Dalam banyak-banyak perempuandalam Malaysia ini,
kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
Novel pertama aku yang aku beli tahun ni ialah Kampung Girl.
Beli online je dari website Karyaseni. Free shipping + discount RM3 setiap
novel. Buku dapat dlm masa 3 hari.
Citer ni akan mula ditayangkan kat tv pada hari Jumaat
ini, 12/7/13 menggantikan SSID dan dilakonkan oleh Akim AF & Nad Zainal.
Rumusan Kisah :
Ashraf Khairi & Ainnur Azmi adalah sepupu. Perkahwinan diatur oleh keluarga. Ainnur sebenarnya mmg dah syok dgn Ashraf sejak kecil lagi. Tapi Ashraf tak pernah sukakan Ainnur yg selesa mengenakan kain batik dan baju kedah. Ainnur dianggapnya typical kampung girl yg tak setaraf dgnnya. Kes Kampung Girl vs Encik Bandar!

Rahsia sebenar Ainnur akhirnya terbongkar pada mlm pertama mereka.
Ashraf rasa seperti diperbodohkan bila dpt tau Ainnur sbenarnya lulusan U luar negara
dan merupakan seorang Guru. Tu laa… jgn la pandang rendah kat orang kampong.
Petikan-petikan dari dalam novel:
Ainnur Azmi bukanlah gadis idamannya. Tidak ada sedetik pun
dia terfikirkan akan penyatuan mereka berdua. Tidak pernah sekali pun dia
merasakan gadis kampung itu istimewa. Tapi apa yang tengah berlaku sekarang
seolah-olah memalitkan segala kutukan yang dihadiahkan pada Ainnur kembali
semula pada dirinya. – m/s 215
Mata Ainnur sudah tidak lepas memandang Ashraf yang duduk
bersila di depan tok kadi. Aduh! Makin lama memandang, makin segak pula bakal
suaminya itu. Ainnur menjadi geram dengan mata hati. Walaupun perangai orang tu
sangat menyakitkan hati tapi mudahnya hati ini menjadi cair sendiri. Tanpa
perlu lelaki itu ucapkan kata-kata kasih pun Ainnur boleh cair. – m/s 221
“Kau fikir, kau educated. Kau lulusan universiti luar negara.
Kau berkerjaya… kau fikir dengan semua tu aku akan suka dengan kau? That’ll never
happen.” Sinis Ashraf berkata. – m/s 256
Matanya sudah leka menatap wajah suaminya yang tertunduk.
Ashraf tidak nampak macam seorang yang romantik. Ayat yang keluar dari mulut
lelaki itu, lagilah tidak usah dikata… memang tidak ada pun aura romantiknya.
Tapi, dengan gaya ini… dia nampak seperti seorang yang gentle sangat. Hati
Ainnur yang sememangya terpikat dengan Ashraf sejak dulu lagi makin
bertambah-tambah sayang pula. Tak apa, sayang suami sendiri dapat pahala. – m/s
293
Belajar menghargai apa yang kita ada lebih baik daripada
terkenang-kenagkan apa yang kita sudah tiada. Mati terus senyuman di bibir
Ashraf pada ketika itu. Ayat itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya
tersentap. – m/s 358
“Siang dan malam aku menanti. Kemunculan bidadari kampungku
ini. Sudah puas aku menafi, namun akhirnya aku harus mengakui. Hanya kau yang
bisa menggetarkan jiwa ini…” – m/s 441
Your dear kampung girl said… that she loves you so much. –
m/s 443
Kata ku :
Ehmm.. Bagi aku novel ni ok la jg. Santai dan tak skema. Tapi babak tarik tali dan menafikan perasaan masing2 agak terlalu panjang dan lama kot. Yang buat citer ni lain sikit.. jalan citer dia takde melibatkan pihak lain yang nak buat dajal nak merampas hak org lain.

Ending dia mesti la happy ending. Aku tak suka sad ending..
Kredit 3/5
Yalah kan..kalau yg jenis main tarik tali panjang sangat tu boring jugak kan.. hihihi
ReplyDelete