Wednesday 13 November 2013

Novel : Giler Kau?


Menjadi cinta pertama kepadamu adalah suatu yang hebat, 
tetapi menjadi cinta yang terakhir adalah jauh lebih sempurna.


Judul : Giler Kau?
Penulis : Dyadila
Terbitan : Kaki Novel
Muka Surat : 1176
Harga : RM38


Rumusan Kisah :

Dua orang lelaki mencintai wanita yang sama!

Syed Shahrul Iskandar (SSI) dan Intan Azura bak kucing dan anjing. Semua disebabkan pertemuan pertama yang ‘kurang indah’. Pertemuan kedua menambahkan cuka pada hubungan mereka. Mereka sebenarnya berjiran. Mama SSI amat senang dengan Intan dan Intan selalu bertandang ke rumah SSI. Tapi semua itu tidak disenangi SSI. Ada saja yang tak kena bila mereka bersua muka. Mamat bengis vs minah cuai! Akhirnya, kucing dan berbaik dengan anjing.

Lokman Haqeem, seorang playboy, mula nak mendekati Intan. Walaupun pada mulanya Intan tidak menerima Lokman, namun kecekalan Lokman membuka hati Intan dan mereka merancang untuk berkahwin. Lokman tidak hadir pada hari pernikahan mereka dan SSI jadi pak sanggup! Memang dia sanggup pun! J

Selepas kahwin, mat bengis dan berubah jadi mat perasan! SSI yang sememangnya menyayangi Intan dalam diam mula memikat hati Intan, dengan kuasa vetonya! Lokman Haqeem muncul saat Intan sudah mula bahagia dengan SSI.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Intan : Cinta tu bukan benda yang senang kita cari atau kalau kita nak, boleh beli dekat mega sale… kalau boleh, aku nak kahwin sekali aje dalam hidup aku. – m/s 65

Intan : Hidup perlukan keceriaan. Kalau fikirkan masalah sampai bila pun hati kita takkan tenang. Sekarang ni walau berat macam mana pun masalah, yang penting ktia kena selalu ingat Dia. – m/s 134

Shahrul : Aku ni memang jenis yang suka baca buku, tapi aku suka buku yang dah memang lama ada dalam hati aku belum ada buku baru yang menarik minat aku ni. – m/s 223

Lokman : Awak tahu tak saya rasa dah semakin jatuh cinta dengan awak… tak kisahlah awak kata saya mat romeo ke... jiwang karat besi ke… tapi memang saat ini, itulah yang saya rasa. – m/s 446

Shahrul : Kalau aku doakan kau mati… samalah macam aku membunuh diri aku sendiri. Aku sentiasa doakan kau akan hidup lebih seratus tahun… dan sepanjang masa itu aku akan doakan kau sentiasa sihat dan bahagia. – m/s 499

Intan : Tapi aku tak nak bila kasih sayang aku dating akan membuatkan orang yang aku sayang ditimpa musibah. – m/s 521

Intan : Mungkin aku suka cara dia layan budak-budak ni. Sebenarnya memanglah luaran dia nampak macam ‘Romeo Must Die’, tapi aku rasa dia taklah teruk sangat macam yang kita rasa. – m/s 543

Lokman : Intan Azura, saya Lokman merendahkan hati saya untuk memiliki awak bukan sebagaimana perempuan yang saya kejar dulu, tapi sebagai suri, sebagai teman, sebagai isteri yang sentiasa bersama saya saat saya senang dan susah. – m/s 579

Intan : Dia seakan membawa aku ke satu dunia yang selama ni aku tak pernah rasa. Dia buat aku rasa semua insan yang aku sayang kembali ke sisi aku. Tengok aku, tersenyum dekat aku. Lokman bagi aku satu keyakinan yang dia la insan yang akan membahagiakan aku. – m/s 585

Intan : Ibu pernah cakap yang cinta tu pertaruhan. Kalau kita menang, kita akan bahagia… kalau kita kalah, kita akan sedih. Saya berharap sangat pertaruhan saya kali ni betul, tapi semua terletak pada takdir. – m/s 610

Intan : Saya takkan buat awak terikat dengan apa-apa. Lepas ni kita akan hidup macam dulu. Awak bebas lakukan apa saja dan saya akan pastikan yang awak takkan bertanggungjawab dengan saya. Tolong jangan kesiankan saya, Shah. – m/s 656

Intan : Dan saya adalah orang yang tak pernah putus mencari kebahagiaan sehinggakan hati ini penat. Mungkin kebahagiaan perlu dicari, tapi cukuplah dengan apa dah jadi. Jangan sebabkan kebahagiaan untuk diri sendiri sampai rosakkan kebahagiaan orang lain. – m/s 724

Shahrul : Abang sedar dan dari tadi abang asyik teringatkan Intan. Semua abang buat semua serba tak kena. Abang tak mampu lagi bertahan yang kononnya tak ada apa-apa antara kita. – m/s 897

Intan : Intan nak abang kahwin dengan Zaireen, Intan rela pergi pinangkan dia untuk abang. – m/s 951

Sarah : Menikahi orang yang kita cintai mungkin satu kebetulan, tapi mencintai orang yang kita nikahi satu kewajipan. – m/s 972

Shahrul : Najihah adalah cinta pertama abang, tapi Intan Azura Abdullah Lee adalah cinta terakhir abang. – m/s 1090

Kata Ku :

Novel kedua Dyadila yang aku baca. Berjaya khatam dalam masa 2 hari. Memang dah target nak baca hujung weekend. Tak kuasa nak mengangkut ke ofis hari-hari. J

Banyak elemen dalam citer ni. Buat aku gelak-gelak, sengih-sengih, geram, marah, sedih, tersentuh. Tapi paling aku tersentuh sekali part Hafiz. Basah juga mata! Mama Lokman dan Zaireen memang nak kena pelempang dengan aku! Grrr… tapi, mmg aku sdh jangka Intan mesti ngan Shahrul sbb dari awal pun mmg banyak moment Intan dengan Shahrul. J

Happy ending untuk semua kecuali yang jahat.. gila! Klise??

Kredit 4.5/5

Karya-karya Dyadila yang lain :


1 comment: