Pesona cintamu merantai jiwaku.
Lingkari hidupku dengan kasih
sayangmu.
Athirah dan Mikhail dijodohkan
oleh keluarga mereka, sedangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Malah
Mikhail terus membawa diri sebaik akad dilafaz.
Dua tahun kemudian, mereka
bertemu di kolej, tanpa mengetahui tentang diri masing-masing. Pertengkaran-pertengkaran
kecil di antara Mikhail dan Athirah membuai rasa di hati Mikhail lantas memaksa
Athirah untuk menjadi kekasihnya.
Keterlanjuran mereka adalah atas
kerelaan Athirah kerana telah mengetahui bahawa Mikhail adalah suaminya.
Mikhail pula ingin bertanggungjawab dan mereka bernikah ekspres atas bantuan
abang Athirah yang telah ‘menangkap’ mereka dalam perangkap yang dipasang oleh
Masyitah.
Sedangkan lidah lagi tergigit,
begitulah perkahwinan mereka. Salah faham, cemburu, ego yang membawa kepada
perpisahan.
Petikan-petikan dari dalam novel
:
“Jangan bagi tahu sesiapa tentang
rancangan saya ni. Ingat! Hanya saya saja yang berhak menghentikan lakonan ini.
Selagi saya belum beri kata putus, selagi itulah awak kena berpacaran dengan
saya dan berada di samping saya. Awak jugak tak dibenarkan membantah setiap apa
yang saya cakap sepanjang kita menjadi pasangan kekasih. Jika tidak… saya akan
saman awak lebih daripada jumlah yang saya katakana tadi.” Mikhail memberi
amaran dan mempamerkan muka seriusnya. Dia yakin Athirah akan bersetuju dengan
rancangannya. – m/s 76
Bulat mata Athirah memandang
Mikhail. Mulutnya sudah terlopong namun segera ditutup dengan tangannya. Adakah
di depan aku ni, Adam suamiku? Adam Mikhail yang selama ini ingin aku berlakon
sebagai kekasihnya adalah suamiku? Dia bagaikan tidak percaya dengan berita
yang baru didengari itu. Ya Allah… benarkah dia suamiku? Alhamdulillah. Terima
kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini, bisik Athirah dalam hati. Air mata
kesyukuran yang menitis, membasahi pipi, disekanya dengan jari. – m/s 154
“Abang belum pernah jatuh cinta
dengan mana-mana perempuan. Sayanglah cinta pertama abang. Abang harap… biarlah
cinta ini, cinta pertama dan terakhir abang. Cincin ini sebagai tanda pengikat
cinta di hati kita. Sudikah sayang menerima cinta abang? Menjadi pendamping
abang hingga ke ahir hayat?” Mikhail melamar Athirah. Mikhail nekad, dia akan
melepaskan isterinya jika perempuan itu tidak sanggup bermadu. Lagipun apa guna
dia menyimpan isterinya jika dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya.
– m/s 166
“Sayang jangan bimbang, abang
akan bertanggungjawab. Abang akan berbincang dengan umi dan abi abang tentang
perkara ini. Kita akan segera menikah.” Mikhail benar-benar menyesal kerana
gagal mengekang nafsunya. – m/s 271
“Dua tahun lalu aku dipaksa
bernikah dengan seorang gadis. Selesai saja akad nikah tu, aku terus balik ke
KL. Aku langsung tak pernah kenal atau berjumpa dengan gadis tu. Selama ni aku
tak pernah tahu Athirah ialah gadis yang aku nikahi dua tahun lalu.” Mikhail
menceritakan bagaimana dia boleh tahu tentang Athirah. – m/s 339
“Malam tadi. Kami nikah ekspres!
Itu pun Masyitah yang membukakan jalan untuk aku memperisterikan Athirah.
Konon-kononnya dia nak buat supaya aku kena tangkap basah dengan dia, tapi tak
menjadi. Sebaliknya pegawai yang menjalankan tugas pada malam itu suruh aku
nikah dengan adik dia ni.” Mikhail menunjukkan isterinya. – m/s 377
“Jangan tuduh abang begitu. Abang
tak pernah curang selama ni. Abang juga tak bunuh anak kita. Seandainya sayang
rasa sedih, abang turu merasa tempiasnya. Abang juga sedih dengan kehilangan
anak kita. Jangan jatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang tak abang lakukan,”
ujar Mikhail lirih. Dia merenung belakang Athirah dengan tajam. – m/s 430
“Jangan fikir abang akan ceraikan
sayang. Sekiranya sayang ingin juga berpisah dengan abang, doakan semoga umur
abang diambil Allah secepat mungkin.” Usai berkata-kata, Mikhail melangkah ke
kamar tidurnya. – m/s 433
“Ada sedikit komplikasi dengan
suami puan. Saya harap puan banyakkan bersabar dan berdoa semoga suami puan
dapat diselamatkan dan melepasi tahap kritikal. Kami akan berusaha melakukan
yang terbaik untuk menyelamatkannya.” – m/s 556
Kata Ku :
Aku rasa biasa-biasa je kot jln
citer dia. Salah faham dan cemburu dalam rumahtangga. Tak saspen sgt.
Kredit 3/5
No comments:
Post a Comment