sekali awak buat saya, sebelas kali saya boleh balas balik kepada awak. Sekali awak benci saya, sebelas kali saya sayang awak.” – m/s 509

“Saya mohon maaf  di atas segala kata-kata saya tempoh hari. Apa yang saya cakap, saya tarik balik. Apa yang saya ingat, saya hanya ingin menyakitkan awak sesakit-sakitnya. Tetapi rupa-rupanya saya yang lebih sakit dengan kata-kata saya sendiri…” – m/s 546

“Baru nampak clear. Cantikkan… kedua-dua bibir kita bersama. Nampak sangat satu bibir perempuan, satu bibir lelaki, Iris dan Firman. Iris Nur dan Firman Ebrahim. Gabungan Firman dan Iris. Firis? Okey tak Firus? Macam Fairus pun ada… Al Fayruz lagi cantik!” – m/s 551

Aku menoleh kepada Firman apabila terasa seperti Firman tidak mendengarnya. Mata kami saling menatap dan… aku terpegun dengan keindahan mata Firman. Matanya lebih cantik dari apa yang aku lihat di langit. Mata yang bersatu dengan keindahan cahaya matahari, awan dan suasana membentuk satu cahaya mata yang bersinar indah… seorang gadis di anak matanya dan gadis itu kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman. Aku kelihatan begitu cantik sekali di dalam mata Firman! – m/s 661

Kami sama-sama duduk dan menatap laut yang terbentang luas. Sesekali kami berbalas pandang dan senyum. Kami membisu dalam seribu bahasa. Ada yang nak dibicarakan tetapi tak tahu apa. Ada yang nak diluahkan tetapi lidah kelu. Ada rasa yang ingin dikongsi tetapi hati tidak pasti. Apa yang pasti aku senang sekali bersama Firman ketika ini. – m/s 727

Firman menghiris  dadanya. Mulutku berdesir melihat darah yang mengalir deras. Dia ni memang betul-betul gila. Tak ada cara lain ke nak dapatkan kepercayaan aku? Apa yang aku cakap, dia buat! Rasa marah pula menyerbu ke dada. – m/s 764

“Iris… jangan lari dari saya lagi. Kalau apa-apa berlaku kepada awak saya akan rasa bersalah seumur hidup. Maafkan saya kerana gagal menjadi kawan awak. Saya gagal mendapat kepercayaan awak…” – m/s 767

“A good cry cleanses your heart. Tapi jangan melampau. Saya tak mahu awak terus menangis dan bersedih. Kembalilah menjadi Iris yang seperti dulu. I miss my precious. I miss our fights. I miss my rebellious Iris.” – m/s 917

“Ya, sangat meletops. Kalau tak hati-hati boleh terbunuh di tangannya. Entah kenapa, hati saya terasa satu hari nanti, saya akan mati di tangan awak.” – m/s 1019

“Nite my sweet bodyguard. Malam ini awak tentu mimpikan saya kerana saya sedang memeluk awak. I love you, stupid.” – m/s 1022

“Iris… I rindukan you. I rindukan Izham. Jangan salahkan diri you dengan apa yang berlaku. Ia salah I kerana tak dengar cakap you. You’re the best friend that I ever have.” – m/s 1166

“Iris nak jumpa Firman. Iris nak bebaskan dia. Dia tak salah. Iris yang culik Izham. Dia jadi blacksheep. Uncle sendiri tau, kan. Kita membuat perancangan bersama. Kenapa uncle tak buat sesuatu?” – m/s 1174

“Firman, tolong bangun. Kalau awak taka da, saya nak mati bersama awak. Bawalah saya bersama awak.” – m/s 1256

Ketukan di pintu menandakan masaku berlalu. Aku mencium jaket Firman buat kali terakhir, mencium beg uncang yang tiba-tiba ia sudah menjadi sebahagian dari diriku dan diri Firman. Kami bersatu dalam rahsia. Tiada siapa yang tahu. Jaket dan uncang aku masukkan semula ke dalam almari. Gambar Firman di tepi katil aku tatap. Aku memberikan satu kucupan pilu di bibirnya dan di matanya. -  m/s 1276

“Dengan nama Allah, saya ingin menjadi sesuatu yang halal untuk awak sentuh. Demi Allah, saya ingin halal bermimpikan awak. Demi mama saya, saya ingin merindui awak. Saya terlalu ingin memiliki awak. Terlalu ingin… sehingga tak berdaya dari tidak memikirkan awak setiap saat…” – m/s 1384

Kata ku :

Best jalan citer ni. Cuma aku ni jenis kureng sket kalau bab nafi-menafi, tarik-tali ni telampau panjang sgt. Aku rasa dah mcm meleret-leret pula. Itu pendapat aku ok. Tapi, overall citer ni best sebenarnya. Happy ending mesti la best. Ada sambungan citer Firman dan Iris ni dalam novel My Precious Iris. Macam nak beli je baca..

Kredit 4/5 

Karya-karya Melur Jelita yang lain :

1 comment: