Silap aku juga, kerana jatuh cinta insan sepertimu, seanggun
bidadari seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk
mengintaimu…
Judul : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Muka Surat : 1048
Harga : RM32.90
Rumusan Kisah :
Mia Adriana dan Khuzairi diijabkabulkan setelah Khalil tidak
hadir pada hari pernikahannya dengan Mia Adriana, itupun atas permintaan ayah
Mia Adriana yang ketika itu sedang bertarung nyawa diserang sakit jantung. Khuzairi
sememangnya dah syok kat Mia Adriana sejak zaman sekolah lagi, tapi Mia pula
tidak pernah pandang Khuzairi, si budak kampong. Mia yang manja dan ditatang
bagai minyak yang penuh oleh ayah nya seorang yang degil.
Penerimaan mak dan Helmi, adik Khuzairi terhadap Mia Adriana
sering saja menyebabkan pertelingkahan di antara Mia Adriana dan Khuzairi.
Dalam diam, Mia Adriana mula menerima kehadiran Khuzairi setelah melihat
kesungguhan dan kesabaran Khuzairi melayani semua karenahnya.
Tindakan nekad Mia Adriana yang sanggup meninggalkan bayi
yang baru dilahirkannya menyebabkan Khuzairi kecewa yang amat sangat.
Petikan-petikan dari dalam novel :
Wajah Mia Adriana dikerling sekilas. Jelas kekecewaan pada
seraut wajah bujur sirih itu. Khuzairi pasti Mia Adriana tidak dapat menerima
dirinya sebagai pengganti tempat Khalil. Dia yakin nama Khalil sudah bertapak
kukuh di dalam hati gadis itu dan buka mudah untuk lelaki yang tidak pernah
dipandang sebelum ini oleh Mia Adriana, diberikan tempat di hatinya begitu
sahaja. – m/s 65
“Okey, saya tak berniat nak buat cara kasar tapi kalau
keadaan yang memaksa saya untuk berbuat demikian, saya terpaksa lakukan. Sebaik
saja isteri saya masuk ke dalam kereta itu bersama Puan Hayati saya akan
menghubungi pihak polis dan mendakwa puan melarikan isteri saya.” – m/s 117
“Abang… Abang tak rasa apa yang istimewanya untuk
diberitahu. Pada abang, jadi doctor tu salah satu dari pekerjaan aje, macam Mia
jadi lawyer. Lagipun abang dah tinggalkan kerja tu buat sementara waktu. Pada
abang yang penting sekarang abang nak cuba buat yang terbaik untuk Mia. Tak
kira apa kerja pun yang abang lakukan,” pujuk Khuzairi lembut. – m/s 250
Mia Adriana memejamkan mata. Semakin hatinya keras untuk
menerima lelaki ini, semakin lelaki ini membuai hati dan perasaannya. Sifat Khuzairi yang
menghormati dirinya membuatkan Mia Adriana tidak pernah walau sekelumit jua
merasa curiga mahupun gentar untuk berada dekat dengan lelaki ini. – m/s 264
“Tak ingin aku nak
tengok muka dia. Biar dia tidur aje kat luar. Esok aku dah pergi, dia tidurlah
puas-puas atas katil ni. Aku dah tak larat lagi dengan perangai dia yang asyik
pentingkan keluarga dia aje. Nak tolong pun biarlah berpada-pada.” – m/s 380
“Awak ingat saya bodoh ya? Awak ingat saya tak dengar apa
yang mak awak cakap dengan awak tadi? Sekarang ni, awak nak menuntut hak awak
sebagai suami kerana awak meragui kesucian saya kan?” Tanya Mia Adriana separuh
menjerit. – m/s 458
Dalam masa yang sama, bibir Mia Adriana mula merayap di
tengkuk suaminya. Khuzairi begitu tertekan di saat ini. Dia tahu, ini bukan
diri isterinya yang sebenarnya namun dalam masa yang sama dia sendiri sudah
tidak dapat menahan gelodak perasaannya. m/s 474
“Kau jangan buat tak tau lah Khuzairi. Aku jijik dengan
perbuatan kau. Kau ragut hak aku dengan cara yang begitu hina. Kau letak maruah
aku kat tapak kaki kau aje. Sanggup kau perangkap aku semata-mata kerana ego
kau yang tercabar atas kata-kata Khalil tu kan? Damn you Khuzairi!” tempelak
Mia Adriana. Menggigil badannya gara-gara menahan marah yang teramat sangat. –
m/s 487
Aku juga nak beritahu kau, aku pun sebenarnya tertekan.
Tertekan dengan keegoaan kau. Tertekan dengan sikap pentingkan diri kau. Aku
lagi terseksa daripada kau Khuzairi, terseksa kerana aku dipaksa hidup dengan
lelaki yang aku tidak cinta.” Lancar Mia Adriana menuturkannya. – m/s 536
“Masalahnya sekarang ni, aku tak sedia nak mengandung. Aku
tak nak anak ni. Aku tak nak lahirkan zuriat kau.” Tegas suara Mia Adriana. –
m/s 551
Perlahan-lahan pipi isterinya dicium. Mia Adriana
mengeratkan lagi pelukan pada suaminya. Di kala ini tiada kata-kata yang dapat
dilafazkan oleh Mia Adriana. Yang dia
pasti mala mini, hatinya sudah dibuka seluas-luasnya untuk suaminya itu.
- m/s 628
“Abang, berbaloi ke abang cintakan perempuan macam Mia ni?
Kenapa abang tak nak buka pintu hati abang untuk perempuan lain? Di luar sana
masih ramai lagi perempuan yang sepuluh kali lebih baik daripada Mia. Masih
ramai lagi perempuan di luar sana yang
boleh membahagiakan hidup abang. Kenapa
abang perlu tutup pintu hati abang sampai macam tu sekali? Kenapa abang perlu
bazirkan usia remaja abang semata-mata kerana Mia, sedangkan abang sendiri tau,
di kala itu Mia langsung tak ingatkan abang. Mia langsung tak fikirkan abang.”
– 662
Takkan kau sanggup jadikan suami kau anak derhaka
semata-mata untuk puaskan hati kau. Apa
yang kau dapat bersaing dengan emak mertua kau? Kasih Khuzairi pada kau tak
luaklah Mia, walaupun dia pilih mak dia. Tak cukup ke tu kat kau…” panjang
lebar Sofi menasihatkan sepupunya. – m/s 728
“Abah, Ri ni tak layak ke untuk dia bah. Hina sangat ke Ri
ni bah sampaikan anak Ri pun tak layak untuk dapat susu ibu dia. Anak Ri pun
dia tak nak tengok. Kesian anak Ri. Tergamak ibu dia jadikan dia anak yatim.
Kesian Alisa bah. Ya Alllah, Kau kuatkanlah iman aku. Kau kuatkan aku
menghadapi dugaan-Mu ini ya Allah…” – m/s 747
Selama ini Mia dah sia-siakan cinta abang. Selama ini, Mia
tak pernah menghargainya. Tapi hari ini, Mia rayu pada abang, pinjamkan Mia
cinta abang, boleh tak bang? Tujuh hari aje mencintai Mia bang,’ rayu Mia
Adriana dalam esak tangis yang menyayat hati. Dia sudah mengangkat kepalanya.
Wajah suaminya yang tampak beku itu dipandang. – m/s 827
“Bang, kalau Mia kembali pada abang, cincin ini akan
tersarung di jari Mia. Tapi jika sebaliknya, hanya cincin ini akan kembali pada
tuannya.” Tutur Mia Adriana perlahan. -
m/s 988
Kata ku :
Mia ni mmg bikin aku geram sgt kat dia! Rasa nak bg
pelempang je kat Mia ni. Hahahaah! Khuzairi pula… haihhh… sgt la penyabar!
Dalam pada aku geram2 kat Mia, bbrp kali jugak la aku menitiskan air mata
(gara-gara terlebih emo) layan citer ni, specially bila Mia dah insaf dan cuba
meraih cinta Khuzairi semula.
Update 1/8/16
Tengah shooting Shukri Yahaya sebagai Khuzairi dan Siti Saleha sebagai Mia Adriana Thanks EDtv |
Selalu aku baca novel xdelah smpai nak ngis sgt, tp baca novel nie buat aku nangis sampai hidung sumbat hahahaha.. mmg terbaek penulis nie..
ReplyDeleteKalau nak cari novel yang boleh petik suis sedih tahap gaban kenalah beli novel Siti Rosmizah... baru tahu nangis tak ingat dunia... sampai orang sekeliling pun pelik, ada ke orang yang nangis bagai nak rak sebab baca novel. To me..yes! ada. saya salah seorang darinya yang menangis tak ingat dunia bila baca novel. Hihiii... tahniah kepada penulis sebab membuai emosi pembaca. :)
ReplyDelete