Thursday 12 September 2013

Novel : Kuli Rumah Untuk Dia


 
Aku bukan Ratu Balqis dan kau bukan Raja Sulaiman… 
namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam…


Judul : Kuli Rumah Untuk Dia
Penulis : Aireen Aryana
Muka Surat : 475
Harga : RM20

Novel baru published bulan ni (Sept 2013)

Rumusan Kisah :

Minn Alia, anak orang berada,  berpenampilan menarik dan manja. 2 tahun enjoy tanpa buat apa-apa. Walaupun educated, Minn Alia akhirnya bersetuju menjadi pembantu rumah kerana beranggapan kerja itu amat senang dan tidak memerlukan dirinya memerah otak.

Minn Alia menyamar sebagai Syaminah Kadir, orang gajinya sendiri ketika di kediaman Tengku Arshad. Kehadiran anak bujang Tengku Arshad, Syakirul Hafiz di rumah besar itu menyebabkan kehidupan Minn Alia menjadi kelam kabut.

Semakin hari, Syak semakin mencurigai Minn Alia yang kelihatan kekok membuat kerja-kerja rumah. Syak yang sudah syok kat Minn Alia, meluahkan perasaannya pada Minn Alia, membuatkan Minn Alia tidak senang hati kerana penyamarannya.

Penyamaran Minn Alia akhirnya kantoi. Syak sangat terkilan. Tindakan Minn Alia yang mendiamkan diri bila Syak melamarnya sekali lagi membuatkan mereka semakin menjauh.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Tapi serius, kalah Husna bila kau dah make over macam ni. Serius, diorang mesti percaya punya kau ni boleh jadi kuli rumah diorang.” Gelak Syuh masih bersisa. – m/s 31

“It’s up to you. Semua orang kena ada disiplin bila bekerja. Saya tak suka orang yang curi tulang atau tak amanah semasa menjalankan tugas. Satu lagi, awak melawan cakap tuan rumah awak, awak rasa sesuai ke kalau saya simpan orang gaji macam awak?” tegas Syakirul Hafiz. – m/s 63

“Aku tak pasti jugak la. Mana pernah aku dapat PR yang standard habis bawak Tab sebiji, handphone gila canggih, pakai perfume kalah umi aku. Then, tiba-tiba kita orang boleh jadi kawan. Aku rasa aku pun ada salah jugak la. Terlalu pandang rendah pada orang lain terutamanya orang gaji. Kak Nur contohnya, bukan tak ada duit aku tengok. Tapi mungkin dia hantar ke anak dia sebab tu dia tak tunjuk barang-barang jenama nak melaram bagai. ‘Si hantu cina’ ni lain sikit. Dia tak ada anak. Entah ada keluarga ke tak, patut aje dia boleh beli barang-barang jenama terkenal.” – m/s 128

“Tak tau. Aku rasa aku bukan suka, tertarik tu ada la. Dia tu clumsy, selalu lawan cakap aku, berani tapi kadang-kadang ada juga banjir dengan air mata. Kadang-kadang tu aku terasa nak gelak even dia tak buat apa-apa pun. Yang aku suka, cara dia pandang aku. Entah, mata dia tu beku tapi tajam. Aku rasa macam pernah jumpa dia sebab jarang ada orang boleh jeling orang lain dengan tenungan tajam macam dia tu.” – m/s 181

“Do you love me? Ni first time saya tanya seorang gadis sama ada dia suka saya ataupun tak. Out of control. Dengan awak, saya tak boleh kawal diri sendiri. Saya bukan lelaki yang boleh ngan dengan mana-mana perempuan yang tak ada kaitan dengan saya. Tapi, awak lain. I am out of my mind. Kenapa?” – m/s 240

Syakirul Hafiz tarik nafas dalam-dalam. Mirr Adriz dipandang sekilas sebelum dia mengeluh perlahan. “Aku tak marah selagi kau tak usik Minah. Aku nak kau tahu yang aku betul-betul serius pada dia. Aku tak mahu dia pergi jauh dari hidup aku dan aku nakkan dia jadi suri aku. Kalau kau sahabat, jangan ganggu dia, hatta kau bercakap dengan dia pun aku tak suka.” – m/s 295

“I thought she was a nice girl. Rupa-rupanya anak Tan Sri Ridhuan. Apa sengal pula Minn Alia tiba-tiba buat lawak jadi pembantu rumah kita? Kalau dia nak jadi menantu abah, awal-awal lagi abah dah pinangkan untuk Syakirul Hafiz.” – m/s 317

“Awak memang anggap saya ni tak penting dalam hidup awak sampai awak sanggup tipu status dan identiti awak, kan?” Syakirul Hafiz terkilan sebab yang tipu tu orang yang dah ada tempat di hati dia dan sampai sekarang pun hatinya masih lagi menyebut-nyebut nama Minn. – m/s 353

“Aku fikir dia pilihan terbaik. Lagipun aku dah cukup tawakal masa mak dan abang terima pinangan entah lelaki ceruk mana aku tak tau. Bila Syak jadi tuning aku, aku tak nafikan hati aku seronok. Akhirnya Allah ketemukan aku dengan lelaki yang aku nak.” – m/s 430

“Masa awak menangis tu buat firasat saya semakin kuat mengatakan bahawa awaklah yang saya nakkan untuk jadi suri saya. Saya tak boleh kehilangan awak dan saya tak akan kehilangan awak lagi. Sebab tu saya tak toleh ke belakang lagi untuk melamar awak jadi isteri saya walaupun saya tak arif tentang perasaan awak terhadap saya. Awak saying ke benci saya Minn?” – m/s 457

“Saya sayang awak, Syak. Saya tutup jalan untuk hati saya berzina dan mengingat tentang awak selama bertahun ini. Awak tidak tahu betapa saya menanggung malu kerana pernah merayu awak demi sebuah kemaafan sedangkan terang-terang waktu itu awak dah ingat sejarah hitam Minn Alia sebelum menjadi orang gaji awak dulu.” – m/s 462

Kata Ku :

Sengal! Eh.. bkn nak kata novel ni sengal tau. Sengal sebab buat aku gelak sorang-sorang baca citer ni… Adoi.. sakit perut! Semua terma ni buat aku gelak… Minah tepung, ikan paus jantan nak menopaus, ikan pari dikatakan ikan bawal, ikan dudu, hantu cina… Hahaha!!

Saspen sgt part Minn nak kantoi kat Mirr. Bila dah kantoi kat semua orang, sadis la pula. Kesian pula kat Minn. Tapi, tak suka pula kat Syak yang versi dingin. Kalau dah suka, cer terus-terang, ni main propose jer. Tekejut beruk Minn tu. Merajuk bertahun plak tu! Haiii la Syak. Merajuk diam-diam, mana la si Minn tu nak tau. Mula la misunderstanding. Tapi, tak puas pula baca part ending. Mmg la happy ending. Tapi, entah la.. macam boleh dikembangkan sikit lagi kot part ending tu. Overall, sangat menghiburkan.

Kredit 4/5

3 comments:

  1. Ikan dudu....hantu cina tu yg aku tak blh lupa...hahahaha...mmg sengal!!!

    ReplyDelete
  2. Tkasih Ryanna atas reviewnya.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aireen! Welcome and thanks for dropping by! Bangga pula cik author singgah sini.. All da best ya! :)

      Delete