“Ya Allah Noorul…takkan goreng
ikan pun kau tak tahu? Masak nasi tahu tak? Haih… habis la kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul.”
Rumusan Kisah :
Noorul yang sudah berbulan-bulan
menganggur akhirnya sanggup bekerja sebagai pembantu rumah setelah mendafarkan
diri di sebuah agensi pekerjaan. Kerana terdesak, Noorul tetap bersetuju untuk
menerima pekerjaan tersebut walaupun bakal berdepan dengan majikan yang
cerewet. Tuan Harris diberi gelaran Mr. F, Mr. Fussy oleh Noorul.
Hanya nota-nota kecil dan sekali
sekala arahan-arahan melalui dialog ringkas di telefon yang menghubungkan
Noorul dan Mr. F. Noorul sebenarnya mengelak daripada bertembung dengan Mr. F
disebabkan risau Mr. F akan memecatnya sekiranya mendapat tahu bahawa mereka
pernah dua kali terlanggar.
Noorul yang tidak dapat mengelak
ajakan Haikal, adik Mr. F, terpaksa juga hadir ke majlis yang dibuat di rumah
Mr. F. Identiti Noorul terbongkar jua akhirnya! Mr. F hampir menamatkan kontrak
Noorul tetapi berjaya dipujuk oleh Haikal.
Angkara fitnah, Mr. F dan Noorul
berdua terpaksa disatukan. Mereka akhirnya mengakui perasaan masing-masing.
Antara cabaran yang harus
dihadapi Noorul adalah Puan Sri Kirana yang lebih suka pada Elisa yang gedik
untuk dijadikan menantunya, Nurina, bekas kekasih Mr. F yang kembali menagih
cinta Mr. F dan Asyraf, sepupunya yang dikhuatiri membalas dendam terhadapnya
setelah malu dengan kes tangkap khalwat.
Petikan-Petikan dari dalam novel
:
“Bakal majikan cik adalah seorang
lelaki bujang berumur dua puluh lapan tahun dan seorang jurutera. Dia mahukan
seorang pembantu rumah yang cekap membuat kerja dan tidak malas. Di sini dia
ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya
melainkan hal-hal penting sahaja. Selain itu, cik juga tidak boleh tiba lambat
ke penthousenya. Walaupun sesaat.” – m/s 6
“Huk aloh! Dia ni la yang aku langgar tadi. Mr. F
rupa-rupanya!” – m/s 22
“Dah, jangan sentuh aku! Kau ni
memang dasar otak semut. Tadi pagi kan aku dah cakap, jalan pandang depan.
Belum sampai dua puluh empat jam kau dah lupa. Otak kau memang tak
berfungsilah! Menyusahkan orang aje!” – m/s 33
“Abang harap Noorul dapat
beritahu pada mak Noorul dan mak abang, yang Noorul tak mahu berkahwin dengan
abang. Cakap saja Noorul dah ada orang lain.” – m/s 108
“Mestilah pernah jumpa. Along ni,
cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah Along. Takkan tak kenal kut?” Haikal
bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan oleh Mr. F. Matanya tajam menikam
wajahku. – m/s 116
Setelah melihat aku tidak
memberikan apa-apa respons, dia kemudiannya bersuara, “maaf, saya terpaksa
pecat awak. Sebabnya awak ni kelam-kabut, cuai dan lalai. Sudah dua kali awak
langgar saya dan hari ini awak cederakan pula jari saya. Kita akan ke Agensi
Pekerjaan Maju sekarang untuk menamatkan kontrak.” – m/s 135
“Terima kasih, Noorul. Memang
saya kembali ke Malaysia ni pun untuk meraih kemaafan dari Harris dan
kemudiannya mencantumkan kembali perhubungan kami.” – m/s 199
“Hmmm… awak tolak saya sebab
lelaki yang ada dalam hati awak tu kan? Ingat tak awak pernah cakap dengan saya
dulu yang awak single but not available sebab ada seseorang di dalam hati
awak?” – m/s 357
“Kamu berdua jangan nak lari
pulak dari masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan kami.
Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting for
the invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti!” bentak Puan
Sri Kirana. – m/s 386
“Awak dan saya sama-sama tak
setuju dengan perkahwinan ni kan? Jadi, I think, lebih baik kalau kita kekalkan
sahaja hubungan kita seperti sebelum ini. I mean…” – m/s 408
Kemudian, lelaki itu memejamkan
mata. Macam tahu pula apa yang sedang aku fikirkan. Aku pula masih mentafsirkan
kata-katanya itu. Dia tidak akan memaksaku? Paksa aku untuk apa? Aduh,
sesungguhnya aku semakin keliru dengan hubungan kami. Susahnya untuk
terjemahkan ayat yang baru kudengar ini walaupun dia hanya menggunakan bahasa
Melayu, bukan bahasa Jerman, Portugis atau pun Sepanyol! – m/s 538
“Sayang, have I told you before
that you are so beautiful? I really think you do since the very first time I
met you in front of the lift,” bisiknya perlahan. – m/s 572
“Sayang ingat kalau mama paksa
abang kahwin dengan orang lain, abang akan kahwin? Semata-mata untuk selamatkan
reputasi? No way! Banyak lagi cara lain untuk selamatkan reputasi… tapi, abang
kahwin sebab perempuan tu adalah Noorul,” katanya lagi. – m/s 622
“Tidak mengapalah Tan Sri, Puan
Sri, janganlah bergaduh dan bertekak semata-mata kerana saya yang miskin ni.
Sebenarnya, saya tak perlu pun dapatkan bukti kerana Allah tahu saya tak
bersalah. Tapi, sebab Puan Sri mahukna bukti, tengoklah, kalau ada nanti saya
akan longgokkan depan semua,” ujarku dengan geram. – m/s 707
“Sayang, I’m sorry. Abang minta
maaf sebab hampir-hampir termakan cakap diaorang sebelum ini. Abang tahu, sayang
tak akan buat abang macam tu. I know you are so naïve and true. Abang tak akan
ragu-ragu lagi dengan sayang walau apa pun fitnah yang datang lepas ni,” ujar
lelaki itu dengan bersungguh-sungguh. – m/s 711
Kata ku :
Jalan citer yang santai dan tak
meleret-leret. Watak Noorul yang kalut mmg terserlah, sampai aku yang membaca
pun boleh rasa kalutnya Noorul. Hahaha!! Watak Tuan Harris / Mr. F yang ego,
beku dan hensem tu rasanya hampir sama dengan watak-watak hero dalam novel
lain, tapi still dengan gaya romantic yang tersendiri. Sweet sangat bila Harris
prepare bilik time honeymoon semata-mata untuk meluahkan semua isi hatinya
pada Noorul.
I m looking for chapter 22 but i cant..where i can get it n how..would u let me know please
ReplyDelete