Thursday, 25 July 2013

Novel : Biarkan Ia Berlalu


“Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab tu merana! Itu janji Nadia!”



Judul : Biarkan Ia Berlalu
Penulis : Sha Ibrahim
Muka Surat : 1140
Harga : RM37

Rumusan Kisah :

Nadia kembali semua la ke tanah air dengan misi untuk membalas dendam terhadap Johan dan keluarga Johan, yang telah merampas syarikat dan menyebabkan kematian ayahnya 5 tahun lalu.

Nadia telah menubuhkan Friends Corporation yang diterajui oleh dua orang kawannya, tetapi mengambil keputusan hanya bekerja sebagai setiausaha kepada Syafiq, akauntan di syarikatnya sendiri.

Kepulangan Mia, setelah 7 tahun, yang menagih cinta Syafiq sedikit sebanyak menimbulkan perasaan cemburu di hati Nadia. Apabila Mia sedar yang Syafiq sudah mula syok kat Nadia, Mia sengaja tidak mahu meneruskan rawatan yang disyorkan doctor supaya Syafiq tidak meninggalkannya.

Nadia akhirnya memunculkan dirinya sebagai pemilik Friends Corporation setelah kecewa dengan tindakan Syafiq yang ‘menghalaunya’.

Petikan-petikan dari novel :

Nadia tersenyum mengingati kembali peristiwa itu. Namun hatinya masih lagi menahan marah kerana inilah kali pertama dia bertemu dengan lelaki yang menjengkelkan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menolak untuk bekerja dengan lelaki tersebut. Dia risau dia tidak mampu bertahan untuk terus bekerja dengan lelaki yang cukup menyakitkan hatinya. Namun, dia terpaksa. Ini sahaja jalan terbaik untuk dia mengetahui perjalanan syarikatnya. – m/s 40

“Kau ingat aku tak boleh siapkan kerja yang kau suruh? Hei! Ni Nadia la, Lion King. Orang tak akan panggil aku Nad la kalau aku tak mampu buat! Lion King yang sombong, bongkak! Tak ada perasaan! Nasib baik la muka kau tu handsome. Macam mana menyampah pun boleh  diterima lagi!” Nadia bersuara agak kuat. – m/s 66

“Lion King tu nak mintak maaf dengan aku? Nak pujuk aku kembali kerja dengan dia? Jangan harap la Tia… ego dia tu mengalahkan ego aku, tau tak? Korang selalu cakap aku ni degil sedangkan Syafiq tu lebih degil daripada aku!” balas Nadia. – m/s 211

“Kalau saya ni segala-galanya bagi awak, awak ke mana selama ni? Dalam masa lima tahun, saya boleh terima awak langsung tak hantar khabar berita pada saya… tapi selepas lima tahun, awak ke mana? Mana janji awak?” Tanya Syafiq dengan nada marah. Waktu itu dia terasa dirinya ditipu oleh gadis yang amat dicintainya. – m/s 273

“Saya akan terus bersama dengan Encik Syafiq selagi Encik Syafiq perlukan saya, tak kiralah dalam urusan kerja ataupun tak. Kalau Encik Syafiq perlukan saya, just let me know, I’ll be there for you. Saya akan sentiasa dengan Encik Syafiq sehinggalah Encik Syafiq dah tak perlukan saya lagi. Waktu itu saya akan undurkan diri.” Ucap Nadia kemudian dia terus keluar seraya menutup pintu bilik pejabat Syafiq. Tiba-tiba sahaja dia terasa malu dengan apa yang baru dituturkannya. Macamanalah ayat tersebut boleh terluah dari mulutnya? – m/s 392

“Kau jangan salah faham, aku datang sini cuma nak tengok macam mana musuh aku dah kalah sebelum aku balas dendam lagi. Kalau macam nilah kehidupan kau, aku tak balas dendam pun taka pa, sememangnya kau dah tewas sebelum aku bertindak!” Nadia bersuara sambil tersenyum. Geram dia melihat Johan yang seakan-akan sudah hilang pedoman hidup. – m/s 422

“Yalah… awak sendiri yang cakap dengan saya kat pejabat tadi yang awak tak boleh cuti lama-lama takut saya rindukan awak… ni kalau tangan kanan awak pulak yang cedera tak ke cuti awak makin panjang? Lagi la saya rindu kat awak.” Entah dari mana datangnya kekuatan Syafiq mengeluarkan kata-kata tersebut, dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang dia tahu dia cuba untuk menenangkan rasa marah gadis itu. Dia mahu sejukkan hati Nadia yang sedang bergelojak kepanasan. Wajahnya pula sengaja dibuat agar kelihatan cukup sedih. Entah jadi entah tidak dia sendiri tidak pasti. – m/s 562

“Syyy… jangan fikir yang bukan-bukan. Itu hanya perasaan Mia… Fiq tak ada perasaan apa-apa pun pada Nadia.” Walaupun berat untuk dia meluahkan kata-kata tersebut namun dia terpaksa. Dia terpaksa demi menjaga kesihatan Mia. Kejamkah dia? Tidak mungkin untuk dia memberitahu gadis itu bahawa Nadia memang mulai wujud sebagai insan teristimewa dalam hidupnya. Tidak mungkin dalam keadaan kesihatan Mia yang begitu membimbangkan. – m/s 603

“Kenapa Mia tak cakap awal-awal yang Mia nak ikut Fiq balik sekali? Nasib baik Fiq tak bertolak lagi.” Tanya Syafiq. Waktu itu dia mulai menggelabah. Perasaanya bercelaru. Bagaimana dengan Nadia tentu gadis itu tidak akan selesa dengan kehadiran Mia. Dia yakin kalau gadis itu tahu Mia akan ikut sekali sudah tentu setiausahanya itu akan menolak pelawaannya. – m/s 658

“Encik Syafiq dengan Cik Mia pergilah, saya tak lapar. Lagipun saya dah makan sebelum bertolak lagi.” Nadia menolak lembut. Tidak selesa rasanya apabila mereka bertiga makan bersama. Dalam masa yang sama dia risau sekiranya tidak mampu menahan perasaan cemburunya apabila melihat kemesraan Syafiq dan Mia. Dia lebih rela berlapar daripada menahan rasa sakit hati yang cukup menyesakkan dadanya. – m/s 665

“Saya tahu kenapa Cik Mia tak nak buat rawatan tu… sebab Cik Mia takut jika Cik Mia sembuh, kan? Cik Mia tak yakin yang Encik Syafiq tu cintakan Cik Mia sama seperti dulu ataupun sekadar simpati pada Cik Mia sebab Cik Mia sakit. Sebab kalau betullah Encik Syafiq hanya simpati pada Cik Mia, dia akan tinggalkan Cik Mia bila Cik Mia sembuh.” Mia yang memaksa Nadia untuk menunjukkan sifat sebenar gadis itu. – m/s 690

“Shut up! Stop it! I don’t need your opinion! And I don’t need you! You are nothing to me! So, back off!” Jari telunjuk Syafiq hampir-hampir mengenai muka Nadia. – m/s 694

“Bukan niat saya untuk merahsiakan identiti saya sebagai pemilik Friends Corporation tetapi saya ada alasan yang tersendiri kenapa saya bertindak sedemikian. Atau lebih tepat lagi ia boleh dikatakan salah satu strategi perniagaan  saya.” Nadia membuka mulut menjawab soalan wartawan dengan begitu tenang. m/s – 733

“Oh ya, saya tak tahu apa yang berlaku antara Cik Nadia dan Mia semalam. Tapi apa yang saya tahu, pasti ada sesuatu yang Cik Nadia beritahu dia sehinggakan kesihatan dia tiba-tiba sahaja merosot dan dimasukkan ke hospital.” Syafiq menoleh dan memberanikan diri untuk bersuara sebelum dia melangkah keluar. Sememangnya itu tujuan utama mengapa dia bertemu dengan gadis itu. – m/s 822

“Apa yang awak cakap ni Azie? Saya tak faham. Maksud awak, Mia tipu saya yang selama ni rawatan yang doctor tawarkan untuk dia sebenarnya mempunyai peluang yang cerah untuk dia sembuh?” Suara Syafiq bergetar. Dia faham dan jelas dengan apa yang baru diperkatakan oleh Azie, tetapi waktu itu mindanya seakan-akan mahu menafikannya. – m/s 849

“Baguslah kalau kau dah tahu. Aku cuma nak cakap Erin yang merangkap bini kau sekarang ni dah lama perbodohkan kau. Sama jugaklah mummy kau yang kau anggap wanita yang paling hebat dan paling baik dalam dunia. Aku tak sangka la, orang yang bijak pandai macam kau ni perlukan masa yang begitu lama untuk tahu hal yang sebenar! Bodohnya!” Puas hati Nadia kerana dapat melafazkan kata-kata tersebut. Kata-kata yang sudah disimpan lama. – m/s 918

“Awak tak akan tinggalkan saya, kan?” soal Nadia lagi. Kali ini dia pula bertanyakan soalan yang sama yang ditanya oleh Syafiq suatu ketika dulu. Semakin hari, semakin dia merasakan dia tidak mampu untuk kehilangan Syafiq. Walupun dia tahu, dia tidak mungkin memiliki cinta lelaki itu. – m/s 937

“Aku tak boleh terima dia tinggalkan aku, Lan. Aku cintakan dia sepenuh hati aku! Dia tak boleh buat aku macam ni…!” Tangis Mia semakin menjadi-jadi. - m/s 962

“Mia tak salah apa-apa, Fiq faham… walaupun hubungan cinta kita dah putus, tapi sekurang-kurangnya hubungan persahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila, kan?” Syafiq tersenyum pada Mia dan dibalas mesra oleh gadis itu. Timbul perasaan yang lega teramat dalam diri Mia. – m/s 994

“Saya dah putus dengan Syafiq. Saya tak ada apa-apa lagi hubungan istimewa dengan dia selain hubungan persahabatan. Syafiq sendiri yang mengambil keputusan untuk tinggalkan saya, dan saya rasa awak tahu kenapa Syafiq buat semua tu…” – m/s 1014

“Saya tak tahu awak rasa ke taka pa yang saya rasa selama ni. Dah lama sangat saya pendam perasaan ni. Sekarang ni, saya rasa macam saya dah tak mampu nak simpan benda ni lagi. Saya sendiri langsung tak sangka perasaan ni wujud kembali dalam hati saya walaupun ikhlas saya cakap saya langsung tak bersedia dengan perasaan ni. Nafas saya terasa sesak setiap kali saya pandang wajah awak. Tapi hati saya resah kalau lama saya tak jumpa dengan awak. Saya tak kisah sama ada awak langsung tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni. Saya dah jatuh hati dengan awak. I’m in love with you! No! Jangan toleh! ” pinta Nadia sekali lagi apabila Syafiq kelihatan seperti mahu menoleh memandangnya. Dia tidak mahu Syafiq melihat wajahnya ketika itu. Menipu kalau sekiranya dia beritahu yang dia langsung tidak malu dengan apa yang dia luahkan sebentar tadi. – m/s 1073

Kata Ku :

Banyak elemen dalam citer ni. Percintaan, persahabatan, dendam, saspen, thriller… dari segi plot percintaan, tak berapa romantic sangat. Sesuai la ngan jln citer dia. Nadia ngan Syafiq masing-masing control perasaan masing-masing. Salute dengan jalinan persahabatan Nadia dan dua orang temannya. Saspen la juga bila Nadia upah bodyguard untuk mejaga keselamatan mereka semua. Overall, ok la! Tak membosankan.


Kredit 4/5

No comments:

Post a Comment